PAR EXCELLENCE AWARD,ICQCC Hydrabad India 2021

Alhamdulilah kali in kumpulan kami telah menerima menerima Par Excellence Award di 46th International Convention on Quality Control Circles (ICQCC) 2021

DIAMOND , GOLD AND SILVER AT IIDEX 2019

Alhamdulilah dari dua projek inovasi yang saya sertai dalam (IIDEX) 2019 kali ini , inovasi WeGBY CHAIR telah menerima Anugerah SPECIAL AWARD - DIAMOND dan GOLD manakala inovasi RDMS (Reference Desk Management System ) mendapat anugerah SILVER

FASILITATOR TERBAIK 2019 ZON TENGAH

Alhamdulilah kali ini di anugerahkan sebagai Fasiltator Terbaik di Konvensyen KIK Peringkat UiTM 2019 Zon Tengah sekali lagi setelah menerima pada tahun 2016

ANUGERAH EMAS KONVENSYEN TEAM EXECELLENT MPC 2018

Alhamdulilah tugasan kali ini berjaya membawa kumpulan KIK PTAR i-Clique meraih Anugerah Emas dalam Konvensyen Team Excellent Peringkat Wilayah 2018 ( Wilayah Selatan ) di Holiday Villa Johor Bahru City Centre

ANUGERAH EMAS BAGI INOVASI SOLAT ALERT SOFTWARE (SAS) DI ITEX2017

Alhamdulilah dapat juga melakarkan sejarah memenangi anugerah emas bagi penyertaan di International Invention, Innovation and Technology Exhibition (ITEX 2017) pula dengan produk inovasi Solat Alert Software (SAS). ....

Anugerah EMAS (GOLD) di Ekspo Reka Cipta, Inovasi dan Reka Bentuk (Invention, Innovation And Design Exposition) - IIDEX

Alhamdulilah kedua-dua projek inovasi yang saya sertai mendapat anugerah dalam IIDEX2016 daripada sejumlah 745 penyertaan keseluruhannya.

Awards at British Invention Show 2009

The British Invention Show, is the largest innovation and technology expo in Britain. UiTM submitted 8 entries of which all won medals.

Fasilitator Terbaik

Fasilitator Terbaik kali kedua berturut-turut. Sebenarnya kejayaaan ini adalah kejayaan anda semua.

Konvensyen ICC Kebangsaan

Naib Johan Sektor Awam, 10 Kumpulan Terbaik Sektor Awam, Anugerah Emas 3 Bintang Konvensyen ICC Kebangsaan

Pingat Emas Dalam Malaysia Technology Expo ( MTE)

Menerima anugerah Pingat Emas dalam Malaysia Technology Expo ( MTE) 2009 yang telah diadakan pada 19 hingga 21 Februari 2009 di PWTC, Kuala Lumpur. Pelbagai hasil penyelidikan telah dipamerkan oleh 460 peserta/ kumpulan daripada pelbagai IPTA, badan swasta, MRSM dan lain-lain organisasi.

Wednesday, December 21, 2016

EDU-CULT Mobility Programme Universitas Negeri Yogyakarta, Indonesia

Hari ini saya dikehedaki menyambut pelawat  dari Universitas negeri Yogyakarta, Indonesia yang dikendalikan oleh Fakulti Sains Gunaan, UiTM Shah Alam ke Perpustakaan Tun Abdul Razak Utama sebagai tugasa pertama Perhubungan Korporat PTAR

13 December - 20 December 2016
Fakulty Of Applied Sciences
UiTM Shah Alam

Monday, December 12, 2016

Expo Buku Malaysia 2016


Dimaklumkan Yayasan Pembangunan Buku Negara (YPBN) dengan kerjasama Penerbit IIUM, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Gabungan Persatuan Penulis Nasional (GAPENA) dan Persatuan Penulis dan Peminat Sastera Perak (PENTAS) akan menganjurkan Expo Buku Malaysia kali ke-8, butir-butir seperti di bawah: 

Tarikh: 14 – 18 Disember 2016
Masa : 10 pagi – 10 malam

Tempat: Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur

Bersempena itu, YPBN juga akan menganjurkan:
Persidangan Buku Antarabangsa pada 14 – 15 Disember 2016
Majlis Anugerah Buku Negara pada 14 Disember 2016
Ekspo Industri Kreatif  pada 14 – 18 Disember 2016 
Malam Gala Anugerah Telenovela pada 17 Disember 2016


Sehubungan dengan itu, Jawatankuasa Penganjur dengan segala hormatnya memohon sokongan dan kerjasama pihak YBhg. Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan selaku penggiat industri perbukuan Malaysia untuk turut serta menyertai Persidangan Buku Antarabangsa 2016. 

Semua warga perbukuan dijemput menyertai Persidangan Buku Antarabangsa 2016. Penyertaan PERCUMA sahaja.

Semoga kehadiran YBhg. Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan ke majlis yang bersejarah ini akan menyemarakkan lagi perkembangan industri perbukuan di Malaysia.

Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi :-

Pn. Maznah Awang
Tel : 012-652 4501
emel : maznahypbn@yahoo.com

Pn. Rushanim Rushdi
Tel : 019-311 8801
emel : rushanimypbn@yahoo.com

More details http://www.ypbn.my/2016/08/ekspo-buku-malaysia-2016.html
https://www.facebook.com/ekspobukumalaysia/
Semua warga perbukuan dijemput menyertai Persidangan Buku Antarabangsa 2016. 



Sertai Seminar Kefahaman Hak Cipta dalam Penerbitan dan Pengajaran secara PERCUMA di Bilik Mawar, PWTC pada 17 Disember 2016 sempena Expo Buku Malaysia 2016
More details : https://www.facebook.com/uumpress/ 

Saturday, December 03, 2016

KL Sci-Fi Convention 2016



Anda semua dijemput hadir memeriahkan KL Sci-Fi Convention 2016 di Planetarium Negara mulai 10 hingga 11 Disember 2016, Sabtu & Ahad. Masuk adalah PERCUMA.
Temui Team Animas dengan kemunculan khas duo Faizal Mukhtar & Nik Nadzru Iskandar dalam Sesi Dialog Khas dalam acara KL Sci-Fi Convention pada:
HARI: 11 Disember, 2016 (Ahad)
MASA: 11 pagi hingga 12 tengah hari
TEMPAT: Planetarium Negara, Agensi Angkasa Negara (ANGKASA), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, 53, Jalan Perdana, Kuala Lumpur
JUDUL DIALOG:
"DUNIA SINEMATIK SAINS FIKSYEN & FANTASI:
IMPAK CERITA DAN SENI VISUAL"




Contact Me

Snap & Read with QRCODE Reader

http://zxing.appspot.com/generator/