PAR EXCELLENCE AWARD,ICQCC Hydrabad India 2021
Alhamdulilah kali in kumpulan kami telah menerima menerima Par Excellence Award di 46th International Convention on Quality Control Circles (ICQCC) 2021
DIAMOND , GOLD AND SILVER AT IIDEX 2019
Alhamdulilah dari dua projek inovasi yang saya sertai dalam (IIDEX) 2019 kali ini , inovasi WeGBY CHAIR telah menerima Anugerah SPECIAL AWARD - DIAMOND dan GOLD manakala inovasi RDMS (Reference Desk Management System ) mendapat anugerah SILVER
FASILITATOR TERBAIK 2019 ZON TENGAH
Alhamdulilah kali ini di anugerahkan sebagai Fasiltator Terbaik di Konvensyen KIK Peringkat UiTM 2019 Zon Tengah sekali lagi setelah menerima pada tahun 2016
ANUGERAH EMAS KONVENSYEN TEAM EXECELLENT MPC 2018
Alhamdulilah tugasan kali ini berjaya membawa kumpulan KIK PTAR i-Clique meraih Anugerah Emas dalam Konvensyen Team Excellent Peringkat Wilayah 2018 ( Wilayah Selatan ) di Holiday Villa Johor Bahru City Centre
ANUGERAH EMAS BAGI INOVASI SOLAT ALERT SOFTWARE (SAS) DI ITEX2017
Alhamdulilah dapat juga melakarkan sejarah memenangi anugerah emas bagi penyertaan di International Invention, Innovation and Technology Exhibition (ITEX 2017) pula dengan produk inovasi Solat Alert Software (SAS). ....
Anugerah EMAS (GOLD) di Ekspo Reka Cipta, Inovasi dan Reka Bentuk (Invention, Innovation And Design Exposition) - IIDEX
Alhamdulilah kedua-dua projek inovasi yang saya sertai mendapat anugerah dalam IIDEX2016 daripada sejumlah 745 penyertaan keseluruhannya.
Awards at British Invention Show 2009
The British Invention Show, is the largest innovation and technology expo in Britain. UiTM submitted 8 entries of which all won medals.
Fasilitator Terbaik
Fasilitator Terbaik kali kedua berturut-turut. Sebenarnya kejayaaan ini adalah kejayaan anda semua.
Konvensyen ICC Kebangsaan
Naib Johan Sektor Awam, 10 Kumpulan Terbaik Sektor Awam, Anugerah Emas 3 Bintang Konvensyen ICC Kebangsaan
Pingat Emas Dalam Malaysia Technology Expo ( MTE)
Menerima anugerah Pingat Emas dalam Malaysia Technology Expo ( MTE) 2009 yang telah diadakan pada 19 hingga 21 Februari 2009 di PWTC, Kuala Lumpur. Pelbagai hasil penyelidikan telah dipamerkan oleh 460 peserta/ kumpulan daripada pelbagai IPTA, badan swasta, MRSM dan lain-lain organisasi.
Thursday, December 27, 2018
Library conferences in Asia 2019
Wednesday, December 26, 2018
Pelawan Belajar Tanpa Yuran Pengajian di UiTM dengan Program MDAB & iNED
Universiti Teknologi MARA (UiTM) melalui Program Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB) iNED mempelawa BUMIPUTERA yang sedang bekerja dan kurang berkemampuan untuk melanjutkan pengajian di peringkat Diploma atau Sarjana Muda secara mod separuh masa TANPA membayar yuran pengajian.
Usaha ini merupakan salah satu Tanggunjawab Sosial Korporat (Corporate Social Responsibility (CSR)) UiTM bagi memberi peluang kepada lebih ramai golongan bumiputera yang bekerja untuk mendapat pendidikan yang lebih tinggi dan sekaligus membudayakan pembelajaran sepanjang hayat.
Pelawaan ini terbuka kepada orang awam dan staf UiTM yang ingin menyambung pengajian berdasarkan kriteria seperti berikut :
1) Pendapatan (bakal pelajar iNED) :
- Bujang/Ibu/Bapa Tunggal (tiada anak) - RM1,500.00/bulan dan ke bawah
- Berkahwin/Ibu/Bapa Tunggal (ada anak) - RM4,500.00/bulan dan ke bawah
2) Lulus temuduga yang dikendalikan oleh iNED
Pelawaan ini juga terbuka untuk pelajar sedia ada iNED (semester 2 dan ke atas) yang mempunyai kriteria seperti berikut :
1) Pemohon (pelajar iNED) mestilah mendapat CGPA 3.00 dan ke atas
2) Pendapatan (pelajar iNED) :
- Bujang/ Ibu/ Bapa Tunggal (tiada anak) - RM1,500.00/bulan dan ke bawah
- Berkahwin/ Ibu/ Bapa Tunggal (ada anak) - RM4,500.00/bulan dan ke bawah
3) Lulus temuduga yang dikendalikan oleh iNED
Sekiranya terpilih menerima pembiayaan MDAB iNED, pelajar akan disambung pembiayaan pada semester berikutnya berdasarkan pencapaian akademik seperti berikut :
1) Pembiayaan pada semester pertama : Dikecualikan yuran pengajian
2) Pembiayaan pada semester seterusnya :
- CGPA 3.00 dan ke atas (dikecualikan 100%)
- CGPA 2.99 - 2.75 (dikecualikan 50%)
- CGPA 2.75 ke bawah (DITAMATKAN)
PENTING :
- Pembiayaan adalah untuk yuran pengajian sahaja. Yuran kenaan lain perlu dibayar oleh pelajar
- Tawaran akan terbatal secara automatik sekiranya pelajar tidak hadir mendaftar pada sesi tersebut.
Cara-cara memohon adalah seperti berikut :
1) Permohonan hendaklah dilakukan secara atas talian melalui laman sesawang http://onlineapps.ined.uitm.edu.my/mdab
atau
http://iis.ined.uitm.edu.my/register
2) Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar bersama dokumen sokongan seperti berikut:
a) Kad pengenalan (pemohon dan pasangan)
b) Sijil nikah (jika berkaitan)
c) Sijil cerai/ kematian (jika berkaitan)
d) Sijil kelahiran anak-anak di bawah tanggungan (jika berkaitan)
e) Slip gaji tiga (3) bulan terakhir (pemohon dan pasangan)
g) Surat pengesahan majikan (pemohon)
h) Surat akuan sumpah atau surat pengesahan daripada majikan pemohon (jika pasangan tidak bekerja)
PENTING : Sila pastikan semua dokumen salinan telah DISAHKAN BENAR oleh pegawai yang mempunyai kuasa (Pegawai Kerajaan Gred 41 dan ke atas)
3) Sila hantarkan borang dan dokumen sokongan ke alamat berikut:
Pengarah
Institut Pendidikan Neo (iNED)
Aras 2, Bangunan UiTM-MTDC Technopreneur Centre
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan
(u.p: Urusetia MDAB iNED)
Hanya pelajar yang ditawarkan tempat pengajian Diploma/ Sarjana Muda mod separuh masa UiTM sahaja akan dipertimbangkan untuk menerima MDAB iNED.
PENTING : Untuk bakal pelajar, sila pastikan borang permohonan kemasukan ke program pengajian mod separuh masa UiTM telah diisi. Sila rujuk link ini http://iis.ined.uitm.edu.my/register
Sebarang pertanyaan, sila hubungi 03-5544 2609/ 8353/ 8351.
sumber :
http://onlineapps.ined.uitm.edu.my/mdab/
http://pensyarah.ined.uitm.edu.my/mdab/
http://www.mdab.uitm.edu.my/
https://ined.uitm.edu.my/
#uitmdihatiku
Tuesday, December 25, 2018
Electric vehicles are so quietly surprising the librarian
Honda FCX Clarity - Hydrogen car with quiet technology Ad
Hydrogen fuel cell [HFC] vehicles, and by extension, electric vehicles [EV], are quiet, so quiet in fact, that even the librarian will be surprised. I guess the video above is self-explanatory.
Now, the point that this video is making is as applicable to battery-powered electric vehicles as well as hydrogen fuel cell cars. Still, it's a lighthearted look at one thing that makes advanced technology vehicles different than today's fossil fuel-burners.
HFCs and EVs share one common factor, the electric motors, which make them nearly silent. Additionally, unlike noisy internal combustion engines, they have no emissions.
In the case of an HFC vehicle, where the electricity is generated on board, the only emissions are oxygen and water vapor.
The Clean Energy Partnership (CEP) describes itself as "a network of companies pulling together to introduce hydrogen as a fuel." The organization was founded in December 2002 and is lead and managed by the German Ministry of Transport and Industry.
Clean Energy Partnership (CEP) is a joint project for world's most versatile hydrogen demonstration. It is aiming for emission-free mobility and has several hydrogen stations.
As of May 2010 the CEP is a consortium of thirteen partners: Berliner Verkehrsbetriebe BVG (Berlin transit authority), BMW, Daimler, Ford, GM/Opel, Hamburger Hochbahn (Hamburg transit company), Linde Group, Royal Dutch Shell, Statoil, Total, Toyota, Vattenfall Europe, and Volkswagen Group.
https://cleanenergypartnership.de/en/home/
https://cleanenergypartnership.de/en/press/press-release/
https://en.wikipedia.org/wiki/Clean_Energy_Partnership
http://www.thedrive.com/tech/14431/are-hydrogen-cars-the-next-big-thing-again
https://flipboard.com/@AhmadFaizar
#hydrogenvehicles
#electricvehicles #EV
#hydrogenfuelcell #HFC
#CleanEnergyPartnership #CEP
Sunday, December 23, 2018
Bukit Larut formerly known as Maxwell Hill
Cuti-cuti Malaysia haa..haa .... lama gak tak update blog ni.. baru2 ni pi hantar anak buah kenduri kahwin di Kubu Gajah, Selama Perak. Dalam perjalanan pulang sempat bawa keluarga pi ronda2 di Taiping.
Salah tempat yg saya singgah ialah Bukit Larut atau dulu dikenali dgn nama Maxwell Hill. Dulu ada juga kenangan masa tahun 80an semasa di Matrikulasi pernah panjat Bukit Maxwell ni dgn kawan2 matriks :)
Bukit Larut, formerly known as Maxwell Hill, is a hill resort located 10 km from Taiping, Perak, Malaysia. Founded in 1884, it is the oldest hill resort in Macurilaysia. It is approximately 1250 m above sea level
Tapi dah tua ni panjat sampai 1 km je le..hee..hee..lepas gian kata org ...lama tak "hiking" :)
To be continue.....
#visitperak
#taiping
pi Tasik Taiping ni teringat kartun Rashid Asmawi "From Taiping with love" (Siri produksi gila-gila)... :)
Monday, December 17, 2018
21st Century Classroom - Smart Classroom
Apabila kita terus bergerak ke alaf baru, jelaslah bahawa keperluan bilik darjah Abad 21 sangat berbeza dari keperluan kelas Abad ke-20. Dalam kelas Abad ke 21, guru adalah fasilitator pembelajaran pelajar dan pencipta persekitaran bilik darjah yang produktif di mana pelajar dapat mengembangkan kemahiran yang mereka perlukan di tempat kerja.
Tumpuan kelas Abad ke 21 adalah pada pelajar yang mengalami persekitaran yang mereka akan masuk sebagai pekerja abad 21. Kurikulum berasaskan projek kolaborasi yang digunakan dalam bilik darjah ini membina kemahiran/skil pemikiran aras tinggi, kemahiran berkomunikasi yang berkesan, dan pengetahuan teknologi yang diperlukan nanti di tempat kerja di Abad 21. Sifat interdisiplin kelas Abad ke 21 membezakannya daripada kelas Abad ke-20. Kuliah pada subjek tunggal pada satu masa adalah normal pada masa lalu dan kolaborasi hari ini adalah benang untuk semua pembelajaran pelajar.
Strategi mengajar abad ke-20 mugkin tidak lagi berkesan. Guru mesti menguasai strategi pengajaran baru yang sangat berbeza daripada mereka yang bekerja di kelas Abad ke-20 dahulu. Kurikulum mesti menjadi lebih relevan kepada apa yang pelajar akan alami di tempat kerja pada Abad 21 nanti
Antara 4 Elemen Utama Reka Bentuk Bilik Darjah atau Kelas pada Abad 21 (4 Key Elements of 21st Century Classroom Design)
1. Susunatur kelas yang Fleksibel / A Flexible Layout
2. Utiliti Perabut yang pelbagai / Furniture for Utility
3. Intergrasi Teknologi / Technology Integration
4. Pencahayaan yang Fleksibel / A Light-Filled Environment Ciri-ciri kelas Abad ke 21 akan sangat berbeza dari bilik darjah masa lalu kerana tumpuannya adalah untuk menghasilkan pelajar yang sangat produktif, komunikasi berkesan, pemikir invontif serta dapat menguasai teknologi.
Elements of 21st Century Classroom Design
https://www.gettingsmart.com/2016/12/21st-century-classroom-design/
Design Better Classrooms and Learning Spaces
https://www.gettingsmart.com/2016/11/three-ways-design-better-classrooms-learning-spaces/
Build a 21st century classroom
http://thinkafricabusiness.com/build-a-21st-century-classroom/
Begitu juga dengan Pusat Sumber Maklumat Sekolah pada Abad 21 perlu berubah dari Abad ke 20 yang lalu seperti yang pernah saya kongsikan di ceramah Bengkel Pengurusan Pusat Sumber Sekolah abad ke 21 http://ahmadfaizar.blogspot.com/2017/05/bengkel-pengurusan-pusat-sumber-sekolah.html
Tajuk ceramah yang diberikan kepada saya pada masa itu Pengurusan Maklumat Bagi Pusat Sumber Sekolah Dalam Era Digital
http://ahmadfaizar.blogspot.com/2017/05/bengkel-pengurusan-pusat-sumber-sekolah.html
https://www.knoll.com/design-plan/market-focus/higher-education
#21stCenturyClassroom
#pusatsumber
#pusatsumberabad21
#smartclassroom
Saturday, December 01, 2018
Selangor E-Sport Experience 2018
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor dan Persatuan Sukan Elektronik Selangor menganjurkan Selangor E-Sport Experience 2018 pada 2 Disember 2018 (Ahad) bertempat di The Pantheon, One City, Subang Jaya. Program ini bakal menghimpunkan peminat dan penggiat sukan elektronik dari seluruh negeri Selangor.
Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan maklumat tentang sukan elektronik kepada penggiat & peminat sukan elektronik.
Pengisian program:
i) Bengkel Pengenalan Sukan Elektronik 2018 Peringkat Negeri Selangor
Membincangkan tentang Sukan Elektronik Sihat (Healthy eSport) dan Kerjaya Dalam Sukan Elektronik (eSport Career).
ii) Forum The Future & Development of e-Sport
Membincangkan tentang Masa Depan dan Pembangunan Industri Sukan Elektronik di Selangor.
iii) Press Start
Memberi peluang kepada semua peminat sukan elektronik untuk mencuba semua jenis sukan elektronik secara percuma seperti PC Games, PS4, racing simulator dan Omni VR di The Pantheon yang merupakan arena sukan elektronik pertama di Malaysia dengan pentauliahan Platinum Geforce GTX iCafe.
2 Disember 2018, Ahad. 9.00 pagi - 6.00 petang.
Sijil, makan minum dan cenderahati peserta ada disediakan.
Masuk adalah percuma.
http://www.esportsselangor.com/
https://www.facebook.com/EsportsSelangor
https://www.instagram.com/esportsselangor/
https://twitter.com/esportsselangor
https://www.facebook.com/persatuansukanelektronikmalaysia/