Monday, October 26, 2015

Perpustakaan Kanada Kini Meminjamkan MiFi Kepada Pengguna Secara Percuma


Fungsi tradisional sebuah perpustakaan ialah meminjamkan buku kepada pengguna. Buku di Malaysia umum diketahui adalah terlalu mahal untuk dimiliki dan perpustakaan membenarkan golongan berpendapatan rendah untuk menimba ilmu tanpa mengeluarkan wang yang banyak. Di kolej ia menjadi tempat popular untuk mengulangkaji pelajaran kerana ianya senyap dan sejuk berbanding bilik asrama. Fungsi tradisional ini semakin kurang mendapat sambutan dan perpustakaan terpaksa berevolusi untuk kekal relevan. Di negara maju  perpustakaan awam menjadi tempat ahli komuniti untuk mendapatkan akses kepada komputer dan Internet. Ini digunakan oleh mereka untuk mendapatkan pengajian atas talian dan mencari kerja. Tanpa perpustakaan sebegini golongan kurang kemampuan akan tercicir dari mendapatkan perkhidmatan IT.

Perpustakaan di  Kansas State Library  telah menawarkan perkhidmatan meminjamkan MiFi percuma kepada pengguna.  Beberapa unit MiFi dengan kelajuan LTE boleh dipinjam dengan tempoh tertentu. Sepanjang tempoh pinjaman pengguna boleh melayari Internet secara percuma di mana sahaja mereka berada. Perkhidmatan ini diperkenalkan bagi memudahkan pengguna yang tidak mempunyai perkhidmatan Internet di rumah melayari web dengan mudah. Kesemua koleksi buku, majalah dan muzik digital yang dimiliki perpustakaan ini juga boleh diakses percuma melalui MiFi yang dipinjamkan. Ini bukanlah projek pendemokrasian Internet pertama mereka. Dua puluh tahun dahulu mereka mula memberikan akses kepada Internet secara percuma menggunakan komputer perpustakaan. Lapan tahun yang lalu pula mereka mula menawarkan WiFi percuma.

Ia mensasarkan penggunaan dari golongan pelajar dan mereka yang ingin mencari kerja. Waktu operasi perpustakaan yang terhad menghadkan akses Internet percuma untuk dua golongan ini. Inisiatif ini diharap dapat mengubah hidup pengguna dan menunjukkan perpustakaan masih kekal relevan di dalam dunia pasca buku. MiFi yang dipulangkan lambat akan dikenakan denda  sehari dan sekiranya hilang mereka perlu membayar kos alat tersebut.
Sebuah idea di luar kotak yang menarik. Di Malaysia ini mungkin tidak akan menjadi kenyataan kerana terdapat banyak restoran dengan WiFi percuma serta majoriti rakyat Malaysia mampu melanggan perkhidmatan  Internet perlahan yang murah.




sumber
http://kslib.info/CivicAlerts.aspx?AID=49
http://kslib.info/1157/MiFi-Pilot-Best-Practices
http://kslib.info/1107/MiFi-Pilot-2

https://en.wikipedia.org/wiki/MiFi

http://www.rfwireless-world.com/Terminology/mifi-vs-wifi.html

 

Related Posts:

  • Perpustakaan makin sepi - LAPORAN KHAS LAPORAN KHAS Perpustakaan makin sepiKUALA LUMPUR 21 Feb. - Sikap rakyat tidak suka membaca buku menjadikan perpustakaan sepi, terpinggir dan hanya mendapat sambutan pada musim tertentu.Amat menyedihkan. Purata pengunjung … Read More
  • Hanya 30 peratus rakyat guna perpustakaan - LAPORAN KHAS KUALA LUMPUR 25 Feb. - Hanya 30 peratus rakyat di negara ini menggunakan perpustakaan dan kebanyakannya adalah pelajar, sedangkan kadar celik huruf melebihi 90 peratus. Petunjuk Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) itu hak… Read More
  • Perpustakaan desa gagal? -LAPORAN KHAS Perpustakaan desa gagal? AZMI Esan (tengah) dan Tina Yusop antara pustakawan desa yang masih meneruskan program pinjaman buku dari pintu ke pintu. Kelihatan seorang penduduk, Bahchaur Chu (kiri) memilih buku di Kampun… Read More
  • Kanak-kanak lebih tahu menghargai buku - LAPORAN KHAS KUALA LUMPUR 25 Feb. - Kajian terhadap tabiat membaca di kalangan pengguna perpustakaan desa mendapati, kanak-kanak lebih menghargai buku apabila mereka merupakan golongan teramai mengunjunginya. Soal selidik ke atas 800… Read More
  • Susah senang menjadi pustakawan desa -LAPORAN KHASSusah senang menjadi pustakawan desa TAPAH 25 Feb. - Lebih lima tahun lalu, Kampung Chang Baru, Bidor dekat sini seperti juga kebanyakan perkampungan Orang Asli lain, buku agak asing bagi mereka. Namun, atas usaha dua ana… Read More

0 comments:

Contact Me

Snap & Read with QRCODE Reader

http://zxing.appspot.com/generator/