PAR EXCELLENCE AWARD,ICQCC Hydrabad India 2021

Alhamdulilah kali in kumpulan kami telah menerima menerima Par Excellence Award di 46th International Convention on Quality Control Circles (ICQCC) 2021

DIAMOND , GOLD AND SILVER AT IIDEX 2019

Alhamdulilah dari dua projek inovasi yang saya sertai dalam (IIDEX) 2019 kali ini , inovasi WeGBY CHAIR telah menerima Anugerah SPECIAL AWARD - DIAMOND dan GOLD manakala inovasi RDMS (Reference Desk Management System ) mendapat anugerah SILVER

FASILITATOR TERBAIK 2019 ZON TENGAH

Alhamdulilah kali ini di anugerahkan sebagai Fasiltator Terbaik di Konvensyen KIK Peringkat UiTM 2019 Zon Tengah sekali lagi setelah menerima pada tahun 2016

ANUGERAH EMAS KONVENSYEN TEAM EXECELLENT MPC 2018

Alhamdulilah tugasan kali ini berjaya membawa kumpulan KIK PTAR i-Clique meraih Anugerah Emas dalam Konvensyen Team Excellent Peringkat Wilayah 2018 ( Wilayah Selatan ) di Holiday Villa Johor Bahru City Centre

ANUGERAH EMAS BAGI INOVASI SOLAT ALERT SOFTWARE (SAS) DI ITEX2017

Alhamdulilah dapat juga melakarkan sejarah memenangi anugerah emas bagi penyertaan di International Invention, Innovation and Technology Exhibition (ITEX 2017) pula dengan produk inovasi Solat Alert Software (SAS). ....

Anugerah EMAS (GOLD) di Ekspo Reka Cipta, Inovasi dan Reka Bentuk (Invention, Innovation And Design Exposition) - IIDEX

Alhamdulilah kedua-dua projek inovasi yang saya sertai mendapat anugerah dalam IIDEX2016 daripada sejumlah 745 penyertaan keseluruhannya.

Awards at British Invention Show 2009

The British Invention Show, is the largest innovation and technology expo in Britain. UiTM submitted 8 entries of which all won medals.

Fasilitator Terbaik

Fasilitator Terbaik kali kedua berturut-turut. Sebenarnya kejayaaan ini adalah kejayaan anda semua.

Konvensyen ICC Kebangsaan

Naib Johan Sektor Awam, 10 Kumpulan Terbaik Sektor Awam, Anugerah Emas 3 Bintang Konvensyen ICC Kebangsaan

Pingat Emas Dalam Malaysia Technology Expo ( MTE)

Menerima anugerah Pingat Emas dalam Malaysia Technology Expo ( MTE) 2009 yang telah diadakan pada 19 hingga 21 Februari 2009 di PWTC, Kuala Lumpur. Pelbagai hasil penyelidikan telah dipamerkan oleh 460 peserta/ kumpulan daripada pelbagai IPTA, badan swasta, MRSM dan lain-lain organisasi.

Showing posts with label Bengkel. Show all posts
Showing posts with label Bengkel. Show all posts

Tuesday, March 26, 2019

Bengkel Laman Web 2019


Lama juga sudah tak berbengkel web rasanya semenjak 2012  https://ahmadfaizar.blogspot.com/2012/12/bengkel-pengurusan-laman-web.html dimana  saya  pindah ke Bahagian Perkhidmatan Rujukan pada tahun 2013 dan pada tahun lepas 2018 saya ditempat kan semula di unit web tapi dengan nama baru Unit Pembangunan Applikasi dan Web

Melalui Mesyuarat Jawatankuasa Perkhidmatan Perpustakaan  tahun lalu telah mencadangkan agar satu bengkel pengemskinian Laman Web perlu dilaksanakan bagi mengemaskinikan logo dan maklumat-maklumat Perpustakaan.

Disamping itu melalui Amanat Ketua Pustakawan 2019 pada 11 Feb 2019 juga telah mefokuskan Pemantapan Arkib dan Penjenamaan Semula Muzium oleh itu pihak Unit Pembangunan Aplikasi dan Web mengambil insiatif akan mengwujudkan Laman Web Muzium dan memantapkan Laman Web Arkib.

Maka kali ini satu Bengkel Pembangunan & Pemantapan Laman Web dicadangkan akan diadakan bagi membangunkan laman web baru serta memantapkan laman web yang sedia ada tersebut. Hasil akhir bengkel ialah laman web http://museum.uitm.edu.my/ dan https://archive.uitm.edu.my/


foto-foto sekitar bengkel 
































Read more

https://ahmadfaizar.blogspot.com/2012/12/bengkel-pengurusan-laman-web.html

https://ahmadfaizar.blogspot.com/2011/03/bengkel-laman-web-puitm-siri-5.html


https://library.uitm.edu.my/bengkelweb/  




Thursday, March 29, 2018

Pembentangan Penggunaan Sumber Teknologi dan ICT di Pusat Sumber



Sempena program CSR: Ilmu Mengubah Destini (IMD) PTAR 2018  anjuran Perpustakakan Tun Abdul Razak UiTM Shah Alam, Perpustakaan UiTM Cawangan Melaka dan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Melaka satu Bengkel Pengurusan Pusat Sumber Sekolah IR 4.0 adakan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tajuk : Bengkel Pengurusan Pusat Sumber Sekolah IR 4.0
Tarikh: 27-30 Mac 2018
Tempat: Avilion Legacy Hotel, Melaka

Bengkel ini merupakan siri ke-8 diadakan di bawah Program CSR: Ilmu Mengubah Destini (IMD) 2018 dimana peserta kursus kali ini adalah dikhususkan kepada Guru-guru Pusat Sumber Sekolah Menengah dan Rendah di Melaka

Pada tahun lepas 2017, bengkel ini telah dianjurkan dengan jayanya pada 23 hingga 25 Mei 2017 bertempat di Hotel Tok Aman Bali Beach Resort, Pasir Puteh, Kelantan bagi Guru-guru Pusat Sumber Sekolah di Kelantan. Pada masa itu saya  saya diminta memberikan ceramah bertajuk Pengurusan Maklumat Bagi Pusat Sumber Sekolah Dalam Era Digital   Slide Pembentangan boleh dicapai di  http://uitmprepo.uitm.edu.my/103/

Pada kali ini di Bengkel Pengurusan Pusat Sumber Sekolah IR 4.0 Negeri Melaka saya diminta  memberikan ceramah dengan tajuk Penggunaan Sumber Teknologi dan ICT di Pusat Sumber
Antara topik yang di bentangkan  ialah:

- Perkembangan IR 4.0 di Perpustakaan -Robotik, Mobile Apps, Cashless, QR Code, Online Library Guide
- Evolusi Sistem Pengurusan Maklumat  Perpustakaan dari Era Kad Katalog hingga la ke OPAC dan OPAC2.0 - Open Source Solution - Koha dan Senayan
- Tak lupa juga bahan digital dengan  sistem Open Source Solution seperti  DSpace, EPrints, Digital Commons and Fedora Commons
- E-book, PDF,  EPUB , Augmented Reality (AR)
-Penggunaan Sosial media di Pusat sumber atau Library 2.0, FB, Insta, Google Plus, Google Photo, Flickr
- Penggunaan  cloud solutions -  cloud storage - Google Drive - Google Doc etc,  Microsoft OneDrive , Microsoft 365 dan sterusnya  gambaran pembelajaran akan datang 

Foto-foto sekitar Bengkel



































sumber dan maklumat lanjut CSR IMD boleh rujuk di
 http://imdptar.blogspot.my/2018/03/pembentangan-penggunaan-sumber.html 



#bppssmelaka  #imdptar #csrptar #uitm #libraryuitm  #uitmmelaka #btpnmelaka #libraryUiTMCM









Contact Me

Snap & Read with QRCODE Reader

http://zxing.appspot.com/generator/