Tuesday, February 12, 2019

Berkursus di Institut Kepimpinan dan Pembangunan ILD, Tanjung Tualang, Kampung Gajah, Perak.



Baru2 pada 11 hingga  12 Februari 2019 berkesempatan menghadiri kursus Pembangunan Aplikasi Mobile - Android ( Application Development Android 2019)   anjuran oleh Institut Kepimpinan dan Pembangunan (Institute of Leadership and Development - ILD)  di Tanjung Tualang, Kampung Gajah, Perak.




Kurusu bermula pada 11 Februari  namum seperti biasa saya dan beberapa perserta dari selangor bergerak dari hentian di Kolej Seroja  pada hari ahad 10 Februari  jam 4.30 petang dan  masa tu dalam keadaan hujan...

Alahmdulilah lepas keluar dari UiTM hujan pun reda sehingga la kami sampai di R&R Tapah arah utara untuk berhenti solat . Kemudian kami meneruskan perjalanan....tiba2 pemadu van bertanya kepada kami betul ke laluan kita ini...haa..haa. pemadu ni buat terkejut dari lena...rupanya dia terlajak dah lepas Gopeng ..keluar tol...dan berpatah balik ke Tanjung  Tualang melalui Batu Gajah....





Suasana pun dah hampir senja maka kami tiba di Pusat Latihan ILD sudah hampir malam. Keadaan agak sunyi kerana belum ramai peserta yang hadir .






Lama juga tak kesini , rasa kali terakhir semasa kursus induksi dan beberapa kursus KIK disini mungkin lebih dari 5 tahun yang lalu ..namun keadaan masih seperti dahulu...dengan  Surau Az-Zahrah (Surau Utama) yang telah di naik taraf.

Kami ditempatkan di Vila Perdana. Pelbagai kemudahan kediaman yang ada iaitu seperti Bangunan Kediaman Perdana terdiri Bilik Single (2 katil), Bilik Suite dengan kemudahan  Lif
Bangunan Kediaman Wawasan dengan Bilik Suite, Bilik Standard Deluxe, Bilik Standard Single,, Bilik Standard Sharing


dan tak boleh lupa Bangunan Kediaman Warisan (Jenis Banglo) dengan nama2 ikan  Jelawat, Toman, Sebarau, Kelisa, Lampam, Baung,Keli, ,Belida



Pagi esoknya kami bersarapan dan semua aktiviti makan minum di  Dewan Bankuet yang boleh memuatkan kapasiti sehingga 450 orang


kemudian kursus dijalankan di bilik Bilik Siber 1 (Bangunan Pentadbiran) dimana kebanyakan kemudahan  Makmal Komputer  dan  Dewan seminar terletak di Bangunan Pentadbiran ini
Bilik Siber 1 (Bangunan Pentadbiran)
Bilik Siber 2 (Bangunan Pentadbiran)
Bilik Siber 3 (Bangunan Wawasan)
Dewan Seminar Wawasan
Dewan Seminar Warisan
Dewan Seminar Bestari 1,2,3,4
Dewan Tutorial Cendekia 1,2,3


terdapat juga kemudahan lain seperti kemudahan sukan & rekreasi seperti Gimnasium, Gelanggang, Futsal ,  Padang Bola Sepak, Gelanggang Tenis, Gelanggang Badminton , Gelanggang Ping Pong,  Gelanggang Bola Tampar ,  Tapak Perkhemahan, Padang Kawad, Snooker, Kemudahan Riadah

suasana disini tenang dan damai




Sebarang pertanyaan dan tempahan boleh rujuk
Institut Kepimpinan Dan Pembangunan, ILD Perak,
Universiti Teknologi MARA,Tanjung Tualang,Perak Darul Ridzuan.31800 Malaysia
Email: ildperak@uitm.edu.my
Phone: 05-3616200 , 05-3616300 
Fax:    05-3616238
Web :      https://ildperak.uitm.edu.my/
FB:        
https://www.facebook.com/Institut-Kepimpinan-Dan-Pembangunan-ILD-Perak-258822524174234/
https://www.facebook.com/pages/Pusat-Latihan-UiTM-Kampung-Gajah/119839538088013







0 comments:

Contact Me

Snap & Read with QRCODE Reader

http://zxing.appspot.com/generator/