PAR EXCELLENCE AWARD,ICQCC Hydrabad India 2021

Alhamdulilah kali in kumpulan kami telah menerima menerima Par Excellence Award di 46th International Convention on Quality Control Circles (ICQCC) 2021

DIAMOND , GOLD AND SILVER AT IIDEX 2019

Alhamdulilah dari dua projek inovasi yang saya sertai dalam (IIDEX) 2019 kali ini , inovasi WeGBY CHAIR telah menerima Anugerah SPECIAL AWARD - DIAMOND dan GOLD manakala inovasi RDMS (Reference Desk Management System ) mendapat anugerah SILVER

FASILITATOR TERBAIK 2019 ZON TENGAH

Alhamdulilah kali ini di anugerahkan sebagai Fasiltator Terbaik di Konvensyen KIK Peringkat UiTM 2019 Zon Tengah sekali lagi setelah menerima pada tahun 2016

ANUGERAH EMAS KONVENSYEN TEAM EXECELLENT MPC 2018

Alhamdulilah tugasan kali ini berjaya membawa kumpulan KIK PTAR i-Clique meraih Anugerah Emas dalam Konvensyen Team Excellent Peringkat Wilayah 2018 ( Wilayah Selatan ) di Holiday Villa Johor Bahru City Centre

ANUGERAH EMAS BAGI INOVASI SOLAT ALERT SOFTWARE (SAS) DI ITEX2017

Alhamdulilah dapat juga melakarkan sejarah memenangi anugerah emas bagi penyertaan di International Invention, Innovation and Technology Exhibition (ITEX 2017) pula dengan produk inovasi Solat Alert Software (SAS). ....

Anugerah EMAS (GOLD) di Ekspo Reka Cipta, Inovasi dan Reka Bentuk (Invention, Innovation And Design Exposition) - IIDEX

Alhamdulilah kedua-dua projek inovasi yang saya sertai mendapat anugerah dalam IIDEX2016 daripada sejumlah 745 penyertaan keseluruhannya.

Awards at British Invention Show 2009

The British Invention Show, is the largest innovation and technology expo in Britain. UiTM submitted 8 entries of which all won medals.

Fasilitator Terbaik

Fasilitator Terbaik kali kedua berturut-turut. Sebenarnya kejayaaan ini adalah kejayaan anda semua.

Konvensyen ICC Kebangsaan

Naib Johan Sektor Awam, 10 Kumpulan Terbaik Sektor Awam, Anugerah Emas 3 Bintang Konvensyen ICC Kebangsaan

Pingat Emas Dalam Malaysia Technology Expo ( MTE)

Menerima anugerah Pingat Emas dalam Malaysia Technology Expo ( MTE) 2009 yang telah diadakan pada 19 hingga 21 Februari 2009 di PWTC, Kuala Lumpur. Pelbagai hasil penyelidikan telah dipamerkan oleh 460 peserta/ kumpulan daripada pelbagai IPTA, badan swasta, MRSM dan lain-lain organisasi.

Showing posts with label Fasilitator Terbaik. Show all posts
Showing posts with label Fasilitator Terbaik. Show all posts

Friday, September 13, 2019

Anugerah Fasiltator Terbaik - Konvensyen KIK Peringkat UiTM 2019 Zon Tengah


Alhamdulilah kali ini di anugerahkan sebagai Fasiltator Terbaik di Konvensyen KIK Peringkat UiTM 2019 Zon Tengah sekali lagi setelah menerima pada tahun 2016  https://ahmadfaizar.blogspot.com/2016/09/anugerah-fasiltator-terbaik-konvensyen.html

Terima kasih juga atas segala kerjasama dan daya usaha kepada semua ahli KIK i-CLIQUE serta sifu/tok guru2 dan para juri KIK kami yang secara tak langsung menjadikan saya Fasilitator Terbaik sekali lagi bagi Konvensyen KIK Peringkat UiTM 2019 Zon Tengah kali ini. Sebenarnya kejayaaan ini adalah kejayaan kita  semua i-CLIQUE

Ahli Kumpulan KIK I-CLIQUE PTAR terdiri daripada :
1. Wan Noor Sazidah Wan Fauzi - Ketua Kumpulan
2. Mohd Farid Mohamed Said
3. Mohd Azrry Bin Zakaria
4. Nur Azini Binti Azman
5. Nur Lian Binti Abd Halid
6. Nur Fatin Nadia Binti Mohamed Nadzri
7. Tuan Haji Ahmad Faizar Jaafar - Fasilitator

Konvensyen KIK peringkat Zon Tengah 2019 telah diadakan pada  12 September 2019 yang lalu. Konvensyen ini telah dianjurkan oleh Fakulti Sains Kesihatan (FSK), UiTM Cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam




Tahniah dan Syabas kepada Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) ERA dan I-CLIQUE dari Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Shah Alam di atas kejayaan meraih di Pertandingan Mini Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) peringkat Zon Tengah 2019 di Fakulti Sains Kesihatan UiTM Kampus Puncak Alam pada 12 September 2019

Antara Anugerah yang diraih Kumpulan KIK PTAR:


1. ERA
- Anugerah Emas
- Tempat KEDUA
- Anugerah Penjimatan Kos Sebenar Terbaik

2. I-CLIQUE
- Anugerah Emas
- Anugerah Dokumentasi Terbaik

3. Anugerah Fasilitator Terbaik 
- Tn. Hj Ahmad Faizar Jaafar

Penyelaras KIK PTAR
1. Puan Siti Aishah Sadan
2. Puan Jaz Nor Fazuna Jaafar


read more


Untuk maklumat lanjut, sila layari pautan
https://perpustakaanuitm.blogspot.com/2019/09/tahniah-dan-syabas-kumpulan-kik-ptar.html
http://ppuitmsa.blogspot.com/2019/09/tahniah-diatas-anugerah-fasilitator.html

https://news.uitm.edu.my/konvensyen-kik-2019-peringkat-zon-tengah-universiti-teknologi-mara/
https://inqka.uitm.edu.my/main/index.php/excellence-awards/kumpulan-inovatif-dan-kreatif-kik/kik-horizon-baharu
dan untuk borang penyertaan, sila layari pautan
http://portalkik.uitm.edu.my




Wednesday, June 15, 2011

Konvensyen ICC Perpustakaan Semalaysia Ke-3- Langkawi Kedah

[[posterous-content:pid___0]]Satu Konvensyen Kumpulan Inovatif & Keratif  (KIK/ICC) Perpustakaan Semalaysia kali Ke-3 anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah dengan kerjasama Majlis Pengarah-Pengarah Perpustakaan Awam SeMalaysia dan Persatuan Pustakawan Malaysia Kumpulan Utara di adakan pada 9 -11 Jun 2011 bertempat di Hotel City Bayview, Langkawi.

[[posterous-content:pid___1]]

Perpustakaan UiTM, Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) menghantar 2 KIK iaitu:
Kumpulan : TITANIUM dengan  Tajuk Projek: Mempercepatkan Penyediaan Surat Panahanan Konvokesyen dan
Kumpulan : SOLVE dengan Tajuk Projek: Kesukaran Menyediakan Kekulit Buku.

Beberapa orang staf Jabatan Pengurusan Sistem & Teknologi Maklumat (JPSTM) telah terlibat. Sekalung tahniah kepada Kumpulan : SOLVE kerana telah mendapat tempat ketiga  yang menerima hadiah wang tunai RM1,500 

[[posterous-content:pid___2]]

Sebelum ini pada 2 siri KIK/ICC Perpustakaan Semalaysia telah di menangi oleh Kumpulan : e-Wave dari JPSTM dua tahun berturut-turut. 

Konvensyen ICC Perpustakaan SeMalaysia ke - 2 , 
Le Meridien Kota Kinabalu, Sabah (25 - 27 September 2009) 

Kategori Perpustakaan Akademik:
Projek KIK : Menambah Kemudahan Mesin Pinjaman Buku Layan Diri Di Perpustakaan
- Johan (e-Wave)
- Persembahan Terbaik-(e-Wave)
- Fasilitator Terbaik - Ahmad Faizar Jaafar (e-Wave)

http://ahmadfaizar.blogspot.com/2009/09/keputusan-konvensyen-icc-perpustakaan.html


Konvensyen ICC Perpustakaan SeMalaysia  - 1 ,
Hilton, Kuching, Sarawak,  (3-4 Nov 2008)

Projek KIK : Computer Lab Information System
- Hadiah Pertama (e-Wave)
- Hadiah Fasilitator Kumpulan ICC Terbaik- En. Ahmad Faizar Jaafar (e-Wave)
- Hadiah Khas Persembahan Projek ICC Terbaik (e-Wave)

http://perpustakaanuitm.blogspot.com/2008/11/keputusan-konvensyen-icc-perpustakaan.html

http://library.uitm.edu.my/inovasi/index.php?option=com_content&view=article&id=75&Itemid=2

Berita seterusnya:

LANGKAWI, 12 Jun (Bernama) -- Kumpulan Whopedia dari Pusat Maklumat dan Perpustakaan Bernama (InfoLib) menjuarai Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Perpustakaan SeMalaysia kali ketiga, yang berlangsung selama tiga hari di sini dan berakhir semalam.

Sebanyak 12 pasukan melibatkan perpustakaan awam seluruh negara menyertai konvensyen anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah dengan kerjasama Majlis Pengarah-Pengarah Perpustakaan Awam SeMalaysia dan Persatuan Pustakawan Malaysia Kumpulan Utara.

InfoLib diwakili Pengurusnya, Hasnita Ibrahim sebagai ketua pasukan, Rozlen Mustapa (penolong ketua pasukan), Jizni Azrin Juhari (setiausaha) serta Masfaliza Masmuda, Abdul Halim Ariffin, Haidazira Manan dan Wan Mohd Rady Wan A. Rahman, manakala Pengurus Pusat Kecemerlangan Norhayati Jantan bertindak sebagai fasilitator.

Whopedia yang membentangkan tajuk "Pelanggan Kad Profil Tokoh Rendah" membawa pulang wang tunai RM3,500, trofi dan sijil.

Tempat kedua dimenangi Kumpulan Klik dari Perpustakaan Tun Sri Lanang, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan tajuk "Mempermudahkan Pencarian e-Jurnal Teks Penuh Langganan Perpustakaan", untuk meraih wang tunai RM2,500, trofi dan sijil.

Tempat ketiga diraih Kumpulan Solve dari Perpustakaan Tun Abdul Razak, Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang menerima hadiah wang tunai RM1,500 melalui pembentangan "Kesukaran Menyediakan Kekulit Buku".

Turut bertanding ialah Kumpulan I-Solution dari Perpustakaan Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Kumpulan Prodigy 6 dari Pustaka Negeri Sarawak, Kumpulan Monsopiad dari Perpustakaan Negeri Kedah, Kumpulan Smart Acqlib dari Perpustakaan Sultan Abdul Samad, Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Kumpulan Smart Layer dari Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu.

Kumpulan Titanium dari Perpustakaan Tun Abdul Razak (UiTM), Kumpulan Inspirasi dari Perbadanan Perpustakaan Awam Perak, Kumpulan i-SMART dari Perpustakaan Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) dan Kumpulan Pantas 3 (UKM).

Konvensyen itu bertujuan memberi pendedahan kepada peserta berhubung produktiviti dan kualiti, selain menitikberatkan KIK sebagai satu alat untuk penyelesaian bagi penambahbaikan berterusan.

Ia juga memberi peluang kepada peserta membentang idea dan projek mereka selain berkongsi pengalaman KIK masing-masing.

sumber -- BERNAMA

http://www.bernama.com/bernama/v5/newsindex.php?id=593320

Sunday, September 27, 2009

Keputusan Konvensyen ICC Perpustakaan SeMalaysia Tahun 2009


Sekalung tahniah dan syabas kepada anak buah saya, Kumpulan eWave , Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR ) UiTM kerana telah menjuarai Konvensyen ICC Perpustakaan SeMalaysia Tahun 2009 untuk kali ke-2 yang telah diadakan pada 25 – 27 September 2009 di Le Meridien Kota Kinabalu, Sabah. (Tahniahlah kerana dapat mempertahankan kejuaran tahun lalu 2008 ajuran Pustaka Sarawak )

Terima kasih juga atas segala kerjasama dan daya usaha terutama tok Ketua Kumpulan eWAVE Tuan Haji Azizi Jantan, semua ahli serta sifu/tok guru2 KIK kami yang secara tak langsung menjadikan saya Fasilitator Terbaik kali kedua berturut-turut. Sebenarnya kejayaaan ini adalah kejayaan anda semua. Laporan juga boleh di didapati di akhbar Cina.




Konvensyen ICC Perpustakaan kali ini telah disertai oleh 20 pasukan yang dibahagikan kepada dua kategori iaitu Perpustakaan Awam dan Perpustakaan Akademik.

Penyertaan Perpustakaan Awam:
1. Kumpulan DOT COM - Pustaka Negeri Sarawak
2. Kumpulan NADI - Perpustakaan Negara Malaysia
3. Kumpulan DINAMIK - Perbadanan Perpustakaan Awam Perak
4. Kumpulan HARMONI - Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis
5. Kumpulan REVOLUSI - Pustaka Negeri Sarawak
6. Kumpulan ILMU - Perpustakaan Negeri Sabah
7. Kumpulan D'BACA - Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah
8. Kumpulan WAVE ICQ - Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang
9. Kumpulan EMERTIS - Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang
10. Kumpulan GEMILANG - Perbadanan Perpustakaan Awam Perak
11. Kumpulan VIP - Perpustakaan Negeri Sabah
12. Kumpulan E-FORMA - Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor
13. Kumpulan I.L.M.U - Perpustakaan Awam Labuan
14. Kumpulan MESRA - Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor
15. Kumpulan WOOLEY - Perpustakaan Negeri Sabah

Penyertaan Perpustakaan Akademik:
1. Kumpulan ISMART - UIA
2. Kumpulan CRYSTAL - UiTM Sarawak
3. Kumpulan SPEKTRUM - UiTM Sarawak
4. Kumpulan PRO TAG - UKM
5. Kumpulan e-WAVE - UiTM Shah Alam

Berikut adalah keputusan penuh konvensyen tersebut:

Kategori Perpustakaan Awam:
JOHAN, Persembahan Terbaik dan Fasilitator Terbaik - Kumpulan HARMONI - Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis
Tajuk Projek : Masalah Pengguna Bising Di Perbadanan Awam Negeri Perlis pada Waktu Puncak
Naib Johan - Kumpulan REVOLUSI - Pustaka Negeri Sarawak
Ke 3 - Kumpulan GEMILANG - Perbadanan Perpustakaan Awam Perak

Kategori Perpustakaan Aademik:
JOHAN, -Kumpulan e-WAVE PTAR, UiTM Shah Alam,
Persembahan Terbaik -Kumpulan e-WAVE - PTAR, UiTM Shah Alam,
dan Fasilitator Terbaik - Ahmad Faizar Jaafar -Kumpulan e-WAVE - PTAR, UiTM Shah Alam,
Tajuk Projek : Menambah Kemudahan Mesin Pinjaman Buku Layan Diri Di Perpustakaan

Naib Johan - Kumpulan PRO TAG - UKM
Ke 3 - Kumpulan SPEKTRUM - UiTM Sarawak

Untuk makluman, tuan rumah untuk penganjuran Konvensyen ICC Perpustakaan SeMalaysia yang ke 3 bagi tahun 2010 nanti telah ditetapkan di Pulau Langkawi dan penganjurnya ialah Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah

http://www.library.uitm.edu.my/index.php?option=com_content&task=view&id=190&Itemid=202

Contact Me

Snap & Read with QRCODE Reader

http://zxing.appspot.com/generator/