PAR EXCELLENCE AWARD,ICQCC Hydrabad India 2021

Alhamdulilah kali in kumpulan kami telah menerima menerima Par Excellence Award di 46th International Convention on Quality Control Circles (ICQCC) 2021

DIAMOND , GOLD AND SILVER AT IIDEX 2019

Alhamdulilah dari dua projek inovasi yang saya sertai dalam (IIDEX) 2019 kali ini , inovasi WeGBY CHAIR telah menerima Anugerah SPECIAL AWARD - DIAMOND dan GOLD manakala inovasi RDMS (Reference Desk Management System ) mendapat anugerah SILVER

FASILITATOR TERBAIK 2019 ZON TENGAH

Alhamdulilah kali ini di anugerahkan sebagai Fasiltator Terbaik di Konvensyen KIK Peringkat UiTM 2019 Zon Tengah sekali lagi setelah menerima pada tahun 2016

ANUGERAH EMAS KONVENSYEN TEAM EXECELLENT MPC 2018

Alhamdulilah tugasan kali ini berjaya membawa kumpulan KIK PTAR i-Clique meraih Anugerah Emas dalam Konvensyen Team Excellent Peringkat Wilayah 2018 ( Wilayah Selatan ) di Holiday Villa Johor Bahru City Centre

ANUGERAH EMAS BAGI INOVASI SOLAT ALERT SOFTWARE (SAS) DI ITEX2017

Alhamdulilah dapat juga melakarkan sejarah memenangi anugerah emas bagi penyertaan di International Invention, Innovation and Technology Exhibition (ITEX 2017) pula dengan produk inovasi Solat Alert Software (SAS). ....

Anugerah EMAS (GOLD) di Ekspo Reka Cipta, Inovasi dan Reka Bentuk (Invention, Innovation And Design Exposition) - IIDEX

Alhamdulilah kedua-dua projek inovasi yang saya sertai mendapat anugerah dalam IIDEX2016 daripada sejumlah 745 penyertaan keseluruhannya.

Awards at British Invention Show 2009

The British Invention Show, is the largest innovation and technology expo in Britain. UiTM submitted 8 entries of which all won medals.

Fasilitator Terbaik

Fasilitator Terbaik kali kedua berturut-turut. Sebenarnya kejayaaan ini adalah kejayaan anda semua.

Konvensyen ICC Kebangsaan

Naib Johan Sektor Awam, 10 Kumpulan Terbaik Sektor Awam, Anugerah Emas 3 Bintang Konvensyen ICC Kebangsaan

Pingat Emas Dalam Malaysia Technology Expo ( MTE)

Menerima anugerah Pingat Emas dalam Malaysia Technology Expo ( MTE) 2009 yang telah diadakan pada 19 hingga 21 Februari 2009 di PWTC, Kuala Lumpur. Pelbagai hasil penyelidikan telah dipamerkan oleh 460 peserta/ kumpulan daripada pelbagai IPTA, badan swasta, MRSM dan lain-lain organisasi.

Showing posts with label CSR. Show all posts
Showing posts with label CSR. Show all posts

Thursday, March 29, 2018

Pembentangan Penggunaan Sumber Teknologi dan ICT di Pusat Sumber



Sempena program CSR: Ilmu Mengubah Destini (IMD) PTAR 2018  anjuran Perpustakakan Tun Abdul Razak UiTM Shah Alam, Perpustakaan UiTM Cawangan Melaka dan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Melaka satu Bengkel Pengurusan Pusat Sumber Sekolah IR 4.0 adakan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tajuk : Bengkel Pengurusan Pusat Sumber Sekolah IR 4.0
Tarikh: 27-30 Mac 2018
Tempat: Avilion Legacy Hotel, Melaka

Bengkel ini merupakan siri ke-8 diadakan di bawah Program CSR: Ilmu Mengubah Destini (IMD) 2018 dimana peserta kursus kali ini adalah dikhususkan kepada Guru-guru Pusat Sumber Sekolah Menengah dan Rendah di Melaka

Pada tahun lepas 2017, bengkel ini telah dianjurkan dengan jayanya pada 23 hingga 25 Mei 2017 bertempat di Hotel Tok Aman Bali Beach Resort, Pasir Puteh, Kelantan bagi Guru-guru Pusat Sumber Sekolah di Kelantan. Pada masa itu saya  saya diminta memberikan ceramah bertajuk Pengurusan Maklumat Bagi Pusat Sumber Sekolah Dalam Era Digital   Slide Pembentangan boleh dicapai di  http://uitmprepo.uitm.edu.my/103/

Pada kali ini di Bengkel Pengurusan Pusat Sumber Sekolah IR 4.0 Negeri Melaka saya diminta  memberikan ceramah dengan tajuk Penggunaan Sumber Teknologi dan ICT di Pusat Sumber
Antara topik yang di bentangkan  ialah:

- Perkembangan IR 4.0 di Perpustakaan -Robotik, Mobile Apps, Cashless, QR Code, Online Library Guide
- Evolusi Sistem Pengurusan Maklumat  Perpustakaan dari Era Kad Katalog hingga la ke OPAC dan OPAC2.0 - Open Source Solution - Koha dan Senayan
- Tak lupa juga bahan digital dengan  sistem Open Source Solution seperti  DSpace, EPrints, Digital Commons and Fedora Commons
- E-book, PDF,  EPUB , Augmented Reality (AR)
-Penggunaan Sosial media di Pusat sumber atau Library 2.0, FB, Insta, Google Plus, Google Photo, Flickr
- Penggunaan  cloud solutions -  cloud storage - Google Drive - Google Doc etc,  Microsoft OneDrive , Microsoft 365 dan sterusnya  gambaran pembelajaran akan datang 

Foto-foto sekitar Bengkel



































sumber dan maklumat lanjut CSR IMD boleh rujuk di
 http://imdptar.blogspot.my/2018/03/pembentangan-penggunaan-sumber.html 



#bppssmelaka  #imdptar #csrptar #uitm #libraryuitm  #uitmmelaka #btpnmelaka #libraryUiTMCM









Wednesday, March 28, 2018

Majlis Perasmian Bengkel Pengurusan Pusat Sumber Sekolah IR 4.0 Negeri Melaka


Pada 28 Mac 2018 yang lalu saya telah berpeluang ke Majlis Perasmian Bengkel Pengurusan Pusat Sumber Sekolah IR 4.0 Negeri Melaka yang telah dirasmikan oleh YB Datuk Hj. Md. Rawi Bin Mahmud, Timbalan EXCO Pelajaran Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi Hijau dan Inovasi Kerajaan Negeri Melaka mewakili YAB Datuk Seri Utama Ir. Ts. Hj. Idris bin Hj. Haron, Ketua Menteri Melaka. Foto saya diatas tu semasa Tayangan Multimedia - Gimik Perasmian Bengkel Pengurusan Pusat Sumber Sekolah IR 4.0 :)  kerana saya juga telah diminta untuk memberi ceramah pada hari ke 3  dengan tajuk Pengunaan Sumber Teknologi dan ICT di Pusat Sumber  http://ahmadfaizar.blogspot.com/2018/03/pembentangan-penggunaan-sumber_29.html



Bengkel ini dianjurkan selama 4 hari bermula pada 27 Mac hingga 30 Mac 2018 sempena program CSR: Ilmu Mengubah Destini (IMD) PTAR 2018 anjuran Perpustakakan Tun Abdul Razak UiTM Shah Alam, Perpustakaan UiTM Cawangan Melaka dan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Melaka bertempat di Hotel Avillion Legacy, Melaka.

Bengkel tersebut telah dihadiri seramai 114 orang cikgu dari sekolah-sekolah rendah dan menengah di sekitar Negeri Melaka. Antara objektif bengkel ini adalah untuk memberikan pendedahan berkaitan pentadbiran Pusat Sumber Sekolah yang cemerlang menjurus ke arah IR 4.0, pengajaran berkaitan penggunaan teknologi ICT dalam memperolehi sumber maklumat dalam persekitaran Pusat Sumber Sekolah dan menjadikan Pusat Sumber Sekolah sebagai pusat ilmu dengan koleksi yang mantap dan diurus dengan baik dan cemerlang.



Turut hadir sama meraikan majlis ialah YBrs. Tuan Haji Mohd Rashid Hj Mohd Sidek, Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Melaka, YBrs. Encik Noor Hidayat Adnan, Ketua Pustakawan, Perpustakaan UiTM, YBrs. Tuan Haji Nor Hashim Haji Hassan, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Melaka, YBrs. Encik Zulkifli Hj Ismail, Timbalan Ketua Pustakawan Kanan, UiTM (Pengerusi Bersama), YBrs. Puan Rozaimah Mat Sidek, Timbalan Ketua Pustakawan Perpustakaan UiTM Cawangan Melaka (Pengerusi Bersama) dan Dr Sharmila Mohamed Shuhidin, Pensyarah Kanan, Fakulti Pengurusan Maklumat UiTM.





Berikut antara  aturcara Bengkel Tersebut


Hari Pertama (27/03/2018) Selasa
Taklimat Pengerusi Bengkel Pengurusan Pusat Sumber Sekolah telah disampaikan oleh En Zulkifli Hj Ismail, Timbalan Ketua Pustakawan Kanan, merangkap Pengerusi, CSR : IMD PTAR 2018 https://bit.ly/2pHNh94 
http://imdptar.blogspot.my/2018/03/hari-pertama-pendaftaran-peserta.html
Hari Pertama (27/03/2018) Selasa
Ceramah 1 : Pusat Sumber Sekolah Abad ke-21 Oleh : Encik Zaidi bin Jaafar Ketua Unit Perkhidmatan Sumber Pendidikan, BTPN Melaka


Hari Kedua (28/03/2018) Rabu
Ceramah 2 : Persediaan Pusat Sumber Sekolah menghadapi IR 4.0 Oleh : Dr. Shamila Mohamed Shuhidan Pensyarah Kanan, Fakulti Pengurusan Maklumat UiTM
http://imdptar.blogspot.my/2018/03/ceramah-persediaan-pusat-sumber-sekolah.html



Hari Kedua (28/03/2018) Rabu
Majlis Perasmian Bengkel Pengurusan Pusat Sumber Sekolah IR 4.0
http://imdptar.blogspot.my/2018/03/majlis-perasmian-bengkel-pengurusan.html


Hari Ketiga (29/03/2018) Khamis
Bengkel 1: Asas Pengkatalogan : Pengenalan kepada pengkatalogan dan pengkelasan
Bengkel 2 : Kaedah Pengkatalogan Deskriptif
Bengkel 3: Pencarian Subjek menggunakan Sear List Of Subject Headings (SLSH)
Bengkel 4: Pengkelasan Perpustakaan : Dewey Decimal Classification (DDC) / Sistem Pengkelasan Perpuluhan Dewey

semua bengkel disampaikan oleh Prof. Madya Hamidah binti Hj. A. Rahman, Fakulti Pengurusan Maklumat UiTM
http://imdptar.blogspot.my/2018/03/foto-hari-kedua-sekitar-ceramah-dan.html
Hari Ketiga (29/03/2018) Khamis
Ceramah 3 :
Pengunaan Sumber Teknologi dan ICT di Pusat Sumber Oleh : Tuan Haji Ahmad Faizar bin Jaafar Pustakawan Kanan PTAR
http://ahmadfaizar.blogspot.com/2018/03/pembentangan-penggunaan-sumber_29.html
Hari Keempat (30/03/2018) Jumaat
Bengkel 5: Pengenalan kepada Sistem Pengurusan Pusat Sumber Oleh : Tuan haji Azizi Jantan Timbalan Ketua Pustakawan PTAR
Bengkel 5: Pengenalan kepada Sistem Pengurusan Pusat Sumber dan sesi soal jawab Oleh : Encik Izwan Salim Pustakawan Kanan PTAR
http://imdptar.blogspot.my/2018/03/bengkel-pengenalan-kepada-sistem.html



#imdptar #csrptar #uitm #libraryuitm #bppssmelaka #libraryUiTMCM  #btpnmelaka
 
like and follow us

https://twitter.com/ptaruitm
https://www.instagram.com/ptaruitm/

https://perpustakaanuitm.blogspot.my/

https://www.youtube.com/user/perpustakaanuitm
https://www.facebook.com/KetuaPustakawanUitm

Monday, May 22, 2017

Bengkel Pengurusan Pusat Sumber Sekolah abad ke – 21

Salam sejahtera semua , minggu ini saya akan berkampung pula di Tok Aman Bali Beach Resort , Kelantan dari 22 hingga 25 Mei 2017 kerana terlibat dengan Bengkel Pengurusan Pusat Sumber Sekolah abad ke – 21  sebagai AJK merangkap sebagai Penceramah pada sesi ke 2 iaitu pada pagi 24 Mei 2017. dengan tajuk yang diberikan kepada saya Pengurusan Maklumat Bagi Pusat Sumber Sekolah Dalam Era Digital 

Antara topik yang di kemukakan ialah:
- Evolusi Sistem Pengurusan Maklumat  Perpustakaan dari Era Kad Katalog hingga la ke OPAC dan OPAC2.0 - Open Source Solution - Koha dan Senayan
- Tak lupa juga bahan digital dengan  sistem Open Source Solution seperti  DSpaceEPrints, Digital Commons and Fedora Commons
E-book, PDF,  EPUB , Augmented Reality (AR)
-Penggunaan Sosial media di Pusat sumber atau Library 2.0, FB, Insta, Google Plus, Google Photo, Flickr
- Penggunaan  cloud solutions -  cloud storage - Google Drive - Google Doc etc,  Microsoft OneDrive , Microsoft 365 dan sterusnya  gambaran pembelajaran akan datang 



PENGENALAN
Bengkel Pengurusan Pusat Sumber Sekolah abad ke – 21 merupakan salah satu aktiviti bagi program kemasyarakatan yang dikenali sebagai Ilmu Mengubah Destini (IMD).

Bengkel ini merupakan satu wadah yang bertujuan untuk meningkatkan kualiti pengurusan pusat sumber sekolah-sekolah menengah disamping membudayakan Pembelajaran Sepanjang Hayat, Budaya Ilmu, dan Budaya Membaca di kalangan warga sekolah.
Program ini adalah anjuran bersama Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM Shah Alam dengan kerjasama Perpustakaan Tengku Anis, UiTM Cawangan Kelantan dan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kelantan bagi tahun 2017.


OBJEKTIF
•       Memberikan pendedahan berkaitan pentadbiran pusat sumber sekolah yang cemerlang menjurus abad ke-21.
•       Pengajaran berkaitan penggunaan teknologi ICT dan media sosial dalam memperolehi sumber maklumat dalam persekitaran pusat sumber sekolah.
•       Pentadbiran dan pengurusan pusat sumber sekolah dilaksanakan dengan cara yang profesional berdasarkan piawaian-piawaian sebenar.

•       Menjadikan pusat sumber sekolah pusat ilmu sebenar dengan koleksi yang mantap dan diurus dengan baik.
•       Membolehkan guru pusat sumber sekolah mendapat pendedahan dan dapat memahirkan diri dalam mengkatalog dan mengkelas bahan-bahan perpustakaan.







Sunday, June 26, 2016

Program bersama pelajar Mahad Tahfiz Annuri


Alhamdulilah pada 24 dan 25 Jun 2016 Jumaat dan Sabtu iaitu bersamaan 19-20 Ramadan yang lalu Program Sehari Bersama PERMATA ALLAH SWT  oleh Persatuan Pentadbir UiTM (PPUiTM) telah berjalan dengan jayanya. Program ini sempena menyemarakkan bulan Ramadan Al-Mubarak bersama anak-anak di Ma'had Tahfiz An-Nuri terdiri seramai 15 orang, berumur dari 13 -17 tahun.  Mereka adalah dalam kalangan anak-anak yatim piatu, fakir dan miskin. 



Ma’had Tahfiz An-Nuri ini  terletak di Syamille Agro Farm & Resort, Lot 3749 & 3750, Jalan Lata Perahu, Kg Chuar Hulu, Mukim Chegar Galah,33020 Kati, Kuala Kangsar, Perak   
http://kelulutmalaysia.blogspot.my





setibanya kami disana kami telah disambut oleh wakil Ma’had Tahfiz dengan van mereka untuk mengangkut kami masuk kedalam kerana bas rombongan kami tidak boleh memasuki jalan ke tempat Syamille Agro Farm & Resort yang agak sempit.













Setiba kami di dalam kawsan Syamille Agro Farm & Resort, kami pun dibawa ke bilik pengiapan masing-masing





Setelah berehat seketika dan solat asar kami pun bergotong-royong membuat persiapan bagi majlis Penyampaian Sumbangan Hari Raya & Majlis Berbuka Puasa bersama pelajar Mahad Tahfiz Annuri nanti

 
















 

Sementara menunggu waktu berbuka  kami berselawat dan berqasidah bersama pelajar Mahad Tahfiz Annuri 





seterusnya Sesi Penyampaian Sumbangan Hari Raya & Majlis Berbuka Puasa bersama pelajar Mahad Tahfiz Annuri yang terdiri dari kalangan anak-anak yatim piatu, fakir dan miskin  





Majlis dimulakan dengan ucapan dari Presiden  PPUiT iaitu Tuan Haji Anuar dan dikuti ucapan dari wakil Mahad Tahfiz Annuri seterusnya penyampaian Sumbangan Hari Raya dan jamuan berbuka.
 
  










Pada malamnya setelah sembahyang Maghrib bersama diikuti dengan solat Isyak dan Tarawikh berjamaah kami dihidangkan dengan tazkirah ringkas.  Seterusnya pada sepertiga malam dimulakan dengan program Qiamulail diikuti dengan makan sahur bersama.



Alhamdulilah selesailah sudah  Program Sehari Bersama PERMATA ALLAH SWT   bersama anak-anak di Ma'had Tahfiz An-Nuri
#‎syukurramadan‬ ‪#‎syukurselalu‬ ‪#‎ramadan‬ ‪#‎ppuitm‬ 

Contact Me

Snap & Read with QRCODE Reader

http://zxing.appspot.com/generator/