PAR EXCELLENCE AWARD,ICQCC Hydrabad India 2021

Alhamdulilah kali in kumpulan kami telah menerima menerima Par Excellence Award di 46th International Convention on Quality Control Circles (ICQCC) 2021

DIAMOND , GOLD AND SILVER AT IIDEX 2019

Alhamdulilah dari dua projek inovasi yang saya sertai dalam (IIDEX) 2019 kali ini , inovasi WeGBY CHAIR telah menerima Anugerah SPECIAL AWARD - DIAMOND dan GOLD manakala inovasi RDMS (Reference Desk Management System ) mendapat anugerah SILVER

FASILITATOR TERBAIK 2019 ZON TENGAH

Alhamdulilah kali ini di anugerahkan sebagai Fasiltator Terbaik di Konvensyen KIK Peringkat UiTM 2019 Zon Tengah sekali lagi setelah menerima pada tahun 2016

ANUGERAH EMAS KONVENSYEN TEAM EXECELLENT MPC 2018

Alhamdulilah tugasan kali ini berjaya membawa kumpulan KIK PTAR i-Clique meraih Anugerah Emas dalam Konvensyen Team Excellent Peringkat Wilayah 2018 ( Wilayah Selatan ) di Holiday Villa Johor Bahru City Centre

ANUGERAH EMAS BAGI INOVASI SOLAT ALERT SOFTWARE (SAS) DI ITEX2017

Alhamdulilah dapat juga melakarkan sejarah memenangi anugerah emas bagi penyertaan di International Invention, Innovation and Technology Exhibition (ITEX 2017) pula dengan produk inovasi Solat Alert Software (SAS). ....

Anugerah EMAS (GOLD) di Ekspo Reka Cipta, Inovasi dan Reka Bentuk (Invention, Innovation And Design Exposition) - IIDEX

Alhamdulilah kedua-dua projek inovasi yang saya sertai mendapat anugerah dalam IIDEX2016 daripada sejumlah 745 penyertaan keseluruhannya.

Awards at British Invention Show 2009

The British Invention Show, is the largest innovation and technology expo in Britain. UiTM submitted 8 entries of which all won medals.

Fasilitator Terbaik

Fasilitator Terbaik kali kedua berturut-turut. Sebenarnya kejayaaan ini adalah kejayaan anda semua.

Konvensyen ICC Kebangsaan

Naib Johan Sektor Awam, 10 Kumpulan Terbaik Sektor Awam, Anugerah Emas 3 Bintang Konvensyen ICC Kebangsaan

Pingat Emas Dalam Malaysia Technology Expo ( MTE)

Menerima anugerah Pingat Emas dalam Malaysia Technology Expo ( MTE) 2009 yang telah diadakan pada 19 hingga 21 Februari 2009 di PWTC, Kuala Lumpur. Pelbagai hasil penyelidikan telah dipamerkan oleh 460 peserta/ kumpulan daripada pelbagai IPTA, badan swasta, MRSM dan lain-lain organisasi.

Sunday, July 18, 2021

Salam Aidiladha 144lH/2021M

 


الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر، لا إله إلا الله . والله أكبر ، الله أكبر ، ولله الحمد .

Salam Aidul Adha Maaf Zahir Batin

Saya dengan besar hati ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kepada seluruh muslimin dan muslimat. Semoga dengan kehadiran Hari Raya Qurban ini dapat memberikan kita makna dan menghayati pengorbanan dalam kehidupan kita sebagaimana dirakamkan di dalam Al-Quran, kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail.

Pengorbanan menjadi ujian kepada umat manusia, sejarah menunjukan mereka itu beriman dan mengabdikan diri kepada Allah Subhanahu Wataala yang menjadikan, yang memberi rezeki dan segala kurniaan yang tidak terkira banyaknya.

Terlalu pantas masa berlalu, Sedar tak sedar, 10 tahun telah berlalu permergian saya  ke tanah suci Mekah untuk menjadi tatamu ALLAH menunaikan Haji bagi menyempurnakan rukun Islam yang kelima. alhmdulilah saya telah selamat menunaikan fardu haji pada tahun 2011 yang lalu bersama-sama isteri.


Salam Aidil Adha 1432H / 2011 M ~ ahmadfaizar.blog

Semoga Allah SWT melindungi rakyat Malaysia daripada jangkitan wabak COVID-19. Kepada semua petugas barisan hadapan, bersabarlah & Beristiqamah melaksanakan amanah & tanggungjawab kita bersama, sesungguhnya ini adalah satu pengorbanan .

Tahun ini adalah tahun pengorbanan bagi semua. Bersempena Hari Raya Aidil Adha, marilah kita kekal kuat meneruskan perjuangan melawan Covid-19.

Pada tahun ini merupkan tahun kedua Kerajaan Arab Saudi tidak membenarkan jemaah dari luar menunuaikan haji di Mekah (kecuali yang telah berada di Saudi)  disebabkan pendemik Covid-19.

Susulan ancaman wabak itu, bilangan jemaah tahun ini turut dikurangkan, dengan hanya penduduk yang sudah menerima suntikan imunisasi lengkap boleh memohon dan diberi kebenaran untuk menunaikan haji.

Oleh itu seramai 263 rakyat Malaysia yang telah sedia barada di Arab Saudi layak menunaikan haji tahun ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri. Tahun lepas hanya lapan orang rakyat Malaysia di negara itu yang dapat menunaikan haji.

Meskipun Arab Saudi melaksanakan langkah kawalan yang ketat, pergerakan jemaah haji ke Bukit Arafah pagi tadi tetap berjalan lancar selepas berkumpul di Mina untuk Tarwiyah pada hari kelapan Zulhijjah.
Di masjid Namirah, jemaah akan jamak dan qasar solat Zohor serta Asar termasuk menghadiri khutbah haji.

Selepas matahari terbenam, jemaah haji akan bermalam di Muzdalifah dan mereka kemudiannya akan menunaikan solat Maghrib, diikuti Isyak secara jamak pada sebelah malam.

Selepas menghabiskan sekitar 12 jam berwukuf di padang Arafah semalam, kira-kira 60,000 jemaah haji sahaja mengunjungi Muzdalifah sebagai persiapan untuk peringkat akhir haji tahun ini.

Beberapa minit selepas matahari terbenam pada hari kesembilan Zulhijjah, jemaah haji mula bergerak ke dataran Muzdalifah, untuk menyempurnakan solat Maghrib dan Isyak.

Pengangkutan bas, masing-masing membawa 20 jemaah tiba di Muzdalifah. Di setiap bas terdapat panduan yang perlu diikuti jemaah bagi memastikan mereka menjaga penjarakan sosial.

Bas diiringi pasukan keselamatan dan bergerak mengikut selang waktu yang ditetapkan bagi memastikan aliran lalu lintas lancar.

Di Muzdalifah, jemaah mengumpul batu kerikil untuk menyempurnakan ibadah melontar jamrah di Mina. Hari pertama di Mina adalah tanggal 10 Zulhijjah, menandakan hari pertama bagi sambutan Aidiladha.

Menteri Kesihatan Arab Saudi, Dr Tawfiq Al-Rabiah memberitahu saluran TV Al-Ekhbariya, tiada kes COVID-19 dikesan dalam kalangan jemaah haji setakat ini.

"Terdapat beberapa kes kecil kerana keletihan fizikal, namun jemaah dibenar keluar hospital sejurus mereka mendapatkan rawatan yang diperlukan," katanya.

Timbalan Menteri Haji dan Umrah, Dr Abdul-Fattah Mashat, berkata semua jemaah dibawa dari Mina ke Arafah dalam perjalanan selama tiga jam dengan lebih 1,700 bas membawa jemaah dari Arafah ke Muzdalifah.

"Selepas matahari terbenam, jemaah mulai menaiki bas yang sudah bersiap sedia," katanya. Jemaah bergerak dari Muzdalifah ke Mina, bermula dari tengah malam Isnin.

"Bas-bas ini akan membawa mereka ke kem di Mina, di mana mereka akan bergerak ke kawasan Jamrah. Di sana, mereka disediakan tiga tingkat pembinaan di jamrah untuk melontar batu.

"Kami sudah membahagikan jemaah kepada kumpulan mengikut warna. Setiap kumpulan akan melemparkan (batu) dari lantai yang sudah ditentukan dan dari tempat tertentu untuk mengelak jemaah berkumpul," katanya.

Mashat memuji jemaah kerana mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP) dan mengikuti arahan pemakaian pelitup muka dan penjarakan sosial. - AGENSI

Sumber  BH Julai 20, 2021 @ 9:11am  https://www.bharian.com.my/dunia/asia/2021/07/841269/jemaah-haji-tiba-di-muzdalifah-selepas-berwukuf-di-arafah

Friday, July 09, 2021

Anugerah Emas Konvensyen MPC-MTex Mini Team Excellence 2021

Alhamdulillah., Anugerah Emas di Mini Innovation Showcase Team Excellence (MTEx) 2021 Wilayah Pantai Timur yang berlangsung pada awal bulan tempohari 1 Julai 2021., baru dapat result 9 Julai ....doakan  kami berjaya sehingga keperingkat Kebangsaan...ada lagi yang perlu ditambah baik.


MTEx Wilayah Pantai Timur 2021 kali ini menyaksikan kali kedua kumpulan kami menyertai Konvensyen  secara maya atau atas talian seperti tahun lalau 2020 kerana kekangan PKP/MCO dimana pendemic Covid19 buat tahun kedua  berbanding sebelum pendimik Covid19  biasanya kita menyertai konvensyen  secara fizikal di zon yang disertai dan lebih meriah dan lebih banyak pengalaman.

Sekitar konvensyen secara atas talian /secara maya





Sesi Soal jawab  bersama juri



Syabas dan Tahniah diucapkan kepada team KIK saya , Kumpulan Inovatif & Kreatif i-Clique.  Kumpulan Inovatif & Kreatif i-Clique  membawa projek bertajuk My Knowledge Management (MyKM).

Ahli Kumpulan Inovatif & Kreatif i-Clique

Tuan Haji Ahmad Faizar Jaafar - Fasilitator
Wan Noor Sazidah Wan Fauzi - Ketua Kumpulan
Nur Lian Halid - Ahli
Mohd Farid Mohamed Said - Ahli
Nur Fatin Nadia Mohamed Nadzri - Ahli
Nur Azini Azman - Ahli


Contact Me

Snap & Read with QRCODE Reader

http://zxing.appspot.com/generator/