Universiti Teknologi MARA (UiTM) melalui Program Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB) iNED mempelawa BUMIPUTERA yang sedang bekerja dan kurang berkemampuan untuk melanjutkan pengajian di peringkat Diploma atau Sarjana Muda secara mod separuh masa TANPA membayar yuran pengajian.
Usaha ini merupakan salah satu Tanggunjawab Sosial Korporat (Corporate Social Responsibility (CSR)) UiTM bagi memberi peluang kepada lebih ramai golongan bumiputera yang bekerja untuk mendapat pendidikan yang lebih tinggi dan sekaligus membudayakan pembelajaran sepanjang hayat.
Pelawaan ini terbuka kepada orang awam dan staf UiTM yang ingin menyambung pengajian berdasarkan kriteria seperti berikut :
1) Pendapatan (bakal pelajar iNED) :
- Bujang/Ibu/Bapa Tunggal (tiada anak) - RM1,500.00/bulan dan ke bawah
- Berkahwin/Ibu/Bapa Tunggal (ada anak) - RM4,500.00/bulan dan ke bawah
2) Lulus temuduga yang dikendalikan oleh iNED
Pelawaan ini juga terbuka untuk pelajar sedia ada iNED (semester 2 dan ke atas) yang mempunyai kriteria seperti berikut :
1) Pemohon (pelajar iNED) mestilah mendapat CGPA 3.00 dan ke atas
2) Pendapatan (pelajar iNED) :
- Bujang/ Ibu/ Bapa Tunggal (tiada anak) - RM1,500.00/bulan dan ke bawah
- Berkahwin/ Ibu/ Bapa Tunggal (ada anak) - RM4,500.00/bulan dan ke bawah
3) Lulus temuduga yang dikendalikan oleh iNED
Sekiranya terpilih menerima pembiayaan MDAB iNED, pelajar akan disambung pembiayaan pada semester berikutnya berdasarkan pencapaian akademik seperti berikut :
1) Pembiayaan pada semester pertama : Dikecualikan yuran pengajian
2) Pembiayaan pada semester seterusnya :
- CGPA 3.00 dan ke atas (dikecualikan 100%)
- CGPA 2.99 - 2.75 (dikecualikan 50%)
- CGPA 2.75 ke bawah (DITAMATKAN)
PENTING :
- Pembiayaan adalah untuk yuran pengajian sahaja. Yuran kenaan lain perlu dibayar oleh pelajar
- Tawaran akan terbatal secara automatik sekiranya pelajar tidak hadir mendaftar pada sesi tersebut.
Cara-cara memohon adalah seperti berikut :
1) Permohonan hendaklah dilakukan secara atas talian melalui laman sesawang http://onlineapps.ined.uitm.edu.my/mdab
atau
http://iis.ined.uitm.edu.my/register
2) Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar bersama dokumen sokongan seperti berikut:
a) Kad pengenalan (pemohon dan pasangan)
b) Sijil nikah (jika berkaitan)
c) Sijil cerai/ kematian (jika berkaitan)
d) Sijil kelahiran anak-anak di bawah tanggungan (jika berkaitan)
e) Slip gaji tiga (3) bulan terakhir (pemohon dan pasangan)
g) Surat pengesahan majikan (pemohon)
h) Surat akuan sumpah atau surat pengesahan daripada majikan pemohon (jika pasangan tidak bekerja)
PENTING : Sila pastikan semua dokumen salinan telah DISAHKAN BENAR oleh pegawai yang mempunyai kuasa (Pegawai Kerajaan Gred 41 dan ke atas)
3) Sila hantarkan borang dan dokumen sokongan ke alamat berikut:
Pengarah
Institut Pendidikan Neo (iNED)
Aras 2, Bangunan UiTM-MTDC Technopreneur Centre
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan
(u.p: Urusetia MDAB iNED)
Hanya pelajar yang ditawarkan tempat pengajian Diploma/ Sarjana Muda mod separuh masa UiTM sahaja akan dipertimbangkan untuk menerima MDAB iNED.
PENTING : Untuk bakal pelajar, sila pastikan borang permohonan kemasukan ke program pengajian mod separuh masa UiTM telah diisi. Sila rujuk link ini http://iis.ined.uitm.edu.my/register
Sebarang pertanyaan, sila hubungi 03-5544 2609/ 8353/ 8351.
sumber :
http://onlineapps.ined.uitm.edu.my/mdab/
http://pensyarah.ined.uitm.edu.my/mdab/
http://www.mdab.uitm.edu.my/
https://ined.uitm.edu.my/
#uitmdihatiku
0 comments:
Post a Comment