PAR EXCELLENCE AWARD,ICQCC Hydrabad India 2021

Alhamdulilah kali in kumpulan kami telah menerima menerima Par Excellence Award di 46th International Convention on Quality Control Circles (ICQCC) 2021

DIAMOND , GOLD AND SILVER AT IIDEX 2019

Alhamdulilah dari dua projek inovasi yang saya sertai dalam (IIDEX) 2019 kali ini , inovasi WeGBY CHAIR telah menerima Anugerah SPECIAL AWARD - DIAMOND dan GOLD manakala inovasi RDMS (Reference Desk Management System ) mendapat anugerah SILVER

FASILITATOR TERBAIK 2019 ZON TENGAH

Alhamdulilah kali ini di anugerahkan sebagai Fasiltator Terbaik di Konvensyen KIK Peringkat UiTM 2019 Zon Tengah sekali lagi setelah menerima pada tahun 2016

ANUGERAH EMAS KONVENSYEN TEAM EXECELLENT MPC 2018

Alhamdulilah tugasan kali ini berjaya membawa kumpulan KIK PTAR i-Clique meraih Anugerah Emas dalam Konvensyen Team Excellent Peringkat Wilayah 2018 ( Wilayah Selatan ) di Holiday Villa Johor Bahru City Centre

ANUGERAH EMAS BAGI INOVASI SOLAT ALERT SOFTWARE (SAS) DI ITEX2017

Alhamdulilah dapat juga melakarkan sejarah memenangi anugerah emas bagi penyertaan di International Invention, Innovation and Technology Exhibition (ITEX 2017) pula dengan produk inovasi Solat Alert Software (SAS). ....

Anugerah EMAS (GOLD) di Ekspo Reka Cipta, Inovasi dan Reka Bentuk (Invention, Innovation And Design Exposition) - IIDEX

Alhamdulilah kedua-dua projek inovasi yang saya sertai mendapat anugerah dalam IIDEX2016 daripada sejumlah 745 penyertaan keseluruhannya.

Awards at British Invention Show 2009

The British Invention Show, is the largest innovation and technology expo in Britain. UiTM submitted 8 entries of which all won medals.

Fasilitator Terbaik

Fasilitator Terbaik kali kedua berturut-turut. Sebenarnya kejayaaan ini adalah kejayaan anda semua.

Konvensyen ICC Kebangsaan

Naib Johan Sektor Awam, 10 Kumpulan Terbaik Sektor Awam, Anugerah Emas 3 Bintang Konvensyen ICC Kebangsaan

Pingat Emas Dalam Malaysia Technology Expo ( MTE)

Menerima anugerah Pingat Emas dalam Malaysia Technology Expo ( MTE) 2009 yang telah diadakan pada 19 hingga 21 Februari 2009 di PWTC, Kuala Lumpur. Pelbagai hasil penyelidikan telah dipamerkan oleh 460 peserta/ kumpulan daripada pelbagai IPTA, badan swasta, MRSM dan lain-lain organisasi.

Showing posts with label kemasukkan ke uitm. Show all posts
Showing posts with label kemasukkan ke uitm. Show all posts

Monday, March 04, 2019

Ekspo Selangkah ke UiTM bagi kemasukkan UiTM 2019


Ekspo Selangkah ke UiTM 2019 akan berlangsung di seluruh Malaysia. UiTM mempelawa semua pelajar Lepasan SPM/STPM/Diploma untuk hadir bagi mengetahui dengan lebih lanjut mengenai program-program akademik yang ditawarkan di UiTM. Orang ramai turut dijemput hadir bagi memeriahkan penganjuran Ekspo Selangkah ke UiTM.

Kepada bakal mahasiswa sila bawa cetakan berikut:
1. Slip SPM/SPTM/Diploma
2. Semakan syarat sistem selangkah, 
sila layari https://selangkah.uitm.edu.my/




Wednesday, December 26, 2018

Pelawan Belajar Tanpa Yuran Pengajian di UiTM dengan Program MDAB & iNED


Universiti Teknologi MARA (UiTM) melalui Program Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB) iNED mempelawa BUMIPUTERA yang sedang bekerja dan kurang berkemampuan untuk melanjutkan pengajian di peringkat Diploma atau Sarjana Muda secara mod separuh masa TANPA membayar yuran pengajian.

Usaha ini merupakan salah satu Tanggunjawab Sosial Korporat (Corporate Social Responsibility (CSR)) UiTM bagi memberi peluang kepada lebih ramai golongan bumiputera yang bekerja untuk mendapat pendidikan yang lebih tinggi dan sekaligus membudayakan pembelajaran sepanjang hayat.
   
Pelawaan ini terbuka kepada orang awam dan staf UiTM yang ingin menyambung pengajian berdasarkan kriteria seperti berikut :


1) Pendapatan (bakal pelajar iNED) :
    - Bujang/Ibu/Bapa Tunggal (tiada anak) - RM1,500.00/bulan dan ke bawah
    - Berkahwin/Ibu/Bapa Tunggal (ada anak) - RM4,500.00/bulan dan ke bawah

2) Lulus temuduga yang dikendalikan oleh iNED
   
Pelawaan ini juga terbuka untuk pelajar sedia ada iNED (semester 2 dan ke atas) yang mempunyai kriteria seperti berikut :

1) Pemohon (pelajar iNED) mestilah mendapat CGPA 3.00 dan ke atas
2) Pendapatan (pelajar iNED) :
    - Bujang/ Ibu/ Bapa Tunggal (tiada anak) - RM1,500.00/bulan dan ke bawah
    - Berkahwin/ Ibu/ Bapa Tunggal (ada anak) - RM4,500.00/bulan dan ke bawah
3) Lulus temuduga yang dikendalikan oleh iNED
   
Sekiranya terpilih menerima pembiayaan MDAB iNED, pelajar akan disambung pembiayaan pada semester berikutnya berdasarkan pencapaian akademik seperti berikut :

        1) Pembiayaan pada semester pertama : Dikecualikan yuran pengajian
        2) Pembiayaan pada semester seterusnya :
            - CGPA 3.00 dan ke atas (dikecualikan 100%)
            - CGPA 2.99 - 2.75 (dikecualikan 50%)
            - CGPA 2.75 ke bawah (DITAMATKAN)
     
 PENTING :

 - Pembiayaan adalah untuk yuran pengajian sahaja. Yuran kenaan lain perlu dibayar oleh pelajar
 - Tawaran akan terbatal secara automatik sekiranya pelajar tidak hadir mendaftar pada sesi tersebut.

Cara-cara memohon adalah seperti berikut :
1) Permohonan hendaklah dilakukan secara atas talian melalui laman sesawang http://onlineapps.ined.uitm.edu.my/mdab
atau
http://iis.ined.uitm.edu.my/register

2) Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar bersama dokumen sokongan seperti berikut:
            a) Kad pengenalan (pemohon dan pasangan)
            b) Sijil nikah (jika berkaitan)
            c) Sijil cerai/ kematian (jika berkaitan)
            d) Sijil kelahiran anak-anak di bawah tanggungan (jika berkaitan)
            e) Slip gaji tiga (3) bulan terakhir (pemohon dan pasangan)
            g) Surat pengesahan majikan (pemohon)
            h) Surat akuan sumpah atau surat pengesahan daripada majikan pemohon (jika pasangan tidak bekerja)

PENTING : Sila pastikan semua dokumen salinan telah DISAHKAN BENAR oleh pegawai yang mempunyai kuasa (Pegawai Kerajaan Gred 41 dan ke atas)

3) Sila hantarkan borang dan dokumen sokongan ke alamat berikut:
            Pengarah
            Institut Pendidikan Neo (iNED)
            Aras 2, Bangunan UiTM-MTDC Technopreneur Centre
            Universiti Teknologi MARA
            40450 Shah Alam
            Selangor Darul Ehsan
            (u.p: Urusetia MDAB iNED)

Hanya pelajar yang ditawarkan tempat pengajian Diploma/ Sarjana Muda mod separuh masa UiTM sahaja akan dipertimbangkan untuk menerima MDAB iNED.

PENTING : Untuk bakal pelajar, sila pastikan borang permohonan kemasukan ke program pengajian mod separuh masa UiTM telah diisi. Sila rujuk link ini http://iis.ined.uitm.edu.my/register


Sebarang pertanyaan, sila hubungi 03-5544 2609/ 8353/ 8351.

sumber :
http://onlineapps.ined.uitm.edu.my/mdab/
http://pensyarah.ined.uitm.edu.my/mdab/
http://www.mdab.uitm.edu.my/
https://ined.uitm.edu.my/

#uitmdihatiku

Tuesday, January 19, 2016

PERMOHONAN KEMASUKAN PELAJAR KE UiTM BAGI SESI AKADEMIK 1 2016/2017




PENGUMUMAN :

PERMOHONAN KEMASUKAN PELAJAR KE UiTM BAGI SESI AKADEMIK 1 2016/2017 PENERAPAN/ PROFESIONAL/ PLK DIBUKA MULAI 18 JANUARI SEHINGGA 31 MAC 2016 MULAI JAM 12.00 TENGAHARI.

LAYARI http://online.uitm.edu.my/

IKLAN : http://online.uitm.edu.my/doc/C33x26.1cm_IKLANSesi116_17%20(1).pdf




PERMOHONAN KEMASUKAN PELAJAR KE UiTM BAGI SESI AKADEMIK 1 2016/2017 BAGI :

1) PENERAPAN/ PROFESIONAL/ PLK DIBUKA MULAI 18 JANUARI HINGGA 31 MAC 2016. LAYARI http://online.uitm.edu.my/


2) LEPASAN SPM/ SETARAF, STPM/SETARAF & DIPLOMA/ SETARAF DIBUKA MULAI 18 JANUARI HINGGA 5 APRIL 2016. LAYARI http://upu.mohe.gov.my 


sumber : http://online.uitm.edu.my/



Monday, January 12, 2015

Permohonan Online Kemasukan Ke UiTM 2015


Sukacita, permohonan adalah dipelawa daripada calon-calon BUMIPUTERA WARGANEGARA MALAYSIA yang berkelayakan untuk mengikuti Program di Universiti Teknologi MARA (UiTM).


Cara Permohonan
1. Pemohon dikehendaki melayari http://online.uitm.edu.my/ bermula 13 Januari 2014 (Isnin).

2. Pemohon dinasihat menyemak syarat kelayakan program yang ingin dimohon di http://esyarat.uitm.edu.my/ atau
 di http://www.selangkah.uitm.edu.my/semak-syarat-kelayakan.cfm

3. Pemohon dikehendaki membeli No. Slip melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) bermula 13 Januari 2014 (Isnin) hingga 31 Mac 2014 (Isnin) dengan menggunakan nombor 
 kad pengenalan pemohon (bukan wakil) melalui cawangan BSN/Mesin ATM/MyBSN/SMS Banking.  (no. Slip yang dibeli sebelum 13 Januari 2014 (Isnin) adalah TIDAK SAH untuk permohonan ini). 

4. Sila nyatakan Peringkat Program (PENERAPAN / PROFESIONAL / PLK) seperti jadual di bawah semasa pembelian no. Slip di BSN. 

5. Sila pastikan peringkat program yang betul pada slip yang dibeli sebelum meninggalkan kaunter. Sebarang kesilapan pembelian no. Slip, TIADA pemulangan bayaran.

SYARAT KEMASUKAN KE UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA:
● Berumur sekurang-kurangnya 16 tahun pada tarikh tutup permohonan
● Bumiputera Warganegara Malaysia
● Memenuhi syarat kelayakan minima bagi setiap program dipohon
● Tidak pernah disabitkan atas sebarang kesalahan jenayah atau bukan dalam proses menunggu prosiding jenayah terhadapnya
● Pelajar-pelajar yang sedang belajar dimana-mana IPT TIDAK DIBENARKAN memohon kecuali pelajar UiTM.

NOTA:
► Bagi program Diploma dan Sarjana Muda sepenuh masa dari kategori/lepasan selain di atas sila pohon melalui http://upu.mohe.gov.my. KLIK DI SINI

► Bagi program e-PJJ dan Pengajian Luar Kampus UiTM selain di atas sila layari laman web http://ined.uitm.edu.my 

► Bagi program pengajian Pasca Siswazah (Sarjana dan PhD) sila layari laman web http://ipsis.uitm.edu.my

Untuk maklumat lebih lanjut sila hubungi
Bahagian Pengambilan Pelajar (BPP)
Aras Bawah Bangunan UIC
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam
Selangor
No Telefon: (+603) 5544 3164 / 3166 / 3174
Faks: (+603) 5544 3170
Web: http://pengambilan.uitm.edu.my

(Click to enlarge)

(Click to enlarge)


sumber
http://www.uitm.edu.my/index.php/en/current-news/1017-permohonan-kemasukan-sesi-akademik-1-2015-2016-uitm

Sunday, November 28, 2010

Keputusan Kemasukan ke UiTM Disember 2010 dan Rayuan



Salam semua, berita baik bagi mereka yang memohon ke UiTM bagi sesi Disember 2010, pemohonan ke UiTM bagi program diploma dijangka boleh disemak mulai 28 November 2010 jam 12:00 tengah hari:

Anda boleh menyemak keputusan permohonan kemasukkan ke UiTM disini:-

Maklumat ini merujuk kepada Portal Keputusan Kemasukan Ke UiTM

PENGUMUMAN KEMASUKAN UiTM SESI DISEMBER 2010
  1. Semakan keputusan bagi permohonan berikut dijangka boleh disemak mulai 28 November 2010 jam 12:00 tengah hari:  
    • Lepasan Diploma UiTM
    • Lepasan STPM/Matrikulasi/Asasi/Diploma IPT Lain
    • Lepasan GCE A-Level/AUSMAT/Setaraf
    • Program Pra Diploma Perdagangan/Pra Diploma Sains/Pra Diploma Perakaunan
    • Lepasan GCE O-Level/ A-Level/Setaraf
    • Program AC150(CAT)
    • Lepasan STPM/Diploma IPT Lain/Ijazah Sarjana Muda IPT Lain/Setaraf
    • Lepasan Diploma UiTM/Ijazah Sarjana Muda UiTM
  2. Semakan keputusan bagi permohonan berikut dijangka boleh disemak mulai 15 Disember 2010 : 
    • Penerapan Semester Akhir Diploma UiTM/Ijazah Sarjana Muda UiTM
    • Penerapan Semester 3 Diploma UiTM Semakan belum dibuka
    • Penerapan Pelajar Asasi UiTM/Trek Pantas UiTM
    • Penerapan Pelajar Pra Diploma Sains/Pra Diploma Perdagangan/Pra Diploma Perakaunan
    • Program LW222 dan LW601
  3. Bagi pemohon dari kategori-kategori berikut yang berjaya ditawarkan program Diploma/Ijazah Sarjana Muda, pendaftaran pelajar adalah secara online: 
    • Penerapan Semester Akhir Diploma UiTM/Kolej Bersekutu UiTM
    • Penerapan Semester 3 Diploma UiTM
    • Penerapan Pelajar Asasi UiTM/Trek Pantas UiTM
    • Lepasan Diploma UiTM
    • Penerapan Pelajar Pra Diploma Sains/Pra Diploma Perdagangan/Pra Diploma Perakaunan
    * Selepas tempoh 48 jam pendaftaran online, anda boleh ke student portal untuk pendaftaran kursus dan mendapatkan maklumat lanjut jadual akademik.
  4. Semakan keputusan bagi permohonan program Diploma dijangka boleh disemak mulai 15 November 2010 jam 12:00 tengah hari.
  5. Bagi calon yang berjaya program Asasi Undang-Undang UiTM (PI005), sila semak Surat Tawaran Bantuan Kewangan Pelajar Asasi IPTA dan dokumen berkaitan melaluihttps://online.mohe.gov.my/scholar/bantuanasasi/index2.php. Sila cetak dan lengkapkan dengan teliti serta dibawa semasa hari pendaftaran.
  6. Semakan keputusan permohonan ke program Asasi (Undang-Undang) dijangka boleh disemak mulai 26 Oktober 2010 (Selasa) jam 5.00 petang.  

Sebarang persoalan berkaitan dengan permohonan kemasukan ke UiTM boleh di ajukan kepada:

Ketua
Bahagian Pengambilan Pelajar
,
Aras Bawah, Bangunan UiTM International Centre (UIC)
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam, Selangor
Tel: (+603) 5544 3164, 3165, 3166, 3174, 3175
Faks: (+603) 5544 3170
e-mel: bpp@salam.uitm.edu.my
Web: http://pengambilan.uitm.edu.my

Tahniah kepada yang berjaya, kepada yang tidak, boleh merayu, boleh klik button dibawah:-


Sebelum  membuat rayuan,pastikan membaca terlebih dahulu syarat-syarat permohonan rayuan.Syarat-syaratnya adalah seperti dibawah:-  
  1. Rayuan dibuka mulai 15 November 2010 hingga 12.00 tengah malam 26 November 2010.
  2. Cuma terbuka kepada calon yang membuat permohonan kemasukan secara Aplikasi elektronik ke sesi Disember 2010.
  3. Boleh memilih DUA program sahaja.
  4. Dibenarkan merayu SEKALI sahaja.
  5. Rayuan TIDAK di buka kepada program bertemuduga.
  6. Rayuan hanya boleh dibuat melalui web ini dan rayuan secara bertulis tidak dipertimbangkan.
  7. Tiada surat menyurat diberikan kepada calon-calon yang tidak berjaya dalam rayuan.
  8. Kepada calon-calon yang berjaya perlu mendaftar pada tarikh yang ditetapkan dengan menggunakan surat tawaran dan Bil Yuran Pengajian yang dicetak dari internet.
  9. Keputusan rayuan adalah muktamad. Mereka yang tidak berjaya bolehlah memohon bagi kemasukan sesi Julai 2011. Iklan dijangka akan dikeluarkan pada pada bulan Januari 2011 oleh Jabatan Pengajian Tinggi Malaysia melalui laman web http://upu.mohe.gov.my.
  10. Keputusan rayuan dijangka boleh disemak seawal-awalnya bermula pada pertengahan bulan Disember 2010 bagi tawaran kedua atau pada akhir minggu pertama bulan Januari 2011 bagi tawaran terakhir melalui web ini.
Rujukan syarat-syarat berkenaan seperti dilink berikut :


 membuat rayuan menerusi button yang disediakan dibawah:-


PENGUMUMAN KEMASUKAN PROGRAM PENGAJIAN LUAR KAMPUS UiTM SESI DISEMBER 2010
Hanya persoalan berkaitan dengan permohonan kemasukan ke Program Pengajian Luar Kampus sahaja boleh diajukan kepada:

Ketua
Pusat Pengajian Luar Kampus
,
Institut Perkembangan Pendidikan (InED),
DW11 Intekma Resort & Convention Centre,
Persiaran Raja Muda, Seksyen 7,
40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Tel: (+603) 5522 5374, 5350, 5305
Faks: (+603) 5522 5355
Web: http://www.ined.uitm.edu.my


Wasalam

Contact Me

Snap & Read with QRCODE Reader

http://zxing.appspot.com/generator/