Sunday, August 04, 2013

Oh Ramadhan Usah Kau Pergi....



Forum : Oh Ramadhan Usah Kau  Pergi...
Tarikh: 26 Ramadhan 1434 Hijrah / 04 Ogos 2013
Tempat : Masjid Negeri Shah Alam.

Forum "Ramadhan Usah Kau Pergi' yang berlangsung di Masjid Negeri Shah Alam pagi Ahad 4 Ogos amat meransang suasana hati yang gersang amal,antaranya sikap berkasih sayang sesama lslam, rutin berinfaq yang masih belum menjadi budaya kerana nafsu 'kikir' dan banyak lagi input yang amat bernas di kongsi oleh ahli penal. Doa saya suntikan ini akan hidup subur dalam jiwa yang ingin bersama dalam MUNAJAT DAN SOLAT HAJAT GLOBAL di seluruh dunia pada malam 27 Ramadhan insyaAllah.
Ya Allah bukakan pintu-pintu RAHMATMU, MAGFIRAHMU, KEBERKATANMU DAN REZEKIMU untuk kami kesan munajat ini. Bebaskan kami daripada pelbagai tekanan yang menyebabkan kami mundur, antaranya nafsu kikir kami yang berat kepada dunia. Ringankan belenggu yang mengikat jiwa kami melalui anugerah sifat dermawan di akhir Ramadhan ini supaya kami dapat menyertai makhluk di langit yang taat dan sentiasa beribadah kepadaMu. Ameen.

sedutan forum:
Ahli panel 1; Dr Zaharudin.
Rahmat Ramadhan adalah untuk membezakan, mengenalpasti dan memisahkan siapa    yang munafik dan   siapa yang mukmin
Akhir Ramadhan..atau di penghujung Ramadhan masing-masing sudah tahu keputusan masing-masing, samada dia layak menjadi mukmin atau kekal sebagai munafik.
Beruntung mereka yang masuk Ramadhan mendapat rahmat, keampunan dan akhirnya dibebaskn daripada api neraka..
Amat  malang dan merupakan sebesar  musibah bagi siapa yang masuk Ramadhan tidak ada apa-apa perubahan, tidak mendapat rahmat, tidak diampunkan bahkan akan    dijauhkan dari Allah akhirnya dilontarkan ke dalam api neraka.
Tanya diri masing-masing, Sudah cukupkah keikhlasan kita untuk melayakkan kita mendapat rahmat Allah?   Sudah cukupkah keikhlasan kita untuk melayakkan kita mendapat keampunan Allah? Sudah cukupkah keikhlasan kita untuk melayakkan kita     dibebaskan dari api neraka?
Kenapa kebanyakan orang beriman rasa risau bila Ramadhan akan berakhir?             
Kerana sepatutnya kesan Ramadhan, kita menjadi  seorang yang lain..bukan lain pada    zahir.. tetapi lebih penting berbeza atau  lain pada sudut hati. Hati ini yang sentiasa       diawasi  dan yang sentiasa dilihat oleh Allah SWT.
Imam Baihaqi meriwayatkan hadis  di antaranya bermaksud
"RAMADHAN adalah bulan kemenangan untuk  mukmin dan merupakan bulan   musibah bagi kaum  munafik.
Para Mukmin akan bertambah keimanan dan amal solehnya manakala para munafik      akan bertambah kejahatan dan dosanya..
Telah berjaya dan confirm kemenangan bagi orang yang telah berjaya bermujahadah    membersihkan jiwanya..
Realiti hari ini banyak kes yang mengerikan,
Luar nampak soleh ttp dalamnya  hancur.. Inilah  kekeliruan dalam  masyarakat..
Di masjid OK, nampak baik, warak tetapi balik  rumah mengabaikan anak dan isteri..
Isteri khianat, curang, guna semua kemudahan IT menghilangkan malu sebagai wanita muslimah
Banyak lelaki dan wanita yang mengamalkan amalan ahli syurga tetapi lupa bertaubat   akhirnya menuju ke neraka..
Ramai juga lelaki dan wanita beramal dengan amalan ahli neraka tetapi bila mereka      bertaubat dan memanfaatkan bulan Ramadhan, akhirnya masuk syurga

DOA selalu agar kita terus dapat   istiqomah.
Sudah sediakah kita untuk  Allah lihat dan nilai istiqomah kita?
Usaha, manfaatkan peluang 3 hari lagi Ramadhan dengan penuh yakin.Yakin dan perbaiki diri bahawa kita BUKAN  orang  munafik
Kita kena suka suatu  yang bersih, halal  dan suka kepada mereka yang membuat          kebaikan
Manfaatkan Peluang dan ruang untuk  meraih  rahmat, keampunan dan dibebaskan dari api neraka..

Soalan moderator: Meraih laba atau  keuntungan di bulan Ramadhan.. Apakah tindakan dan usaha yang perlu kita lakukan?
Jawapan ustaz Zul;
Para Pemburu redha  Allah..Allah yang campak redha-Nya ke dalam hati menjadi tenang dan tenteram.. Inilah nikmat dan taufik dari Allah mengizinkan kita dapat berlama-     lamaan (iktikaf)  di rumah Allah ini.
Kita selalu baca Fatehah, faham dan rasai di hati maksud
" Ya Allah tunjuki aku jalan yang   lurus"
“Jadikanlah  kami ya Allah dari kalangan mereka yang dikurniakan nikmat iaitu nikmat kepada para nabi,  para sidiqin, para syuhada dan para salafus soleh.
Sasaran kita tidak boleh keluar dari 4 golongan yang diberi nikmat mulia tersebut iaitu
Para Nabi
Para Siddiqin
Para Syuhada
Para Solehin

Nak masuk jadi 4 golongan ini, kita mesti ada Nur di hujung  Ramadhan seperti mereka  4 golongan di atas, dari sifat-sifat mereka  dan ikut apa yang mereka lakukan.
Realiti hari, ibu bapa bukan main  pada awal ramadhan sangat jaga nilai puasa ahli keluarga, ikut sunnah, beli kurma, sediakan untuk anak-anak kurma untuk berbuka
Akhir ramadhan dah sibuk dengan raya., terlupa mana kurma..ganti kuih semprit..Dah . tak sama dengan ciri orang soleh.
Persoalannya kenapa  tak boleh  jadi macam orang soleh atau para solehin?.                 Kerana kita tak gembira sambut Ramadhan. Perlu proses dan latih diri dan hati agar  ternanti-nanti dan  seronok      menyambut Ramadhan.

Orang yang gembira sambut Ramadhan akan rasa manis di akhir Ramadhan, bahkan akan rasa sedih bila berpisah dengan Ramadhan..
Kata cerdik pandai, bila dah tak ada baru nak hargai...
Agar tidak rugi, sama-sama kita hargai hujung-hujung ramadhan sekurang-kurangnya   sama seperti Ramadhan orang soleh
Jika tidak  dapat  nak  sama dgn Ramadhan org soleh, maka segeralah kenalpasti apakahpuncanya?

Puncanya sebab kita tak hargai dan tidak yakin  bahawa kehadiran  Ramadhan memang boleh didik hawa nafsu
Dalam bulan Ramadhan saja  bulan yang  yang jadi bengkel mendidik  atau mujahadah nafsu. Tanya diri masing-masing;
Sudah benarkah segala amalan kita ini semuanya  adalah untuk Allah dan kerana Allah?
Hawa nafsu yang tidak didik menjadi punca kepada  segala kejahatan.

Nak kongsi cerita cara orang Eskimo bunuh serigala. Serigala adalah haiwan yang sgt kuat deria bau.. Orang Eskimo guna pisau nipis  direndam dalam darah semalaman kemudian mereka letakkan pisau-pisau di  tempat laluan serigala dan ditinggalkan di sepanjang jalan itu.. Bila serigala lalu, sudah memang makanan kegemarannya adalah darah, lalu Serigala jilat pisau-pisau itu, punya lazatnya darah itu sampai tak sedar  menjilat pisau yang tajam akhirnya  hancur lidah seringala dan  akhirnya  mati

Kenapa  serigala sanggup jilat pisau?
Keinginan yang kuat menyebabkan mereka lakukan
Nafsu memang ada, tak boleh bunuh....tapi perlu  ada keinginan yang kuat (mujahadah) untuk mendidiknya ..proses mentarbiyah dan mujahadah nafs

MODERATOR;  Bagaimana nak capai tahap 4 gologan tadi?

Ustaz Dasuki, bagaimana nak mendidik nafsu syahwat?
Firman Allah yang bermaksud:
"Yang menciptakan mati dan hidup, untuk menguji kamu, siapa di antara kamu yang      lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun" (surah al Mulk:2)

~ Allah yang jadikan  dua  kejadian..mati dan hidup
Siapa yang  paling baik amalan.. Jika hidup bersama Rasulullah Saw dan para sahabat,   sudah pasti waktu waktu seperti hari  ni mereka sayu
Dari 12 bulan, 4 bulan haram..
Kenapa Allah tonjolkan Ramadhan..kerana usia  umat Muhammad pendek, tidak          sepanjang umat terdahulu.
Ramadhan adalah  bulan ‘service iman’, rahmat Allah, keampunan Allah, bagaimana    nak dapat petunjuk dari Allah sepanjang Ramadhan?
Selalu menjelang Ramadhan kita berdoa “Ya Allah berkati syaaban, Allah berkati     Rejab dan sampaikan kami ke bulan Ramadhan
Doa qunut sebut berkat
Nak makan kita doa minta berkat
Ramadhan mubarak..bulan berkat
Apa makna berkat? Kamu dapat sikit tapi rasa banyak, jiwa rasa puas dan lazat.. Nafsu mulanya  rasa pedih tapi akhirnya redha
Sekejap saja Ramadhan berlalu..sahurlah kamu di sana ada berkat.
Dari mana nak dapat berkat? Daripada DIA yang membawa berkat..
Dari amalan dan perbuatan yang kita kerjakan, khususnya  dari hidayah dari Allah.
ALLAH  TURUNKAN Quran sebagai petunjuk dari Allah
Allah ajar kita doa  minta hidayah  dalam surah Fatehah.        "Ya Allah tunjuki kami  jalan yang lurus.". Nak hidayah mesti dapatkan dari  sumber alQuran.
5 tanda kita  dapat al Quran
1. mula baca
2. Taddabur
3. Taddarus
4. Beramal
5. Hafal Quran biar banyak sikit..

Sumber hidayah
Maghfirah Allah..mesti kita dapatkan..how?
Taubatan Nasuha.Rasulullah SAW..aku bertaubat lebh 70- 100 kali sehari..jiwa mesti   bersih.
Jangan malas dan sombong untuk bertaubat dan berdoa
Rasulullah saw berdoa minta  dan mohon kepada Allah sampai terdongak-dongak    dan terangkat-angkat  tangannya menunjukkan kesungguhan dalam berdoa..
Kita sebaliknya, tidak sepenuh hati.. doa sampai tertunduk-tunduk, tidur..
Aisyah ra diajar baca doa untuk bersihkan hati..
Ya Allah, Engkau Maha Pemaaf, amat suka memaafkan maka maafkanlah aku/ kami"

10 akhir Ramadhan di masjid al Azhar, saya dapat solat dgn syeikh  Ahmad Jibrail..      hampir 1 juta orang..pada 27 Ramadhan..jemaah ramai tumbang kerana takutnya kepada Allah..menangis teresak-esak bila dibacakan ayat Allah semata-mata  kerana nak bersihkan hati.
Bagaimana  nak  rasa  'Oh Ramadhan jangan tinggalkan  aku'.. jika  hati kotor
Paling bimbang bila Ramadhan pergi.., hawa nafsu mula bermaharaja lela kembali.

Moderator: Bagaimana Ramadhan boleh menjalin kasih sayang sesama insan?

Dr Zaharudin;
1.Refresh semua iput untuk diamalkan dengan ikhlas.
Luaran bila puasa lapar dan dahaga..minimum..dengan rasa inilah kita sama merasai kesusahan dan  keperitan orang mukmin lain yang tidak bernasib baik..
Tinggalkan syahwat
Objektif  Ramadhan  adalah cuba  nak bawa keluar kesan-kesan Ramadhan ke dalam    bulan-bulan yang lain..
2.Banyakkan sedekah;
bersedekahlah masa badan sihat,
Bersedekahlah dalam keadaan kedekut sebab masa ini sibuk siapkan sesuatu yang baru untuk diri sendiri..
Bersedekahlah semasa sedang takut jadi fakir
Bersedekahlah ketika nak jadi jutawan
Nabi saw selalu doa,
" ya Allah, hidupkan dalam keadaan miskin, matikan kami dalam keadaan miskin    dan himpunkan aku di syurga bersama orang miskin.."..
Ramai yang takut nak doa macam ni sebab mereka takut miskin harta.. Ini salah faham
Maksud hadis sebenarnya  adalah miskin  di sini  adalah kaya jiwa dan miskin kehendak atau keinginan kepada dunia. Dunia letak di tangan, akhirat di hati. Miskinkan nafsu kepada dunia, kayakan jiwa untuk akhirat.  

Sedekah terbaik adalah sedekah pada bulan Ramadhan.. Ketika duit paling sikit.          Kisah seorang ibu yang hanya ada sebiji kurma. Kurma itu dibelah dua
Sedekah utk dua anak seorang sebelah kurma, siibu tak makan apa-apa. SIKAP ini amat dikagumi oleh Aisyah ra, isteri Rasulullah SAW.
Sedekah adalah ubat segala penyakit luaran dan dalaman
Rasulullah saw paling pemurah di bulan Ramadhan lebih dari angin yang bertiup
Nak istiqomah sedekah, mula sedikit demi sedikit secara istiqomah.
Jangan jadi hamba Allah secara bertempoh..  Jadilah hamba allah sepanjang masa, sepanjang hayat.

Moreh tak banyak juadah tetapi masa berbuka banyak juadah kerana mereka faham dan baca hadis..
Ini juga dikira Salah faham.. Beri makan tak kiralah masa berbuka, moreh atau sahur..   termasuk beri duit, beri baju, jangan fikir orang tu guna untuk apa..Ikhlas beri saja, mudah-mudahan mereka semakin baik dan bertaubat..

Konsistensi kita berjaga malam. Dalam syurga ada banyak bilik..dalam nampak luar, luar nampak dalam..untuk siapa?
Untuk mereka yang bercakap baik.. (kesan Ramadhan),
Untuk mereka yang suka beri sedekah..(kesan Ramadhan)
Untuk  mereka yang sponsor orang  pergi umrah dan haji..
Untuk mereka  yang berterusan berpuasa..
Untuk mereka yang berdiri (solat) ketika manusia sedang tidur..                                    
Semua  ini adalah kesan Tarbiyah Ramadhan

Moderator :  Boleh tak kita lihat tanda-tanda orang yang bertaqwa?
Ustaz Zul Ramli:
Objektif  RAMADHAN adalah untuk capai darjat Taqwa.. Dalam masa yang  sama kita diperintah untuk bergembira..Eid, simbol kegembiraan..kenapa mereka gembira?
Orang berpuasa ada  dua  kegembiraan, masa berbuka dan masa  dapat bertemu Allah.
EID kerana taat kepada Allah. Dengan memahami Eidul Fitri, fitrah kembali kepada     kejadian asal yang dijadikan oleh Allah iaitu  BERSIH hati, fikiran dan amal..                EID mesti ada kesinambungan  antara Ramadhan, Eid dan semula jadi..adalah di dalam hati..rasa sayang kepada kebaikan. Secara otomatis manusia benci kejahatan.                  Itulah taqwa..Hati secara rela suka kebaikan secara fitrah. Hati secara sukarela benci kepada kejahatan. Kebaikan impaknya ada dua kesan,

1.Taqarrub kepada Allah..kian hampir  kepada Allah, kian takut kepada Allah.             Apabila  disebut ayat-ayat  Allah, gementar,  bergoncang hati dan bertambah takut..tak perlu  share dgn orang..pengalaman rohani adalah rahsia antara kita dengan Allah.

2.Makin dekat kita sesama insan..semua ibadah adalah agar semakin rapat dengan insan.Khususnya selepas solat. Takbir untuk Allah manakala salam untuk manusia
WALLAHU ALAM
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI & MAAF ZAHIR BATIN kepada semua ahli keluarga  di mana jua berada.  Sanak saudara serta rakan2 sekalian seterusnya semua umat islam di muka bumi ini semoga berjumpa lagi ramadhan pada tahun yang akan datang.*amin


Tajuk Forum: Oh Ramadhan Usah Kau  Pergi... ini mengingatkan saya kepada lirik lagu baru Maher Zain 2013 : Ramadan (Versi Bahasa Melayu Lirik oleh 
Frizdan Fizarahman)

Lyrics: Frizdan Fizarahman
Melody & Arrangement: Maher Zain

Ramadan - Lyrics:

Ku menantimu
 Saban waktu
 Bangkit jiwaku

Kau suluh hatiku
 Dengan sinar
 Kudus kasihmu

 Ku harap kan terus
 Bersamamu selamanya

 Ramadan, Ramadan
 Ramadan di hati
 Ramadan, Ramadan
 Ku mohon usah pergi

 Rahmat melimpah
 Damainya ku rasakan

 Ramadan bulan al-Quran
 Mendidik jiwaku
 Menyuburkan iman

 Ku harap kan terus
 Bersamamu selamanya

 Ramadan, Ramadan
 Ramadan di hati
 Ramadan, Ramadan
 Ku mohon usah pergi

 Sememangnya kau ku nantikan
 Hadirmu hidupkan suram di jiwaku
 Dan ku berjanji
 Akan ku teruskan
 Semangatmu itu
 Sepanjang hidupku
 Oh Ramadan

 Ramadan, Ramadan
 Ramadan di hati
 Ramadan, Ramadan

 Ku mohon usah pergi


0 comments:

Contact Me

Snap & Read with QRCODE Reader

http://zxing.appspot.com/generator/