PAR EXCELLENCE AWARD,ICQCC Hydrabad India 2021

Alhamdulilah kali in kumpulan kami telah menerima menerima Par Excellence Award di 46th International Convention on Quality Control Circles (ICQCC) 2021

DIAMOND , GOLD AND SILVER AT IIDEX 2019

Alhamdulilah dari dua projek inovasi yang saya sertai dalam (IIDEX) 2019 kali ini , inovasi WeGBY CHAIR telah menerima Anugerah SPECIAL AWARD - DIAMOND dan GOLD manakala inovasi RDMS (Reference Desk Management System ) mendapat anugerah SILVER

FASILITATOR TERBAIK 2019 ZON TENGAH

Alhamdulilah kali ini di anugerahkan sebagai Fasiltator Terbaik di Konvensyen KIK Peringkat UiTM 2019 Zon Tengah sekali lagi setelah menerima pada tahun 2016

ANUGERAH EMAS KONVENSYEN TEAM EXECELLENT MPC 2018

Alhamdulilah tugasan kali ini berjaya membawa kumpulan KIK PTAR i-Clique meraih Anugerah Emas dalam Konvensyen Team Excellent Peringkat Wilayah 2018 ( Wilayah Selatan ) di Holiday Villa Johor Bahru City Centre

ANUGERAH EMAS BAGI INOVASI SOLAT ALERT SOFTWARE (SAS) DI ITEX2017

Alhamdulilah dapat juga melakarkan sejarah memenangi anugerah emas bagi penyertaan di International Invention, Innovation and Technology Exhibition (ITEX 2017) pula dengan produk inovasi Solat Alert Software (SAS). ....

Anugerah EMAS (GOLD) di Ekspo Reka Cipta, Inovasi dan Reka Bentuk (Invention, Innovation And Design Exposition) - IIDEX

Alhamdulilah kedua-dua projek inovasi yang saya sertai mendapat anugerah dalam IIDEX2016 daripada sejumlah 745 penyertaan keseluruhannya.

Awards at British Invention Show 2009

The British Invention Show, is the largest innovation and technology expo in Britain. UiTM submitted 8 entries of which all won medals.

Fasilitator Terbaik

Fasilitator Terbaik kali kedua berturut-turut. Sebenarnya kejayaaan ini adalah kejayaan anda semua.

Konvensyen ICC Kebangsaan

Naib Johan Sektor Awam, 10 Kumpulan Terbaik Sektor Awam, Anugerah Emas 3 Bintang Konvensyen ICC Kebangsaan

Pingat Emas Dalam Malaysia Technology Expo ( MTE)

Menerima anugerah Pingat Emas dalam Malaysia Technology Expo ( MTE) 2009 yang telah diadakan pada 19 hingga 21 Februari 2009 di PWTC, Kuala Lumpur. Pelbagai hasil penyelidikan telah dipamerkan oleh 460 peserta/ kumpulan daripada pelbagai IPTA, badan swasta, MRSM dan lain-lain organisasi.

Showing posts with label percuma. Show all posts
Showing posts with label percuma. Show all posts

Monday, October 26, 2015

Perpustakaan Kanada Kini Meminjamkan MiFi Kepada Pengguna Secara Percuma


Fungsi tradisional sebuah perpustakaan ialah meminjamkan buku kepada pengguna. Buku di Malaysia umum diketahui adalah terlalu mahal untuk dimiliki dan perpustakaan membenarkan golongan berpendapatan rendah untuk menimba ilmu tanpa mengeluarkan wang yang banyak. Di kolej ia menjadi tempat popular untuk mengulangkaji pelajaran kerana ianya senyap dan sejuk berbanding bilik asrama. Fungsi tradisional ini semakin kurang mendapat sambutan dan perpustakaan terpaksa berevolusi untuk kekal relevan. Di negara maju  perpustakaan awam menjadi tempat ahli komuniti untuk mendapatkan akses kepada komputer dan Internet. Ini digunakan oleh mereka untuk mendapatkan pengajian atas talian dan mencari kerja. Tanpa perpustakaan sebegini golongan kurang kemampuan akan tercicir dari mendapatkan perkhidmatan IT.

Perpustakaan di  Kansas State Library  telah menawarkan perkhidmatan meminjamkan MiFi percuma kepada pengguna.  Beberapa unit MiFi dengan kelajuan LTE boleh dipinjam dengan tempoh tertentu. Sepanjang tempoh pinjaman pengguna boleh melayari Internet secara percuma di mana sahaja mereka berada. Perkhidmatan ini diperkenalkan bagi memudahkan pengguna yang tidak mempunyai perkhidmatan Internet di rumah melayari web dengan mudah. Kesemua koleksi buku, majalah dan muzik digital yang dimiliki perpustakaan ini juga boleh diakses percuma melalui MiFi yang dipinjamkan. Ini bukanlah projek pendemokrasian Internet pertama mereka. Dua puluh tahun dahulu mereka mula memberikan akses kepada Internet secara percuma menggunakan komputer perpustakaan. Lapan tahun yang lalu pula mereka mula menawarkan WiFi percuma.

Ia mensasarkan penggunaan dari golongan pelajar dan mereka yang ingin mencari kerja. Waktu operasi perpustakaan yang terhad menghadkan akses Internet percuma untuk dua golongan ini. Inisiatif ini diharap dapat mengubah hidup pengguna dan menunjukkan perpustakaan masih kekal relevan di dalam dunia pasca buku. MiFi yang dipulangkan lambat akan dikenakan denda  sehari dan sekiranya hilang mereka perlu membayar kos alat tersebut.
Sebuah idea di luar kotak yang menarik. Di Malaysia ini mungkin tidak akan menjadi kenyataan kerana terdapat banyak restoran dengan WiFi percuma serta majoriti rakyat Malaysia mampu melanggan perkhidmatan  Internet perlahan yang murah.




sumber
http://kslib.info/CivicAlerts.aspx?AID=49
http://kslib.info/1157/MiFi-Pilot-Best-Practices
http://kslib.info/1107/MiFi-Pilot-2

https://en.wikipedia.org/wiki/MiFi

http://www.rfwireless-world.com/Terminology/mifi-vs-wifi.html

 

Monday, January 07, 2013

Adobe Menawarkan Creative Suite 2 Secara Percuma Kepada Semua

Perisian daripada Adobe, terutamanya beberapa perisian terkemuka seperti Acrobat, Photoshop, InDesign, Premiere Pro dan sebagainya boleh dikatakan agak mahal untuk pengguna perseorangan.
Untuk makluman Version terkini sehingga 2012 , Adobe Creative Suite 6 boleh dirujuk laman web rasmi Adobe Creative Suite  http://www.adobe.com/products/creativesuite.html

Namun, sekiranya anda ingin mendapatkannya secara percuma, kini pihak Adobe sendiri menawarkan koleksi perisian Creative Suite 2 mereka kepada para pengguna Windows dan Mac.
Apa yang ditawarkan oleh Adobe melalui Creative Suite 2 yang berusia sekitar 10 tahun ini adalah;
  • Acrobat 3D
  • Acrobat Pro 8
  • Acrobat Standard 7.0
  • Audiotion 3
  • Illustrator CS2
  • InCopy CS2
  • InDesign CS2
  • Photoshop CS2
  • Photoshop Elements 4.0/5.0
  • Premiere Pro 2.0
Samada ianya satu kesilapan atau satu "gimik" tidak dapat dipastikan. Tidak diketahui sampai bilakah tawaran ini disediakan oleh pihak Adobe. Jadi, bagi yang berminat, mungkin boleh melayari laman tersebut dibawah, dan memuat-turunnya secara percuma hari ini.

Adobe CS2 Download


atau

Muat-turun Adobe Creative Suite 2

atau

https://docs.google.com/document/d/1woD1x4CzokSxRsTaNU4K0nH7n0GAUSkXmwyfWAjLXu0/preview?sle=true



sumber maklumat:
amanz.my - Adobe Menawarkan Creative Suite 2 Secara Percuma Kepada Semua


More Useful Links:
http://www.facebook.com/creativesuite
http://www.facebook.com/adobecreativecloud
https://twitter.com/Creativesuite
http://creativesuitepodcast.com/
http://www.youtube.com/user/AdobeCreativeSuite


Maklumbalas Adobe mengenai perkara diatas

Update on CS2 and Acrobat 7 Activation Servers

Effective December 13, Adobe disabled the activation server for CS2 products and Acrobat 7 because of a technical glitch. These products were released over 7 years ago and do not run on many modern operating systems. But to ensure that any customers activating those old versions can continue to use their software, we issued a serial number directly to those customers.  While this might be interpreted as Adobe giving away software for free, we did it to help our customers.


http://blogs.adobe.com/conversations/2013/01/update-on-cs2-and-acrobat-7-activation-servers.html



Contact Me

Snap & Read with QRCODE Reader

http://zxing.appspot.com/generator/