PAR EXCELLENCE AWARD,ICQCC Hydrabad India 2021

Alhamdulilah kali in kumpulan kami telah menerima menerima Par Excellence Award di 46th International Convention on Quality Control Circles (ICQCC) 2021

DIAMOND , GOLD AND SILVER AT IIDEX 2019

Alhamdulilah dari dua projek inovasi yang saya sertai dalam (IIDEX) 2019 kali ini , inovasi WeGBY CHAIR telah menerima Anugerah SPECIAL AWARD - DIAMOND dan GOLD manakala inovasi RDMS (Reference Desk Management System ) mendapat anugerah SILVER

FASILITATOR TERBAIK 2019 ZON TENGAH

Alhamdulilah kali ini di anugerahkan sebagai Fasiltator Terbaik di Konvensyen KIK Peringkat UiTM 2019 Zon Tengah sekali lagi setelah menerima pada tahun 2016

ANUGERAH EMAS KONVENSYEN TEAM EXECELLENT MPC 2018

Alhamdulilah tugasan kali ini berjaya membawa kumpulan KIK PTAR i-Clique meraih Anugerah Emas dalam Konvensyen Team Excellent Peringkat Wilayah 2018 ( Wilayah Selatan ) di Holiday Villa Johor Bahru City Centre

ANUGERAH EMAS BAGI INOVASI SOLAT ALERT SOFTWARE (SAS) DI ITEX2017

Alhamdulilah dapat juga melakarkan sejarah memenangi anugerah emas bagi penyertaan di International Invention, Innovation and Technology Exhibition (ITEX 2017) pula dengan produk inovasi Solat Alert Software (SAS). ....

Anugerah EMAS (GOLD) di Ekspo Reka Cipta, Inovasi dan Reka Bentuk (Invention, Innovation And Design Exposition) - IIDEX

Alhamdulilah kedua-dua projek inovasi yang saya sertai mendapat anugerah dalam IIDEX2016 daripada sejumlah 745 penyertaan keseluruhannya.

Awards at British Invention Show 2009

The British Invention Show, is the largest innovation and technology expo in Britain. UiTM submitted 8 entries of which all won medals.

Fasilitator Terbaik

Fasilitator Terbaik kali kedua berturut-turut. Sebenarnya kejayaaan ini adalah kejayaan anda semua.

Konvensyen ICC Kebangsaan

Naib Johan Sektor Awam, 10 Kumpulan Terbaik Sektor Awam, Anugerah Emas 3 Bintang Konvensyen ICC Kebangsaan

Pingat Emas Dalam Malaysia Technology Expo ( MTE)

Menerima anugerah Pingat Emas dalam Malaysia Technology Expo ( MTE) 2009 yang telah diadakan pada 19 hingga 21 Februari 2009 di PWTC, Kuala Lumpur. Pelbagai hasil penyelidikan telah dipamerkan oleh 460 peserta/ kumpulan daripada pelbagai IPTA, badan swasta, MRSM dan lain-lain organisasi.

Showing posts with label UiTM. Show all posts
Showing posts with label UiTM. Show all posts

Sunday, December 20, 2020

Pertandingan Mencipta Slogan Patriotisme KoKurikulum

Pertandingan Mencipta Slogan Patriotik sempena Minggu Patriotsme KoKurikulum anjuran Pusat KoKurikulum ,Unit KoKurikulum, MPKK 20/21

78 ribu slogan yang diterima.

78 ribu pelajar yang menyertai.

78 slogan patriotik dicipta serentak.

UiTM seluruh Malaysia.



Slogan patriotik siapakah yang terbaik dan sekaligus dinobatkan sebagai pemenang?


Tahniah kepada semua Pemenangn Pertandingan Mencipta Slogan Patriotik sempena Minggu Patriotsme KoKurikulum


 

Terima kasih untuk penglibatan semua dalam pertandingan ini. Warga UiTM memang patriotik!

#mahasiswauitmpatriotik 

#kokurikulumuitm

#pusatkouitmshahalam 

#pusatkouitm 

#unitkocawangan 

#unitkouitm

#unitkokurikulumuitm


Monday, March 04, 2019

Ekspo Selangkah ke UiTM bagi kemasukkan UiTM 2019


Ekspo Selangkah ke UiTM 2019 akan berlangsung di seluruh Malaysia. UiTM mempelawa semua pelajar Lepasan SPM/STPM/Diploma untuk hadir bagi mengetahui dengan lebih lanjut mengenai program-program akademik yang ditawarkan di UiTM. Orang ramai turut dijemput hadir bagi memeriahkan penganjuran Ekspo Selangkah ke UiTM.

Kepada bakal mahasiswa sila bawa cetakan berikut:
1. Slip SPM/SPTM/Diploma
2. Semakan syarat sistem selangkah, 
sila layari https://selangkah.uitm.edu.my/




Wednesday, December 26, 2018

Pelawan Belajar Tanpa Yuran Pengajian di UiTM dengan Program MDAB & iNED


Universiti Teknologi MARA (UiTM) melalui Program Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB) iNED mempelawa BUMIPUTERA yang sedang bekerja dan kurang berkemampuan untuk melanjutkan pengajian di peringkat Diploma atau Sarjana Muda secara mod separuh masa TANPA membayar yuran pengajian.

Usaha ini merupakan salah satu Tanggunjawab Sosial Korporat (Corporate Social Responsibility (CSR)) UiTM bagi memberi peluang kepada lebih ramai golongan bumiputera yang bekerja untuk mendapat pendidikan yang lebih tinggi dan sekaligus membudayakan pembelajaran sepanjang hayat.
   
Pelawaan ini terbuka kepada orang awam dan staf UiTM yang ingin menyambung pengajian berdasarkan kriteria seperti berikut :


1) Pendapatan (bakal pelajar iNED) :
    - Bujang/Ibu/Bapa Tunggal (tiada anak) - RM1,500.00/bulan dan ke bawah
    - Berkahwin/Ibu/Bapa Tunggal (ada anak) - RM4,500.00/bulan dan ke bawah

2) Lulus temuduga yang dikendalikan oleh iNED
   
Pelawaan ini juga terbuka untuk pelajar sedia ada iNED (semester 2 dan ke atas) yang mempunyai kriteria seperti berikut :

1) Pemohon (pelajar iNED) mestilah mendapat CGPA 3.00 dan ke atas
2) Pendapatan (pelajar iNED) :
    - Bujang/ Ibu/ Bapa Tunggal (tiada anak) - RM1,500.00/bulan dan ke bawah
    - Berkahwin/ Ibu/ Bapa Tunggal (ada anak) - RM4,500.00/bulan dan ke bawah
3) Lulus temuduga yang dikendalikan oleh iNED
   
Sekiranya terpilih menerima pembiayaan MDAB iNED, pelajar akan disambung pembiayaan pada semester berikutnya berdasarkan pencapaian akademik seperti berikut :

        1) Pembiayaan pada semester pertama : Dikecualikan yuran pengajian
        2) Pembiayaan pada semester seterusnya :
            - CGPA 3.00 dan ke atas (dikecualikan 100%)
            - CGPA 2.99 - 2.75 (dikecualikan 50%)
            - CGPA 2.75 ke bawah (DITAMATKAN)
     
 PENTING :

 - Pembiayaan adalah untuk yuran pengajian sahaja. Yuran kenaan lain perlu dibayar oleh pelajar
 - Tawaran akan terbatal secara automatik sekiranya pelajar tidak hadir mendaftar pada sesi tersebut.

Cara-cara memohon adalah seperti berikut :
1) Permohonan hendaklah dilakukan secara atas talian melalui laman sesawang http://onlineapps.ined.uitm.edu.my/mdab
atau
http://iis.ined.uitm.edu.my/register

2) Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar bersama dokumen sokongan seperti berikut:
            a) Kad pengenalan (pemohon dan pasangan)
            b) Sijil nikah (jika berkaitan)
            c) Sijil cerai/ kematian (jika berkaitan)
            d) Sijil kelahiran anak-anak di bawah tanggungan (jika berkaitan)
            e) Slip gaji tiga (3) bulan terakhir (pemohon dan pasangan)
            g) Surat pengesahan majikan (pemohon)
            h) Surat akuan sumpah atau surat pengesahan daripada majikan pemohon (jika pasangan tidak bekerja)

PENTING : Sila pastikan semua dokumen salinan telah DISAHKAN BENAR oleh pegawai yang mempunyai kuasa (Pegawai Kerajaan Gred 41 dan ke atas)

3) Sila hantarkan borang dan dokumen sokongan ke alamat berikut:
            Pengarah
            Institut Pendidikan Neo (iNED)
            Aras 2, Bangunan UiTM-MTDC Technopreneur Centre
            Universiti Teknologi MARA
            40450 Shah Alam
            Selangor Darul Ehsan
            (u.p: Urusetia MDAB iNED)

Hanya pelajar yang ditawarkan tempat pengajian Diploma/ Sarjana Muda mod separuh masa UiTM sahaja akan dipertimbangkan untuk menerima MDAB iNED.

PENTING : Untuk bakal pelajar, sila pastikan borang permohonan kemasukan ke program pengajian mod separuh masa UiTM telah diisi. Sila rujuk link ini http://iis.ined.uitm.edu.my/register


Sebarang pertanyaan, sila hubungi 03-5544 2609/ 8353/ 8351.

sumber :
http://onlineapps.ined.uitm.edu.my/mdab/
http://pensyarah.ined.uitm.edu.my/mdab/
http://www.mdab.uitm.edu.my/
https://ined.uitm.edu.my/

#uitmdihatiku

Sunday, June 18, 2017

ADOBE Digital Marketing Cloud


ADOBE Digital Marketing Cloud 


Pada 12 April 2017 yang lalu UiTM telah  mengadakan Program The Future Of Creativity (UiTM-ADOBE Media Announcement) dengan bertujuan berkongsi informasi dan pengetahuan mengenai ADOBE Creative Cloud yang kini boleh di akses di seluruh kampus bagi tujuan P&P dan Pentadbiran.

Sehubungan itu bagi kesinambungan dari program UiTM dan ADOBE, ADOBE Asia Pacific berbesar hati menjemput  kami  pegawai yang terlibat secara langsung dalam pengurusan dan perancangan komunikasi serta media digital seperti jaringan, portal pelajar, laman web, 
portal promosi pengambilan pelajar, pengurusan data dan yang berkaitan bagi menghadiri pembentangan ADOBE Digital Marketing Cloud yang diadakan pada :-

Tarikh    :   19 Jun 2017 (Isnin)
Masa      :   10.00 pagi – 1.00 tengahari
Tempat  :   Galeri Seni Tuanku Nur Zahirah (GESTURZ), UiTM Shah Alam










foto dari  https://www.facebook.com/groups/gesturz/

Adobe Marketing Cloud gives you the most complete set of integrated digital marketing solutions available. It provides everything you need to organize, access, and personalize your marketing content. It gives you deep insights into what’s working with your customers and the ability to consistently deliver the best experiences to every customer across every channel.      read more
http://www.adobe.com/marketing-cloud.html






Monday, May 01, 2017

Malaysia trusted brands 2017, tahniah UiTM terima Anugerah Emas


Sejak 19 tahun yang lalu, Readers Digest telah menemui pengguna biasa untuk meminta pendapat mereka mengenai apa jenama produk dan perkhidmatan yang penting kepada mereka. Dengan tahun penyelidikan di belakang kita, kita dapat yakin membedah dengan tepat apa ciri-ciri jenama yang dipercayai perlu memproses untuk kekal relevan dan tujuan untuk pengguna Asia.


Jenama yang dipercayai mendapat tarikan antarabangsa, namun pada masa yang sama bergantung kepada rangkaian tempatan yang kukuh. Ia mempunyai kaitan individu untuk semua penggunanya. Sama ada ia adalah satu produk atau perkhidmatan, kepercayaan adalah apa yang meyakinkan kita bahawa kita membuat pilihan yang tepat.

Kos, kualiti dan kebaikan merupakan faktor-faktor penting bagi pengguna. Namun, ia adalah penting untuk jenama untuk kekal setia kepada janji-janjinya. Walaupun pelbagai jenama baru datang dan ada yang telah lenyap dari trend, apa yang menarik perhatian adalah mengekalkan kepercayaan dan memenangi kepercayaan kepada jenama-jenama tertentu.



Bagi tahun ini tahniah kepada produk atau perkhidmatan Malaysia berikut yang telah memenangi anugerah Platinum, Gold and Asia Award 2017. Kemenangan berdasarkan undian dan kaji selidik lebih daripada 3,000 rakyat Malaysia, meliputi orang ramai dan pelanggan majalah Reader’s Digest.


Dalam kaji selidik itu, pengguna diminta memberikan penarafan berdasarkan enam kriteria iaitu sifat amanah dan boleh dipercayai, kualiti, nilai, pemahaman tentang keperluan pengguna, inovasi dan tanggungjawab sosial.

Bagi kategori perkhidmatan institusi pendidikan termasuk semua Universiti Malaysia tahniah kepada yang berjaya kerana telah mendapat kepercayaan pengguna:

Universti Awam / Public University Universiti Malaya - Platinum Universiti Sains Malaysia (USM) - Gold Universiti Teknologi MARA (UiTM) - Gold Universiti Swasta / Private University Limkokwing University of Creative Technology - Gold Sunway University - Gold Taylor’s University - Gold





bagi kategori seterusnya boleh rujuk dilaman web Reader's Digest trusted brands 2017 result

sumber : http://rdasiatrustedbrands.com/malaysia/



Wednesday, December 21, 2016

EDU-CULT Mobility Programme Universitas Negeri Yogyakarta, Indonesia

Hari ini saya dikehedaki menyambut pelawat  dari Universitas negeri Yogyakarta, Indonesia yang dikendalikan oleh Fakulti Sains Gunaan, UiTM Shah Alam ke Perpustakaan Tun Abdul Razak Utama sebagai tugasa pertama Perhubungan Korporat PTAR

13 December - 20 December 2016
Fakulty Of Applied Sciences
UiTM Shah Alam

Saturday, September 24, 2016

2 Anugerah bagi 2 Projek Inovasi di Pertandingan Inovasi iidex2016




Alhamdulilah kedua-dua projek inovasi yang saya sertai mendapat anugerah dalam IIDEX2016 daripada sejumlah 745 penyertaan keseluruhannya. Anugerah pingat EMAS (GOLD) bagi inovasi Solat Alert Software manakala Keylite Remover Lamp hanya mendapat Anugerah PERAk (SILVER) di dalam pertandingan Ekspo Reka Cipta, Inovasi dan Reka Bentuk (Invention, Innovation & Design Exposition) -IIDEX2016 di Dewan Agong Tuanku Canselor (DATC)

 
IIDEX2016 ini dianjurkan Institut Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (IRMI) Universiti Teknologi MARA (UiTM), telah memasuki edisi ke-12 tahun ini dan mendapat penyertaan kampus cawangan UiTM, universiti swasta serta sekolah. 

 


 Anugerah pingat EMAS (GOLD) bagi inovasi Solat Alert Software (SAS)


Keylite Remover Lamp mendapat Anugerah PERAk (SILVER)

Foto sekitar IIDEX2016
 








perisapan di booth pameran








sesi penjurian bagi Projek Keylite Remover Lamp








seterunya sesi penjurian bagi Projek Solat Alert  Software yang penuh dengan penantian...  :)


  
 





Alhamdulilah kedua-dua projek inovasi yang saya sertai mendapat anugerah.  Anugerah pingat EMAS (GOLD) bagi inovasi Solat Alert Software manakala Keylite Remover Lamp mendapat Anugerah PERAk (SILVER)
#design #Exhibition #iidex #iidex2016 #INNOVATION #inovasi #invention #UiTM #EXPOSITION #gold


Tahniah dan Terima kasih kepada rakan-rakan dan semua Pemenang 

Keputusan penuh senarai pemenang dan foto sekitar iidex boleh rujuk disini http://ahmadfaizar.blogspot.my/2016/09/keputusan-pertandingan-invention.html

Contact Me

Snap & Read with QRCODE Reader

http://zxing.appspot.com/generator/