PAR EXCELLENCE AWARD,ICQCC Hydrabad India 2021

Alhamdulilah kali in kumpulan kami telah menerima menerima Par Excellence Award di 46th International Convention on Quality Control Circles (ICQCC) 2021

DIAMOND , GOLD AND SILVER AT IIDEX 2019

Alhamdulilah dari dua projek inovasi yang saya sertai dalam (IIDEX) 2019 kali ini , inovasi WeGBY CHAIR telah menerima Anugerah SPECIAL AWARD - DIAMOND dan GOLD manakala inovasi RDMS (Reference Desk Management System ) mendapat anugerah SILVER

FASILITATOR TERBAIK 2019 ZON TENGAH

Alhamdulilah kali ini di anugerahkan sebagai Fasiltator Terbaik di Konvensyen KIK Peringkat UiTM 2019 Zon Tengah sekali lagi setelah menerima pada tahun 2016

ANUGERAH EMAS KONVENSYEN TEAM EXECELLENT MPC 2018

Alhamdulilah tugasan kali ini berjaya membawa kumpulan KIK PTAR i-Clique meraih Anugerah Emas dalam Konvensyen Team Excellent Peringkat Wilayah 2018 ( Wilayah Selatan ) di Holiday Villa Johor Bahru City Centre

ANUGERAH EMAS BAGI INOVASI SOLAT ALERT SOFTWARE (SAS) DI ITEX2017

Alhamdulilah dapat juga melakarkan sejarah memenangi anugerah emas bagi penyertaan di International Invention, Innovation and Technology Exhibition (ITEX 2017) pula dengan produk inovasi Solat Alert Software (SAS). ....

Anugerah EMAS (GOLD) di Ekspo Reka Cipta, Inovasi dan Reka Bentuk (Invention, Innovation And Design Exposition) - IIDEX

Alhamdulilah kedua-dua projek inovasi yang saya sertai mendapat anugerah dalam IIDEX2016 daripada sejumlah 745 penyertaan keseluruhannya.

Awards at British Invention Show 2009

The British Invention Show, is the largest innovation and technology expo in Britain. UiTM submitted 8 entries of which all won medals.

Fasilitator Terbaik

Fasilitator Terbaik kali kedua berturut-turut. Sebenarnya kejayaaan ini adalah kejayaan anda semua.

Konvensyen ICC Kebangsaan

Naib Johan Sektor Awam, 10 Kumpulan Terbaik Sektor Awam, Anugerah Emas 3 Bintang Konvensyen ICC Kebangsaan

Pingat Emas Dalam Malaysia Technology Expo ( MTE)

Menerima anugerah Pingat Emas dalam Malaysia Technology Expo ( MTE) 2009 yang telah diadakan pada 19 hingga 21 Februari 2009 di PWTC, Kuala Lumpur. Pelbagai hasil penyelidikan telah dipamerkan oleh 460 peserta/ kumpulan daripada pelbagai IPTA, badan swasta, MRSM dan lain-lain organisasi.

Showing posts with label Konvensyen Kumpulan Inovatif andamp; Keratif. Show all posts
Showing posts with label Konvensyen Kumpulan Inovatif andamp; Keratif. Show all posts

Monday, July 25, 2011

Mini Konvesyen KIK UiTM 2011, Peringkat Zon Tengah

20110726minikonvensyenkik

Tarikh: 26 Julai 2011 (Selasa)
Masa  : 8.00 pagi (Pendaftaran)
         : 4.00 petang ( Penyampaian hadiah)
Tempat: Dewan Annexe, UiTM
Tema  : Ke arah Pengurusan Wajar melalui Inovasi

Mini Konvesyen KIK UiTM 2011, Peringkat Zon Tengah dianjurkan oleh Pejabat Bendahari

Pejabat Bendahari Universiti merupakan nadi utama dalam pengurusan kewangan bagi keseluruhan sistem Universiti sebagaimana yang diperuntukkan oleh Akta  Institut Teknologi MARA 1973 dan ia diuruskan secara berpusat. Perkembangan Pejabat Bendahari adalah selari dengan perkembangan Universiti bermula sejak penubuhan Dewan Latehan RIDA pada tahun 1956 sehinggalah diiktiraf menjadi sebuah universiti pada 26 Ogos 1999 iaitu Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Kini, perkhidmatan Pejabat Bendahari terdapat di semua fakulti dan bahagian di Shah Alam serta 26 buah kampus melalui unit kewangan zon dan pejabat bendahari cawangan masing-masing. Dengan hal ini ia dapat memastikan sumber kewangan diurus tadbir dengan sebaik mungkin melalui struktur dan proses yang kemas dan berkesan dalam mendokong hasrat UiTM untuk menjadi universiti yang unggul.

Wednesday, June 15, 2011

Konvensyen ICC Perpustakaan Semalaysia Ke-3- Langkawi Kedah

[[posterous-content:pid___0]]Satu Konvensyen Kumpulan Inovatif & Keratif  (KIK/ICC) Perpustakaan Semalaysia kali Ke-3 anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah dengan kerjasama Majlis Pengarah-Pengarah Perpustakaan Awam SeMalaysia dan Persatuan Pustakawan Malaysia Kumpulan Utara di adakan pada 9 -11 Jun 2011 bertempat di Hotel City Bayview, Langkawi.

[[posterous-content:pid___1]]

Perpustakaan UiTM, Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) menghantar 2 KIK iaitu:
Kumpulan : TITANIUM dengan  Tajuk Projek: Mempercepatkan Penyediaan Surat Panahanan Konvokesyen dan
Kumpulan : SOLVE dengan Tajuk Projek: Kesukaran Menyediakan Kekulit Buku.

Beberapa orang staf Jabatan Pengurusan Sistem & Teknologi Maklumat (JPSTM) telah terlibat. Sekalung tahniah kepada Kumpulan : SOLVE kerana telah mendapat tempat ketiga  yang menerima hadiah wang tunai RM1,500 

[[posterous-content:pid___2]]

Sebelum ini pada 2 siri KIK/ICC Perpustakaan Semalaysia telah di menangi oleh Kumpulan : e-Wave dari JPSTM dua tahun berturut-turut. 

Konvensyen ICC Perpustakaan SeMalaysia ke - 2 , 
Le Meridien Kota Kinabalu, Sabah (25 - 27 September 2009) 

Kategori Perpustakaan Akademik:
Projek KIK : Menambah Kemudahan Mesin Pinjaman Buku Layan Diri Di Perpustakaan
- Johan (e-Wave)
- Persembahan Terbaik-(e-Wave)
- Fasilitator Terbaik - Ahmad Faizar Jaafar (e-Wave)

http://ahmadfaizar.blogspot.com/2009/09/keputusan-konvensyen-icc-perpustakaan.html


Konvensyen ICC Perpustakaan SeMalaysia  - 1 ,
Hilton, Kuching, Sarawak,  (3-4 Nov 2008)

Projek KIK : Computer Lab Information System
- Hadiah Pertama (e-Wave)
- Hadiah Fasilitator Kumpulan ICC Terbaik- En. Ahmad Faizar Jaafar (e-Wave)
- Hadiah Khas Persembahan Projek ICC Terbaik (e-Wave)

http://perpustakaanuitm.blogspot.com/2008/11/keputusan-konvensyen-icc-perpustakaan.html

http://library.uitm.edu.my/inovasi/index.php?option=com_content&view=article&id=75&Itemid=2

Berita seterusnya:

LANGKAWI, 12 Jun (Bernama) -- Kumpulan Whopedia dari Pusat Maklumat dan Perpustakaan Bernama (InfoLib) menjuarai Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Perpustakaan SeMalaysia kali ketiga, yang berlangsung selama tiga hari di sini dan berakhir semalam.

Sebanyak 12 pasukan melibatkan perpustakaan awam seluruh negara menyertai konvensyen anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah dengan kerjasama Majlis Pengarah-Pengarah Perpustakaan Awam SeMalaysia dan Persatuan Pustakawan Malaysia Kumpulan Utara.

InfoLib diwakili Pengurusnya, Hasnita Ibrahim sebagai ketua pasukan, Rozlen Mustapa (penolong ketua pasukan), Jizni Azrin Juhari (setiausaha) serta Masfaliza Masmuda, Abdul Halim Ariffin, Haidazira Manan dan Wan Mohd Rady Wan A. Rahman, manakala Pengurus Pusat Kecemerlangan Norhayati Jantan bertindak sebagai fasilitator.

Whopedia yang membentangkan tajuk "Pelanggan Kad Profil Tokoh Rendah" membawa pulang wang tunai RM3,500, trofi dan sijil.

Tempat kedua dimenangi Kumpulan Klik dari Perpustakaan Tun Sri Lanang, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan tajuk "Mempermudahkan Pencarian e-Jurnal Teks Penuh Langganan Perpustakaan", untuk meraih wang tunai RM2,500, trofi dan sijil.

Tempat ketiga diraih Kumpulan Solve dari Perpustakaan Tun Abdul Razak, Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang menerima hadiah wang tunai RM1,500 melalui pembentangan "Kesukaran Menyediakan Kekulit Buku".

Turut bertanding ialah Kumpulan I-Solution dari Perpustakaan Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Kumpulan Prodigy 6 dari Pustaka Negeri Sarawak, Kumpulan Monsopiad dari Perpustakaan Negeri Kedah, Kumpulan Smart Acqlib dari Perpustakaan Sultan Abdul Samad, Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Kumpulan Smart Layer dari Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu.

Kumpulan Titanium dari Perpustakaan Tun Abdul Razak (UiTM), Kumpulan Inspirasi dari Perbadanan Perpustakaan Awam Perak, Kumpulan i-SMART dari Perpustakaan Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) dan Kumpulan Pantas 3 (UKM).

Konvensyen itu bertujuan memberi pendedahan kepada peserta berhubung produktiviti dan kualiti, selain menitikberatkan KIK sebagai satu alat untuk penyelesaian bagi penambahbaikan berterusan.

Ia juga memberi peluang kepada peserta membentang idea dan projek mereka selain berkongsi pengalaman KIK masing-masing.

sumber -- BERNAMA

http://www.bernama.com/bernama/v5/newsindex.php?id=593320

Contact Me

Snap & Read with QRCODE Reader

http://zxing.appspot.com/generator/