PAR EXCELLENCE AWARD,ICQCC Hydrabad India 2021

Alhamdulilah kali in kumpulan kami telah menerima menerima Par Excellence Award di 46th International Convention on Quality Control Circles (ICQCC) 2021

DIAMOND , GOLD AND SILVER AT IIDEX 2019

Alhamdulilah dari dua projek inovasi yang saya sertai dalam (IIDEX) 2019 kali ini , inovasi WeGBY CHAIR telah menerima Anugerah SPECIAL AWARD - DIAMOND dan GOLD manakala inovasi RDMS (Reference Desk Management System ) mendapat anugerah SILVER

FASILITATOR TERBAIK 2019 ZON TENGAH

Alhamdulilah kali ini di anugerahkan sebagai Fasiltator Terbaik di Konvensyen KIK Peringkat UiTM 2019 Zon Tengah sekali lagi setelah menerima pada tahun 2016

ANUGERAH EMAS KONVENSYEN TEAM EXECELLENT MPC 2018

Alhamdulilah tugasan kali ini berjaya membawa kumpulan KIK PTAR i-Clique meraih Anugerah Emas dalam Konvensyen Team Excellent Peringkat Wilayah 2018 ( Wilayah Selatan ) di Holiday Villa Johor Bahru City Centre

ANUGERAH EMAS BAGI INOVASI SOLAT ALERT SOFTWARE (SAS) DI ITEX2017

Alhamdulilah dapat juga melakarkan sejarah memenangi anugerah emas bagi penyertaan di International Invention, Innovation and Technology Exhibition (ITEX 2017) pula dengan produk inovasi Solat Alert Software (SAS). ....

Anugerah EMAS (GOLD) di Ekspo Reka Cipta, Inovasi dan Reka Bentuk (Invention, Innovation And Design Exposition) - IIDEX

Alhamdulilah kedua-dua projek inovasi yang saya sertai mendapat anugerah dalam IIDEX2016 daripada sejumlah 745 penyertaan keseluruhannya.

Awards at British Invention Show 2009

The British Invention Show, is the largest innovation and technology expo in Britain. UiTM submitted 8 entries of which all won medals.

Fasilitator Terbaik

Fasilitator Terbaik kali kedua berturut-turut. Sebenarnya kejayaaan ini adalah kejayaan anda semua.

Konvensyen ICC Kebangsaan

Naib Johan Sektor Awam, 10 Kumpulan Terbaik Sektor Awam, Anugerah Emas 3 Bintang Konvensyen ICC Kebangsaan

Pingat Emas Dalam Malaysia Technology Expo ( MTE)

Menerima anugerah Pingat Emas dalam Malaysia Technology Expo ( MTE) 2009 yang telah diadakan pada 19 hingga 21 Februari 2009 di PWTC, Kuala Lumpur. Pelbagai hasil penyelidikan telah dipamerkan oleh 460 peserta/ kumpulan daripada pelbagai IPTA, badan swasta, MRSM dan lain-lain organisasi.

Wednesday, November 22, 2017

Aplikasi QR di semua universiti


BERMULA Jun depan, semua 20 Universiti Awam (UA) akan dijadikan kampus pintar atau kampus digital selaras dengan usaha Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengadaptasi teknologi dalam pendidikan tinggi negara.

Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi Kementerian Pendidikan Tinggi Datin Paduka Ir Dr Siti Hamisah Tapsir berkata, ketika ini Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sudah mengaplikasikan bacaan kod Respons Pantas (QR) kepada penuntutnya.

"Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh sudah meletakkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) supaya semua UA dijadikan kampus pintar menjelang Jun 2018.

"Ini bermakna penuntut akan menggunakan kod QR untuk setiap pembelian, pendaftaran, meminjam buku dan sebagainya, jadi sebarang urusan di kampus akan beroperasi tanpa tunai dan kad," katanya ketika ditemui media selepas menyampaikan ucaptama pada Forum Pengurusan Universiti Berkaitan Kerajaan (GLU) 2017 di Putrajaya, hari ini.

Forum Pengurusan GLU 2017 dianjurkan gabungan empat universiti GLU iaitu Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Universiti Teknologi Petronas (UTP), Universiti Multimedia (MMU) dan Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) yang dinamakan 'Industry Driven Higher Education Alliance (IDEA)'.

Tahun ini, forum membincangkan kesan dan cabaran Revolusi Industri 4.0 terhadap pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan dan inovasi serta pembangunan mahasiswa.

Siti Hamisah berkata, usaha menjadikan UA sebagai kampus digital adalah sebahagian daripada Pendidikan 4.0 yang menyediakan garis panduan mengenai pendidikan tinggi negara dalam mendepani cabaran dan memenuhi keperluan Revolusi Industri 4.0.

Sementara itu, beliau berkata, rangka kerja Pendidikan 4.0 dijangka dibentangkan kepada Kabinet tahun depan selepas diperhalusi di peringkat kementerian.

Katanya, ketika ini, kementerian masih turun padang untuk memberi penerangan dan penjelasan berhubung Pendidikan 4.0 kepada pihak berkepentingan sebelum mendapat maklum balas mengenainya.

"Kita kena pastikan semua pihak bersedia dengan Pendidikan 4.0 barulah boleh dilaksanakan. Kita juga sedang menyediakan dokumen Pendidikan 4.0, sebelum dimuktamadkan," katanya.

Beliau berkata, rangka kerja Pendidikan 4.0 mempunyai empat elemen iaitu kurikulum yang fleksibel, kerajaan yang tangkas, kajian dan bakat.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 21 November 2017 @ 4:23 PM
Hayati Ibrahim
ya_t@hmetro.com.my
Sumber : Harian Metro

Konvensyen Kumpulan Inovatif & Kreatif UiTM 2017


Bulan November ini agak sibuk juga setelah dilantik menjadi Penyelaras Inovasi   , dimana minggu lepas  ke Annual Productivity & Innovation Conference and Exposition 2017  dari 14 hingga 16 Nov 2017bertemapat di Genting International Convention Centre , Genting Highland Pahang

.

Minggu ini saya kena mambawa Kumpulan KIK i-Clique ke Konvensyen KIK UiTM 2017 yang berlangsung pada 21 November - 23 November 2017 bertempat di Institut Kepimpinan Dan Pembangunan (ILD) UiTM Bandar Enstek,Nilai Negeri Sembilan





#kik #kikuitm #kikptar #inovasi

Friday, November 17, 2017

KIK i-Team Anugerah Emas, 3 STARS di APIC National Team Excellence 2017

 

Tahniah dan Syabas
 kepada Kumpulan Inovatif dan Kreatif  (KIK) i-Team  dari  Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM di atas kejayaan meraih Anugerah Emas (Gold Award)  3 Bintang dalam Annual Productivity & Innovation Conference and Exposition ( APIC ) 2017 di Genting International Convention Centre.
Sebagai penyelaras saya merasa bangga dan lega kerana tercapai juga akhirnya KPI Kebangsaan Tahun 2017 ini Terima kaish Kumpulan i-Team dan rakan2 yang tak dapat hadir

 


























Thursday, November 16, 2017

APC 2017 Konvensyen KIK Kebangsaan 2017 ( National Convention on Team Excellence - ICC 2017)


Annual Productivity & Innovation Conference and Exposition 2017
14 - 16 Nov 2017
Genting International Convention Centre 
#MPC #APIC2017




Konvensyen ICC Kebangsaan 2017 kali diadakan bermula dari 14 – 16 November  2017 (Selasa – Khamis ) bermula seperti biasa 9.00 pagi sehingga  5.00 petang bersempena dengan Annual Productivity & Innovation Conference and Exposition 2017
http://www.mpc.gov.my/innovative-and-creative-circle-icc/
Aktiviti Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK- ICC- Innovative Creatif Circle) anjuran Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) mampu melahirkan pekerja sesebuah syarikat dan organisasi untuk lebih proaktif, produktif dan mampu berfikir di luar kotak.

Semua syarikat dan organisasi dalam negara wajar melibatkan diri dalam program ICC secara aktif. Ia bukan sahaja membantu syarikat menjimatkan kos operasi seterusnya mencapai visi dan misi syarikat, malahan budaya ICC yang diterap mampu menghasilkan warga kerja berfikiran ke depan dan membentuk Team atau kumpulan kerja yang mantap -sesuai bagi Team Building

ICC atau KIK ini membantu memberi peluang kepada pekerja berfikiran secara kreatif dan mengeluarkan kreativiti mereka untuk berfikir luar kotak bagi menyelesaikan sebarang masalah di tempat kerja.

Ini akan menghasilkan pekerja produktif dan proaktif. Jika syarikat dan organisasi mempunyai pekerja seperti ini, ia akan membantu setiap syarikat untuk maju ke hadapan dan berdaya saing sehingga peringkat antarabangsa seperti projek KIK/ICC kami yang lalu bersama kumpulan kik e-Wave ke British Invention, Innovation and Tecnology Show - BIS di London

sekitar APC2017























Wednesday, September 27, 2017

"4th Industrial Revolution & Library 4.0 : Where Are We?

 

Pada 25 hingga 27 September 2017 yang lalu saya terlibat dengan Seminar 4th Industrial Revolution And Library 4.0:  Where Are We? bertempat di Institute of Leadership & Development (ILD) UiTM,Bandar Enstek , Nilai , Negeri Sembilan.

Saya terlibat sebagai AJK dan juga Peceramah Selingan, haa..haa...selingan je berkongsi maklumat berkaitan dengan Teknologi yang ada di Perpustakaan didunia pada masa kini dengan tajuk ceramah saya Techno-Update Sharing Session pada sesi ke 4 sebelah malam. 


Sesi 4: Techno-Update Sharing Session. Penceramah: Tuan Haji Ahmad Faizar Jaafar, Pustakawan Kanan, PTAR.
https://www.facebook.com/KetuaPustakawanUitm/posts/1248770208603169

more foto slide https://www.facebook.com/ahmadfaizar/posts/10155653977384043


Terdapat ramai penceramah yang berkaliber disebelah siang memberikan ceramah & berkongsi pendapat iaitu terdiri dari :

Tan Sri Datuk Dzulkifli Abdul Razak
Pengerusi Lembaga Pengarah USIM

Prof Dato’ Dr Mohamed Amin Embi
Chief Information Officer/Director
Pusat Pengajaran & Teknologi Pembelajaran
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Dr. Zulhasni bin Abdul Rahim
National TRIZ Innovation & Industry Expert
Malaysian-Japan International Institute of Technology (MJIT)

Tuan Haji Mohd Ariffin bin Adimin
Ketua Penolong Pengarah Kanan
Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)

Pn. Normaya Nordin
Ketua Penolong Pengarah
Unit Khas TN50 & Civil Service Delivery Unit(CSDU)

Secara keseluruhannya seminar ni boleh dirumuskan seperti berikut: 

1.Revolusi Industri 4.0 melibatkan teknologi terkini memberi cabaran dan membawa  pembaharuan kepada semua sektor di negara ini yang memerlukan mereka melakukan perubahan seiring dengan transformasi digital itu untuk kekal berdaya saing. Perubahan perlu berjalan serentak di semua Perpustakan bagi mencapai Visi dan Misi UiTM melalui Perancangan Strategi PTAR untuk mencapai sasaran UiTM sebagai Universiti Unggul.

2.Pembentukan dan perubahan terhadap Perancangan Strategi bagi pelaksanaan di semua perpustakaan dengan tumpuan kepada perlaksanaan dan pemantauan Happiness Indeks bagi mengukur kadar kegirangan pelanggan. Mengadakan sesi penyelarasan dan perbincangan yang lebih kerap di seluruh cawangan agar bergerak seiring dengan strategi dan inisiatif PUiTM.

3.Peranan Pustakawan akan menghadapi perubahan pada masa akan datang sebagai contoh pustakawan mesti mempunyai keupayaan menganalisa data untuk menjadi maklumat lebih bermakna. PUiTM mesti menilai semula tugas/peranan Pustakawan untuk menghadidapi cabaran masa depan.

4.Merekabentuk semula perkhidmatan perpustakaan merangkumi kehendak utama pelanggan. Penubuhan Bahagian baharu dan membangunkan skillset pustakawan untuk menyokong konsep 3A (Anyone, Anytime, Anywhere) dan memastikan profesion ini penting dan masih diperlukan/releven. Pemerkasaan bakat – diversity of skills, in different industries dan peranan dan sumbangan.
5.Hala tuju Transformasi Nasional 2050 (TN50) adalah satu usaha untuk memacu Malaysia menjadi negara yang progresif  melalui pendekatan kolektif (bottom up approach) dengan menyasarkan untuk menjadi antara 20 negara teratas di tangga dunia dalam ekonomi, kesejahteraan rakyat dan inovasi.

6.Perpustakaan dan pustakawan berperanan sebagai agen perubahan untuk menjayakan Transformasi Nasional 50 (TN50) melalui meningkatkan kesedaran semua staf dan pengguna terhadap Fokus Inspirasi / Asprisi TN50

7.Revolusi Industri 4.0 dapat mengatasi masalah kebergantungan terhadap sumber tenaga yang secara signifikan akan mengubah masa depan dunia pekerjaan. Manusia dan teknologi saling memerlukan bagi menghasilkan produk dan perkhidmatan terbaik, sebagai contoh pustakawan boleh menjadi SME (Subject Matter Expert) yang diperlukan bagi mengumpul dan menganalisis data menjadikan maklumat lebih bermakna.

8.IR4.0 dan Library 4.0 memerlukan strategi dan perancangan yang betul melalui Staf yang berkemahiran (Manpower),Sistem (System), Prosess / Prosedur Organisasi (Processes) dan Peralatan (Equipment)

9.Library 4.0 Transformation Model:
•Envision
•Enable
•Enact

10.Data Raya (Big Data) merupakan satu ledakan informasi yang seiring dengan pertumbuhan Revolusi Industri 4.0. Pelbagai jenis data-data berstruktur dan tidak berstruktur menyokong pertumbuhan Data Raya yang besar, pelbagai, tidak terbatas dan bernilai (volume, variety, velocity, value). Perkembangan fenomena Data Raya dan ketersediaan teknologi telah mendorong pertumbuhan inovasi baru dan membuka ruang bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan

11.Inisiatif Data Raya Sektor Awam - Mengtrasformasi perkhidmatan awam untuk produktiviti – meningkatkan outcome dan mengurangkan kos.

12.Revolusi Industri 4.0, dalam ekosistem pendidikan tinggi perlu menyokong dan dibangunkan selari dengan ledakan Internet of Things (IoT) dalam semua aspek kehidupan harian. Faktor nilai dan kemanusiaan tidak harus dilupakan dan ia perlu diadaptasi mengikut arus dan kesesuaian masa dan keadaan.

13.PUiTM perlu bergerak seiring dengan perubahan global dengan menggunakan aplikasi terkini seperti penggunaan QR Code Cloud, VR, AR dalam perpustakaan UiTM

14.Revolusi Insan perlu bergerak seiring dengan IR4.0 bagi membangunkan insan yang harmoni dan sejahtera.

15.Kefahaman berkenaan IR perlu dimulakan dengan memahami sejarah IR.

16.Cabaran dan peranan setiap individu untuk membangunkan insan yang harmoni dan sejahtera bagi menghadapi cabaran IR4.0

17.Cadangan YBhg. Dato’ berkenaan MOOC’s :
•Perpustakaan boleh bina MOOC’s yang melibatkan seluruh cawangan.
•Untuk generasi Z, boleh buat kursus dalam bentuk mobile.

18.Langkah-langkah penyediaan MOOC’s Perpustakaan:
•Pilih sama ada sediakan video atau animasi
•Kandungan kursus sedia ada untuk dipindahkan dalam bentuk e-content

19.Pendekatan untuk mengapdatasi MOOC’s:
•Pembekal
•Pasukan multimedia atau teknikal
•Perpustakaan sediakan sendiri (lebih sustain)

20.Kemahiran yang perlu ada:
•Kreatif untuk lebih interaktif dan engage dengan peserta kursus

Mapping dengan perkhidmatan Perpustakaan yang sedia ada.
contoh
1. IR4.0 - Big Data > di PTAR rujuk WILS
2. IR4.0 - IoT  >di PTAR dah ada ioT (selfcheck machine)
3. IR4.0 - Robotic  > Automated Book Dispenser (PTAR Puncak Perdana) 
4. IR4.0 – Mobile Device > PTAR Mobile App, Responsive Web Portal, Online Resources, eBook etc
5. IR4.0 – Cloud  > Projek PS Virtualization, IR, EQPS, KM
6. IR4.0 – Augmented Reality , AR VR > di PTAR  Class VR



Diharapkan seminar ini telah dapat memberikan banyak input berguna daripada pelbagai perspektif mengenai Revolusi Industri 4.0 ( 4th IR ) dan Perpustakaan 

Tindakan selanjutnya selepas seminar ini adalah seperti apa yang dihasratkan oleh Ketua Pustakawan dalam rumusannya. Ini termasuklah:

a. Membuat penstrukturan semula dengan mewujudkan bahagian baharu iaitu BAHAGIAN INISIATIF PERPUSTAKAAN DIGITAL (BIPD) dengan usaha menerapkan elemen-elemen Perpustakaan 4.0 yang berlandaskan IoT ( Internet of Things ), mengoptimumkan penggunaan teknologi dan menepati konsep 3A ( anywhere, anytime,anyone )

b. Memantapkan perkhidmatan Sokongan Penyelidikan dan Rujukan melalui Bahagian Penyelidikan dan Rujukan (dulu Bahagian Perkhidmatan Maklumat )
Segala usaha kearah Perpustakaan 4.0 akan digembeling dengan semua pihak khususnya warga PTAR dan Perpustakaan UiTM seluruh Malaysia. 

Setinggi terima kasih dan penghargaan kepada semua Jawatankuasa seminar ini ( nama seperti dibawah ) dan mereka yang terlibat secara lansung dan tidak lansung dalam menjayakan seminar ini.

1.  Ketua Pustakawan ( Penaung )                                        
2.  Encik Jamalludin Hj. Sulaiman ( Pengerusi )                         
3.  Puan Jaz Norfazuna Jaafar ( Setiausaha )                            
4.  Encik Nik Lokman Nik Mansor ( Penceramah )                          
5.  Encik Norhazlan Nordin ( Kertas pembentangan dan pelan tindakan )   
6.  Encik Mohd Alfarabie Nasir ( Penginapan / Logistik )                
7.  Puan Nor Azwani Mohamad ( Persediaan pembentangan dan Multimedia )  
8.  Tuan Haji Ahmad Faizar Jaafar ( Komunikasi Korporat )               
9.  Encik Muhammad Zaidie Bardan ( Sambutan )                           
10. Encik Muhamad Azmir Sulaiman ( Pengangkutan )                       
11. Encik Abdul Rahman Kamarun ( Teknikal )                             
12. Encik Zharif Farhan Bin Muhamad Pauzi ( Penerbitan )                
13. Cik Nurfarahwahidah Badruesham ( Pengacara gantian )



Read More

Bengkel Merekabentuk Perpustakaan Universiti Masa Hadapan (Library 4.0 dan Industrial 4.0) - Majlis Ketua Pustakawan (MKP), Perpustakaan Universiti Awam Malaysia

Pada 10 Ogos 2017 yang lalu, satu bengkel “Merekabentuk Perpustakaan Universiti Masa Hadapan (Library 4.0 dan Industrial 4.0)” telah diadakan dengan jayanya. Bengkel ini bertempat di Bilik Jugra, Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS), Universiti Putra Malaysia (UPM) bermula jam 9.00 pagi sehingga jam 4.30 petang. Ianya adalah anjuran bersama Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB), Universiti Utara Malaysia (UUM) dan PSAS, UPM.

Bengkel yang menghimpunkan semua ahli Majlis Ketua Pustakawan (MKP) ini telah dipengerusikan oleh En. Salleh Hudin Mustafa, Ketua Pustakawan,UUM juga merangkap pengerusi MKP. Topik utama yang dibincangkan adalah mengenai persiapan perpustakaan universiti di dalam era konvergens Industrial Revolution (IR) 4.0.

Pelbagai isu dan solusi telah dibincang serta diusulkan dengan harapan ianya dapat membawa Perpustakaan universiti di setiap Universiti Awam seiring relevan di era IR 4.0 ini. Hasil perbincangan ini adalah amat perlu dan penting untuk dimulakan dengan seberapa segera kerana, pengguna generasi hadapan adalah amat berbeza kehendak dan keperluannya berbanding masa kini. Oleh yang demikian, bengkel ini adalah amat berfaedah serta dapat membangunkan lebih banyak kolaborasi sesama Perpustakaan Universiti Awam untuk bersama-sama menghadapi segala tuntutan di era IR 4.0 ini.

Pada sebelah petang pula, bermula jam 2.15 petang, program ini diteruskan dengan sesi taklimat ringkas yang disampaikan secara santai  oleh Ybhg Prof. Dr. Noor Azizi Ismail,Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia. Pada sesi ini, beliau telah berkongsi pengalaman beliau semasa lawatannya ke China baru-baru ini. Beliau turut berkongsi mengenai bagaimana kecanggihan ICT yang telah digunapakai di salah sebuah universiti di sana yang ternyata masih baharu lagi di Malaysia.

Bengkel sehari ini sememangnya amat bermakna kerana ianya adalah merupakan titik permulaan kepada kepelbagaian pelan dan tindakan dalam membangunkan Perpustakaan 4.0.

http://elib.uum.edu.my/mkp/?p=741


JOURNEY TOWARDS IR 4.0

Saturday, June 24, 2017

Keeping young ones safe among books


TEN-year-old Ilmia Mohd Roslan has never attended school because her parents cannot afford to send her to one. Yet, she reads confidently.She is an inspiration for Farah Nabilah Ismail, 55, a volunteer who runs the new library set up at Block J of the Pinggiran Bukit Jalil People’s Housing Project (PPR). “Imia learned how to read here,” Farah said proudly.

Of the 30 children who come to the library regularly, Farah said four did not attend school because their parents were unable to afford the daily cost of transport, uniforms and books. So, when their parents go to work, these children are aimless.


“I see them hanging around the staircases. They are often left alone. This leaves them vulnerable to abuse,” she said.

But with the new library, these children have a safe haven.
Open from 2.30pm to 5.30pm six days a week, the library was set up three months ago by the Community Policing Association with the help of donors.
Its president, Kuan Chee Heng, said the association started the library to ensure that the children were in a safe setting.

The fee is only 10sen for every book borrowed and two volunteers give English and religious classes daily.“The library is not only a place where the children can read, they can come here to do their homework instead of staying at home alone.
“They like it here because there is air-conditioning. If they have problems, our volunteers are there to help,” said Kuan.

The setting up of the facility was made possible by donors who paid for the renovation and provided furniture, books and electrical appliances.
The space, a designated kindergarten on the ground floor, comes free of charge and was approved by Kuala Lumpur City Hall (DBKL).

PPR Pinggiran Bukit Jalil Residents Association chairman Mohamed Ahmad said at least 50 children who should be either in primary or secondary school, were not attending classes for various reasons, such as poverty, poor supervision and absent parents.

The RA has tried to help these children by donating uniforms and such but found their efforts unsustainable as there as not enough funding.

RA Chinese bureau chief Ting Cheng Chuansaid there was a serious need to look for solutions.

“Some of the older children stay up till the wee hours of the morning and sleep the whole day.
“They hang around and make noise, disturbing residents on the lower floors,” said Ting.

But the community’s main worry is that they will lose this generation if nothing is done to help them soon.

source & credit The Star  http://www.thestar.com.my/metro/community/2017/06/24/keeping-young-ones-safe-among-books-association-opens-library-as-a-way-to-engage-poor-children-at-pp/#s6XYfR4mK3qqlSOR.99



Ilmia Mohd Roslan, berusia 10 tahun, tidak pernah bersekolah kerana ibu bapanya tidak mampu menghantarnya ke sekolah. Namun, dia membaca dengan yakin. Beliau merupakan inspirasi kepada Farah Nabilah Ismail, 55, seorang sukarelawan yang mengendalikan perpustakaan baru yang ditubuhkan di Blok J Projek Perumahan Rakyat Pinggiran Bukit Jalil (PPR). "Imia belajar bagaimana membaca di sini," kata Farah dengan bangganya. Daripada 30 kanak-kanak yang datang ke perpustakaan secara berkala, Farah berkata empat orang tidak bersekolah kerana ibu bapa mereka tidak mampu membayar kos pengangkutan, pakaian seragam dan buku harian. Oleh itu, apabila ibu bapa mereka bekerja, anak-anak ini tiada tujuan. "Saya melihat mereka berputar di tangga. Mereka sering dibiarkan bersendirian. Ini menyebabkan mereka terdedah kepada penyalahgunaan, "katanya. Tetapi dengan perpustakaan baru, kanak-kanak ini mempunyai tempat selamat. Dibuka dari jam 2.30 petang hingga 5.30 petang enam hari seminggu, perpustakaan itu ditubuhkan tiga bulan lalu oleh Persatuan Polis Komuniti dengan bantuan penderma. Presidennya, Kuan Chee Heng, berkata persatuan itu memulakan perpustakaan untuk memastikan anak-anak berada dalam suasana yang selamat. Yuran hanya 10sen untuk setiap buku yang dipinjam dan dua sukarelawan memberikan kelas bahasa Inggeris dan agama setiap hari. "Perpustakaan bukan hanya tempat yang boleh dibaca kanak-kanak, mereka boleh datang ke sini untuk melakukan kerja rumah mereka, bukannya tinggal di rumah sahaja. "Mereka suka di sini kerana ada penghawa dingin. Jika ada masalah, sukarelawan kami ada untuk membantu, "kata Kuan. Penubuhan kemudahan itu telah dibuat oleh penderma yang membayar untuk pengubahsuaian dan menyediakan perabot, buku dan peralatan elektrik. Ruang angkasa, sebuah tadika yang ditetapkan di tingkat bawah, percuma dan diluluskan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Pengerusi Persatuan Penduduk PPR Pinggiran Bukit Jalil, Mohamed Ahmad berkata sekurang-kurangnya 50 orang anak yang harus berada di sekolah rendah atau menengah, tidak menghadiri kelas kerana pelbagai sebab, seperti kemiskinan, pengawasan yang kurang baik dan ibu bapa yang tidak hadir. RA telah cuba membantu anak-anak ini dengan mendermakan pakaian seragam dan sebagainya tetapi mendapati usaha mereka tidak dapat dikekalkan kerana tidak cukup pendanaan. RA, ketua biro Cina, Ting Cheng Chuansaid, ada keperluan serius untuk mencari penyelesaian. "Beberapa kanak-kanak yang lebih tua menetap hingga jam pagi dan tidur sepanjang hari. "Mereka berkeliaran dan membuat bunyi bising, mengganggu penduduk di tingkat bawah," kata Ting. Tetapi kebimbangan utama komuniti ialah mereka akan kehilangan generasi ini jika tidak ada yang dilakukan untuk membantu mereka tidak lama lagi.

Contact Me

Snap & Read with QRCODE Reader

http://zxing.appspot.com/generator/