Institut Kualiti dan Pengembangan Ilmu (InQKA) telah diberi mandat untuk menjaga dan menyalurkan data-data Universiti serta memantau keputusan penarafan universiti oleh badan-badan penarafan.
Badan-badan penarafan yang dimaksudkan adalah penarafan QS (QS World University Ranking, QS Asian University Ranking, QS World University Ranking By Subject, QS Star Rating), penarafan Times Higher Education (THE World University Ranking dan THE World University Ranking By Subject), penarafan SETARA dan D’SETARA.
Untuk pengetahuan pihak kita, buat masa ini data yang disalurkan kepada pihak badan penarafan terutamanya QS World University Ranking dan Times Higher University Ranking adalah kurang tepat kerana kekangan saluran data yang betul serta pemahaman definisi setiap keperluan yang kurang tepat.
Sehubungan dengan ini, satu bengkel untuk mengenalpasti keperluan dan sumber data yang betul berdasarkan definasi sumber (PTJ) perlu diadakan. Maklumat yang diperoleh dari bengkel ini akan digunakan untuk pembinaan pangkalan data dan scholar hub universiti sebagai satu usaha untuk menaikkan penarafan UiTM ke kedudukan yang lebih baik. Objektif bengkel ini adalah seperti berikut:
i. Mendefinisikan setiap keperluan data badan-badan penarafan iaitu QS, THE, SETARA dan D’SETARA
ii. Menentukan PTJ dan sumber data yang betul
iii.Memetakan keperluan tersebut untuk membangunkan rangka sistem pangkalan data penarafan
iv. Menentukan metadata untuk sistem pangkalan data penarafan
Saya telah dilantik sebagai salah seorang FASILITATOR bagi menyelaras perjalanan bengkel ini yang akan diadakan pada15 hingga 17 April 2016 bertempat di Pusat Latihan UiTM, Jalan Kg. Gajah, TanjungTualang, Perak.