PAR EXCELLENCE AWARD,ICQCC Hydrabad India 2021

Alhamdulilah kali in kumpulan kami telah menerima menerima Par Excellence Award di 46th International Convention on Quality Control Circles (ICQCC) 2021

DIAMOND , GOLD AND SILVER AT IIDEX 2019

Alhamdulilah dari dua projek inovasi yang saya sertai dalam (IIDEX) 2019 kali ini , inovasi WeGBY CHAIR telah menerima Anugerah SPECIAL AWARD - DIAMOND dan GOLD manakala inovasi RDMS (Reference Desk Management System ) mendapat anugerah SILVER

FASILITATOR TERBAIK 2019 ZON TENGAH

Alhamdulilah kali ini di anugerahkan sebagai Fasiltator Terbaik di Konvensyen KIK Peringkat UiTM 2019 Zon Tengah sekali lagi setelah menerima pada tahun 2016

ANUGERAH EMAS KONVENSYEN TEAM EXECELLENT MPC 2018

Alhamdulilah tugasan kali ini berjaya membawa kumpulan KIK PTAR i-Clique meraih Anugerah Emas dalam Konvensyen Team Excellent Peringkat Wilayah 2018 ( Wilayah Selatan ) di Holiday Villa Johor Bahru City Centre

ANUGERAH EMAS BAGI INOVASI SOLAT ALERT SOFTWARE (SAS) DI ITEX2017

Alhamdulilah dapat juga melakarkan sejarah memenangi anugerah emas bagi penyertaan di International Invention, Innovation and Technology Exhibition (ITEX 2017) pula dengan produk inovasi Solat Alert Software (SAS). ....

Anugerah EMAS (GOLD) di Ekspo Reka Cipta, Inovasi dan Reka Bentuk (Invention, Innovation And Design Exposition) - IIDEX

Alhamdulilah kedua-dua projek inovasi yang saya sertai mendapat anugerah dalam IIDEX2016 daripada sejumlah 745 penyertaan keseluruhannya.

Awards at British Invention Show 2009

The British Invention Show, is the largest innovation and technology expo in Britain. UiTM submitted 8 entries of which all won medals.

Fasilitator Terbaik

Fasilitator Terbaik kali kedua berturut-turut. Sebenarnya kejayaaan ini adalah kejayaan anda semua.

Konvensyen ICC Kebangsaan

Naib Johan Sektor Awam, 10 Kumpulan Terbaik Sektor Awam, Anugerah Emas 3 Bintang Konvensyen ICC Kebangsaan

Pingat Emas Dalam Malaysia Technology Expo ( MTE)

Menerima anugerah Pingat Emas dalam Malaysia Technology Expo ( MTE) 2009 yang telah diadakan pada 19 hingga 21 Februari 2009 di PWTC, Kuala Lumpur. Pelbagai hasil penyelidikan telah dipamerkan oleh 460 peserta/ kumpulan daripada pelbagai IPTA, badan swasta, MRSM dan lain-lain organisasi.

Showing posts with label Anugerah Faizar. Show all posts
Showing posts with label Anugerah Faizar. Show all posts

Friday, September 13, 2019

Anugerah Fasiltator Terbaik - Konvensyen KIK Peringkat UiTM 2019 Zon Tengah


Alhamdulilah kali ini di anugerahkan sebagai Fasiltator Terbaik di Konvensyen KIK Peringkat UiTM 2019 Zon Tengah sekali lagi setelah menerima pada tahun 2016  https://ahmadfaizar.blogspot.com/2016/09/anugerah-fasiltator-terbaik-konvensyen.html

Terima kasih juga atas segala kerjasama dan daya usaha kepada semua ahli KIK i-CLIQUE serta sifu/tok guru2 dan para juri KIK kami yang secara tak langsung menjadikan saya Fasilitator Terbaik sekali lagi bagi Konvensyen KIK Peringkat UiTM 2019 Zon Tengah kali ini. Sebenarnya kejayaaan ini adalah kejayaan kita  semua i-CLIQUE

Ahli Kumpulan KIK I-CLIQUE PTAR terdiri daripada :
1. Wan Noor Sazidah Wan Fauzi - Ketua Kumpulan
2. Mohd Farid Mohamed Said
3. Mohd Azrry Bin Zakaria
4. Nur Azini Binti Azman
5. Nur Lian Binti Abd Halid
6. Nur Fatin Nadia Binti Mohamed Nadzri
7. Tuan Haji Ahmad Faizar Jaafar - Fasilitator

Konvensyen KIK peringkat Zon Tengah 2019 telah diadakan pada  12 September 2019 yang lalu. Konvensyen ini telah dianjurkan oleh Fakulti Sains Kesihatan (FSK), UiTM Cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam




Tahniah dan Syabas kepada Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) ERA dan I-CLIQUE dari Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Shah Alam di atas kejayaan meraih di Pertandingan Mini Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) peringkat Zon Tengah 2019 di Fakulti Sains Kesihatan UiTM Kampus Puncak Alam pada 12 September 2019

Antara Anugerah yang diraih Kumpulan KIK PTAR:


1. ERA
- Anugerah Emas
- Tempat KEDUA
- Anugerah Penjimatan Kos Sebenar Terbaik

2. I-CLIQUE
- Anugerah Emas
- Anugerah Dokumentasi Terbaik

3. Anugerah Fasilitator Terbaik 
- Tn. Hj Ahmad Faizar Jaafar

Penyelaras KIK PTAR
1. Puan Siti Aishah Sadan
2. Puan Jaz Nor Fazuna Jaafar


read more


Untuk maklumat lanjut, sila layari pautan
https://perpustakaanuitm.blogspot.com/2019/09/tahniah-dan-syabas-kumpulan-kik-ptar.html
http://ppuitmsa.blogspot.com/2019/09/tahniah-diatas-anugerah-fasilitator.html

https://news.uitm.edu.my/konvensyen-kik-2019-peringkat-zon-tengah-universiti-teknologi-mara/
https://inqka.uitm.edu.my/main/index.php/excellence-awards/kumpulan-inovatif-dan-kreatif-kik/kik-horizon-baharu
dan untuk borang penyertaan, sila layari pautan
http://portalkik.uitm.edu.my




Thursday, September 29, 2016

Anugerah Fasiltator Terbaik - Konvensyen KIK Peringkat UiTM 2016 Zon Tengah


Alhamdulilah kali ini di anugerahkan sebagai Fasiltator Terbaik di Konvensyen KIK Peringkat UiTM 2016 Zon Tengah  

Terima kasih juga atas segala kerjasama dan daya usaha terutama tok Ketua Kumpulan KeyLite En Ahmad Nazri dab semua ahli serta sifu/tok guru2 dan para juri KIK kami yang secara tak langsung menjadikan saya Fasilitator Terbaik bagi Konvensyen KIK Peringkat UiTM 2016 Zon Tengah kali ini. Sebenarnya kejayaaan ini adalah kejayaan kita  semua KeyLite

Konvensyen KIK peringkat Zon Tengah 2016 telah diadakan pada 28 September 2016 (Rabu) yang lalu. Konvensyen ini telah dianjurkan oleh Fakulti Pendidikan, UiTM Puncak Alam. 

Sebanyak 8 kumpulan IK daripada seluruh UiTM Selangor (termasuk satu kumpulan daripada ILD, Perak) telah berentap pada konvensyen ini.

Foto dan Keputusan penuh boleh lihat di http://ahmadfaizar.blogspot.my/2016/09/keputusan-konvensyen-kik-peringkat-uitm.html


sumber KIK UiTM http://kikuitm.blogspot.my/2016/09/keputusan-konvensyen-kik-uitm-zon.html

Saturday, September 24, 2016

2 Anugerah bagi 2 Projek Inovasi di Pertandingan Inovasi iidex2016




Alhamdulilah kedua-dua projek inovasi yang saya sertai mendapat anugerah dalam IIDEX2016 daripada sejumlah 745 penyertaan keseluruhannya. Anugerah pingat EMAS (GOLD) bagi inovasi Solat Alert Software manakala Keylite Remover Lamp hanya mendapat Anugerah PERAk (SILVER) di dalam pertandingan Ekspo Reka Cipta, Inovasi dan Reka Bentuk (Invention, Innovation & Design Exposition) -IIDEX2016 di Dewan Agong Tuanku Canselor (DATC)

 
IIDEX2016 ini dianjurkan Institut Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (IRMI) Universiti Teknologi MARA (UiTM), telah memasuki edisi ke-12 tahun ini dan mendapat penyertaan kampus cawangan UiTM, universiti swasta serta sekolah. 

 


 Anugerah pingat EMAS (GOLD) bagi inovasi Solat Alert Software (SAS)


Keylite Remover Lamp mendapat Anugerah PERAk (SILVER)

Foto sekitar IIDEX2016
 








perisapan di booth pameran








sesi penjurian bagi Projek Keylite Remover Lamp








seterunya sesi penjurian bagi Projek Solat Alert  Software yang penuh dengan penantian...  :)


  
 





Alhamdulilah kedua-dua projek inovasi yang saya sertai mendapat anugerah.  Anugerah pingat EMAS (GOLD) bagi inovasi Solat Alert Software manakala Keylite Remover Lamp mendapat Anugerah PERAk (SILVER)
#design #Exhibition #iidex #iidex2016 #INNOVATION #inovasi #invention #UiTM #EXPOSITION #gold


Tahniah dan Terima kasih kepada rakan-rakan dan semua Pemenang 

Keputusan penuh senarai pemenang dan foto sekitar iidex boleh rujuk disini http://ahmadfaizar.blogspot.my/2016/09/keputusan-pertandingan-invention.html

Wednesday, April 06, 2016

ANUGERAH EMAS BAGI KIK KEYLITE DI MINI KONVENSYEN TEAM EXCELLENCE PERINGKAT WILAYAH SELATAN 2016


Alhamdulilah Mini Konvensyen Team Excellence Peringkat Wilayah Selatan 2016 yang telah pun berlangsung pada 5 April 2016 bertempat di Hotel Swiss Garden, Melaka dimana Kumpulan Kreatif dan Inovatif  (KIK) KeyLite  telah berjaya menerima Anugerah Emas. 

Sebagai Fasilitator  kepada kumpulan saya rasa bersyukur namun banyak juga penambahbaikan yang perlu dilakukan bagi memantapkan lagi persembahan jika mereka ingin terus maju ke Kovensyen seterusnya. Semoga ahli2 KeyLite terus bersemangat hendaknya walaupun ada yang dah hendak pencen ..   

Foto sekitar Mini Konvensyen


































Contact Me

Snap & Read with QRCODE Reader

http://zxing.appspot.com/generator/