PAR EXCELLENCE AWARD,ICQCC Hydrabad India 2021

Alhamdulilah kali in kumpulan kami telah menerima menerima Par Excellence Award di 46th International Convention on Quality Control Circles (ICQCC) 2021

DIAMOND , GOLD AND SILVER AT IIDEX 2019

Alhamdulilah dari dua projek inovasi yang saya sertai dalam (IIDEX) 2019 kali ini , inovasi WeGBY CHAIR telah menerima Anugerah SPECIAL AWARD - DIAMOND dan GOLD manakala inovasi RDMS (Reference Desk Management System ) mendapat anugerah SILVER

FASILITATOR TERBAIK 2019 ZON TENGAH

Alhamdulilah kali ini di anugerahkan sebagai Fasiltator Terbaik di Konvensyen KIK Peringkat UiTM 2019 Zon Tengah sekali lagi setelah menerima pada tahun 2016

ANUGERAH EMAS KONVENSYEN TEAM EXECELLENT MPC 2018

Alhamdulilah tugasan kali ini berjaya membawa kumpulan KIK PTAR i-Clique meraih Anugerah Emas dalam Konvensyen Team Excellent Peringkat Wilayah 2018 ( Wilayah Selatan ) di Holiday Villa Johor Bahru City Centre

ANUGERAH EMAS BAGI INOVASI SOLAT ALERT SOFTWARE (SAS) DI ITEX2017

Alhamdulilah dapat juga melakarkan sejarah memenangi anugerah emas bagi penyertaan di International Invention, Innovation and Technology Exhibition (ITEX 2017) pula dengan produk inovasi Solat Alert Software (SAS). ....

Anugerah EMAS (GOLD) di Ekspo Reka Cipta, Inovasi dan Reka Bentuk (Invention, Innovation And Design Exposition) - IIDEX

Alhamdulilah kedua-dua projek inovasi yang saya sertai mendapat anugerah dalam IIDEX2016 daripada sejumlah 745 penyertaan keseluruhannya.

Awards at British Invention Show 2009

The British Invention Show, is the largest innovation and technology expo in Britain. UiTM submitted 8 entries of which all won medals.

Fasilitator Terbaik

Fasilitator Terbaik kali kedua berturut-turut. Sebenarnya kejayaaan ini adalah kejayaan anda semua.

Konvensyen ICC Kebangsaan

Naib Johan Sektor Awam, 10 Kumpulan Terbaik Sektor Awam, Anugerah Emas 3 Bintang Konvensyen ICC Kebangsaan

Pingat Emas Dalam Malaysia Technology Expo ( MTE)

Menerima anugerah Pingat Emas dalam Malaysia Technology Expo ( MTE) 2009 yang telah diadakan pada 19 hingga 21 Februari 2009 di PWTC, Kuala Lumpur. Pelbagai hasil penyelidikan telah dipamerkan oleh 460 peserta/ kumpulan daripada pelbagai IPTA, badan swasta, MRSM dan lain-lain organisasi.

Showing posts with label Pegawai Perpustakaan. Show all posts
Showing posts with label Pegawai Perpustakaan. Show all posts

Saturday, February 26, 2011

Kanak-kanak lebih tahu menghargai buku - LAPORAN KHAS


KUALA LUMPUR 25 Feb. - Kajian terhadap tabiat membaca di kalangan pengguna perpustakaan desa mendapati, kanak-kanak lebih menghargai buku apabila mereka merupakan golongan teramai mengunjunginya.

Soal selidik ke atas 800 pengguna perpustakaan desa di seluruh negara oleh Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) menunjukkan, responden 10 hingga 12 tahun tertinggi iaitu 263 orang atau 33 peratus.
Ini diikuti responden 13 hingga 19 tahun iaitu 254 orang (31.7 peratus), 20 hingga 40 tahun (25.7 peratus), 41 hingga 50 tahun (7.6 peratus) dan 16 responden, 51 tahun ke atas.

Responden paling ramai pula kaum Melayu iaitu 96 peratus (768 orang) diikuti Cina, 2.6 peratus (21 orang), India, 1.1 peratus (sembilan orang) dan lain-lain (tiga orang).

Sebanyak 97 peratus atau 773 orang responden suka membaca manakala tiga peratus tidak suka membaca.
Terdapat empat tujuan utama membaca iaitu menambah ilmu (34.3 peratus), mengisi masa lapang (26.6 peratus), tujuan pembelajaran (19.6 peratus) dan mendapatkan keseronokan (15.7 peratus).
Hanya 51 orang yang memilih membaca untuk tujuan pekerjaan.

Seramai 699 (70 peratus) responden memilih bahan bacaan bercetak seperti buku dan majalah sebagai bacaan digemari, 225 orang (22 peratus) memilih bacaan dalam talian.

Walaupun kajian ini meliputi ahli perpustakaan desa namun terdapat kelompok responden yang mengakui tidak suka membaca (27 orang).

Antara alasan atau faktor diberi ialah tiada masa lapang (lima orang) dan lebih berminat kepada aktiviti lain (22 orang).

Perlu dinyatakan, keahlian perpustakaan desa di seluruh negara ketika ini adalah kira-kira 1.3 juta orang.

Friday, February 25, 2011

Hanya 30 peratus rakyat guna perpustakaan - LAPORAN KHAS


KUALA LUMPUR 25 Feb. - Hanya 30 peratus rakyat di negara ini menggunakan perpustakaan dan kebanyakannya adalah pelajar, sedangkan kadar celik huruf melebihi 90 peratus.

Petunjuk Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) itu hakikatnya belum lagi menepati kriteria sebenar masyarakat berilmu diinginkan.

Menyedari hakikat itu, kerajaan memperuntukkan RM1.8 juta bagi menjayakan pelbagai kempen membaca terutama di luar bandar termasuk Jelajah Kelab Membaca Sinar Pintar ke perpustakaan desa terpilih di seluruh negara.

Selain itu adalah perkhidmatan pintu ke pintu selain beberapa lagi aktiviti yang berkaitan.
Bagi membangunkan infrastruktur dan perkhidmatan perpustakaan desa sahaja, kerajaan membelanjakan RM150 juta dari 2005 hingga 2007.

Bermula dengan pembinaan 50 perpustakaan desa pada 2007, kini terdapat sebanyak 1,089 buah keseluruhannya. Daripada jumlah itu, 925 buah dibekalkan dengan kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

Bagaimanapun, matlamat menerapkan budaya membaca dan melahirkan masyarakat berilmu seolah-olah masih jauh untuk dicapai.

Lihat sahaja di sekeliling kita terutama apabila menggunakan pengangkutan awam atau semasa menunggu seseorang di restoran.

Kebanyakannya hanya membazirkan waktu begitu sahaja dengan 'bermain' telefon bimbit. Jarang sekali melihat mereka membaca buku.

Sama ada disedari atau tidak, hidup kita sentiasa dikawal oleh tabiat. Tabiat membentuk gaya kehidupan individu - positif atau negatif.

Mengulas perkara ini, Felo Amat Utama Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa (ISTAC), Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady berkata, dalam mengejar kejayaan, individu harus membina dan mengawal tabiat diri.

Katanya, walaupun membaca adalah tabiat yang menjadi asas kecemerlangan hidup seseorang itu, namun ramai di kalangan masyarakat terutama orang Melayu lebih tertarik dengan pelbagai bentuk hiburan.

"Ini tabiat yang perlu kita perbetulkan bagi menggelakkan keadaan lebih mendatangkan kesan negatif kepada pembentukan peribadi dan moral masyarakat," katanya ketika dihubungi di sini, baru-baru ini.

Sumber : 

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0226&pub=Utusan_Malaysia&sec=Laporan_Khas&pg=lk_03.htm

Perpustakaan desa gagal? -LAPORAN KHAS


Perpustakaan desa gagal?

AZMI Esan (tengah) dan Tina Yusop antara pustakawan desa yang masih meneruskan program pinjaman buku dari pintu ke pintu. Kelihatan seorang penduduk, Bahchaur Chu (kiri) memilih buku di Kampung Orang Asli Sungai Odak, Tapah, baru-baru ini.



MENDEPANI senario perkembangan semasa, pembinaan masyarakat berilmu (k-society) amat penting bagi negara menangani pelbagai cabaran globalisasi dan liberalisasi sejagat.
 
Ia berkait rapat dengan langkah membangunkan modal insan berpengetahuan dan kepakaran tinggi dalam pelbagai disiplin ilmu.

Masyarakat berilmu mengikut perspektif Malaysia hendaklah mempunyai dinamika global yang berteraskan jati diri bangsa.

Malangnya, sambutan masyarakat terhadap usaha-usaha ini amat kurang sedangkan perjalanan ke arah tahun 2020 semakin hampir.
Dalam hubungan ini, Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) antara pihak yang berperanan penting menerapkan budaya membaca dan melahirkan masyarakat berilmu.

Malang sekali lagi apabila langkah iaitu mewujudkan perpustakaan desa sebagai usaha drastik ‘mendekatkan buku dan masyarakat kampung’ dilihat hanya ‘sekadar ada’ sahaja.
Laporan khas oleh wartawan, SITI MARIAM MD. ZAIN dan jurugambar, HAFIZH KHOSMAT menyingkap faktor kegagalan ini.

KUALA LUMPUR 25 Feb. – Usaha Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) memperkenalkan perkhidmatan pinjaman buku dari pintu ke pintu bagi meningkatkan budaya membaca di kalangan masyarakat desa tidak mencapai matlamat yang diharapkan.

Siasatan Utusan Malaysia mendapati, daripada 1,089 perpustakaan desa yang beroperasi di seluruh negara, tidak sampai 10 peratus mencapai matlamat yang disasarkan menerusi kempen diperkenalkan tersebut.

Sedangkan peruntukan untuk membina 475 perpustakaan desa sejak 2005 melebihi RM150 juta, itu belum termasuk kos gaji kakitangan iaitu hampir RM24 juta setahun.
Bakinya iaitu 614 perpustakaan desa lagi sebelum itu diletakkan di bawah peruntukan dan kendalian kerajaan negeri masing-masing.

Lebih menghampakan apabila purata nisbah pinjaman buku oleh kira-kira 1.3 juta ahlinya hanya 1:4 setahun berbanding nisbah bacaan buku kebangsaan yang dikeluarkan iaitu 1:8 hingga 12 buku setahun.

Dibandingkan dengan nisbah-nisbah tersebut, Malaysia sebenarnya masih jauh ketinggalan untuk mencapai tahap bacaan rakyat di negara-negara maju seperti ditetapkan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) iaitu 1:20 buah buku setahun.

Melihat perkembangan terbaru ini, Ketua Pengarah PNM, Datuk Raslin Abu Bakar adalah antara individu yang paling kecewa.

“Kita melakukan pelbagai usaha termasuk mengadakan aktiviti melibatkan masyarakat setempat untuk menarik minat mereka mendekati perpustakaan desa.

“Malangnya langkah ini belum lagi memberi kesan yang dikehendaki,” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Malah beliau kesal langkah menerapkan budaya membaca terutama di kalangan masyarakat luar bandar menerusi kempen dari pintu ke pintu yang diuar-uarkan sebelum ini belum menampakkan kesan terbaik.
“Dalam Konvensyen Perpustakaan Desa di Johor Bahru pada 2009, kita telah menggariskan beberapa resolusi ke arah melahirkan masyarakat membaca termasuk perkhidmatan dari pintu ke pintu. Namun hingga kini matlamat yang kita sasar masih belum dicapai sepenuhnya,” kata beliau.

Antara faktor mengekang pencapaian tersebut ialah pegawai perpustakaan gagal melaksanakan peranan mereka dengan baik.

“Ada beberapa perkara yang sering ditimbulkan apabila membangkitkan isu kegagalan menjayakan perkhidmatan pintu ke pintu.

“Ini termasuklah soal kedudukan pegawai perpustakaan sebagai kakitangan kontrak, aspek keselamatan ketika menjalankan tugas dan elaun pengangkutan.

“Semua isu ini sedang kita perhalusi dan perbincangan juga sedang dijalankan bagi mengatasi segala kekangan yang berlaku,” katanya.

Mengulas lanjut, katanya, di sebalik kegagalan matlamat sebahagian besar perpustakaan desa tersebut, tidak dinafikan masih ada yang berjaya.

“Bukan semua perpustakaan desa gagal, ada yang menunjukkan pencapaian cemerlang hasil komitmen pegawai dan kakitangannya. Sikap seperti ini yang seharusnya dijadikan contoh oleh mereka,” katanya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0226&pub=Utusan_Malaysia&sec=Laporan_Khas&pg=lk_01.htm

Contact Me

Snap & Read with QRCODE Reader

http://zxing.appspot.com/generator/