Salam sejahtera semua , minggu ini saya akan berkampung pula di Tok Aman Bali Beach Resort , Kelantan dari 22 hingga 25 Mei 2017 kerana terlibat dengan Bengkel Pengurusan Pusat Sumber Sekolah abad ke – 21 sebagai AJK merangkap sebagai Penceramah pada sesi ke 2 iaitu pada pagi 24 Mei 2017. dengan tajuk yang diberikan kepada saya Pengurusan Maklumat Bagi Pusat Sumber Sekolah Dalam Era Digital
Antara topik yang di kemukakan ialah:
- Evolusi Sistem Pengurusan Maklumat Perpustakaan dari Era Kad Katalog hingga la ke OPAC dan OPAC2.0 - Open Source Solution - Koha dan Senayan
- Tak lupa juga bahan digital dengan sistem Open Source Solution seperti DSpace, EPrints, Digital Commons and Fedora Commons
- E-book, PDF, EPUB , Augmented Reality (AR)
-Penggunaan Sosial media di Pusat sumber atau Library 2.0, FB, Insta, Google Plus, Google Photo, Flickr
- Penggunaan cloud solutions - cloud storage - Google Drive - Google Doc etc, Microsoft OneDrive , Microsoft 365 dan sterusnya gambaran pembelajaran akan datang
PENGENALAN
Bengkel Pengurusan Pusat Sumber Sekolah abad ke – 21
merupakan salah satu aktiviti bagi program kemasyarakatan yang dikenali sebagai
Ilmu Mengubah Destini (IMD).
Bengkel ini merupakan satu wadah yang bertujuan untuk
meningkatkan kualiti pengurusan pusat sumber sekolah-sekolah menengah disamping
membudayakan Pembelajaran Sepanjang Hayat, Budaya Ilmu, dan Budaya Membaca di
kalangan warga sekolah.
Program ini adalah anjuran bersama Perpustakaan Tun Abdul
Razak, UiTM Shah Alam dengan kerjasama Perpustakaan Tengku Anis, UiTM Cawangan
Kelantan dan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kelantan bagi tahun 2017.
OBJEKTIF
• Memberikan pendedahan berkaitan
pentadbiran pusat sumber sekolah yang cemerlang menjurus abad ke-21.
• Pengajaran berkaitan penggunaan
teknologi ICT dan media sosial dalam memperolehi sumber maklumat dalam
persekitaran pusat sumber sekolah.
• Pentadbiran dan pengurusan pusat
sumber sekolah dilaksanakan dengan cara yang profesional berdasarkan
piawaian-piawaian sebenar.
• Menjadikan pusat sumber sekolah pusat
ilmu sebenar dengan koleksi yang mantap dan diurus dengan baik.
• Membolehkan guru pusat sumber sekolah
mendapat pendedahan dan dapat memahirkan diri dalam mengkatalog dan mengkelas
bahan-bahan perpustakaan.
0 comments:
Post a Comment