PAR EXCELLENCE AWARD,ICQCC Hydrabad India 2021
Alhamdulilah kali in kumpulan kami telah menerima menerima Par Excellence Award di 46th International Convention on Quality Control Circles (ICQCC) 2021
DIAMOND , GOLD AND SILVER AT IIDEX 2019
Alhamdulilah dari dua projek inovasi yang saya sertai dalam (IIDEX) 2019 kali ini , inovasi WeGBY CHAIR telah menerima Anugerah SPECIAL AWARD - DIAMOND dan GOLD manakala inovasi RDMS (Reference Desk Management System ) mendapat anugerah SILVER
FASILITATOR TERBAIK 2019 ZON TENGAH
Alhamdulilah kali ini di anugerahkan sebagai Fasiltator Terbaik di Konvensyen KIK Peringkat UiTM 2019 Zon Tengah sekali lagi setelah menerima pada tahun 2016
ANUGERAH EMAS KONVENSYEN TEAM EXECELLENT MPC 2018
Alhamdulilah tugasan kali ini berjaya membawa kumpulan KIK PTAR i-Clique meraih Anugerah Emas dalam Konvensyen Team Excellent Peringkat Wilayah 2018 ( Wilayah Selatan ) di Holiday Villa Johor Bahru City Centre
ANUGERAH EMAS BAGI INOVASI SOLAT ALERT SOFTWARE (SAS) DI ITEX2017
Alhamdulilah dapat juga melakarkan sejarah memenangi anugerah emas bagi penyertaan di International Invention, Innovation and Technology Exhibition (ITEX 2017) pula dengan produk inovasi Solat Alert Software (SAS). ....
Anugerah EMAS (GOLD) di Ekspo Reka Cipta, Inovasi dan Reka Bentuk (Invention, Innovation And Design Exposition) - IIDEX
Alhamdulilah kedua-dua projek inovasi yang saya sertai mendapat anugerah dalam IIDEX2016 daripada sejumlah 745 penyertaan keseluruhannya.
Awards at British Invention Show 2009
The British Invention Show, is the largest innovation and technology expo in Britain. UiTM submitted 8 entries of which all won medals.
Fasilitator Terbaik
Fasilitator Terbaik kali kedua berturut-turut. Sebenarnya kejayaaan ini adalah kejayaan anda semua.
Konvensyen ICC Kebangsaan
Naib Johan Sektor Awam, 10 Kumpulan Terbaik Sektor Awam, Anugerah Emas 3 Bintang Konvensyen ICC Kebangsaan
Pingat Emas Dalam Malaysia Technology Expo ( MTE)
Menerima anugerah Pingat Emas dalam Malaysia Technology Expo ( MTE) 2009 yang telah diadakan pada 19 hingga 21 Februari 2009 di PWTC, Kuala Lumpur. Pelbagai hasil penyelidikan telah dipamerkan oleh 460 peserta/ kumpulan daripada pelbagai IPTA, badan swasta, MRSM dan lain-lain organisasi.
Monday, August 12, 2019
Konvensyen KIK Peringkat UiTM 2019 Zon Tengah
Monday, July 01, 2019
Produk Teknologi VR -Virtual Reality & AR - Argumented Reality & 360
Hari ini kami berpeluang mengeksplorasi Produk Teknologi VR -Virtual Reality & AR - Argumented Reality selari denga kehendak Industri Revolusi 4.0 (IR4.0) dan Digital Maker.
Revolusi Industri 4.0 melibatkan teknologi terkini memberi cabaran dan membawa pembaharuan kepada semua sektor di negara ini yang memerlukan mereka melakukan perubahan seiring dengan transformasi digital itu untuk kekal berdaya saing.
Revolusi Industri 4.0 dapat mengatasi masalah kebergantungan terhadap sumber tenaga yang secara signifikan akan mengubah masa depan dunia pekerjaan. Manusia dan teknologi saling memerlukan bagi menghasilkan produk dan perkhidmatan terbaik, sebagai contoh pustakawan boleh menjadi SME (Subject Matter Expert) yang diperlukan bagi mengumpul dan menganalisis data menjadikan maklumat lebih bermakna.
IR4.0 dan Library 4.0 memerlukan strategi dan perancangan yang betul melalui Staf yang berkemahiran (Manpower),Sistem (System), Prosess / Prosedur Organisasi (Processes) dan Peralatan (Equipment)
Universiti haruslah memiliki pengurusan yang mantap, saling menyokong dan inovatif.
Universiti juga perlu mempunyai pentadbir yang berdedikasi dan mahu melaksanakan pembaharuan inovasi digital di Universiti.
Sekarang kita perlu mencari ruangan yang sesuai untuk dijadikan bilik khas untuk dinaiktaraf jadi Digital Maker Hub (DMH).
Read more https://www.classvr.com/virtual-reality-downloads/
https://www.classvr.com/school-curriculum-content-subjects/mixed-reality-resources/
ClassVR Portal Updates
https://www.youtube.com/watch?v=4jlfp7OetKsDigital Library Chit Chat Series Virtual Reality VR Part 2
Digital Library Chit Chat Series Virtual Reality VR Part 3
A Brief Introduction to AR/VR: Everything you need to know in 10 minutes
VR and AR in 2024: Apple, Samsung, Google, Meta, AI, and a Quest for Function
Ada pelbagai produk AR, VR , MR di pasaran dan setiap satu ada Pro & Con

Perkembangan AR & VR



VR headsets comparison
https://immersive-display.com/en/blog/-vr-headsets-comparison-2023-b11.html
VR headset reviews
https://www.hypergridbusiness.com/tag/vr-headset-reviews/
VR , AR & XR News
https://www.hypergridbusiness.com/category/vr-ar/
https://techcrunch.com/2016/08/12/pokemon-go-changes-everything-and-nothing-for-arvr/
https://www.counterpointresearch.com/ar-segment-set-grow-next-4-years/
http://uitmprepo.uitm.edu.my/103/
Berakhir era Notes dibawah IBM
On December 6, 2018, IBM and HCL Technologies announced a definitive agreement under which HCL will acquire select IBM collaboration, commerce, digital experience and security software products. The transaction closed on June 30, 2019.
Pada 6 Disember, 2018, IBM dan HCL Technologies mengumumkan perjanjian muktamad di mana HCL akan memperoleh kerjasama, perdagangan, pengalaman digital dan produk perisian keselamatan IBM. Transaksi ditutup pada 30 Jun, 2019.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pembangunan Notes bermula pada tahun 1984 oleh sebuah syarikat bernama Iris yang pada waktu itu Iris bekerja di bawah kontrak dengan Lotus Development Corporation dan akhirnya versi release 1.0 secara rasmi dikeluarkan oleh sebuah syarikat bernama "Lotus Development Corporation" tahun 1989. https://en.wikipedia.org/wiki/Iris_Associates
Lotus Development Corporation ia ditubuhkan pada tahun 1982 bersama rakan kongsi Mitch Kapor dan Jonathan Sachs dengan sokongan dari Ben Rosen. Antara produk lain Lotus yang terkenal pada waktu ialah perisian Lotus 1-2-3 (spreadsheet software) yang dikeluarkan pada January 26, 1983.
https://en.wikipedia.org/wiki/Mitch_Kapor
Pada tahun 1995 IBM membeli Lotus Corporation pada harga US$ 3.5 bilion, terutamanya untuk memperoleh Lotus Notes dan untuk mewujudkan kehadiran dalam segmen pengkomputeran pelanggan yang semakin penting, bagi mengantikan produk host-based seperti IBM OfficeVision yang telah usang kemudia ia dikenali sebagai bahagian Pembangunan Lotus di IBM (Lotus Development division of IBM).
Pada tahun 2015 ia menjadi sebahagian daripada IBM Software and Systems Group di bawah nama "IBM Collaboration Solutions".
Lotus Notes merujuk kepada Notes client, yang dipasang pada komputer peribadi pengguna, dan digunakan untuk mengakses kedua-dua fail mail dan aplikasi Notes. Domino adalah komponen server bagi Notes/Domino team, dan ia berjalan pada pelbagai sistem operasi (operating systems)
Sebenar Lotus Notes ni bukan sahaja untuk email ia juga digunakan untuk kalendar, (personal information managers) PIM, pemesejan segera, Web browsing, serta .pelbagai applikasi Lotus Notes yang lain yang dibangunkan oleh team lotus notes dipejabat.
Aplikasi Notes boleh dibina untuk kedua-dua Notes client dan untuk Web browsers. ada juga replikasi membolehkan kita mecapainya dalam talian(online ) dan di luar talian (offline).
Pada 6 Disember, 2018, IBM mengumumkan bahawa ia telah menjual beberapa produk perisian kepada HCL Technologies untuk $ 1.8bn, termasuk IBM Notes, Domino, Commerce, Portal, Connections, BigFix, Unica and AppScan.
Saya mula menggunakan IBM Notes rasanya versi atau release 5.0 bagi email rasmi pejabat pada tahun 2000 dan sehingga IBM Notes versi atau release 9 pada 2019 dan ini mungkin tahun terakhir kami menggunakan Notes kerana pengurusan ICT kami telah meuar-uarkan pertukan email rasmi pejabat ke perkhidmatan email lain.
https://en.wikipedia.org/wiki/IBM_Notes
https://en.wikipedia.org/wiki/Lotus_1-2-3
https://en.wikipedia.org/wiki/Lotus_Software
Monday, May 06, 2019
Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan 1440H/2019M
Mukadimah
Maksudnya: “Ya Allah keluarkanlah anak bulan ini dengan keberkatan dan keimanan, serta berikanlah keselamatan dan keIslaman, Tuhanku dan Tuhanmu (anak bulan) ialah Allah SWT”.
Sinar Ramadhan 1440 Hijrah menjelma tiba, singgah sebulan dalam kehidupan kita. Perkataan Ramadhan terlalu mulia kerana diingatkan dengan ibadat seperti puasa, tarawikh, jamuan berbuka puasa, tadabbur al-Quran, zikir, istighfar dan juga memenuhi masjid dan surau dengan acara ibadat.
dipetik dari laman web Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Sememangnya sudah menjadi tradisi bagi kita umat Islam, pada setiap tanggal 17 Ramadhan kita akan mengadakan peringatan Nuzul Al-Quran.
Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam.

Dapatkan ebook percuma dari JAKIM sempena Ramadhan
Terbitan Bhg Penerbitan JAKIM
FORMAT PDF ( Boleh download )
Terbitan Bhg Penerbitan JAKIM
FORMAT PDF ( Bolehdownload)
|
| Anak Bulan, Puasa Ramadan , Tarawikh, Qiamullail, Lailatulqadar , Waktu Imsyak & Berbuka, Kadar Zakat Fitrah, |
Friday, April 26, 2019
Anugerah Emas Konvensyen Mini Team Excellence 2019
MTEx Wilayah Selatan 2019 kali ini merekodkan penyertaan sebanyak 36 kumpulan yang terdiri daripada 23 organisasi dari seluruh Malaysia dengan kehadiran 216 peserta dan 64 pemerhati. Tahniah dan syabas buat semua kumpulan TE yang bertanding.
Team Excellent PTAR, Shine membawa projek bertajuk Proses kutipan denda di Perpustakaan kurang berkesan.
Penyelesaiam inovatif kreatif- KIK Shine melalui pendekatan cashles iaitu dengan QR Code Payment (Boost), Debit & Credit Card serta online banking
Staf yang mewakili Shine & PTAR kali ini terdiri dari :
1.Md Haizar Bin Jamian (Fasilitator)
2.Fariz Azuan Bin Harun - Team Leader
3.Mohd Suhaimi Bin Azman
4.Mohd Hazri Bin Abdul Karim
5.Noorbaizura Binti Mazlan
6.Norsaliha Binti Mad Mudin
7.Ahmad Faizar Jaafar wakil Penyelaras KIK PTAR
#MTEx2019SouthernRegion #MTEx2019WilayahSelatan
#TeamExcellence
#kikptar
#libraryuitm #QRCodePayment






































































