PAR EXCELLENCE AWARD,ICQCC Hydrabad India 2021

Alhamdulilah kali in kumpulan kami telah menerima menerima Par Excellence Award di 46th International Convention on Quality Control Circles (ICQCC) 2021

DIAMOND , GOLD AND SILVER AT IIDEX 2019

Alhamdulilah dari dua projek inovasi yang saya sertai dalam (IIDEX) 2019 kali ini , inovasi WeGBY CHAIR telah menerima Anugerah SPECIAL AWARD - DIAMOND dan GOLD manakala inovasi RDMS (Reference Desk Management System ) mendapat anugerah SILVER

FASILITATOR TERBAIK 2019 ZON TENGAH

Alhamdulilah kali ini di anugerahkan sebagai Fasiltator Terbaik di Konvensyen KIK Peringkat UiTM 2019 Zon Tengah sekali lagi setelah menerima pada tahun 2016

ANUGERAH EMAS KONVENSYEN TEAM EXECELLENT MPC 2018

Alhamdulilah tugasan kali ini berjaya membawa kumpulan KIK PTAR i-Clique meraih Anugerah Emas dalam Konvensyen Team Excellent Peringkat Wilayah 2018 ( Wilayah Selatan ) di Holiday Villa Johor Bahru City Centre

ANUGERAH EMAS BAGI INOVASI SOLAT ALERT SOFTWARE (SAS) DI ITEX2017

Alhamdulilah dapat juga melakarkan sejarah memenangi anugerah emas bagi penyertaan di International Invention, Innovation and Technology Exhibition (ITEX 2017) pula dengan produk inovasi Solat Alert Software (SAS). ....

Anugerah EMAS (GOLD) di Ekspo Reka Cipta, Inovasi dan Reka Bentuk (Invention, Innovation And Design Exposition) - IIDEX

Alhamdulilah kedua-dua projek inovasi yang saya sertai mendapat anugerah dalam IIDEX2016 daripada sejumlah 745 penyertaan keseluruhannya.

Awards at British Invention Show 2009

The British Invention Show, is the largest innovation and technology expo in Britain. UiTM submitted 8 entries of which all won medals.

Fasilitator Terbaik

Fasilitator Terbaik kali kedua berturut-turut. Sebenarnya kejayaaan ini adalah kejayaan anda semua.

Konvensyen ICC Kebangsaan

Naib Johan Sektor Awam, 10 Kumpulan Terbaik Sektor Awam, Anugerah Emas 3 Bintang Konvensyen ICC Kebangsaan

Pingat Emas Dalam Malaysia Technology Expo ( MTE)

Menerima anugerah Pingat Emas dalam Malaysia Technology Expo ( MTE) 2009 yang telah diadakan pada 19 hingga 21 Februari 2009 di PWTC, Kuala Lumpur. Pelbagai hasil penyelidikan telah dipamerkan oleh 460 peserta/ kumpulan daripada pelbagai IPTA, badan swasta, MRSM dan lain-lain organisasi.

Sunday, September 23, 2012

FOTO 1 PROGRAM CSR –TAUTAN KASIH PPUiTM, PTAR, WJC Bikers di Rumah Penyayang Bestari

Pada 22 September 2012 (Sabtu) yang lalu satu Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR)– TAUTAN KASIH anjuran Persatuan Pentadbir UiTM, Shah Alam telah diadakan di Rumah Penyayang Bestari (Anak Yatim/Miskin), Kg. Sg. Buaya, Banting, Selangor DE.

Program ini akan turut disertai oleh kumpulan CSR Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM,Shah Alam, Kelab Kebajikan Bendahari dan beberapa kumpulan NGO - WAK JAWA CAFE (WJC Bikers Club),Mahasiswa PERKASA Selangor, serta disokong oleh Karangkraf ,Kenny Rogers Sdn Bhd, AGhaffur’s Murtabak Enterprise, TV3. 

Program bermula dengan para perserta dari PPUiTM , CSR PTAR  berkumpul di hentian bas Kolej Seroja

Kemudian bas dan van yang membawa peserta bergerak ke Petronas,Kampung Medan, Telok Panglima Garang dimana disana telah menunggu segrombolan mat motor dari WAK JAWA CAFE,WJC Bikers Club serta sekumpulan polis trafik bagi mengiring perserta CSR PPUiTM ke  Rumah Penyayang Bestari di Kg. Sg. Buaya, Banting

Sepanjang perjalanan kami di iringi puluhan motor dari WAK JAWA CAFE,WJC Bikers Club serta lalu-lintas dikawal oleh sekumpulan polis trafik yang bergilir mengawal disetiap persimpang jalan. 

Diucapkan terima kasih kepada mereka semua bagi membantu memudahkan perjalanan program ini.

 

Friday, September 21, 2012

PROGRAM TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT (CSR) – TAUTAN KASIH




PPUiTM  akan mengadakan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR)– TAUTAN KASIH 
Tarikh   : 22 September 2012 (Sabtu)
Jam : 9.00 pagi hingga 2.00 petang
Tempat : Rumah Penyayang Bestari (Anak Yatim/Miskin), Kg. Sg. Buaya,
Banting, Selangor DE

Program ini akan turut disertai oleh:
CSR Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM,
Pejabat ADUN Morib,  Kelab Kebajikan Bendahari;
NGO - WAK JAWA CAFE (WJC Bikers Club),
NGO – Mahasiswa PERKASA Selangor,
Kenny Rogers Sdn Bhd, AGhaffur’s Murtabak, Enterprise, TV3.


AturCara Program:
07:45 pagi:
Peserta CSR berkumpul di Kolej Seroja

08:00 pagi 
Bertolak ke Rumah Penyayang Bestari

09:00 pagi 
Ketibaan Peserta-peserta CSR
-    Minum Pagi (Dewan Makan)
-    Suaikenal dan
-    Taklimat Gotong Royong 

09.30 pagi 
Aktiviti CSR bermula
-  Gotong Royong Persekitaran
-  Menaiktaraf Pusat Sumber
-  LDK Motivasi Anak-Anak Rumah Penyayang
-  Fun Ride bersama WJC & ABCM


11:15 pagi 
Ketibaan Tetamu Kehormat

11:30 tgh
Pelancaran Program dan Penyerahan Sumbangan

01:00 ptg
Makan Tengah hari

02:00 ptg
Bersurai 


Objektif Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) : TAUTAN KASIH  ini adalah: 
a) untuk menjalankan tanggungjawab PPUiTM terhadap UiTM sebagai institut pengajian tinggi yang prihatin terhadap keperluan komuniti setempat;
b) membina imej PPUiTM yang dinamik dan prihatin; 
c) mewujudkan rasa kesedaran serta tanggungjawab sosial dalam kalangan ahli PPUiTM untuk membantu masyarakat setempat secara sukarela; dan
d) meraikan dan memberi sumbangan kepada kumpulan sasaran.
Sebelum ini PPUiTM telah mempelawa semua Ahli Persatuan yang sudi untuk memberi sumbangan ikhlas dan sedekah amal jariah (berupa wang tunai/bahan kering makanan/buku-buku rujukan sekolah/peralatan sekolah/pakaian baru/terpakai dan sebagainya) bagi menjayakan program ini. 
Rujuk blog sebelum ini

http://ppuitm.uitm.edu.my/categoryblog/74-sumbangan-ikhlas-untuk-program-csrtautan-kasih-rumah-penyayang-bestari.html
 http://ppuitmsa.blogspot.com/2012/08/sumbangan-ikhlas-untuk-program.html




Wednesday, September 19, 2012

Perpustakaan UiTM telah merangkul dua anugerah di Konvensyen KIK Perpustakaan SeMalaysia kali ke-4, 2012

20120919tatiniumjohanpengurusan

Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Perpustakaan UiTM telah merangkul dua anugerah di Konvensyen KIK Perpustakaan SeMalaysia kali ke-4,  2012 yang berlangsung di Hotel Permai, Kuala Terengganu, dari 18 hingga 19 September 2012.

Wantatinium
20120919hadiahkiktitanium

Anugerah Pertama bagi Katergori Pengurusan telah dimenangi oleh KIK Titanium dari Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR),Shah Alam dengan membawa pulang Piala dan wang berjumlah RM 3,000  Sementara KIK Paradigma dari Perpustakaan Tengku Anis, UiTM Kelantan telah merangkul anugerah Penyampai Terbaik.

Lebih dari 10 kumpulan telah menyertai KIK antaranya Titanium, Paradigma, Spektrum, C-FAR, KL LIB, R.E.A.D, WAVE ICQ,  Tuah, Vitalize, X-Tra Ordinary, 5K, Intelek 2.0, Q-LIB, Smart Layer, Bibliotera, Elite 10 dan Lentera.

Program Konvesyen bermula pada 18 September (Selasa) jam 9 pagi didahului dengan ucapan oleh Pengerusi Majlis pengarah-Pengarah Perpustakaan Awam SeMalaysia, sebelum ucapan perasmian oleh Dato’ Ahmad Razif.
Sesipenyampaianhadiah
Sementara majlis penutup pula berlangsung pada 19 September (Rabu) jam 8.15 malam dengan ucapan penutup oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Terengganu(Pengurusan) merangkap Timbalan Pengerusi Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu, Dato’ Haji Wan Ahmad Muda.
 
Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah dan diakhiri dengan acara makan malam sebelum melabuh tirai oleh persembahan lagu-lagu Tradisional Terengganu.
Dewanjamuankik
Kumpulanspektrum
Senarai penerima Anugerah adalah seperti berikut:

KATEGORI PENGURUSAN :
Pertama Kumpulan Titanium dari Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR),Shah Alam
Kedua    Kumpulan 5K dari Perpustakaan Sultan Zanariah UiTM, Skudai
Ketiga     Kumpulan Vitalize dari Perpustakaan Universiti Sains Islam Malaysia

KATEGORI TEKNIKAL:
Pertama Kumpulan Smart Layer dari Perbandanan Perpustakaan Awam Terengganu
Kedua    Kumpulan Tuah dari Perbandanan Perpustakaan Awam Perak
Ketiga     Kumpulan C-FAR dari Perpustakaan Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia

KATEGORI KHAS :
MOST CREATIVE TEAM Kumpulan Intelek 2.0 dari Perpustakaan Majlis Perbandaran Subang Jaya
PENYAMAPAI TERBAIK Kumpulan Paradigma dari Perpustakaan Tengku Anis, UiTM Kelantan

http://library.uitm.edu.my/inovasi/index.php?option=com_content&view=article&id=90:perpustakaan-uitm-telah-merangkul-dua-anugerah-di-konvensyen-kik-perpustakaan-semalaysia-kali-ke-4-2012&catid=38:event



Contact Me

Snap & Read with QRCODE Reader

http://zxing.appspot.com/generator/