Thursday, November 17, 2022

ANUGERAH EMAS BAGI INOVASI MYKM DI ICQCC2022 JAKARTA INDONESIA


Alhamdulilah Tahniah dan Syabas diucapkan kepada Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) PTAR, i-Clique kerana telah berjaya menerima ‘Gold Award’ di International Convention on Quality Concept Circles (ICQCC) 2022, Jakarta, Indonesia yang diadakan secara atas talian dari 15 November 2022 hingga 18 November 2022 dengan pembentangan projek Sistem MyKnowledge Management (MyKM) mengulangi  kejayaan Kumpulan Inovatif Kreatif PTAR yang lalu https://ahmadfaizar.blogspot.com/search?q=icqcc 

Tahniah Kumpulan i-Clique salah satu dari 65 kumpulan yang mewakili 41 organisasi dari Malaysia yang diiktriaf oleh Malaysia Productivity Corporation (MPC) untuk mewakili Malaysia ke 47th International Convention on Quality Control Circles (ICQCC) 2022 anjuran Indonesia Quality Management Association (IQMA) yang berlangsung pada 15 – 18 November 2022.

 

Dari 65 projek inovasi dari malaysia yang menyertai ICQCC 2022 kali ini, sebanyak 63 projek inovasi telah tersebut berjaya memperolehi Anugerah GOLD dan 2 projek inovasi berjaya mendapat Anugerah SILVER. Malaysia melakarkan sejarah di mana lapan projek inovasi telah memperolehi pencapaian tertinggi Anugerah PRIME GOLD di peringkat antarabangsa.

Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada Prof. Datuk Ts. Dr. Hajah Roziah Mohd Janor, Naib Canselor UiTM atas sokongan kepada Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) PTAR sehingga meraih pengiktirafan di peringkat antarabangsa.

Kumpulan Inovatif Kreatif i-Clique yang terdiri daripada:

1. Hj Ahmad Faizar bin Jaafar (Pustakawan Kanan) - Fasilitator

2. Cik Wan Noor Sazidah binti Wan Fauzi (Pembantu Pustakawan Kanan) - Ketua Kumpulan

3. Encik Mohd Farid bin Mohamed Said (Pembantu Pustakawan Kanan)

4. Puan Nur Lian binti Abd. Halid (Pembantu Pustakawan)

5. Puan Nur Azini binti Azman (Pembantu Pustakawan)

6. Puan Nur Fatin Nadia binti Mohamed Nadzri (Pembantu Pustakawan)


Hasil kejayaan mengekalkan kecemerlangan ini bukan sahaja membuktikan inovasi ini telah menambahbaik perkhidmatan Perpustakaan, malahan memberikan semangat kepada Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) PTAR untuk melahirkan lebih banyak idea inovatif dan kreatif pada masa akan datang.

#keluargaUiTM #uitm #uitmdihatiku #libraryforall #kikptar  



0 comments:

Contact Me

Snap & Read with QRCODE Reader

http://zxing.appspot.com/generator/