
https://www.hmetro.com.my/rencana/2023/06/974498/perpustakaan-digital-nasional-aspirasi-masa-depan
Bring Knowledge to Life , Go Ahead Explore
Alhamdulilah kali in kumpulan kami telah menerima menerima Par Excellence Award di 46th International Convention on Quality Control Circles (ICQCC) 2021
Alhamdulilah dari dua projek inovasi yang saya sertai dalam (IIDEX) 2019 kali ini , inovasi WeGBY CHAIR telah menerima Anugerah SPECIAL AWARD - DIAMOND dan GOLD manakala inovasi RDMS (Reference Desk Management System ) mendapat anugerah SILVER
Alhamdulilah kali ini di anugerahkan sebagai Fasiltator Terbaik di Konvensyen KIK Peringkat UiTM 2019 Zon Tengah sekali lagi setelah menerima pada tahun 2016
Alhamdulilah tugasan kali ini berjaya membawa kumpulan KIK PTAR i-Clique meraih Anugerah Emas dalam Konvensyen Team Excellent Peringkat Wilayah 2018 ( Wilayah Selatan ) di Holiday Villa Johor Bahru City Centre
Alhamdulilah dapat juga melakarkan sejarah memenangi anugerah emas bagi penyertaan di International Invention, Innovation and Technology Exhibition (ITEX 2017) pula dengan produk inovasi Solat Alert Software (SAS). ....
Alhamdulilah kedua-dua projek inovasi yang saya sertai mendapat anugerah dalam IIDEX2016 daripada sejumlah 745 penyertaan keseluruhannya.
The British Invention Show, is the largest innovation and technology expo in Britain. UiTM submitted 8 entries of which all won medals.
Fasilitator Terbaik kali kedua berturut-turut. Sebenarnya kejayaaan ini adalah kejayaan anda semua.
Naib Johan Sektor Awam, 10 Kumpulan Terbaik Sektor Awam, Anugerah Emas 3 Bintang Konvensyen ICC Kebangsaan
Menerima anugerah Pingat Emas dalam Malaysia Technology Expo ( MTE) 2009 yang telah diadakan pada 19 hingga 21 Februari 2009 di PWTC, Kuala Lumpur. Pelbagai hasil penyelidikan telah dipamerkan oleh 460 peserta/ kumpulan daripada pelbagai IPTA, badan swasta, MRSM dan lain-lain organisasi.
Jom Gunakan Duit Raya Digital !
TIPS: Cara bagi Duit Raya Digital menggunakan aplikasi perbankan dan e-wallet
Semasa Hari Raya Aidilfiti, pasti ramai saudara-mara akan berkumpul bagi memeriahkan lagi sambutan Hari Raya dan akhir sekali pasti akan ada sesi pemberian duit raya terutamanya kepada golongan remaja dan kanak-kanak.
Tapi, untuk memberi duit raya secara tunai, agak leceh kerana sampul perlu sediakan terlebih dahulu, dan duit baru perlu ditukar di bank.
Sempena Kempen Hijaukan Alam Sekitar, Bank Negara Malaysia menggalakkan orang ramai menggunakan wang kertas baharu atau lama sebagai pemberian duit raya penuh bererti.
Tak dapat tukar duit baru untuk Raya?
Jangan risau Guna e-Duit raya digital
Hantar e-Duit dengan mudah melalui telefon pintar pada Aidilfitri ini.
Baca lebih lanjut di sini: bnm.gov.my/LT22F6
Selamat, Senang, Segera.
Tip: Sentiasa semak sebelum sahkan transaksi anda!
1. Menggunakan nombor akaun bank
Kebanyakan aplikasi bank sememangnya boleh digunakan untuk membuat pemindahan duit. Oleh itu, jika penerima tidak mempunyai nombor telefon dan kod QR DuitNow, anda boleh menggunakan cara pemindahan duit untuk memberi duit raya dengan menggunakan nombor akaun bank.
2. Melalui DuitNow – Nombor telefon
Dengan DuitNow, duit raya boleh diberi dengan hanya menggunakan nombor telefon. Ciri ini boleh didapati di aplikasi perbankan di Malaysia seperti MAE, CIMB Clicks, HLB Connect dan RHB. Namun, beberapa aplikasi perbankan ada menawarkan ciri e-Duit Raya yang membolehkan anda terus memberi duit raya menggunakan nombor telefon, pada masa yang sama mengirimkan ucapan raya kepada penerima. Untuk melakukannya, di sini saya tunjukkan cara bagaimana ia berfungsi di aplikasi MAE.
Buka aplikasi MAE
Di muka utama, tekan pilihan e-Duit Raya
Kemudian tekan ‘Send via Transfer’
Pilih kenalan anda
Masukkan jumlah duit raya
Pilih reka bentuk kad dan tambah ucapan
Tekan ‘Send Now’
Setelah itu, penerima akan menerima duit raya beserta ucapan yang telah dibuat.
3. Melalui DuitNow – Kod QR
Selain nombor telefon, duit raya juga boleh diberi melalui kod QR DuitNow. Ciri ini boleh didapati di kebanyakan aplikasi perbankan di Malaysia. Caranya juga lebih mudah berbanding menggunakan nombor telefon, anda hanya perlu mengimbas kod QR DuitNow kemudian masukkan jumlah, dan selesai. Sebagai contoh, saya tunjuk caranya di aplikasi AmOnline.
Buka aplikasi AmOnline
Tekan pilihan e-Duit Raya di belah kiri
Pilih ‘Scan QR’
Imbas kod QR
Masukkan jumlah duit raya
Pilih reka bentuk dan tinggalkan ucapan
Kemudian tekan ‘Confirm & Pay’
Bagi mereka yang nak menerima duit raya menggunakan kod QR, anda boleh simpan gambar kod QR atau kongsi kepada pemberi melalui WhatsApp. Berikut adalah cara untuk menyimpan dan kongsikan kod QR di AmOnline.
Buka aplikasi AmOnlineTekan pilihan e-Duit Raya di belah kiri
Pilih ‘Show My QR’
Tekan ‘Share’ di bahagian bawah
Kemudian anda nampak pilihan simpan gambar atau kongsi di WhatsApp
4. E-Wallet
Bagi yang tidak mahu menggunakan aplikasi perbankan untuk memberi duit raya, anda juga boleh memberi duit raya melalui aplikasi e-wallet. Tapi, penerima perlu menggunakan aplikasi yang sama seperti pemberi bagi membolehkan transaksi berlaku. Menerusi e-wallet juga, duit raya boleh diberi sama ada menggunakan nombor telefon atau kod QR.
Untuk memberi duit raya menggunakan nombor telefon di Touch n Go eWallet, caranya adalah seperti berikut:
Buka aplikasi Touch n Go eWallet
Tekan pilihan ‘Transfer’ di muka utama,
Pilih nombor kenalan
Masukkan jumlah duit raya
Pilih ucapan raya
Kemudian tekan ‘Confirm Transfer’
Rujukan:
https://www.bnm.gov.my/
https://twitter.com/BNM_official/status/1648258262326812673
Briefing on Digital Library Services, For Coordinator Franchise Program UiTM in Malaysian Consortium For Education Mauritius (MCEM) https://mcem.group/
Date : Tuesday, 21 February 2023
Time : 3.00 p.m - 04.00 p.m. (Malaysia)
11.00 a.m – 12.00 p.m (Mauritius)
Platform : Microsoft Teams meeting
Pada 21 Febuari 2023, ini saya telah dijemput untuk memberi ceramah untuk bengkel "Training of Trainer" (ToT) di antara Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Malaysian Consortium for Education Mauritius (MCEM).
Saya diminta memberikan taklimat berkaitan kemudahan Perpustakan Digital UiTM kepada Petadbir dan Penyelaras Program Francais UiTM di Malaysian Consortium For Education Mauritius (MCEM) tentang penggunaan perkhidmatan dan koleksi Digital Perpustakaan seperti Online Database, eBOOK, Open Access Discovery, Repositori Institusi UiTM, Local Content Hub, MyKnowledge Management (MyKM), Live Chat With Librarian dan lain-lain.
Semoga inisiatif ini dapat meningkatkan tahap penggunaan Perpustakaan Digital UiTM.
Pihak UiTM telah mengadakan Signing of MoU between UiTM and Malaysian Consortium for Education Mauritius (MCEM) pada Januari 2020 di Mauritius
https://www.facebook.com/dia.uitm/posts/2258778624223452/
Ahmad Faizar Jaafar is a memberof Computer and Information Scienceon Mendeley.