PAR EXCELLENCE AWARD,ICQCC Hydrabad India 2021

Alhamdulilah kali in kumpulan kami telah menerima menerima Par Excellence Award di 46th International Convention on Quality Control Circles (ICQCC) 2021

DIAMOND , GOLD AND SILVER AT IIDEX 2019

Alhamdulilah dari dua projek inovasi yang saya sertai dalam (IIDEX) 2019 kali ini , inovasi WeGBY CHAIR telah menerima Anugerah SPECIAL AWARD - DIAMOND dan GOLD manakala inovasi RDMS (Reference Desk Management System ) mendapat anugerah SILVER

FASILITATOR TERBAIK 2019 ZON TENGAH

Alhamdulilah kali ini di anugerahkan sebagai Fasiltator Terbaik di Konvensyen KIK Peringkat UiTM 2019 Zon Tengah sekali lagi setelah menerima pada tahun 2016

ANUGERAH EMAS KONVENSYEN TEAM EXECELLENT MPC 2018

Alhamdulilah tugasan kali ini berjaya membawa kumpulan KIK PTAR i-Clique meraih Anugerah Emas dalam Konvensyen Team Excellent Peringkat Wilayah 2018 ( Wilayah Selatan ) di Holiday Villa Johor Bahru City Centre

ANUGERAH EMAS BAGI INOVASI SOLAT ALERT SOFTWARE (SAS) DI ITEX2017

Alhamdulilah dapat juga melakarkan sejarah memenangi anugerah emas bagi penyertaan di International Invention, Innovation and Technology Exhibition (ITEX 2017) pula dengan produk inovasi Solat Alert Software (SAS). ....

Anugerah EMAS (GOLD) di Ekspo Reka Cipta, Inovasi dan Reka Bentuk (Invention, Innovation And Design Exposition) - IIDEX

Alhamdulilah kedua-dua projek inovasi yang saya sertai mendapat anugerah dalam IIDEX2016 daripada sejumlah 745 penyertaan keseluruhannya.

Awards at British Invention Show 2009

The British Invention Show, is the largest innovation and technology expo in Britain. UiTM submitted 8 entries of which all won medals.

Fasilitator Terbaik

Fasilitator Terbaik kali kedua berturut-turut. Sebenarnya kejayaaan ini adalah kejayaan anda semua.

Konvensyen ICC Kebangsaan

Naib Johan Sektor Awam, 10 Kumpulan Terbaik Sektor Awam, Anugerah Emas 3 Bintang Konvensyen ICC Kebangsaan

Pingat Emas Dalam Malaysia Technology Expo ( MTE)

Menerima anugerah Pingat Emas dalam Malaysia Technology Expo ( MTE) 2009 yang telah diadakan pada 19 hingga 21 Februari 2009 di PWTC, Kuala Lumpur. Pelbagai hasil penyelidikan telah dipamerkan oleh 460 peserta/ kumpulan daripada pelbagai IPTA, badan swasta, MRSM dan lain-lain organisasi.

Showing posts with label Masjid negeri selangor. Show all posts
Showing posts with label Masjid negeri selangor. Show all posts

Saturday, June 16, 2012

CINTAI MASJID 2012 : Masjid Salahuddin Abdul Aziz Shah



Tarikh : 16 & 17 Jun 2012 
Masa : 8.00 pagi - 11.30 malam
Tempat : Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam Selangor, Selangor

 ** Jom Riadah sambil menimba ilmu di Masjid

Ayuh beramai-ramai mengimarahkah karnival 'CINTA MASJID' pada Sabtu & Ahad, 16hb & 17hb Jun 2012, jam 0800 pagi hingga 1130 malam, berlokasi di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam Selangor, Selangor anjuran TVAlhijrah.


Photo: Bagi yang tidak berpeluang berkunjung ke karnival Cinta Masjid, nantikan Lintas Langsung masa ke semasa dari tapak lokasi Cinta Masjid, Masjid Salahuddin Abdul Aziz Shah.
 4Unlike ·  · 


Photo: Aktiviti Booth TVAlhijrah di lokasi Cinta Masjid : Sesi Pertandingan Mewarna kanak-kanak 6-12tahun. Eh, Ara & Aris pun turun padang. Yay!
Photo: Aktiviti Booth TV Alhijrah di lokasi Cinta Masjid : Sesi beramah mesra bersama pengacara Soal Wanita.
Bagi yang tidak berpeluang berkunjung ke karnival Cinta Masjid, nantikan Lintas Langsung masa ke semasa dari tapak lokasi Cinta Masjid, Masjid Salahuddin Abdul Aziz Shah. 

Saturday, February 11, 2012

Forum Perdana Ehwal Islam : Sunnah Rasulullah : Apa Kelebihannya?

2012-02-11_14

Forum Perdana Ehwal Islam : 

Sunnah Rasulullah : Apa Kelebihannya?

 

Masa : Selapas Solat Maghrib

Tarikh : 11 Feb 2011

Tempat : Dewan Solat bawah , Masjid Negeri Selangor

Ahli panel :

Y.Bhg Dato' Mohd Zawawi Yusoh

Y.Bhg  Ustaz Zamihan Al-Ghari

 

Moderator S.F Tn Hj Ahmad Mustafa B. Mohd Sidin Al-Muqri

Sunday, August 28, 2011

Majlis Khatam Al-Qur’an , Qiamulail, Sahur dan kuliah subuh Perdana Selangor 2011

Headerihyaramadhan2011

Majlis Khatam Al-Qur’an &

Dewan Solat Utama, MSSAAS 

* 27 Ogos 2011 (Sabtu) 

Program Sahur & Qiyamullail Perdana, Peringkat Negeri Selangor,  (Unit Dakwah JAIS) 

Lokasi : Dewan Makan, Dewan Solat Bawah, MSSAAS 

27 Ogos 2011, (Sabtu) , 3.00 pagi

Qiamulailsahursubuhperdana2011

2011-08-25_19
2011-08-26_19
Qiamulailsahurperdanaselangor2011

Di dewan bawah masjid kelihatan ramai yang tidur meniarap. Banyak juga kelompok-kelompok keluarga; ibu ayah dan anak-anak tidur berkelompok. Juruacara mengejutkan orang ramai jam 3 pagi dan mereka yang sudah berada di dewan tingkat atas digalakkan bertahajjud sendirian dahulu. 

Jam 3.30 Ustaz Othman Ibrahim memimpin para jemaah untuk bersolat tasbih sebanyak 4 rakaat dan diisi dengan zikir antara solat tersebut. Sesudah itu, beliau memimpin solat taubat, sedikit muhasabah diri beramai-ramai dan disudahi dengan solat sunat hajat. 

Kemudian, sahur bersama. Ramai betul orang. Banyak khemah dan kaunter makanan dibuka. Lauk ada yang dapat ikan goreng seekor. . Yang menakjubkan ramai kanak-kanak dan remaja lelaki dan perempuan. Bukannya orang dewasa sahaja.

Sesudah sahur dan bersolat subuh, penganjur iaitu Dato Dr Hassan Ali membuat ucapan dengan penuh semangat. Lepas tu, MB selangor Khalid pula berucap dan kuliah subuh disampaikan oleh Dr. Zulkifli al-Bakri. Sewaktu balik kelihatan kereta penuh di luar masjid. Banyak kereta dipark di bahagian rumput. Kata Dr. Hassan, tak cukup parking. Dan caterer makanan jugak takjub kerana tak pernah lihat ramai orang berqiamulail sebegini. Ni pun first time diadakan qiamulail perdana seperti ini dan macam-macam aktiviti ihya ramadhan tahun 2011 ini. Penganjur dan endorsed by MB mengatakan mereka membelanjakan lebih kurang setengah juta ringgit untuk program ihya ramadhan tahun ni.

Dapat pergi  syukur, Tahun depan harapnya diteruskan progam seperti ini

Thursday, August 25, 2011

Kuliah Khas Ramadhan-Syeikh Ali Saleh bin Muhammad Ali Jaber

20110824-kuliahkhasramadhan-syeikhalisalleh

Satu Kuliah Khas telah berlangsung selepas solat sunat terawih dan witir berjemaah bertempat di Dewan Solat Utama. Solat Isyak dan solat sunat terawih malam tersebut telah diimamkan oleh  imam jemputan dari Madinah Sheikh Muhammad Saad Nomani Madani dan Ustaz Abdul Karim Omar (Pegawai Hal Ehwal Islam MSSAAS). Lebih 500 orang jemaah mengikuti kuliah ini.

20110824-kuliahkhasramadhan-syeikhalisalleh2

Syeikh Ali Saleh bin Muhammad Ali Jaber telah menyampaikan kuliahnya dalam Bahasa Melayu. Antara topik yang telah beliau sampaikan termasuklah tentang bulan Ramadhan, Solat Sunat Terawih dan teknik-teknik khatam Al-Quran. Kuliah berlangsung sekitar 23 minit.

20110824-kuliahkhasramadhan-syeikhalisalleh1

Rakaman kuliah ini dan rakaman solat sunat terawih bersama Sheikh Muhammad Saad Nomani Madani boleh ditonton melalui laman sesawang www.youtube.com atau www.facebook.com/mssaas.

20110824-KuliahKhasRamadhan-SyeikhAliSalleh.flv Watch on Posterous

via: http://www.mssaas.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=197:syeikh-ali-saleh-bin-muhammad-ali-jaber&catid=43:berita&Itemid=85

Wednesday, August 24, 2011

Hari Huffaz Selangor Kali ke-5

Masjid_negeri-selangor-banner

SHAH ALAM 22 Ogos - Sepanjang 20 dan 21 Ogos 2011 telah berlangsung Hari Huffaz Selangor bertempat di Dewan Solat Bawah Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (MSSAAS). Program ini merupakan program anjuran bersama Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran, Jawatankuasa Tahfiz Selangor dan ditaja oleh Lembaga Zakat Selangor, Kumpulan Perangsang Selangor Berhad, MSSAAS dan JPM.

Sepanjang Hari Huffaz ini, seramai lebih 300 orang pelajar-pelajar tahfiz dari seluruh negeri Selangor telah membaca ayat-ayat suci Al-Quran secara hafazan. Majlis Perasmian Penutup Hari Huffaz Selangor telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Dr. Hajah Halimah Ali sebagai wakil kepada Menteri Besar Selangor. Majlis penutup diadakan hari Ahad, 21 Ogos 2011 jam 5.15 petang hingga 6.45 petang. Antara kehormat yang hadir termasuklah Prof. Madya Dato’ Dr Halim b. Tamuri (Pengerusi Jawakankuasa Tahfiz Negeri Selangor), S.F. Tuan Haji Ahmad Mustafa bin Mohd Sidin Al-Muqri (Imam besar MSSAAS) dan lain-lain tetamu kehormat.

20110820-huffazselangor
Majlis penutup telah dimulakan dengan bacaan ayat suci Al-Quran oleh Ustaz Abdul Karim Omar, Pegawai Hal Ehwal Islam MSSAAS diikuti dengan ucapan perasmian Yang Berbahagia Dr. Hajah Halimah Ali. Kemudian, Majlis telah disusuli dengan penyampaian anugerah-anugerah kepada Tokoh Huffaz Negeri Selangor, Tokoh Pendidik, Tokoh Pendokong Mahad Tahfiz dan juga Anugerah Khidmat Cemerlang. Imam Besar MSSAAS telah menerima anugerah Tokoh Huffaz Negeri Selangor dalam majlis pada kali ini.

Acara lain yang turut diadakan dalam majlis ini termasuklah penyampaian sijil-sijil kepada pelajar-pelajar tahfiz dan penyampaian cenderahati kepada penaja majlis. Selepas sahaja doa penutup, majlis penyampaian saguhati kepada pelajar-pelajar tahfiz telah diadakan sebelum majlis bersurai.

20110820-huffazselangor2
via http://www.mssaas.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=196:hari-huffaz-selangor-kali-ke-5&catid=43:berita&Itemid=85

Wednesday, August 03, 2011

Majlis Berbuka Puasa D.Y.M.M. Sultan Selangor Bersama Rakyat Dataran MSSAAS

Majlis Berbuka Puasa D.Y.M.M. Sultan Selangor Bersama Rakyat Dataran MSSAAS 3 OGOS 2011(Rabu)

Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
http://www.mssaas.gov.my/ 

 

Sunday, January 30, 2011

Solat Hajat di Masjid Sultan Solahuddin Abdul Aziz Shah



Solat Hajat di Masjid Negeri Selangor
Assalamualaikum Ikhwah dan Akhawat yang dikasihi sekelian,
Adalah dimaklumkan bahawa Solat Hajat akan dianjurkan pada malam ini di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Shah Alam selepas solat Maghrib.
Kami memohon agar semua Muslimin dan Muslimat seluruh Shah Alam dan sekitarnya dapat datang beramai ramai ke majid Negeri Selangor untuk sama sama bersolat hajat untuk memohoh keselamatan dan sesejahteraan para pejuang kebebasan negara Mesir daripada dibelenggu pemerintah yang berdasarkan kuku besi kepada kebebasan Islam dan pemerintahan Islam. Sama samalah kita berdoa sentiasa agar para pejuang Islam akan beroleh kejayaan untuk memerintah negara yang sekian lama menderita.  Sebarkan kepada semua. jazakallahukhair kathira.






Friday, December 24, 2010

Karnival Halal di Masjid SAAS Shah Alam





24 Disember sehingga 26 Disember 2010 (jumaat hingga ahad) berlangsung karnival halal di masjid sultan salahuddin abdul aziz shah (ssaas). masjid ssaas atau masjid biru atau lebih dikenali sebagai masjid negeri selangor


pelbagai barangan dan perkhidmatan yang diiktiraf sebagai halal sedang dipamerkan. selepas solat jumaat tadi, saya berjalan2 di sebahagian gerai2 yg ada. pengunjung ramai di gerai2 makanan untuk menikmati makanan tengahari. ada gerai drpd hotel depalma, concorde, singgahsana. ada gerai minuman juga. gerai makanan seperti makanan segera dan ringan, sejuk beku dan makanan masakan panas.

Contact Me

Snap & Read with QRCODE Reader

http://zxing.appspot.com/generator/