Alhamdulilah kali in kumpulan kami telah menerima menerima Par Excellence Award di 46th International Convention on Quality Control Circles (ICQCC) 2021
Alhamdulilah dari dua projek inovasi yang saya sertai dalam (IIDEX) 2019 kali ini , inovasi WeGBY CHAIR telah menerima Anugerah SPECIAL AWARD - DIAMOND dan GOLD manakala inovasi RDMS (Reference Desk Management System ) mendapat anugerah SILVER
Alhamdulilah kali ini di anugerahkan sebagai Fasiltator Terbaik di Konvensyen KIK Peringkat UiTM 2019 Zon Tengah sekali lagi setelah menerima pada tahun 2016
Alhamdulilah tugasan kali ini berjaya membawa kumpulan KIK PTAR i-Clique meraih Anugerah Emas dalam Konvensyen Team Excellent Peringkat Wilayah 2018 ( Wilayah Selatan ) di Holiday Villa Johor Bahru City Centre
Alhamdulilah dapat juga melakarkan sejarah memenangi anugerah emas bagi penyertaan di International Invention, Innovation and Technology Exhibition (ITEX 2017) pula dengan produk inovasi Solat Alert Software (SAS). ....
Menerima anugerah Pingat Emas dalam Malaysia Technology Expo ( MTE) 2009 yang telah diadakan pada 19 hingga 21 Februari 2009 di PWTC, Kuala Lumpur. Pelbagai hasil penyelidikan
telah dipamerkan oleh 460 peserta/ kumpulan daripada pelbagai IPTA, badan swasta, MRSM dan lain-lain organisasi.
Showing posts with label Digital Library. Show all posts
Showing posts with label Digital Library. Show all posts
Bagi
memantapkan mutu perkhidmatan, pihak PTAR telah menganjurkan Kursus
Pemantapan Pendigitalan Perpustakaan UiTM kepada staf Perpustakaan
UiTM Kampus Puncak Alam. Para peserta terdiri daripada para Pustakawan dan Pembantu Pustakawan untuk memberi pendedahan dan maklumat terkini pengurusan hal ehwal Perpustakaan Digital.
Digital Library Chit Chat Siries ke 4 pada kali ini membawa tajuk eSports. Program telah diadakan pada 17 Jun 2022 bersamaan hari Jumaat bermula jam9.00 sehingga 10.30 pagi. Platform YouTube Perpustakaan UiTM telah digunakan.Penceramah pada kali ini ialah Encik Muhammad Nufail Akram bin Mat Nasir, Jawatankuasa MYTA eSports Tournament 3.0 dan moderator ialah Tn. Haji Ahmad Faizar bin Jaafar.
Program pada kali ini merupakan salah satu program PTAR ESPORT CHALLENGE WEEK 13-19 Jun 2022. Program PTAR ESPORT CHALLENGE WEEK julung kali dianjurkan oleh Perpustakaan Tun Abdul Razak yang dijadualkan berlangsung sepanjang 13 Jun - 19 Jun 2022. Tujuan program adalah untuk mempromosikan ruang santai dan eSports peranti serta konsol permainan elektronik (PS4) di samping menarik warga universiti berkunjung ke perpustakaan. Objektif PTAR ESPORT CHALLANGE WEEK adalah:
i. Memberi pengalaman awal kepada PTAR untuk menyediakan platform eSport
ii. Meningkatkan ketampakan perkhidmatan dan kemudahan perpustakaan.
iii. Mengadakan kaloborasi antara PTAR, Komunity Kampus seperti Kelab Pelajar MYTA dan Fakulti
Gambar disekitar program Digital Library Chit Chat Siries ke 4:
17hb Mei 2022 (Selasa), Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Shah Alam telah dikunjungi oleh wakil Futurenuri, INC. dari Byuksan Digital Valley, Seoul, Republic of Korea
Saya telah diminta untuk menyambut dan melayan rombong tersebut yang mana wakil Futurenuri terdiri dari Mr Jeong-Ho Chao,President, Mr JongHwan Seo, Education Business Director, Mr Kwang-oh (David) Kwon, Oversea Business Team
Futurenuri, INC. http://www.futurenuri.com/ beribupejabat di Byuksan Digital Valley, Seoul, Republic of Korea ialah sebuah syarikat yang ditubuhkan untuk membangun dan mengedarkan penyelesaian yang lebih khusus serta menyediakan perkhidmatan berkaitan Digital Library, Smart Learning, Content Management, Web & Portal Services, Web Search and Portal Specialized company, Electronic Library Solution, overseas library solution,Smart learning solution, Question Bank Solution, Medical School Calendar system, etc.
Read more Futurenuri. Inc., the world's best group of experts in the field of digital libraries. < 시티산업 < 문화산업 < 기사본문 - 서울시티 (seoulcity.co.kr)
Alahmdulilah sebleum kita beraya sempat mengadakan satu lagi sesi Digital Library Chit Chat Series: dengan tajuk Keselamatan Dunia Digital
Tajuk Latihan:Digital Library Chit Chat Series: Keselamatan Dunia Digital Tarikh: 27 Apr 2022 (Rabu) Masa/ Tempoh:10.00 pagi – 12.00 tgh/ 2 jam Tempat / Platform :Online ( Webex /FB /Youtube Live) Youtube https://youtu.be/ZYwaaZ-0GjE Facebook https://www.facebook.com/libraryuitm/videos/1339888809755447 Penceramah :-En Kamaruddin Bin Mahad , Pegawai Teknologi Maklumat Kanan, Bahagian Keselamatan ICT, Infostruktur UiTM Moderator : -Tn. Hj. Ahmad Faizar Jaafar, Pegawai Jabatan Perpustakaan Digital
Program ini diadakan adalah bertujuan untuk memberikan maklumat Technology Update kepada warga Perpustakaan & UiTM berkaitan perkembangan Teknologi semasa dan juga kaitan dengan kemudahan-kemudahan Digital yang ada
Objektif Digital Chit Chat Series 1.Meningkatkan kefahaman tentang Perkembangan Digital Technology semasa. 2.Meningkatkan tahap kompetensi staf Perpustakaan UiTM tentang penggunaan teknologi & Digital yang ada di Perpustakaan UiTM 3.Memberikan kefahaman & ilmu tentang Keselamatan Dunia Digital.
Sinergi antara Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR -UiTM Library) dengan Institut Pendidikan Berterusan dan Pengajian Profesional (iCEPS) iaitu program Ekplorasi Perpustakaan Digital UiTM untuk kemudahan para peserta Program Pembelajaran Jarak Jauh UiTM separuh masa melalui kandungan digital pembelajaran terbuka LMS (Learning Mangement System), VLE (Learning Mangement System), iClass & Ufuture MOOCs yang dibanggunkan oleh iCEPS.
Objektif program adalah menerangkan kepada para pelajar tentang penggunaan perkhidmatan dan koleksi digital Perpustakaan seperti Online Database, Exam Paper, eBOOK, Open Access Discovery, Repositori Institusi UiTM, Local Content Hub, MyKnowledge Management, Live Chat With Librarian dan lain-lain.
Qaiwan International University(QIU) Iraq merupakan antara salah satu rakan francais UiTM di Timur Tengah melalui perjanjian kerjasama pada 14/9/2020 , sebagai institusi pendidikan tertinggi yang bergabung dengan Maya, yang merupakan salah satu syarikat Kumpulan Qaiwan, yang telah menandatangani perjanjian dengan UiTM, dan perjanjian ini adalah untuk menawarkan lima program perubatan di Kurdistan. Diberitakan Pelajar boleh memohon program ini pada tahun akademik 2020-2021 ini di QIU di Sulaymaniyah.
Antara program yang mungkin akan ditawarkan
DS240- BACHELOR OF DENTAL SURGERY
PH240- BACHELOR OF PHARMACY (HONS.)
HS246- BACHELOR OF OPTOMETRY (HONS.)
HS242- BACHELOR OF MEDICAL IMAGING (HONS.)
HS241- BACHELOR OF MEDICAL LABORATORY TECHNOLOGY (HONS.)
Foto sekitar Taklimat Perkhidmatan Perpustakaan Digital bagi Penyelaras Program Francais UiTM di Universiti Antarabangsa Qaiwan (QIU) Iraq.
Speaker: Mr. Ahmad Faizar Bin Jaafar (Haji), (Senior Librarian)faizar@uitm.edu.my
Moderator: Mr.Mohamad Faris Ismat Bin Jaafar, (Clerk) farisismat@uitm.edu.my From iCEPS ( Transnasional Education Department),Qaiwan International University (QIU), Iraq
antara wakil dari Qaiwan International University (QIU) Iraq
1.Kanar Roshen Tariq (Director of Administration and Registration) Coordinator UiTM Franchaise Program kanar.tariq@uniq.edu.iq
2.Zhyar Yassin Abdullah, zhyar.yassin@uniq.edu.iq
3.Muhammed Nawzad M. Ramzi, muhammed.nawzad@uniq.edu.iq
4.Pesheen Mustafa Hussein, IT pesheen.mustafa@uniq.edu.iq
1.Noor Syamimie Binti Zakaria-Assistant Registrar
2.Zainal Izuddin Bin Saharudin-Executive Officer (International)
Sinergi antara Perpustakaan Tun Abdul Razak dengan Fakulti Perladangan dan Agroteknologi bagi program Ekplorasi Perpustakaan Digital UiTM.
Objektif program adalah menerangkan kepada para pelajar tentang penggunaan perkhidmatan dan koleksi digital Perpustakaan seperti Online Database, Exam Paper, eBOOK, Open Access Discovery, Repositori Institusi UiTM, Local Content Hub, MyKnowledge Management, Live Chat With Librarian dan lain-lain.
Semoga inisiatif ini dapat meningkatkan tahap penggunaan Perpustakaan Digital UiTM.
Pada 5 Ogos 2020 akhirnya kami telah dapat memberikan taklimat ringkas kepada Naib Canselor UiTM, Ybhg Prof Emeritus Datuk Ir. Dr. Mohd Azraai Kassim, berkaitan Digital Library UiTM dan demo Mobile Apps Library UiTM versi terkini
Taklimat ringkas mengenai Digital Library & Mobile Apps kepada Naib Canselor UiTM, Ybhg Prof Emeritus Datuk Ir. Dr. Mohd Azraai Kassim,
DemoPenggunaa QR Code dari Mobile App untuk urusan keluar masuk PTAR Utama dan akan diperluaskan kecawangan
Bagi moblie app library uitm telah lama diusahakan sejak inistiatif Digital Campus bersama team Digital Campus UiTM pada awal tahun 2018 lagi
Tahniah diucapkan kepada Team Jabatan Perpustakan Digital Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM terutama kepada En Mohd Izwan Salim yang bertungkuslumus menyiapkan versi terkini dan sabar menghadapi cabaran terutama versi IOS
Something is about to transform. UiTM wil roll-out our official Mobile Applications soon. Stay tuned! #UiTMdihatiku #uitmdigitalyear #uitmdigitalcampus #transform