PAR EXCELLENCE AWARD,ICQCC Hydrabad India 2021

Alhamdulilah kali in kumpulan kami telah menerima menerima Par Excellence Award di 46th International Convention on Quality Control Circles (ICQCC) 2021

DIAMOND , GOLD AND SILVER AT IIDEX 2019

Alhamdulilah dari dua projek inovasi yang saya sertai dalam (IIDEX) 2019 kali ini , inovasi WeGBY CHAIR telah menerima Anugerah SPECIAL AWARD - DIAMOND dan GOLD manakala inovasi RDMS (Reference Desk Management System ) mendapat anugerah SILVER

FASILITATOR TERBAIK 2019 ZON TENGAH

Alhamdulilah kali ini di anugerahkan sebagai Fasiltator Terbaik di Konvensyen KIK Peringkat UiTM 2019 Zon Tengah sekali lagi setelah menerima pada tahun 2016

ANUGERAH EMAS KONVENSYEN TEAM EXECELLENT MPC 2018

Alhamdulilah tugasan kali ini berjaya membawa kumpulan KIK PTAR i-Clique meraih Anugerah Emas dalam Konvensyen Team Excellent Peringkat Wilayah 2018 ( Wilayah Selatan ) di Holiday Villa Johor Bahru City Centre

ANUGERAH EMAS BAGI INOVASI SOLAT ALERT SOFTWARE (SAS) DI ITEX2017

Alhamdulilah dapat juga melakarkan sejarah memenangi anugerah emas bagi penyertaan di International Invention, Innovation and Technology Exhibition (ITEX 2017) pula dengan produk inovasi Solat Alert Software (SAS). ....

Anugerah EMAS (GOLD) di Ekspo Reka Cipta, Inovasi dan Reka Bentuk (Invention, Innovation And Design Exposition) - IIDEX

Alhamdulilah kedua-dua projek inovasi yang saya sertai mendapat anugerah dalam IIDEX2016 daripada sejumlah 745 penyertaan keseluruhannya.

Awards at British Invention Show 2009

The British Invention Show, is the largest innovation and technology expo in Britain. UiTM submitted 8 entries of which all won medals.

Fasilitator Terbaik

Fasilitator Terbaik kali kedua berturut-turut. Sebenarnya kejayaaan ini adalah kejayaan anda semua.

Konvensyen ICC Kebangsaan

Naib Johan Sektor Awam, 10 Kumpulan Terbaik Sektor Awam, Anugerah Emas 3 Bintang Konvensyen ICC Kebangsaan

Pingat Emas Dalam Malaysia Technology Expo ( MTE)

Menerima anugerah Pingat Emas dalam Malaysia Technology Expo ( MTE) 2009 yang telah diadakan pada 19 hingga 21 Februari 2009 di PWTC, Kuala Lumpur. Pelbagai hasil penyelidikan telah dipamerkan oleh 460 peserta/ kumpulan daripada pelbagai IPTA, badan swasta, MRSM dan lain-lain organisasi.

Saturday, February 21, 2009

e-WAVE Terima Pingat Emas Dalam MTE 2009


Pasukan Kumpulan Inovatif & Kreatif e-Wave dari Perpustakaan Tun Abdul Razak telah menerima anugerah Pingat Emas dalam Malaysia Technology Expo ( MTE) 2009 yang telah diadakan pada 19 hingga 21 Februari 2009 di PWTC, Kuala Lumpur. Pelbagai hasil penyelidikan telah dipamerkan oleh 460 peserta/ kumpulan daripada pelbagai IPTA, badan swasta, MRSM dan lain-lain organisasi. UiTM sendiri telah menghantar sebanyak 56 produk penyelidikan dan 3 daripadanya datang dari hasil projek Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK). Kesemua 460 produk penyelidikan ini telah diadili oleh 70 pengadil yang diiktiraf.

Saya telah menjadi wakil kepada kumpulan e-WAVE pada malam tersebut untuk makan malam dan tidak menyangka akan dapat naik ke pentas, kernaa pada masa pihak juri membuat penilaian pada inovasi yg saya terangkan pada siang hari tadi semacam tidak meyakinkan pada raut wajah pihak juri.

Walaubagaimanapun terima kasih kepada pihak juri yang memberi kepercayaan bahawa inovasi ini boleh pergi jauh terutama di negara kita dan juga negara islam serta dunia ke 3 yang lain.

Berikut adalah keputusan MTE 2009:-

Jumlah keseluruhan Pingat EMAS ialah 65 EMAS daripada 460 penyertaan.
UiTM telah memenangi 2 pingat EMAS iaitu


1. LIBRARY AUTOMATED SELF-CHARGING MACHINE - Azizi Jantan, Ahmad Faizar Jaafar, Muhamad Azmir Sulaiman, Rosli Mohamad, Abdul Hamid Mohd Salleh, Ahmad Nazri Jaafar, Mohd YAzid Yahaya, Nurhayati Hassan, Ja'amayah Kosnan dan Rizana Mohd Radwan (Perpustakaan Tun Abdul Razak)

2. MONI-equakeWPS WALL PANEL - Nor Hayati Abdul Hamid, Siti Hawa Hamzah, Nurhaniza Abdul RAhman,

Mehroad Seifi dan Mohd Ashaari Masrom (Fakulti Kejuruteraan Awam)

Bersama ini juga disertakan keputusan pingat yang diperolehi oleh Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) UiTM:-

1. Kump. e-WAVE (PTAR) - Tajuk Projek: LIBRARY AUTOMATED SELF-CHARGING MACHINE - EMAS

2. Kump. MySMART (PTAR) - Tajuk Projek: MySMART PORTABLE LOCKER - PERAK

3. Kump. C7 (Perpustakaan Cendekiawan, UiTM Terengganu) - Tajuk Projek: C-SMART BOOK SUPPORT - GANGSA.

Ini jelas membuktikan Inovasi yang dihasilkan dari Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) telah dapat menyumbangkan sesuatu kepada UiTM dan InsyaAllah produk ini akan dikomersialkan dan akan menjana pulangan hasil kepada UiTM dan Perpustakaan khasnya.

TAHNIAH buat semua pemenang.

Wednesday, February 11, 2009

Bengkel Penggubalan Modul Kursus ICT 2009

Bengkel ini adalah bertujuan membuat penggubalan modul kursus ICT anjuran JPbSM. Kami diminta membawa bersama manual / nota kursus yang digunakan untuk mengajar kursus berkenaan dalam bentuk hardcopy dan softcopy bersama dengan Laptop masing-masing ke bengkel tersebut. Berikut adalah tenaga pengajar yang terlibat:
En Abdul Hamid - Microsoft Excel Advance, Micro Programming in Exel dan Pengenalan Linux
En Mazuhan - Developing PHP with Dreamweaver
En Samsuri - Bengkel Rangkaian Komputer
Pn Suraya - Keselamatan ICT
Pn Noraishah - Pengenalan Komputer & Internet
En Ahmad Asraf - Pengenalan Window Vista
En Mohd Fizol - Penyelenggaraan Komputer
En Ahmad Faizar - Desktop Publishing - MS Publisher
Pn Rahmah - Lotus Notes
En Mohamad Shahar - Windows Movie Maker XP
En Hairul Anuar - In Design
En Darus Kasim - Illustrator
En Jasni Ghani - Photoshop
Pn Norhayati Minai - Microsoft Excel
YMTengku Rosmayati - Microsoft PowerPoint
En Muhammad Haffizae - Microsoft Word
Pn Faidah Muhammad - Pengurusan Dokumen

12 Februari 2009
- 2.00 petang - Bertolak dengan bas UiTM dari Kolej Seroja ke Ilham Resort Port Dickson
- Daftar masuk
- 8.00 malam - Taklimat Bengkel
( Minum petang, makan malam dan minum malam disediakan).
13 Februari 2009 - 8.30 pagi hingga 10.00 malam - Penggubalan modul
( Sarapan pagi, minum pagi, makan t/hari, minum petang, makan malam dan minum malam disediakan).
14 Februari 2009 - 8.30 pagi hingga 12.30 t/hari - Pembentangan modul
- Daftar keluar
- 1.30 t/hari - Bertolak balik dengan bas UiTM ke Shah Alam
( Sarapan pagi, minum pagi dan makan t/hari disediakan.

Thursday, January 15, 2009

Innovation Invention & Design 2009



Innovation Invention & Design 2009 (IID)Telah berlangsung pada 13 hingga 15 Januari 2009 di Dewan DSB UiTM Shah Alam. Telah disertai seramai 400 produk dan Alhamdulilah inovasi kami (kumpulan e-WAVE) telah memenangi EMAS.





http://picasaweb.google.com/library.uitm2009/2009011315IID2009DSB

Wednesday, September 17, 2008

Nuzul Al-Quran.

Sememangnya sudah menjadi tradisi bagi kita umat Islam, pada setiap tanggal 17 Ramadhan kita akan mengadakan peringatan Nuzul Al-Quran. Bahkan hampir di seluruh negeri-negeri Islam, pemerintahan setempat secara rutin melaksanakan peringatan tersebut setiap tahun, yang sering-kali digabungkan dengan peristiwa Perang Badar Al-Kubra (terjadi pada 17 Ramadhan tahun ke 2 Hijrah, ketika umat Islam pertama kali melaksanakan shaum Ramadhan).

Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW.

Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran.

Firman Allah: Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)

al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)


NUZUL al- Quran Dan Lailatul Qadar http://www.islam.gov.my/e-rujukan/lihat.php?jakim=2084

rujukan: http://www.al-azim.com/masjid/ramadhan1425/nuzul/home.htm

Maklumat lain

Bila dan Bagaimana Al-Quran diturunkan.

Fungsi Al-Quran

Kandungan (isi) Al-Quran

Al-Quran dan perubahan dalam kehidupan

Fadhilat Al-Quran

Cara-cara Al-Quran diwahyukan

Hikmah diturunkan Al-Quran secara beransur-ansur

Ayat-ayat Makkiyyah dan Ayat-ayat Madaniyyah

Adab-adab membaca Al-Quran

Nama-nama Al-Quran

Pass the knowledge of Quran by referring your friends & relatives to this website. If you own a website, help promote this site by linking to Quran Online http://faizar.onestop.net/alquran/ atau http://mymalaysia.onestop.net/alquran/

Dapatkan juga ekad di http://mymalaysia.onestop.net/ekad/ atau http://faizar.onestop.net/ekad/

Wednesday, September 10, 2008

Observing Ramadan - The Big Picture


Muslim faithful throughout the world are currently observing the holy month of Ramadan. Observant Muslims participate in fasting (sawm), one of the five pillars of their faith, this entire Lunar month (this year it extends from September 1st to the 30th). Eating, drinking, smoking and sexual activity is prohibited from dawn until sunset, when the fast is broken with the evening meal called Iftar. Local customs define varying traditions, including differing types of food used to break the daily fast. The fasting is meant to teach a person patience, humility and sacrifice, to set aside time to ask forgiveness, practice self-restraint, and pray for guidance in the future

Observing Ramadan - The Big Picture -

Posted using ShareThis

Sunday, September 07, 2008

Samsung Omnia: The Amazing 5MP Camera And Touchscreen Phone



One of the most impressive widget from this company is the Samsung Omnia that is equipped with sophisticated features and functionalities.

http://www.prlog.org/10204028-samsung-omnia-the-amazing-5mp-camera-and-touchscreen-phone.html

Monday, September 01, 2008

Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak dan Salam Merdeka

Selamat Menyambut Kemerdekaan. Semoga Melaysia terus merdeka sebagai Negara Islam yang berdaulat yang bebas dihuni oleh pelbagai kaum, bersatu padu, makmur, harmoni, aman, tenteram, damai, sejahtera, merdeka terus merdeka.............. InsyaAllah PERPADUAN TERAS KEJAYAAN. PERLIHARALAH & PERTAHANKANLAH KEMERDEKAN INI.
Disamping itu ya Allah merdekakan juga diri ini dari belengu dan jajahan hawa nafsu syaitan yang durjana dengan amalan berpuasa di bulan Ramadhan yang penuh dengan segala-galanya ini, Saya ingin mengucapkan selamat berpuasa.

Dapatkan e-Book PERCUMA Panduan Ramadhan & Tarawikh di http://faizar.onestop.net/ramadhan/

Contact Me

Snap & Read with QRCODE Reader

http://zxing.appspot.com/generator/