Mukadimah
Alhamdulillah,
pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah
yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas Nabi
SAW, keluarga, sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga hari
kesudahan.
Kita mulakan dengan doa Rasulullah SAW. Daripada Talhah bin Ubaidillah R.A,
apabila Nabi SAW melihat anak bulan, Baginda akan membaca doa:
اللَّÙ‡ُÙ…َّ Ø£َÙ‡ْÙ„ِÙ„ْÙ‡ُ عَÙ„َÙŠْÙ†َا بِالْÙŠُÙ…ْÙ†ِ ÙˆَالْØ¥ِيمَانِ ÙˆَالسَّÙ„َامَØ©ِ ÙˆَالْØ¥ِسْÙ„َامِ رَبِّÙŠ ÙˆَرَبُّÙƒَ اللَّÙ‡ُ
Maksudnya: “Ya Allah keluarkanlah anak bulan ini dengan keberkatan dan keimanan, serta berikanlah keselamatan dan keIslaman, Tuhanku dan Tuhanmu (anak bulan) ialah Allah SWT”.
Riwayat al-Tirmizi (3373)
Sinar Ramadhan 1440 Hijrah menjelma tiba, singgah sebulan dalam kehidupan kita. Perkataan Ramadhan terlalu mulia kerana diingatkan dengan ibadat seperti puasa, tarawikh, jamuan berbuka puasa, tadabbur al-Quran, zikir, istighfar dan juga memenuhi masjid dan surau dengan acara ibadat.
Kedatangan
Ramadhan pada kali ini yang mewarnai kehidupan kita haruslah disyukuri
kerana Allah SWT memilih kita untuk mendapatkan Ramadhan sedangkan ramai
dalam kalangan kita yang tidak sempat dengan Ramadhan ini. Justeru, doa
yang kita panjatkan “ÙˆَبَÙ„ِّغْÙ†َا رَÙ…َضَان” menjadi peluang untuk kita
mengisi madrasah Ramadhan ini dengan ketaatan.
Ramadhan
pada kali ini menuntut kita untuk sentiasa bersyukur kepada-Nya dan
keamanan yang kita miliki di tanah watan Malaysia ini adalah hal yang
memungkinkan kita beribadat dengan selesa. Maka, mengambil kesempatan
untuk beribadat kepada Allah di mukhayyam tarbawi Ramadhan ini adalah amat penting. Benarlah doa para salafus soleh:
اللَّÙ‡ُÙ…َّ سَÙ„ِّÙ…ْÙ†ِÙŠ Ù„ِرَÙ…َضَان، وسَÙ„ِّÙ…ْ رَÙ…َضَان Ù„ِÙŠ، وتسلمه Ù…ِÙ†ِّÙŠ Ù…ُتَÙ‚َبَّلاً
dipetik dari laman web Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Di kesempatan bulan Ramadhan (Jadual Harian Bulan Ramadhan) yang penuh dengan segala-galanya ini, saya ingin mengucapkan selamat berpuasa dan bersama-samalah kita mengambil kesempatan diatas peluang yang telah Allah berikan ini untuk mencari mencari Lailatulqadar dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah,
Sememangnya sudah menjadi tradisi bagi kita umat Islam, pada setiap tanggal 17 Ramadhan kita akan mengadakan peringatan Nuzul Al-Quran.
Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam.
Dapatkan ebook percuma dari JAKIM sempena Ramadhan
Terbitan Bhg Penerbitan JAKIM
FORMAT PDF ( Boleh download )
Terbitan Bhg Penerbitan JAKIM
FORMAT PDF ( Bolehdownload)
|
Anak Bulan, Puasa Ramadan , Tarawikh, Qiamullail, Lailatulqadar , Waktu Imsyak & Berbuka, Kadar Zakat Fitrah, |
Selamat berpuasa dan berqiamullail.
0 comments:
Post a Comment