Kerjasama strategik antara UiTM dan syarikat pembangun aplikasi dompet elektronik atau dompet elektronik / e-Wallet Boost, akan diguna pakai di semua kampus negeri UiTM seluruh negara. UiTM kini bersedia menjadi kampus terbesar yang menjalankan urusan tanpa tunai dan tanpa kad di Malaysia.
Hasil kerjasama dengan Axiata Sdn. Bhd., Perpustakaan Tun Abdul Razak telah berjaya melaksanakan pembayaran tanpa tunai semasa berurusan di kaunter Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) Utama sahaja buat permulaan.
Pengguna Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM Shah Alam kini boleh menggunakan kaedah pembayaran tanpa tunai untuk transaksi pembayaran perkhidmatan perpustakaan.
Pengguna perpustakaan boleh membuat pembayaran denda lewat pemulangan buku (overdue charges), pembayaran buku hilang dan lain-lain akan menyusul kemudian.
Selan dari itu penggna BOOST boleh membuat pemindahan atau penambahan wang tunai melalui kad debit, kad kredit Visa dan Mastercard atau melalui perbankan dalam talian kedalam aplikasi BOOST masing-masing
Untuk perancangan seterusnya, Perpustakaan UiTM akan memperluaskan lagi pembayaran tanpa tunai ke semua perkhidmatan kepada tiga puluh sembilan (39) buah perpustakaan UiTM diseleuruh negara berperingkat-peringkat.
Perkhidmatan e-Wallet / cashless ini akan dapat dimanafaatkan oleh keseluruhan 180,000 ahli perpustakaan yang terdiri daripada pelajar, staf akademik dan staf pentadbiran UiTM.
Cashless@PTAR via Terminal Debit & Credit Card from Perpustakaan UiTM on Vimeo.
update Jan 2021