PAR EXCELLENCE AWARD,ICQCC Hydrabad India 2021

Alhamdulilah kali in kumpulan kami telah menerima menerima Par Excellence Award di 46th International Convention on Quality Control Circles (ICQCC) 2021

DIAMOND , GOLD AND SILVER AT IIDEX 2019

Alhamdulilah dari dua projek inovasi yang saya sertai dalam (IIDEX) 2019 kali ini , inovasi WeGBY CHAIR telah menerima Anugerah SPECIAL AWARD - DIAMOND dan GOLD manakala inovasi RDMS (Reference Desk Management System ) mendapat anugerah SILVER

FASILITATOR TERBAIK 2019 ZON TENGAH

Alhamdulilah kali ini di anugerahkan sebagai Fasiltator Terbaik di Konvensyen KIK Peringkat UiTM 2019 Zon Tengah sekali lagi setelah menerima pada tahun 2016

ANUGERAH EMAS KONVENSYEN TEAM EXECELLENT MPC 2018

Alhamdulilah tugasan kali ini berjaya membawa kumpulan KIK PTAR i-Clique meraih Anugerah Emas dalam Konvensyen Team Excellent Peringkat Wilayah 2018 ( Wilayah Selatan ) di Holiday Villa Johor Bahru City Centre

ANUGERAH EMAS BAGI INOVASI SOLAT ALERT SOFTWARE (SAS) DI ITEX2017

Alhamdulilah dapat juga melakarkan sejarah memenangi anugerah emas bagi penyertaan di International Invention, Innovation and Technology Exhibition (ITEX 2017) pula dengan produk inovasi Solat Alert Software (SAS). ....

Anugerah EMAS (GOLD) di Ekspo Reka Cipta, Inovasi dan Reka Bentuk (Invention, Innovation And Design Exposition) - IIDEX

Alhamdulilah kedua-dua projek inovasi yang saya sertai mendapat anugerah dalam IIDEX2016 daripada sejumlah 745 penyertaan keseluruhannya.

Awards at British Invention Show 2009

The British Invention Show, is the largest innovation and technology expo in Britain. UiTM submitted 8 entries of which all won medals.

Fasilitator Terbaik

Fasilitator Terbaik kali kedua berturut-turut. Sebenarnya kejayaaan ini adalah kejayaan anda semua.

Konvensyen ICC Kebangsaan

Naib Johan Sektor Awam, 10 Kumpulan Terbaik Sektor Awam, Anugerah Emas 3 Bintang Konvensyen ICC Kebangsaan

Pingat Emas Dalam Malaysia Technology Expo ( MTE)

Menerima anugerah Pingat Emas dalam Malaysia Technology Expo ( MTE) 2009 yang telah diadakan pada 19 hingga 21 Februari 2009 di PWTC, Kuala Lumpur. Pelbagai hasil penyelidikan telah dipamerkan oleh 460 peserta/ kumpulan daripada pelbagai IPTA, badan swasta, MRSM dan lain-lain organisasi.

Showing posts with label selamat tinggal ramadhan. Show all posts
Showing posts with label selamat tinggal ramadhan. Show all posts

Thursday, May 13, 2021

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI & MAAF ZAHIR BATIN 1442, SELAMAT TINGGAL RAMADHAN ,

 


السَّلاَÙ…ُ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ْ ÙˆَرَØ­ْÙ…َØ©ُ اللهِ ÙˆَبَرَÙƒَاتُÙ‡ُ 

تقبل الله منا ومنكم صالح الأعمال

Taqabbalallahu minna wa minkum.

Semoga Allah swt menerima (puasa) kita dan menjadikan kita kembali (dalam keadaan suci) dan termasuk orang-orang yang mendapat keampunan & keredhaanNYA.

SELAMAT HARIRAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN...

Tulus ikhlas dari kami Seisi Keluarga.Ahmad Faizar Jaafar , Azizon Salleh, Faizah, Fazrin, Fairuz, Fariza, Muhamad Faiz & Farah Afifah

Selamat tingal Ramadan semoga kita dapat bertemu lagi di tahun Akan Datang, Aamiin Ya Rabbal Al'amiin

di sini saya ingin mengucapkan selamat tinggal kepada ramadhan
Natijah puasa adalah sungguh besar tapak pengukuhannya kerana penghasilan daripada tuaian bulan Ramadhan akan digunapakai sepanjang 11 bulan yang lain. Bekalan itu mestilah kukuh dan
selamat kerana ia bakal disimpan dalam tempoh yang lama sehingga menemui Ramadahan semula untuk dicas.

http://ahmadfaizar.blogspot.com/2020/05/selamat-tinggal-ramadhan-selamat-hari.html

Saturday, May 23, 2020

SELAMAT TINGGAL RAMADHAN , SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI & MAAF ZAHIR BATIN


Doa Akhir Ramadan (Doa Perpisahan Dengan Bulan Ramadhan)

Ya Allah, sebelum mentari akhir Ramadhan berlalu pergi, Kau ampunilah kami dan Kau terimalah taubat kami.

Ya Allah, jangan Kau biarkan Ramadhan pergi tanpa meninggalkan kesan keinsafan dihati-hati kami.

Ya Allah, jangan biarkan Ramadhan pergi tanpa membawa himpunan amal dan doa kami.

Ya Allah, jangan biarkan Ramadhan pergi tanpa islah dan kebaikan terhadap keperibadian kami.

Ya Allah, jangan biarkan Ramadhan pergi tanpa keampunan dosa-dosa kami.

Ya Allah, jangan biarkan Ramadhan pergi tanpa meninggalkan jejak-jejak ke syurga untuk kami.

Ya Allah, janganlah Kau biarkan Ramadhan pergi sebelum Kau tutup rapat pintu azab dan neraka Mu daripada tergelinciran kaki kami.

Ya Allah, lindungilah kami dari melakukan dosa dan kemaksiatan semasa dalam Ramadhan maupun selepas Ramadhan.

Ya Allah, lindungilah semua anggota keluarga kami dari tipu daya dan fitnah dunia. 

Ya Allah…temukanlah kami dgn lailatul qadr…...pilihlah kami dikalangan hambaMu yang dapat beramal di malam al-Qadr….

Ya Mujibbasailin.

Limpahilah kami dengan sifat-sifat kebaikan dan terpuji.

Selamatkan setiap seorang dari kami dengan Iman dan taqwa.

Jadikan kehidupan kami di dunia ini tenang dan penuh rahmah dan mawaddah.

Permudahkan urusan rezeki dan perjalanan hidup kami agar sentiasa dalam Rahmat dan Keberkatan Mu ya ALLAH...

Jauhi kami dari sifat-sifat kemunafikan dan kefasikan dan sifat mazmumah...

Jadikan kami calon syurgaMu. Sempurnakan akhlak kami dan lindungi kami dari godaan syaitan dan hawa nafsu.



Ya Allah, Kau sempatkanlah kami bertemu lagi dengan Ramadhan Al Mubarak yang akan datang.

Ya Allah….Janganlah kau jadikan ramadhan ini sebagai yang terakhir buat kami, temukanlah kami dengan Ramadhan yang akan datang…

Tapi, Andai ini Ramadhan terakhir buat kami, jadikankanlah puasa kami sebagai puasa yang Kau rahmati, jadikanlah ramadhan ini paling bererti, penuh dgn cahaya iman, menerangi kegelapan hati kami menuju redha serta kasih sayangmu ya Allah…jadikanlah ramadhan ini sebagai penghapus dosa-dosa kami.. 

Peliharalah kami dari Azab kubur, Azab dipadang mashyar dan azab Neraka Mu ya ALLAH.

Ya Allah..terimalah amalan kami..terimalah taubat kami..ampunkanlah segala dosa kami...amankanlah kehidupan kami disana nanti yang kekal abadi… kurniakanlah kepada kami syurgamu yang maha luas nikmatnya…

Ya ALLAH kami mohon angkat lah musibah Covid 19 ini dari terus melanda Negara tercinta ini dan seluruh dunia ,sesungguhnya ALLAH  jua yang Maha berkuasa.

Allahumma innaka ‘afuwwun tuhibbul ‘afwa fa’fu anni..

aamiin, aamiin, aamiin ya rabbal'aalamiin...




Ya allah please meet us with ramadhan again next year

Selamat tinggal Ramadan, moga kita berjumpa lagi tahun hadapan
#SalamMuslim #Salam #Muslim #Ramadan #Sahur #Puasa #Ibadah #Islam #Iman #Taqwa #Nikmat #Dakwah #Nasihat #Renungan #BerikanMasa 

Ramadhan yang mulia ini dah sampai penghujung...

Semoga Allah SWT menerima amalan kita dengan rahmat dan redhaNya... moga aidilfitri ini disambut dengan kegembiraan jua...

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR & BATIN
Ikhlas dari Ahmad Faizar Jaafar sekeluarga😊


#1syawal #selamathariraya2020 #selamathariraya #hariraya #selamatharirayaaidilfitri #harirayaidulfitri #aidilfitri  #maafzahirbatin #rayapkpb #rayanewnorm #StayAtHome #dudukrumah #kitajagakita #kitamestimenang  


Read More Norma Baharu Aidilfitri 2020
https://ahmadfaizar.blogspot.com/2020/05/norma-baharu-aidilfitri-2020.html


Kit Panduan Sambutan Aidilfitri Di Rumah Semasa Covid-19 dari JAKIM
Kit Panduan Hari Raya Di Rumah  Teks Khutbah Aidilfitri Di Rumah
http://www.islam.gov.my/page/2426-kit-panduan-sambutan-aidilfitri-di-rumah-semasa-covid-19

Saturday, June 24, 2017

SELAMAT TINGGAL RAMADHAN , SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI & MAAF ZAHIR BATIN


Segala puji bagi Allah yang menjadikan diantara jalan-jalan itu bulannya bulan Ramadhan, bulan puasa, bulan Islam, bulan kesucian, bulan pembersihan, bulan menegakkan shalat malam, bulan yang di dalamnya diturunkan Al-Qur’an, sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan petunjuk dan pembeda.

Bulan Ramadhan telah hadir di tengah-tengah kami dengan kehadiran yang senantiasa dinantikan. Tiba-tiba ia meninggalkan kami pada akhir waktunya, pada ujung jangkanya, pada kesempurnaan bilangannya.

Salam bagimu wahai bulan Allah yang agung.
Salam bagimu wahai waktu termulia yang menyertai kami.
Salam bagimu bulan yang di dalamnya amal disebarkan.
Salam bagimu bulan yang datang membawa kabar gembira.
Salam bagimu bulan yang tidak tertandingi di hari-hari manapun.
Salam bagimu bulan yang dicari sebelum waktunya.
Salam bagimu bulan yang ditangisi sebelum kepergiannya.
Salam bagimu Ramadhan dan malam Qadar yang lebih baik dari seribu bulan.

Ya Allah
Bagimu segala pujian. Dari lubuk hati kami penyesalan paling dalam, dari lidah kami permohonan maaf yang paling tulus. Berilah kami pahala dengan segala kekurangan yang menimpa kami di bulan ini. Pahala yang menyampaikan kami pada kemuliaan yang diharapkan.

Ya Allah.
Sampaikan dengan sisa umur kami kepada bulan Ramadhan yang akan datang untuk melakukan ibadat yang layak untuk-Mu. Bimbinglah kami untuk menegakkan ketaatan yang pantas untuk-Mu. Berilah kami amal saleh yang memenuhi hak-Mu dalam Ramadhan ini dan Ramadhan yang akan datang.

Ya Allah.
Sampaikan shalawat kepada Nabi Muhammad dan keluarganya. Berkatilah kami pada hari raya kami. Jadikanlah ia hari terbaik yang melewati kami yang paling cepat menarik ampunan-Mu, yang paling cepat menghapus dosa kami. Ampunilah dosa-dosa kami yang tampak dan yang tersembunyi.

Ya Allah.
Dengan berlepasnya bulan ini lepaskan kami dari kesalahan kami. Dengan keluarnya bulan ini keluarkan kami dari kekeliruan kami. Jadikan kami dengan bulan ini orang yang paling bahagia.

Ya Allah.
Kami bertaubat kepada-Mu pada hari fitri kami yang Kau jadikan bagi kaum muslimin sebagai hari raya. Kami bertaubat dari segala dosa yang kami lakukan, dari setiap kesalahan yang kami dahulukan, dari setiap getaran jahat yang kami sembunyikan dengan taubat yang tidak membawa kami kembali kepada dosa dan kesalahan. Dengan taubat yang tulus, terimalah taubat kami, ridoilah kami, teguhkan kami di dalamnya.

Ya Allah.
Jadikanlah kami di sisi-Mu orang-orang yang bertaubat, yang telah Kau pastikan bagi mereka cinta-Mu dan Kau terima mereka kembali mentaati-Mu. Wahai yang paling adil dari segala yang adil.

Amin.

Selamat ‘Idul Fitri 1438H. Mohon maaf lahir batin

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, selawat dan salam ke atas junjungan Nabi SAW, para sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga hari kesudahan.


Saya ingin mengucapkan selamat Berhari Raya, ÙˆَÙƒُÙ„ُّ عَامْ ÙˆَØ£َÙ†ْتُÙ…ْ بِØ®َÙŠْر تَÙ‚َبَّÙ„َ اللهُ Ù…ِÙ†َّا ÙˆَÙ…ِÙ†ْÙƒُÙ…ْ dan semoga Allah menatijahkan kita dengan taqwa dan seterusnya kita dapat menzahirkan kesyukuran atas segala nikmat hidayah yang Allah kurniakan kepada kita sehingga ketika nafas kita masih lagi diberi peluang untuk hidup


Tuesday, July 05, 2016

SELAMAT TINGGAL RAMADHAN , SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI & MAAF ZAHIR BATIN

Ku lihat ramadhan sedang berkemas. Aku bertanya ia hendak ke mana? Dengan lembut dia menjawab, "Aku ingin pergi jauh, sangat jauh, selama sebelas bulan ke depan aku akan menghilang darimu, sampaikan pesanku pada semua. terima kasih kerana menyambut kehadiranku dengan gembira, menghiasi hari hari ku dengan sabar dan istiqamah. jika kamu rindu akan diriku, maka perbanyakan berdoa moga kita bertemu pada


Doa Akhir Ramadhan

1. Ya Allah jika di saat ini, ada keluarga dan sahabatku yang sakit, sembuhkanlah dia.  Ø¢Ù…ِÙŠّÙ†ْ

2. Ya Allah jika di saat ini ada  keluarga dan sahabatku yang bermasalah, beri lah jalan keluar untuk dia.  Ø¢Ù…ِÙŠّÙ†ْ

3. Ya Allah jika di saat ini ada keluarga dan sahabatku yang kesempitan rezeki, kau lapangkanlah rezekinya. آمِÙŠّÙ†ْ

4. Ya Allah jika di saat ini ada keluarga dan sahabatku yang bermasalah diantara satu sama lain damaikan lah mereka.  Ø¢Ù…ِÙŠّÙ†ْ

5. Ya Allah jika disaat ini ada keluarga dan sahabatku yang sesat duniawi, kurniakan Nur kepada dia.  Ø¢Ù…ِÙŠّÙ†ْ

6. Ya Allah jika disaat ini ada keluarga dan sahabat ku yang lalai, kurniakan lah Hidayah Mu kepada dia.  Ø¢Ù…ِÙŠّÙ†ْ

7. Ya Allah jika di saat ini ada keluarga dan sahabatku yang bersedih hati... kembalikan lah kecerian diwajahnya.  Ø¢Ù…ِÙŠّÙ†ْ

8. Ya Allah jika disaat ini ada keluarga dan sahabat ku yang berada di persimpangan jalan yang  berliku, tunjukkan lah jalan yg diridhoi oleh Mu.

Berikan kami semua kesempatan untuk berjumpa kembali di Ramadhan tahun depan.
InsyaAllah.

آمِÙŠّÙ†ْ  Ø¢Ù…ِÙŠّÙ†ْ  Ø¢Ù…ِÙŠّÙ†ْ  ÙŠَا رَبَّ العَـــالَÙ…ِÙŠْÙ†


Selamat tinggal Ramadan, moga kita berjumpa lagi tahun hadapan
#SalamMuslim #Salam #Muslim #Ramadan #Sahur #Puasa #Ibadah #Islam #Iman #Taqwa #Nikmat #Dakwah #Nasihat #Renungan #BerikanMasa

Ramadhan yang mulia ini dah sampai penghujung...

Semoga Allah SWT menerima amalan kita dengan rahmat dan redhaNya...muga aidilfitri ini disambut dengan kegembiraan jua...

*SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI*
*MAAF ZAHIR & BATIN*

Ikhlas dari Ahmad Faizar Jaafar sekeluarga😊



Wednesday, August 22, 2012

SELAMAT TINGGAL RAMADHAN , SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI & MAAF ZAHIR BATIN





Assalamualaikum,  di sini saya ingin mengucapkan selamat tinggal kepada ramadhan

Natijah puasa adalah sungguh besar tapak pengukuhannya kerana penghasilan daripada tuaian bulan Ramadhan akan digunapakai sepanjang 11 bulan yang lain. Bekalan itu mestilah kukuh dan selamat kerana ia bakal disimpan dalam tempoh yang lama sehingga menemui Ramadahan semula untuk dicas.


Ramadhan

Tuaian itu adalah Taqwa. Orang Mukmin yang berpuasa akan menemui Taqwa jika dia benar-benar berpuasa. Taqwa itu takut dan berhati-hati. Lalu puasa itu menghasilkan takut (kepada Pencipta), puasa juga menghasilkan sifat berhati-hati (terhadap dosa). Kalaulah kedua sifat itu bisa didakap semasa keberadaan Ramadhan, maka puasa kita adalah Taqwa yang sejati.



Jangan ucapkan selamat tinggal kepada Ramadhan dengan air mata yang menipu, tetapi katakan padanya 'bahawa panjang umur kitakan bertemu semula'. Jangan jemu untuk duduk di dalam taman Ramadhan kerana disuruh berlapar dan dahaga, kerana lapar itu suatu nikmat dan ganjaran.Ramadhan bukanlah tetamu walaupun 'dialah' yang datang dan pergi, tetapi kitalah yang menjadi tetamunya kerana dijemput bersinggah ke dalamnya. Kita diberi peluang mengutip isinya yang sebanyak-banyaknya. Mereka yang bijak pandai adalah yang menggunakan peluang sebaiknya kerana Ramadhan yang datang belum tentu datang lagi kepadanya.





Koleksi_kad_raya

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI & MAAF ZAHIR BATIN kepada semua ahli keluarga  di mana jua berada.  Sanak saudara serta rakan2 sekalian seterusnya semua umat islam di muka bumi ini semoga berjumpa lagi ramadhan pada tahun yang akan datang.*amin








Contact Me

Snap & Read with QRCODE Reader

http://zxing.appspot.com/generator/