PAR EXCELLENCE AWARD,ICQCC Hydrabad India 2021

Alhamdulilah kali in kumpulan kami telah menerima menerima Par Excellence Award di 46th International Convention on Quality Control Circles (ICQCC) 2021

DIAMOND , GOLD AND SILVER AT IIDEX 2019

Alhamdulilah dari dua projek inovasi yang saya sertai dalam (IIDEX) 2019 kali ini , inovasi WeGBY CHAIR telah menerima Anugerah SPECIAL AWARD - DIAMOND dan GOLD manakala inovasi RDMS (Reference Desk Management System ) mendapat anugerah SILVER

FASILITATOR TERBAIK 2019 ZON TENGAH

Alhamdulilah kali ini di anugerahkan sebagai Fasiltator Terbaik di Konvensyen KIK Peringkat UiTM 2019 Zon Tengah sekali lagi setelah menerima pada tahun 2016

ANUGERAH EMAS KONVENSYEN TEAM EXECELLENT MPC 2018

Alhamdulilah tugasan kali ini berjaya membawa kumpulan KIK PTAR i-Clique meraih Anugerah Emas dalam Konvensyen Team Excellent Peringkat Wilayah 2018 ( Wilayah Selatan ) di Holiday Villa Johor Bahru City Centre

ANUGERAH EMAS BAGI INOVASI SOLAT ALERT SOFTWARE (SAS) DI ITEX2017

Alhamdulilah dapat juga melakarkan sejarah memenangi anugerah emas bagi penyertaan di International Invention, Innovation and Technology Exhibition (ITEX 2017) pula dengan produk inovasi Solat Alert Software (SAS). ....

Anugerah EMAS (GOLD) di Ekspo Reka Cipta, Inovasi dan Reka Bentuk (Invention, Innovation And Design Exposition) - IIDEX

Alhamdulilah kedua-dua projek inovasi yang saya sertai mendapat anugerah dalam IIDEX2016 daripada sejumlah 745 penyertaan keseluruhannya.

Awards at British Invention Show 2009

The British Invention Show, is the largest innovation and technology expo in Britain. UiTM submitted 8 entries of which all won medals.

Fasilitator Terbaik

Fasilitator Terbaik kali kedua berturut-turut. Sebenarnya kejayaaan ini adalah kejayaan anda semua.

Konvensyen ICC Kebangsaan

Naib Johan Sektor Awam, 10 Kumpulan Terbaik Sektor Awam, Anugerah Emas 3 Bintang Konvensyen ICC Kebangsaan

Pingat Emas Dalam Malaysia Technology Expo ( MTE)

Menerima anugerah Pingat Emas dalam Malaysia Technology Expo ( MTE) 2009 yang telah diadakan pada 19 hingga 21 Februari 2009 di PWTC, Kuala Lumpur. Pelbagai hasil penyelidikan telah dipamerkan oleh 460 peserta/ kumpulan daripada pelbagai IPTA, badan swasta, MRSM dan lain-lain organisasi.

Showing posts with label inovasi. Show all posts
Showing posts with label inovasi. Show all posts

Tuesday, October 07, 2025

International Innovation & Design in Library and Information Science (InDeLib) 2025 UiTM X UUM

 

Bagi memenuhi Pi 13 Bilangan Penyertaan Kecemerlangan Inovasi dan Produktiviti Kerja, maka kami mewakili  PTAR UiTM CPP menyertai International Innovation & Design in Library & Information Science Competition 2025 UiTM X UUM ( InDeLib 2025 )  https://library.uum.edu.my/indelib/ 

InDeLib 2025 kali ini telah berlangsung di Dewan Tan Sri Othman, Universiti Utara Malaysia, Sik, Kedah dan projek inovasi  Integratted Computer Lab Manager (iCLaM)  PTAR UiTM CPP dan Alhamdulilah telah menerima pengiktirafan SILVER AWARD

#Innovation #Design #Library #InDeLib #InDeLib2025














  









 


Friday, November 10, 2023

Anugerah EMAS (GOLD) di International Innovation & Design in Library and Information Science (InDeLib) 2023


Alhamdulilah projek Resource Centre System (ReCes) kami staf UiTM CPP telah menerima augerah Emas sempena InDeLib 2023 (International Innovation & Design in Library & Information Science Competition) yang telah berlangsung di Dewan Perdana, UiTM Cawangan Kedah pada 9 November 2023 
https://www.facebook.com/ahmadfaizar/posts/pfbid02bxj3qXC2SsRvCkpzRNHzyedhmVukX6ipoTxutX3o8ThgCTB42TgcqTS5dRPf2njul?locale=ms_MY

#Innovation #Design #Library #InDeLib #InDeLib2023  #goldmedal






















https://www.facebook.com/library.uitm.penang/posts/pfbid02TGW7RoaaANf6obJVAks5zHSRmsqbQhEJDgzH2WdKUYs8VcvoQBtdF5RPSotXkqiRl






Thursday, November 17, 2022

ANUGERAH EMAS BAGI INOVASI MYKM DI ICQCC2022 JAKARTA INDONESIA


Alhamdulilah Tahniah dan Syabas diucapkan kepada Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) PTAR, i-Clique kerana telah berjaya menerima ‘Gold Award’ di International Convention on Quality Concept Circles (ICQCC) 2022, Jakarta, Indonesia yang diadakan secara atas talian dari 15 November 2022 hingga 18 November 2022 dengan pembentangan projek Sistem MyKnowledge Management (MyKM) mengulangi  kejayaan Kumpulan Inovatif Kreatif PTAR yang lalu https://ahmadfaizar.blogspot.com/search?q=icqcc 

Tahniah Kumpulan i-Clique salah satu dari 65 kumpulan yang mewakili 41 organisasi dari Malaysia yang diiktriaf oleh Malaysia Productivity Corporation (MPC) untuk mewakili Malaysia ke 47th International Convention on Quality Control Circles (ICQCC) 2022 anjuran Indonesia Quality Management Association (IQMA) yang berlangsung pada 15 – 18 November 2022.

 

Dari 65 projek inovasi dari malaysia yang menyertai ICQCC 2022 kali ini, sebanyak 63 projek inovasi telah tersebut berjaya memperolehi Anugerah GOLD dan 2 projek inovasi berjaya mendapat Anugerah SILVER. Malaysia melakarkan sejarah di mana lapan projek inovasi telah memperolehi pencapaian tertinggi Anugerah PRIME GOLD di peringkat antarabangsa.

Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada Prof. Datuk Ts. Dr. Hajah Roziah Mohd Janor, Naib Canselor UiTM atas sokongan kepada Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) PTAR sehingga meraih pengiktirafan di peringkat antarabangsa.

Kumpulan Inovatif Kreatif i-Clique yang terdiri daripada:

1. Hj Ahmad Faizar bin Jaafar (Pustakawan Kanan) - Fasilitator

2. Cik Wan Noor Sazidah binti Wan Fauzi (Pembantu Pustakawan Kanan) - Ketua Kumpulan

3. Encik Mohd Farid bin Mohamed Said (Pembantu Pustakawan Kanan)

4. Puan Nur Lian binti Abd. Halid (Pembantu Pustakawan)

5. Puan Nur Azini binti Azman (Pembantu Pustakawan)

6. Puan Nur Fatin Nadia binti Mohamed Nadzri (Pembantu Pustakawan)


Hasil kejayaan mengekalkan kecemerlangan ini bukan sahaja membuktikan inovasi ini telah menambahbaik perkhidmatan Perpustakaan, malahan memberikan semangat kepada Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) PTAR untuk melahirkan lebih banyak idea inovatif dan kreatif pada masa akan datang.

#keluargaUiTM #uitm #uitmdihatiku #libraryforall #kikptar  



Saturday, November 27, 2021

Alhamdulilah kali ini kumpulan kami telah menerima Par Excellence Award di ICQCC Hydrabad India 2021

 


Malaysia Productivity Corporation (MPC) telah membawa delegasi Malaysia ke 46th International Convention on Quality Control Circles (ICQCC) 2021 anjuran Quality Circle Forum Of India (QCFI) yang berlangsung pada 24 – 27 November 2021. Konvensyen tersebut telah diadakan di Hyderabad, India dan turut bersiaran secara langsung melalui platform Zoom dengan kerjasama pihak MPC. Sebanyak 81 projek inovasi diwakili oleh 50 organisasi telah menyertai delegasi Malaysia.

Menerusi konvensyen tersebut, Kumpulan KIK -Clique dan kumpulan ERA dari Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM telah berjaya mendapat Anugerah Par Excellence melalui projek yang dipertandingkan oleh kumpulan iClique ialah UiTM Digital Library App https://library.uitm.edu.my/en/digital-initiative/services/mobile-apps dan kumpulan ERA dengan projek e-KKM System https://ekkm.uitm.edu.my/ Terdahulu, projek kumpulan iClique ialah UiTM Digital Library App telah mendapat anugerah Naib Johan Sektor Awam (Persekutuan)di Majlis Anugerah APIC 2020 anjuran MPC yang berlangsung pada 15 Disember 2020. https://perpustakaanuitm.blogspot.com/2020/12/tahniah-dan-syabas-ptar-di-majlis.html Dan kedua-dua projek kumpulan tersebut menerima Penarafan Emas dan Anugerah 20 Kumpulan Terbaik Sektor Awam (Persekutuan)






Syabas dan Tahniah kepada Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) ERA dan i-Clique daripada Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM kerana berjaya menerima Par Excellence Award di 46th International Convention on Quality Control Circles (ICQCC) 2021 yang berlangsung secara atas talian di Hyderabad, India pada 24 hingga 27 November 2021. Projek yang dipertandingkan oleh kumpulan iClique ialah UiTM Digital Library App dan kumpulan ERA dengan projek e-KKM System secara tak langsung mengulangi kejayaan kumpulan eWAVE ke ICQCC pada 2010 yang lalu.




Berikut Ucapan Tahniah dari Naib Canselor UiTM diatas kejayaan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) ERA dan i-Clique daripada Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM




Berikut sejarah tuan rumah ICQCC :

1976Seoul1993Bangkok2010Hyderabad 
1977Taipei1994Hong Kong2011Yokohama
1978Tokyo1995Yokohama2012Kuala Lumpur
1979Seoul1996Kuala Lumpur2013Taipei
1980Taipei1997Beijing2014Colombo
1981Tokyo1998Colombo2015Korea
1982Seoul1999Manila2016Bangkok
1983Taipei2000Singapore2017Manila
1984Manila2001Taipei2018Singapore
1985Tokyo2002Lucknow2019Japan
1986Seoul2003Tokyo2020Dhaka
1987Bangkok2004Bangkok2021 Hydrabad India
1988Taipei2005Changwon2022 Indonesia
1989New Delhi2006Bali

1990Tokyo2007Beijing

1991Bali2008Dhaka

1992Seoul2009Cebu


#kikptar 
#kikuitm

Saturday, September 12, 2020

Full Body Umbrella - Don't be afraid of silly ideas

(photo by yamuhaton)
Full Body Umbrella
Crazy inventions?

Silly inventor ?
Don't be afraid of silly ideas
First time to see an odd shaped umbrella, do they sell one on convenience stores?
There are more stupid creators and innovations, which is important to get started.....


https://youtu.be/UN5Elki3Vw4

#explore #experiments #idea  #sains #science  #covid19

Sunday, October 20, 2019

Anugerah 3 Stars di IQPC & APQO 14-16 Okt 2019 di Bali Indonesia



Salam perjuangan dan salam inovasi buat semua pembaca blog.

Hari ini, hati saya dijentik rasa bangga yang amat mendalam apabila mengenang kembali satu lembaran sejarah yang cukup manis dalam kerjaya saya sebagai seorang fasilitator. Detik indah ini terpahat kemas pada 13 hingga 17 Oktober 2019, bertempat di The Stones Hotel, Legian Bali, Indonesia.


Di sana, sebuah kumpulan KIK (Kumpulan Inovatif dan Kreatif) yang sangat saya banggakan—Kumpulan i-CLIQUE dari Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM—telah berjaya menggegarkan pentas antarabangsa!
Kumpulan hebat ini telah mengharumkan nama UiTM dan negara di peringkat global dengan merangkul Anugerah Emas (Gold Award) 3 Stars di pentas berprestij 25th Asia Pacific Quality Organization International Conference (APQO IC) & International Quality and Productivity Convention (IQPC).







Di Sebalik Tabir: Komitmen dan Pengorbanan Team i-CLIQUE
Sebagai fasilitator, saya melihat sendiri setiap titis peluh, perbincangan lewat malam, dan dedikasi luar biasa yang dicurahkan oleh setiap ahli kumpulan ini. Menjadi pemandu arah kepada tujuh individu yang sarat dengan idea kreatif ini adalah satu pengalaman yang amat berharga bagi saya.
Kejayaan ini tidak akan hadir tanpa nakhoda dan anak kapal yang komited. Syabas dan tahniah diucapkan kepada barisan ahli kumpulan i-CLIQUE:


  1. Wan Noor Sazidah Binti Wan Fauzi (Ketua Kumpulan yang penuh karisma)
  2. Nur Azini Binti Azman
  3. Zuhaslinda Sulaiman
  4. Nur Lian Binti Abd Halid
  5. Nur Fatin Nadia Binti Mohamed Nadzri
  6. Mohd Azrry Bin Zakaria
  7. Muhammad Asyraf Mohd Hata
Masing-masing memainkan peranan yang sangat penting, saling melengkapi, dan mempamerkan semangat kerja berpasukan (teamwork) yang tinggi. Apabila nama kumpulan kita diumumkan sebagai penerima anugerah penarafan tertinggi 3 Stars (Gold Award), segala penat lelah sepanjang fasa persediaan terus lenyap, diganti dengan air mata kesyukuran dan kegembiraan.








Pentas APQO & IQPC 2019: Bukti Inovasi UiTM Diiktiraf Dunia
Persidangan APQO dan IQPC merupakan platform yang mempertemukan pakar-pakar kualiti, produktiviti, dan inovasi dari pelbagai sektor di seluruh rantau Asia Pasifik. Bersaing dengan ratusan penyertaan daripada pelbagai negara luar bukanlah satu tugas yang mudah.
Namun, hasil projek KIK yang dibawakan oleh i-CLIQUE terbukti impaknya. Keupayaan mereka membentangkan projek inovasi dengan yakin di hadapan panel juri antarabangsa di Bali membuktikan bahawa warga PTAR UiTM mampu berdaya saing dan melakar standard kualiti di peringkat global.









Penghargaan Terima Kasih
Sebagai fasilitator, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak pengurusan tertinggi UiTM dan PTAR atas sokongan padu yang tidak berbelah bahagi. Kepada seluruh ahli kumpulan i-CLIQUE, terima kasih kerana mempercayai saya sebagai fasilitator anda dan memberikan komitmen 100% sepanjang perjalanan inovasi ini.


Semoga kenangan manis di Bali ini terus menjadi pembakar semangat buat kita semua dan seluruh warga UiTM untuk terus membudayakan inovasi dan kualiti demi kecemerlangan organisasi.
i-CLIQUE, PTAR UiTM, korang memang terbaik!


Bersama perserta lain












Contact Me

Snap & Read with QRCODE Reader

http://zxing.appspot.com/generator/