By ahmadfaizar6:57 AM
Assalamualaikum, di sini saya ingin mengucapkan selamat tinggal kepada ramadhan
Natijah puasa adalah sungguh besar tapak pengukuhannya kerana penghasilan daripada tuaian bulan Ramadhan akan digunapakai sepanjang 11 bulan yang lain. Bekalan itu mestilah kukuh dan selamat kerana ia bakal disimpan dalam tempoh yang lama sehingga menemui Ramadahan semula untuk dicas.
Tuaian itu adalah Taqwa. Orang Mukmin yang berpuasa akan menemui Taqwa jika dia benar-benar berpuasa. Taqwa itu takut dan berhati-hati. Lalu puasa itu menghasilkan takut (kepada Pencipta), puasa juga menghasilkan sifat berhati-hati (terhadap dosa). Kalaulah kedua sifat itu bisa didakap semasa keberadaan Ramadhan, maka puasa kita adalah Taqwa yang sejati.
Jangan ucapkan selamat tinggal kepada Ramadhan dengan air mata yang menipu, tetapi katakan padanya 'bahawa panjang umur kitakan bertemu semula'. Jangan jemu untuk duduk di dalam taman Ramadhan kerana disuruh berlapar dan dahaga, kerana lapar itu suatu nikmat dan ganjaran.Ramadhan bukanlah tetamu walaupun 'dialah' yang datang dan pergi, tetapi kitalah yang menjadi tetamunya kerana dijemput bersinggah ke dalamnya. Kita diberi peluang mengutip isinya yang sebanyak-banyaknya. Mereka yang bijak pandai adalah yang menggunakan peluang sebaiknya kerana Ramadhan yang datang belum tentu datang lagi kepadanya.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI & MAAF ZAHIR BATIN kepada semua ahli keluarga di mana jua berada. Sanak saudara serta rakan2 sekalian seterusnya semua umat islam di muka bumi ini semoga berjumpa lagi ramadhan pada tahun yang akan datang.*amin
Related Posts:
SELAMAT TINGGAL RAMADHAN , SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI & MAAF ZAHIR BATIN
Segala puji bagi Allah yang menjadikan diantara jalan-jalan itu bulannya bulan Ramadhan, bulan puasa, bulan Islam, bulan kesucian, bulan pembersihan, bulan menegakkan shalat malam, bulan yang di dalamnya diturunkan Al-Qur… Read More
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI & MAAF ZAHIR BATIN 1442, SELAMAT TINGGAL RAMADHAN , السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ تقبل الله منا ومنكم صالح الأعمالTaqabbalallahu minna wa minkum.Semoga Allah swt menerima (puasa) kita dan menjadikan kita kembali (dalam keadaan suci) dan termas… Read More
SELAMAT TINGGAL RAMADHAN , SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI & MAAF ZAHIR BATIN
Doa Akhir Ramadan (Doa Perpisahan Dengan Bulan Ramadhan)
Ya Allah, sebelum mentari akhir Ramadhan berlalu pergi, Kau ampunilah kami dan Kau terimalah taubat kami.
Ya Allah, jangan Kau biarkan Ramadhan pergi t… Read More
SELAMAT TINGGAL RAMADHAN , SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI & MAAF ZAHIR BATIN
Assalamualaikum, di sini saya ingin mengucapkan selamat tinggal kepada ramadhan
Natijah puasa adalah sungguh besar tapak pengukuhannya kerana penghasilan daripada tuaian bulan Ramadhan akan digunapakai sepanjan… Read More
SELAMAT TINGGAL RAMADHAN , SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI & MAAF ZAHIR BATIN
Ku lihat ramadhan sedang berkemas. Aku bertanya ia hendak ke mana? Dengan lembut dia menjawab, "Aku ingin pergi jauh, sangat jauh, selama sebelas bulan ke depan aku akan menghilang darimu, sampaikan pesanku pada semua. ter… Read More
2 comments:
nice blog....
tq
Post a Comment