
Baru2 pada 11 hingga 12 Februari 2019 berkesempatan menghadiri kursus Pembangunan Aplikasi Mobile - Android ( Application Development Android 2019) anjuran oleh Institut Kepimpinan dan Pembangunan (Institute of Leadership and Development - ILD) di Tanjung Tualang, Kampung Gajah, Perak.
Kurusu bermula pada 11 Februari namum seperti biasa saya dan beberapa perserta dari selangor bergerak dari hentian di Kolej Seroja pada hari ahad 10 Februari jam 4.30 petang dan masa tu dalam keadaan hujan...
Alahmdulilah lepas keluar dari UiTM hujan pun reda sehingga la kami sampai di R&R Tapah arah utara untuk berhenti solat . Kemudian kami meneruskan perjalanan....tiba2 pemadu van bertanya kepada kami betul ke laluan kita ini...haa..haa. pemadu ni buat terkejut dari lena...rupanya dia terlajak dah lepas Gopeng ..keluar tol...dan berpatah balik ke Tanjung Tualang melalui Batu Gajah....
Suasana pun dah hampir senja maka kami tiba di Pusat Latihan ILD sudah hampir malam. Keadaan agak sunyi kerana belum ramai peserta yang hadir .
Web : https://ildperak.uitm.edu.my/
https://www.facebook.com/Institut-Kepimpinan-Dan-Pembangunan-ILD-Perak-258822524174234/
https://www.facebook.com/pages/Pusat-Latihan-UiTM-Kampung-Gajah/119839538088013


























































