PAR EXCELLENCE AWARD,ICQCC Hydrabad India 2021

Alhamdulilah kali in kumpulan kami telah menerima menerima Par Excellence Award di 46th International Convention on Quality Control Circles (ICQCC) 2021

DIAMOND , GOLD AND SILVER AT IIDEX 2019

Alhamdulilah dari dua projek inovasi yang saya sertai dalam (IIDEX) 2019 kali ini , inovasi WeGBY CHAIR telah menerima Anugerah SPECIAL AWARD - DIAMOND dan GOLD manakala inovasi RDMS (Reference Desk Management System ) mendapat anugerah SILVER

FASILITATOR TERBAIK 2019 ZON TENGAH

Alhamdulilah kali ini di anugerahkan sebagai Fasiltator Terbaik di Konvensyen KIK Peringkat UiTM 2019 Zon Tengah sekali lagi setelah menerima pada tahun 2016

ANUGERAH EMAS KONVENSYEN TEAM EXECELLENT MPC 2018

Alhamdulilah tugasan kali ini berjaya membawa kumpulan KIK PTAR i-Clique meraih Anugerah Emas dalam Konvensyen Team Excellent Peringkat Wilayah 2018 ( Wilayah Selatan ) di Holiday Villa Johor Bahru City Centre

ANUGERAH EMAS BAGI INOVASI SOLAT ALERT SOFTWARE (SAS) DI ITEX2017

Alhamdulilah dapat juga melakarkan sejarah memenangi anugerah emas bagi penyertaan di International Invention, Innovation and Technology Exhibition (ITEX 2017) pula dengan produk inovasi Solat Alert Software (SAS). ....

Anugerah EMAS (GOLD) di Ekspo Reka Cipta, Inovasi dan Reka Bentuk (Invention, Innovation And Design Exposition) - IIDEX

Alhamdulilah kedua-dua projek inovasi yang saya sertai mendapat anugerah dalam IIDEX2016 daripada sejumlah 745 penyertaan keseluruhannya.

Awards at British Invention Show 2009

The British Invention Show, is the largest innovation and technology expo in Britain. UiTM submitted 8 entries of which all won medals.

Fasilitator Terbaik

Fasilitator Terbaik kali kedua berturut-turut. Sebenarnya kejayaaan ini adalah kejayaan anda semua.

Konvensyen ICC Kebangsaan

Naib Johan Sektor Awam, 10 Kumpulan Terbaik Sektor Awam, Anugerah Emas 3 Bintang Konvensyen ICC Kebangsaan

Pingat Emas Dalam Malaysia Technology Expo ( MTE)

Menerima anugerah Pingat Emas dalam Malaysia Technology Expo ( MTE) 2009 yang telah diadakan pada 19 hingga 21 Februari 2009 di PWTC, Kuala Lumpur. Pelbagai hasil penyelidikan telah dipamerkan oleh 460 peserta/ kumpulan daripada pelbagai IPTA, badan swasta, MRSM dan lain-lain organisasi.

Showing posts with label DATC. Show all posts
Showing posts with label DATC. Show all posts

Wednesday, January 30, 2013

UiTM Academic Conference 2013


Pihak Universiti  menganjurkan Konferensi Akademik pada 30 dan 31 Januari 2013 bertempat di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC). Bertemakan "Propelling Academic Excellence Through World-Class Practices", konferensi ini merupakan salah satu wadah bagi menjana percambahan ilmu, pengembangan idea dan perkongsian amalan terbaik dalam bidang akademik. Selain daripada penglibatan ahli akademik dalaman, penceramah juga terdiri daripada beberapa ahli akademik yang dijemput khas dari universiti terkemuka seperti University of Cambridge dan MIT.

Konferensi ini akan menganjurkan Penyampaian Anugerah Akademik UiTM 2012 dan Entrepreneurial Campus Award 2012, yang akan disempurnakan oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Arshad Ayub, Pro-Canselor UiTM. Konferensi juga akan diserikan dengan persembahan ulangan oleh pelajar dari Fakulti Muzik yang telah dipersembahkan di University of Cambridge dan Middlesex University.
Aturcara konferensi 
30 Januari 2013 (Rabu)

2.15 ptg
Ketibaan VIP
2.30 ptg
Kata-Kata Aluan
oleh Profesor Dr Azni Zain Ahmed
Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) UiTM
2.45ptg
Strategizing to Strengthen Research Culture: Towards Developing World Class Higher Education
oleh Dr Andreas Bender
Unilever Centre for Molecular Science Informatics
University of Cambridge, United Kingdom
4.00 ptg
Academic Integrity and Ethics   
by
YBhg Datuk Emeritus Profesor Dr Shad Saleem Faruqi
Penasihat Undang-Undang
Universiti Teknologi MARA, Malaysia
5.15 ptg
Bersurai


31 Januari 2013 (Khamis)

8.00 pagi
Pendaftaran Peserta & Minum Pagi
8.30 pagi
Ketibaan VIP
8.45 pagi
Ketibaan YBhg Dato' Sri Profesor Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar, FASc
Naib Canselor UiTM
9.00 pagi
Nyanyian Lagu Negaraku
9.15 pagi
Tajuk akan dimaklumkan
oleh Profesor Dr Chesley John Skinner
University of Lethbridge, Canada
10.30 pagi
Rehat
11.00 pagi
Global Networking: Sharing of Experiences
oleh Dr Mahender Singh
Malaysia Institute for Supply Chain Innovation (MISI) and MIT Global SCALE Network
Massachusetts Institute of Technology, USA
12.15 ptg
Makan Tengah Hari & Rehat
2.30 ptg
Ketibaan VIP
2.45 ptg
Ketibaan YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Arshad Ayub
Pro-Canselor UiTM
3.00 ptg
Pelancaran:
1.      Tadbir Urus Akademik UiTM
2.      e-Lantikan Akademia
3.      Career Ladder (CareLad)
4.      Certificate in Education (CiED)

Penyampaian Entrepreneurial Campus Award 2012

Penyampaian Anugerah Akademik UiTM 2012

oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Arshad Ayub
Pro-Canselor UiTM
4.00 ptg
Bringing Home “Malaysian Traditional Music in Four Genres” 
Encore Persembahan di University of Cambridge & Middlesex University
Fakulti Muzik
4.30 ptg
Ucapan Penutup
oleh YBhg Dato’ Sri Profesor Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar, FASc
Naib Canselor UiTM
5.00 ptg
Program Tamat
http://hea.uitm.edu.my/academicconference/

Monday, January 30, 2012

Amanat Tahun Baharu 2012 & Pelancaran Transformasi Akademik 2012 (AcT 2012)

Hari ini menghadiri Amanat Tahun Baharu 2012 & Pelancaran Transformasi Akademik 2012 (AcT 2012)

2012amanattahunbaru

Tarikh : 31 Januari 2012
Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat : Dewan Agong Tuanku Canselor (DATC) UiTM Shah Alam

2012act

Pelancaran Transformasi Akademik 2012 (AcT 2012)

Attention: open in a new window. PDF Print E-mail

Program AcT 2012 yang julung kalinya diadakan ini adalah berkonsepkan perkongsian hasil-hasil konkrit yang telah dicapai dalam perancangan bagi menyahut cabaran mentransformasikan budaya akademik di UiTM sepanjang tahun 2011. Ianya diadakan bertujuan memberi pemakluman kepada pihak berkepentingan (stakeholder) untuk menyedari akan perubahan positif yang sedang berlaku dalam sistem pembangunan dan pengurusan akademik UiTM.

Justeru dengan adanya kesedaran ini ianya secara tidak langsung dapat meningkatkan semangat bagi mengekalkan kualiti produktiviti akademik di kalangan warga UiTM. Sebanyak 31 item berbentuk produk seperti buku, garispanduan, pamplet, sistem dan sebagainya dipamer untuk membawa maksud kesiapsiagaan Hal Ehwal Akademik seluruh UiTM dalam menggerakkan inisiatif Transformasi Akademik secara berpasukan bagi memupuk semangat kerja yang lebih produktif pada tahun 2012.

Semua warga UiTM sama ada staf akademik dan bukan akademik dijemput untuk menghadiri program AcT 2012 dan menyaksikan produk-produk akademik yang akan dipamerkan untuk perkongsian maklumat dengan semua yang hadir.

ATUR CARA PROGRAM

7.45 - 8.45 pagi Pendaftaran Peserta

8.45 pagi Ketibaan Pegawai Kanan UiTM

8.50 pagi Ketibaan Naib Canselor

9.00 pagi Ketibaan Tetamu Kehormat

Lagu NegaraKu

Lagu Wawasan Setia Warga UiTM

Bacaan Doa

9.30-11.00 pagi Perutusan Tahun Baharu 2012

Oleh: YBhg Dato’ Prof Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar, FASc,  Naib Canselor UiTM

11.00-11.30 pagi Ucapan serta Pelancaran AcT 2012, Pelancaran Buku ‘Maxims of University

Leadership’ dan Pelancaran ‘UiTM Press’

Oleh: YBhg Tan Sri Dato’ Seri Arshad Ayub, Pro Canselor UiTM

11.30 - 11.40 pagi Tayangan Montaj AcT 2012

11.40 pagi Lawatan Tetamu Kehormat Ke Pameran AcT 2012

Lawatan Warga UiTM Ke Pameran AcT 2012

12.00 tengahari –

2.00 petang

Makan Tengahari

Rehat & Solat

MAJLIS ANUGERAH AKADEMIK UiTM 2011

2.00 petang Pendaftaran Peserta

2.20 petang Ketibaan Naib Canselor

2.30 petang Ketibaan Tetamu Kehormat

Ucapan

Oleh: Prof. Dr. Azni Zain Ahmed

Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa)

Penyampaian Insentif Penulisan Ke Jurnal Berimpak Tinggi 2011

Oleh: YBhg Dato’ Prof Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar, FASc, Naib Canselor UiTM

Penyampaian Anugerah Akademik UiTM 2011

Oleh: YBhg Tan Sri Dato’ Seri Arshad Ayub, Pro Canselor UiTM

5.30 petang Pameran AcT 2012 berakhir

Bersurai

via : http://www.uitm.edu.my/index.php/en/upcoming-events/557-pelancaran-transformasi-akademik-2012-act-2012

 

Monday, July 25, 2011

Majlis Wacana Ilmu Titah Diraja di DATC

Menghadiri Majlis Wacana Ilmu Titah Diraja di DATC  
Institut Pemikiran Dan Kepimpinan Melayu (IMPAK),  Universiti Teknologi  MARA (UiTM) Shah Alam, buat julung-julung kalinya menganjurkan Majlis Wacana Ilmu Titah Diraja dengan tema “ Peranan Institusi Raja Melayu Dalam Memupuk Perpaduan Ummah” yang akan disempurnakan oleh Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah pada Isnin, 25 Julai 2011 bertempat di Dewan Agong Tuanku Canselor (DATC) UiTM, Shah Alam.

Antara isu yang diutarakan dalam tajuk ini adalah lebih kepada isu bagaimana penubuhuan Sistem Beraja itu sendiri yang diamalkan di Malaysia yang diperintah oleh 9 Raja-Raja Melayu di 9 Negeri Berdaulat. Sistem ini sentiasa mengamalkan adat musyawarah dalam mengekalkan tahap kestabilan & perpaduan negara dengan melantik secara bergilir-gilir selama 5 tahun dan amalan ini tidak terdapat di mana-mana negara kecuali Malaysia. Sepatutnya kita berbangga berada di tanah air tercinta kita, MALAYSIA...
Konsep warga yang dimaksudkan adalah rakyat yang berpaksikan raja yang memang lain daripada tradisi Eropah. Contoh yang diamalkan di Perak hingga kini di mana kesetiaan rakyat kepada raja adalah dilakukan dengan adat menjunjung duli.
Daulat pula ditafsirkan sebagai darjat kemuliaan yang tinggi yang diberi kepada raja-raja melayu dalam mendapatkan hak & kuasa untuk memerintah.
Di sini, DYTM merangkupkan 3 aspek yang penting dalam mengekalkan PERPADUAN iaitu keamanan, kemakmuran dan keharmonian. Jika ketiga-tiga aspek ini ada, maka konsep perpaduan akan dapat dikekalkan.
Pelbagai pepatah diselitkan dalam titah baginda seperti "Raja & Rakyat Berpisah Tidak', 'Rakyat Umpama Akar, Raja Umpama Pohonnya", "Bersultan di Mata, Beraja di Hati", Raja Adil Raja Disimbah, Raja Zalim Raja Disanggah" (Pepatah ini pernah digunakan oleh Hang Jebat semasa berlaku pertelingkahan di Istana) dan berbagai lagi.
Raja-Raja Melayu menggabungkan 3 elemen utama yang dikatakan pepatah sakti iaitu Islam, Adat & Muafakat bagi mengelakkan persengketaan. Elemen ini sangat penting dalam memastikan perpaduan kaum di Malaysia sentiasa kekal dan harmoni di bawah pemerintahan Raja-raja Melayu yang berdaulat.
Dalam memupuk perpaduan, adalah tugas bersama raja dan warga (rakyat) dan ia menentukan perlaksanaan individual & organisasi itu sendiri. Perkara ini jarang kita teliti dan kaji.
DYTM juga menyuarakan isi hatinya dengan mengatakan "suhu politik negara semakin panas, membara.. bagaikan menanti masa untuk meluak... semakin mencalarkan nama negara. Faktor agama, kaum, budaya, bahasa dan sebagainya dijadikan alasan dengan digabungkan dengan elemen-elemen lain seperti krisis persepsi isu keadilan, kepimpinan dan sebagainya." Cuba kita renungkan dan rasai sendiri kesedihan baginda mengenai krisis yang sedang berlaku sekarang.  Semoga peristiwa 13 Mei tidak akan berlaku sampai bila-bila dan kita sendirilah yang akan menentukan keadaan negara kita kelak...
Akhir sekali suka disini saya meletakkan satu kata-kata yang amat bernilai untuk kita hayati dan fahami bersama.. Simpanlah kata-kata ini.. "Menerima kekalahan dengan redha dan mendapat kemenangan dengan keinsafan".


Disamping itu dipamerkan juga foto kerabat diraja dan sejarah di Negeri Perak

Thursday, February 10, 2011

Amanat Naib Canselor ( VC ) UiTM Tahun 2011 di Dewan Agong Tuanku Canselor (DATC)



Mendengar Amanat Tahun Baru 2011 oleh Y.Bhg. Dato' Naib Canselor pada Khamis, 10 Februari 2011, jam 8.00 pagi di Dewan Agong Tuanku Canselor , DATC, (Dewan Baru berdekatan Kolej Kediaman Perindu dan Stadium UiTM).
Video 
http://webtv.uitm.edu.my/index.php?option=com_xeyougallery&Itemid=82&func=detail&id=88

Contact Me

Snap & Read with QRCODE Reader

http://zxing.appspot.com/generator/