Saturday, February 26, 2011

Kanak-kanak lebih tahu menghargai buku - LAPORAN KHAS


KUALA LUMPUR 25 Feb. - Kajian terhadap tabiat membaca di kalangan pengguna perpustakaan desa mendapati, kanak-kanak lebih menghargai buku apabila mereka merupakan golongan teramai mengunjunginya.

Soal selidik ke atas 800 pengguna perpustakaan desa di seluruh negara oleh Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) menunjukkan, responden 10 hingga 12 tahun tertinggi iaitu 263 orang atau 33 peratus.
Ini diikuti responden 13 hingga 19 tahun iaitu 254 orang (31.7 peratus), 20 hingga 40 tahun (25.7 peratus), 41 hingga 50 tahun (7.6 peratus) dan 16 responden, 51 tahun ke atas.

Responden paling ramai pula kaum Melayu iaitu 96 peratus (768 orang) diikuti Cina, 2.6 peratus (21 orang), India, 1.1 peratus (sembilan orang) dan lain-lain (tiga orang).

Sebanyak 97 peratus atau 773 orang responden suka membaca manakala tiga peratus tidak suka membaca.
Terdapat empat tujuan utama membaca iaitu menambah ilmu (34.3 peratus), mengisi masa lapang (26.6 peratus), tujuan pembelajaran (19.6 peratus) dan mendapatkan keseronokan (15.7 peratus).
Hanya 51 orang yang memilih membaca untuk tujuan pekerjaan.

Seramai 699 (70 peratus) responden memilih bahan bacaan bercetak seperti buku dan majalah sebagai bacaan digemari, 225 orang (22 peratus) memilih bacaan dalam talian.

Walaupun kajian ini meliputi ahli perpustakaan desa namun terdapat kelompok responden yang mengakui tidak suka membaca (27 orang).

Antara alasan atau faktor diberi ialah tiada masa lapang (lima orang) dan lebih berminat kepada aktiviti lain (22 orang).

Perlu dinyatakan, keahlian perpustakaan desa di seluruh negara ketika ini adalah kira-kira 1.3 juta orang.

Related Posts:

  • Perpustakaan makin sepi - LAPORAN KHAS LAPORAN KHAS Perpustakaan makin sepiKUALA LUMPUR 21 Feb. - Sikap rakyat tidak suka membaca buku menjadikan perpustakaan sepi, terpinggir dan hanya mendapat sambutan pada musim tertentu.Amat menyedihkan. Purata pengunjung … Read More
  • Kanak-kanak lebih tahu menghargai buku - LAPORAN KHAS KUALA LUMPUR 25 Feb. - Kajian terhadap tabiat membaca di kalangan pengguna perpustakaan desa mendapati, kanak-kanak lebih menghargai buku apabila mereka merupakan golongan teramai mengunjunginya. Soal selidik ke atas 800… Read More
  • Susah senang menjadi pustakawan desa -LAPORAN KHASSusah senang menjadi pustakawan desa TAPAH 25 Feb. - Lebih lima tahun lalu, Kampung Chang Baru, Bidor dekat sini seperti juga kebanyakan perkampungan Orang Asli lain, buku agak asing bagi mereka. Namun, atas usaha dua ana… Read More
  • Perpustakaan desa gagal? -LAPORAN KHAS Perpustakaan desa gagal? AZMI Esan (tengah) dan Tina Yusop antara pustakawan desa yang masih meneruskan program pinjaman buku dari pintu ke pintu. Kelihatan seorang penduduk, Bahchaur Chu (kiri) memilih buku di Kampun… Read More
  • Hanya 30 peratus rakyat guna perpustakaan - LAPORAN KHAS KUALA LUMPUR 25 Feb. - Hanya 30 peratus rakyat di negara ini menggunakan perpustakaan dan kebanyakannya adalah pelajar, sedangkan kadar celik huruf melebihi 90 peratus. Petunjuk Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) itu hak… Read More

0 comments:

Contact Me

Snap & Read with QRCODE Reader

http://zxing.appspot.com/generator/