PAR EXCELLENCE AWARD,ICQCC Hydrabad India 2021

Alhamdulilah kali in kumpulan kami telah menerima menerima Par Excellence Award di 46th International Convention on Quality Control Circles (ICQCC) 2021

DIAMOND , GOLD AND SILVER AT IIDEX 2019

Alhamdulilah dari dua projek inovasi yang saya sertai dalam (IIDEX) 2019 kali ini , inovasi WeGBY CHAIR telah menerima Anugerah SPECIAL AWARD - DIAMOND dan GOLD manakala inovasi RDMS (Reference Desk Management System ) mendapat anugerah SILVER

FASILITATOR TERBAIK 2019 ZON TENGAH

Alhamdulilah kali ini di anugerahkan sebagai Fasiltator Terbaik di Konvensyen KIK Peringkat UiTM 2019 Zon Tengah sekali lagi setelah menerima pada tahun 2016

ANUGERAH EMAS KONVENSYEN TEAM EXECELLENT MPC 2018

Alhamdulilah tugasan kali ini berjaya membawa kumpulan KIK PTAR i-Clique meraih Anugerah Emas dalam Konvensyen Team Excellent Peringkat Wilayah 2018 ( Wilayah Selatan ) di Holiday Villa Johor Bahru City Centre

ANUGERAH EMAS BAGI INOVASI SOLAT ALERT SOFTWARE (SAS) DI ITEX2017

Alhamdulilah dapat juga melakarkan sejarah memenangi anugerah emas bagi penyertaan di International Invention, Innovation and Technology Exhibition (ITEX 2017) pula dengan produk inovasi Solat Alert Software (SAS). ....

Anugerah EMAS (GOLD) di Ekspo Reka Cipta, Inovasi dan Reka Bentuk (Invention, Innovation And Design Exposition) - IIDEX

Alhamdulilah kedua-dua projek inovasi yang saya sertai mendapat anugerah dalam IIDEX2016 daripada sejumlah 745 penyertaan keseluruhannya.

Awards at British Invention Show 2009

The British Invention Show, is the largest innovation and technology expo in Britain. UiTM submitted 8 entries of which all won medals.

Fasilitator Terbaik

Fasilitator Terbaik kali kedua berturut-turut. Sebenarnya kejayaaan ini adalah kejayaan anda semua.

Konvensyen ICC Kebangsaan

Naib Johan Sektor Awam, 10 Kumpulan Terbaik Sektor Awam, Anugerah Emas 3 Bintang Konvensyen ICC Kebangsaan

Pingat Emas Dalam Malaysia Technology Expo ( MTE)

Menerima anugerah Pingat Emas dalam Malaysia Technology Expo ( MTE) 2009 yang telah diadakan pada 19 hingga 21 Februari 2009 di PWTC, Kuala Lumpur. Pelbagai hasil penyelidikan telah dipamerkan oleh 460 peserta/ kumpulan daripada pelbagai IPTA, badan swasta, MRSM dan lain-lain organisasi.

Showing posts with label uiam. Show all posts

Sunday, October 31, 2010

Keputusan Pertandingan Dikir Barat Peringkat Kebangsaan 2010.

Kumpulan Sri Gombak bersaing dengan Kumpulan Titih Pusaka dalam Pertandingan Akhir Dikir Barat 2010

Justeru Radio Televisyen Malaysia (RTM) menganjurkan Pertandingan Akhir Dikir Barat 2010 pada 29 Oktober 2010 (Jumaat), jam 9.00 malam di TV1. Pertandingan akhir ini akan dibawakan secara langsung dari Auditorium Darul Makmur, Kompleks Penyiaran Sultan Ahmad Shah, Kuantan, Pahang. Ini merupakan tahun ke-17 penganjurannya di mana ianya telah diadakan sejak tahun 1993 lagi.

Jika pada tahun 2009, Kumpulan Sri Arena Pantai Haji Nik Mat, Tumpat Kelantan telah menjuarai pertandingan akhir peringkat kebangsaan, pada tahun 2010 ini, dua (2) kumpulan yang akan bersaing sengit pada pertandingan akhir nanti mempunyai sejarah dan keunikan masing-masing di mana kumpulan pertama yang diberi nama Kumpulan Sri Gedombak dari Pasir Puteh, Kelantan di mana kumpulan ini pernah menjuarai Pertandingan Dikir Barat Kebangsaan RTM pada tahun 2006 dan saingan diterima kumpulan kedua dari Kumpulan Titih Pusaka, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah alam, Selangor yang merupakan sejarah kali pertama pertandingan dikir barat, kumpulan dari luar negeri Kelantan berjaya melangkahkan kaki ke peringkat akhir pertandingan ini.

Menerusi peringkat awal pertandingan telah diadakan empat peringkat pertandingan di mana peringkat saringan pada 4 April 2010 (32 pasukan), peringkat suku akhir yang berlangsung pada 8 dan 9 Jun 2010 (8 kumpulan) dan dikecilkan lagi ke peringkat separuh akhir yang diadakan di Dewan Profesional, Kampus UiTM Machang, Machang, Kelantan pada 10 Julai 2010 (4 kumpulan) dan akhirnya terdapat dua (2) kumpulan yang berjaya memasuki peringkat akhir pertandingan tersebut.

Hadiah yang ditawarkan pada tahun 2010 ini merangkumi Johan akan membawa pulang wang tunai RM 20,000.00 manakala Naib Johan akan membawa pulang wang tunai RM 15,000.00, masing-masing beserta piala serta sijil penyertaan.

Tiga kategori lain yang dipertandingkan adalah Tukang Karut Terbaik akan membawa pulang wang tunai RM3,000.00, Tok Juara Terbaik akan membawa pulang wang RM3,000.00 danPersembahan Terbaik akan membawa pulang wang RM3,000.00. Pemenang turut menerima piala serta sijil penyertaan.

Antara artis undangan yang bakal memeriahkan lagi pertandingan ini termasuklah Diana Daniel, Azharina Azhar, Alyah, Mustapha kamal, Sabri Yunus, Mat Over, Imuda, Dewi, Felicia dan Satiya yang akan mengadakan persembahan sketsa dan nyanyian secara langsung.

Orang ramai dijemput hadir memberi sokongan kepada warisan seni budaya kita ini dengan menyaksikan Pertandingan ini di Auditorium Darul Makmur, Kompleks Penyiaran Sultan Ahmad Shah, Kuantan Pahang kerana masuk adalah percuma atau para penonton boleh menyaksikan secara langsung melalui siaran TV1

Pasukan Dikir Barat Titih Pusaka dari UiTM Shah Alam telah berjaya ke peringkat akhir Pertandingan Dikir Barat Kebangsaan. Pertandingan anjuran RTM ini akan dilangsungkan di Kuantan pada 29/10/2010 (Jumaat) jam 9.00 malam.

Tahniah diucapkan kepada Kumpulan Dikir Barat Titih Pusaka dari UiTM Shah Alam yang telah mengharumkan nama universiti kita selepas muncul Juara Keseluruhan Pertandingan Dikir Barat Peringkat Kebangsaan 2010.

Selain juara keseluruhan yang membawa pulang wang tunai RM20,000 mereka juga berjaya memenangi kategori Tok Jogho Terbaik (Abe Amar @ Ahmad Abdullah) dan Persembahan Terbaik yang masing-masing membawa pulang RM3,000 beserta piala dan sijil penyertaan.

Kejayaan ini adalah sangat membanggakan kerana ini adalah kali pertama kumpulan dari luar negeri Kelantan yang berjaya memenangi pertandingan ini.

Syabas dan tahniah diucapkan!

Kirimkan ucapan tahniah anda kepada mereka di laman Facebook Kumpulan Dikir Barat Titih Pusaka.

Posted via email from faizar's posterous

Saturday, October 30, 2010

http://massauitm.blogspot.com/2010/10/dikir-barat-uitm-ke-akhir-kebangsaan.html

----------------------------

Pasukan Dikir Barat Titih Pusaka dari UiTM Shah Alam telah berjaya ke peringkat akhir Pertandingan Dikir Barat Kebangsaan. Pertandingan anjuran RTM ini akan dilangsungkan di Kuantan pada 29/10/2010 (Jumaat) jam 9.00 malam.

Tahniah diucapkan kepada Kumpulan Dikir Barat Titih Pusaka dari UiTM Shah Alam yang telah mengharumkan nama universiti kita selepas muncul Juara Keseluruhan Pertandingan Dikir Barat Peringkat Kebangsaan 2010.

Selain juara keseluruhan yang membawa pulang wang tunai RM20,000 mereka juga berjaya memenangi kategori Tok Jogho Terbaik (Abe Amar @ Ahmad Abdullah) dan Persembahan Terbaik yang masing-masing membawa pulang RM3,000 beserta piala dan sijil penyertaan.

Kejayaan ini adalah sangat membanggakan kerana ini adalah kali pertama kumpulan dari luar negeri Kelantan yang berjaya memenangi pertandingan ini.

Syabas dan tahniah diucapkan!

Kirimkan ucapan tahniah anda kepada mereka di laman Facebook Kumpulan Dikir Barat Titih Pusaka.

Contact Me

Snap & Read with QRCODE Reader

http://zxing.appspot.com/generator/