PAR EXCELLENCE AWARD,ICQCC Hydrabad India 2021

Alhamdulilah kali in kumpulan kami telah menerima menerima Par Excellence Award di 46th International Convention on Quality Control Circles (ICQCC) 2021

DIAMOND , GOLD AND SILVER AT IIDEX 2019

Alhamdulilah dari dua projek inovasi yang saya sertai dalam (IIDEX) 2019 kali ini , inovasi WeGBY CHAIR telah menerima Anugerah SPECIAL AWARD - DIAMOND dan GOLD manakala inovasi RDMS (Reference Desk Management System ) mendapat anugerah SILVER

FASILITATOR TERBAIK 2019 ZON TENGAH

Alhamdulilah kali ini di anugerahkan sebagai Fasiltator Terbaik di Konvensyen KIK Peringkat UiTM 2019 Zon Tengah sekali lagi setelah menerima pada tahun 2016

ANUGERAH EMAS KONVENSYEN TEAM EXECELLENT MPC 2018

Alhamdulilah tugasan kali ini berjaya membawa kumpulan KIK PTAR i-Clique meraih Anugerah Emas dalam Konvensyen Team Excellent Peringkat Wilayah 2018 ( Wilayah Selatan ) di Holiday Villa Johor Bahru City Centre

ANUGERAH EMAS BAGI INOVASI SOLAT ALERT SOFTWARE (SAS) DI ITEX2017

Alhamdulilah dapat juga melakarkan sejarah memenangi anugerah emas bagi penyertaan di International Invention, Innovation and Technology Exhibition (ITEX 2017) pula dengan produk inovasi Solat Alert Software (SAS). ....

Anugerah EMAS (GOLD) di Ekspo Reka Cipta, Inovasi dan Reka Bentuk (Invention, Innovation And Design Exposition) - IIDEX

Alhamdulilah kedua-dua projek inovasi yang saya sertai mendapat anugerah dalam IIDEX2016 daripada sejumlah 745 penyertaan keseluruhannya.

Awards at British Invention Show 2009

The British Invention Show, is the largest innovation and technology expo in Britain. UiTM submitted 8 entries of which all won medals.

Fasilitator Terbaik

Fasilitator Terbaik kali kedua berturut-turut. Sebenarnya kejayaaan ini adalah kejayaan anda semua.

Konvensyen ICC Kebangsaan

Naib Johan Sektor Awam, 10 Kumpulan Terbaik Sektor Awam, Anugerah Emas 3 Bintang Konvensyen ICC Kebangsaan

Pingat Emas Dalam Malaysia Technology Expo ( MTE)

Menerima anugerah Pingat Emas dalam Malaysia Technology Expo ( MTE) 2009 yang telah diadakan pada 19 hingga 21 Februari 2009 di PWTC, Kuala Lumpur. Pelbagai hasil penyelidikan telah dipamerkan oleh 460 peserta/ kumpulan daripada pelbagai IPTA, badan swasta, MRSM dan lain-lain organisasi.

Showing posts with label MDAB. Show all posts
Showing posts with label MDAB. Show all posts

Wednesday, December 26, 2018

Pelawan Belajar Tanpa Yuran Pengajian di UiTM dengan Program MDAB & iNED


Universiti Teknologi MARA (UiTM) melalui Program Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB) iNED mempelawa BUMIPUTERA yang sedang bekerja dan kurang berkemampuan untuk melanjutkan pengajian di peringkat Diploma atau Sarjana Muda secara mod separuh masa TANPA membayar yuran pengajian.

Usaha ini merupakan salah satu Tanggunjawab Sosial Korporat (Corporate Social Responsibility (CSR)) UiTM bagi memberi peluang kepada lebih ramai golongan bumiputera yang bekerja untuk mendapat pendidikan yang lebih tinggi dan sekaligus membudayakan pembelajaran sepanjang hayat.
   
Pelawaan ini terbuka kepada orang awam dan staf UiTM yang ingin menyambung pengajian berdasarkan kriteria seperti berikut :


1) Pendapatan (bakal pelajar iNED) :
    - Bujang/Ibu/Bapa Tunggal (tiada anak) - RM1,500.00/bulan dan ke bawah
    - Berkahwin/Ibu/Bapa Tunggal (ada anak) - RM4,500.00/bulan dan ke bawah

2) Lulus temuduga yang dikendalikan oleh iNED
   
Pelawaan ini juga terbuka untuk pelajar sedia ada iNED (semester 2 dan ke atas) yang mempunyai kriteria seperti berikut :

1) Pemohon (pelajar iNED) mestilah mendapat CGPA 3.00 dan ke atas
2) Pendapatan (pelajar iNED) :
    - Bujang/ Ibu/ Bapa Tunggal (tiada anak) - RM1,500.00/bulan dan ke bawah
    - Berkahwin/ Ibu/ Bapa Tunggal (ada anak) - RM4,500.00/bulan dan ke bawah
3) Lulus temuduga yang dikendalikan oleh iNED
   
Sekiranya terpilih menerima pembiayaan MDAB iNED, pelajar akan disambung pembiayaan pada semester berikutnya berdasarkan pencapaian akademik seperti berikut :

        1) Pembiayaan pada semester pertama : Dikecualikan yuran pengajian
        2) Pembiayaan pada semester seterusnya :
            - CGPA 3.00 dan ke atas (dikecualikan 100%)
            - CGPA 2.99 - 2.75 (dikecualikan 50%)
            - CGPA 2.75 ke bawah (DITAMATKAN)
     
 PENTING :

 - Pembiayaan adalah untuk yuran pengajian sahaja. Yuran kenaan lain perlu dibayar oleh pelajar
 - Tawaran akan terbatal secara automatik sekiranya pelajar tidak hadir mendaftar pada sesi tersebut.

Cara-cara memohon adalah seperti berikut :
1) Permohonan hendaklah dilakukan secara atas talian melalui laman sesawang http://onlineapps.ined.uitm.edu.my/mdab
atau
http://iis.ined.uitm.edu.my/register

2) Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar bersama dokumen sokongan seperti berikut:
            a) Kad pengenalan (pemohon dan pasangan)
            b) Sijil nikah (jika berkaitan)
            c) Sijil cerai/ kematian (jika berkaitan)
            d) Sijil kelahiran anak-anak di bawah tanggungan (jika berkaitan)
            e) Slip gaji tiga (3) bulan terakhir (pemohon dan pasangan)
            g) Surat pengesahan majikan (pemohon)
            h) Surat akuan sumpah atau surat pengesahan daripada majikan pemohon (jika pasangan tidak bekerja)

PENTING : Sila pastikan semua dokumen salinan telah DISAHKAN BENAR oleh pegawai yang mempunyai kuasa (Pegawai Kerajaan Gred 41 dan ke atas)

3) Sila hantarkan borang dan dokumen sokongan ke alamat berikut:
            Pengarah
            Institut Pendidikan Neo (iNED)
            Aras 2, Bangunan UiTM-MTDC Technopreneur Centre
            Universiti Teknologi MARA
            40450 Shah Alam
            Selangor Darul Ehsan
            (u.p: Urusetia MDAB iNED)

Hanya pelajar yang ditawarkan tempat pengajian Diploma/ Sarjana Muda mod separuh masa UiTM sahaja akan dipertimbangkan untuk menerima MDAB iNED.

PENTING : Untuk bakal pelajar, sila pastikan borang permohonan kemasukan ke program pengajian mod separuh masa UiTM telah diisi. Sila rujuk link ini http://iis.ined.uitm.edu.my/register


Sebarang pertanyaan, sila hubungi 03-5544 2609/ 8353/ 8351.

sumber :
http://onlineapps.ined.uitm.edu.my/mdab/
http://pensyarah.ined.uitm.edu.my/mdab/
http://www.mdab.uitm.edu.my/
https://ined.uitm.edu.my/

#uitmdihatiku

Wednesday, July 04, 2012

FOTO: SEKITAR PROGRAM CSR - MDAB UiTM DI SMKJP SHAS , KUALA TAHAN , PAHANG



Sekitar Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Persatuan Pentadbir (PPUiTM) Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB) di Sekolah Menegah Kebangsaan Jubli Perak, Sultan Ahmad Shah (SMKJP SHAS), Kuala Tahan , Jerantut, Pahang






Delegasi seramai 29 orang memulakan perjalanan dari kampus Puncak Alam dan Kolej Seroja UiTM Shah Alam lebih kurang 08.00 pagi 4 Jun 2012.
Img_6211

Turut serta Presiden PPUiTM, Puan Hajah Nor Hashimah Rahmat, 19 ahli persatuan dan 09 ahli bersekutu.
 

Alhamdulillah, jam 1.00 petang kami selamat sampai di Sekolah Menengah Kebangsaan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah (SMKJP SHAS), Kuala Tahan.

Walaupun lewat, kami disambut meriah oleh pengurusan sekolah dan murid-murid tingkatan 3 hingga 5 seramai 150 orang telah sedia di dewan. 


20120704_132613_-_copy 20120704_133654_-_copy 20120704_133833_-_copy 20120704_134143_-_copy 20120704_134347_-_copy Img_6224_-_copy 20120704_134106_-_copy Img_6223_-_copy Img_6225_-_copy Img_6226_-_copy Img_6231_-_copy Img_6232_-_copy Img_6227_-_copy Img_6230_-_copy Img_6233_-_copy  Img_6228_-_copy  Img_6237_-_copy Img_6239_-_copy Img_6236_-_copy Img_6238_-_copy Img_6240_-_copy Img_6241_-_copy Img_6242_-_copy  Img_6244_-_copy Img_6245_-_copy Img_6247_-_copy   Img_6249 Img_6251_-_copy Img_6246_-_copy  Img_6251  Img_6252 Img_6250 Img_6254 Img_6255 Img_6257 Img_6259 Img_6256 Img_6258 Img_6260  Img_6253 Img_6264 Img_6262 Img_6263 Img_6265
Jam 2.00 petang, Encik Ab Rahman Salleh, Timbalan Pendaftar, Unit MDAB UiTM memulakan ceramah mengenai MDAB UiTM diselitkan cabaran dan motivasi membakar semangat para pelajar untuk mengubah diri, keluarga, bangsa dan agama.

14.00 800x600 Normal 0 21 false false false MS X-NONE X-NONE MicrosoftInternetExplorer4
Penyerahan Cenderamata kepada Pengetua SMKJP SHAS
Img_6279
Buah tangan  mengenai UiTM CSR MDAB UiTM diedarkan kepada peserta.
Img_6272
Img_6268
Dimulai dengan Ucapan Aluan Pengetua Pengetua SMKJP SHAS, Encik Romely Omar mengalu-alukan kedatnan dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada PPUiTM.
Img_6270





Img_6271


Diikuti ucapan oleh Presiden PPUiTM, Puan Hajah Nor Hashimah Rahmat menjelaskan objektif program  dan penuh berharapan objektif program dicapai.  


Keceriaan jelas di wajah mereka malah Pengetua sekolah sendiri berharap akan berusaha menempa sejarah baru sekolah supaya ada di kalangan anak didiknya melanjutkan pelajaran di UiTM. Jam 3.45 petang program tamat.

Contact Me

Snap & Read with QRCODE Reader

http://zxing.appspot.com/generator/