PAR EXCELLENCE AWARD,ICQCC Hydrabad India 2021

Alhamdulilah kali in kumpulan kami telah menerima menerima Par Excellence Award di 46th International Convention on Quality Control Circles (ICQCC) 2021

DIAMOND , GOLD AND SILVER AT IIDEX 2019

Alhamdulilah dari dua projek inovasi yang saya sertai dalam (IIDEX) 2019 kali ini , inovasi WeGBY CHAIR telah menerima Anugerah SPECIAL AWARD - DIAMOND dan GOLD manakala inovasi RDMS (Reference Desk Management System ) mendapat anugerah SILVER

FASILITATOR TERBAIK 2019 ZON TENGAH

Alhamdulilah kali ini di anugerahkan sebagai Fasiltator Terbaik di Konvensyen KIK Peringkat UiTM 2019 Zon Tengah sekali lagi setelah menerima pada tahun 2016

ANUGERAH EMAS KONVENSYEN TEAM EXECELLENT MPC 2018

Alhamdulilah tugasan kali ini berjaya membawa kumpulan KIK PTAR i-Clique meraih Anugerah Emas dalam Konvensyen Team Excellent Peringkat Wilayah 2018 ( Wilayah Selatan ) di Holiday Villa Johor Bahru City Centre

ANUGERAH EMAS BAGI INOVASI SOLAT ALERT SOFTWARE (SAS) DI ITEX2017

Alhamdulilah dapat juga melakarkan sejarah memenangi anugerah emas bagi penyertaan di International Invention, Innovation and Technology Exhibition (ITEX 2017) pula dengan produk inovasi Solat Alert Software (SAS). ....

Anugerah EMAS (GOLD) di Ekspo Reka Cipta, Inovasi dan Reka Bentuk (Invention, Innovation And Design Exposition) - IIDEX

Alhamdulilah kedua-dua projek inovasi yang saya sertai mendapat anugerah dalam IIDEX2016 daripada sejumlah 745 penyertaan keseluruhannya.

Awards at British Invention Show 2009

The British Invention Show, is the largest innovation and technology expo in Britain. UiTM submitted 8 entries of which all won medals.

Fasilitator Terbaik

Fasilitator Terbaik kali kedua berturut-turut. Sebenarnya kejayaaan ini adalah kejayaan anda semua.

Konvensyen ICC Kebangsaan

Naib Johan Sektor Awam, 10 Kumpulan Terbaik Sektor Awam, Anugerah Emas 3 Bintang Konvensyen ICC Kebangsaan

Pingat Emas Dalam Malaysia Technology Expo ( MTE)

Menerima anugerah Pingat Emas dalam Malaysia Technology Expo ( MTE) 2009 yang telah diadakan pada 19 hingga 21 Februari 2009 di PWTC, Kuala Lumpur. Pelbagai hasil penyelidikan telah dipamerkan oleh 460 peserta/ kumpulan daripada pelbagai IPTA, badan swasta, MRSM dan lain-lain organisasi.

Showing posts with label Pelancaran. Show all posts
Showing posts with label Pelancaran. Show all posts

Monday, February 04, 2013

Pelancaran Glosari Istilah Peperiksaan dan Penilaian Pelajar UiTM Sempena Perutusan Tahun Baharu Naib Canselor 2013

Bahagian Hal Ehwal Peperiksaan dan Unit Hal Ehwal Kurikulum, Bahagian Hal Ehwal Akademik dengan kerjasama Fakulti, Kampus, Pusat Akademik, InQKA, InfoTech dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar untuk pertama kalinya telah menyediakan, satu buku Glosari Istilah Peperiksaan dan Penilaian Pelajar.

 

Penyediaan glosari istilah bagi proses peperiksaan, penilaian dan proses akademik, akan dapat dijadikan rujukan utama untuk diguna pakai di seluruh sistem UiTM.

 

Pelancaran Glossari Istilah Peperiksaan dan Penilaian Pelajar UiTM susulan  Bengkel Penyediaannya telah dilakukan di UiTM Sabah pada 20-22 Januari 2013 yang lalu

 

diikuti pelancaran Pelancaran Dasar dan Garis Panduan Komunikasi Universiti

http://ahmadfaizar.blogspot.com/2013/02/pelancaran-bahan-penerbitan-jabatan.html

 

 

Pelancaran Bahan Penerbitan Jabatan Komunikasi Korporat Sempena Perutusan Tahun Baharu Naib Canselor 2013

Pelancaran Dasar dan Garis Panduan Komunikasi Universiti

 

DASAR & GARIS PANDUAN KOMUNIKASI UNIVERSITI

Bagi menggalakkan komunikasi yang telus dan bertanggungjawab demi memperkasakan kemajuan UiTM serta memperkukuhkan perhubungan UiTM dengan pelanggan dalaman dan luar serta pemegang taruh Jabatan Komunikasi Korporat telah menyediakan Dasar dan Garis Panduan Komunikasi Universiti yang telah diedarkan kepada semua Pusat Tanggungjawab (PTJ) pada Jun tahun 2012.

 

 

 

Garis panduan tersebut adalah seperti berikut :

1. Garis Panduan Imej dan Identiti Korporat Universiti

2. Garis Panduan Pengurusan Laman Sesawang Universiti3. Garis Panduan Pengurusan Media Universiti4. Garis Panduan Pengurusan Acara dan Protokol Universiti5. Garis Panduan Pemasangan Kain Rentang dan Gegantung

 

6. Garis Panduan Sistem Papan Tanda Universiti


§   Manual Imej & Identiti Korporat Universiti

MANUAL IMEJ & IDENTITI KORPORAT UNIVERSITI EDISI 2012

Manual Imej & Identiti Korporat Universiti Edisi 2012 diterbitkan sebagai panduan di dalam urusan berkaitan dengan komunikasi visual universiti. Manual ini memperjelaskan akan komunikasi visual serta ‘signature’ korporat UiTM yang meliputi logo, warna korporat, cetakan pejabat, pengangkutan, pakaian seragam, cenderamata serta beberapa lagi komponen lain bagi memperlihatkan identiti serta imej universiti yang seragam.

Manual ini begitu bermakna kepada warga UiTM khasnya di dalam memastikan keseragaman imej UiTM dapat diselaraskan serta memperlihatkan ‘signature’ kepada masyarakat secara amnya.

 

§   Manual Sistem Papan Tanda Universiti

MANUAL SISTEM PAPAN TANDA UNIVERSITI EDISI 2012

Manual Sistem Papan Tanda Universiti Edisi 2012 diterbitkan sebagai panduan di dalam urusan berkaitan dengan papan tanda dalaman serta luaran universiti. Manual ini menggariskan penggunaan mukataip, saiz, lambang serta warna pada papan-papan tanda tersebut.

Ketetapan penggunaan visual komunikasi yang standard amat penting demi mewujudkan satu persamaan identiti dalaman uitm termasuk kampus-kampus negeri dan cawangan.
Manual ini dapat digunakan sebagai panduan bagi urusan berkaitan dengan komunikasi visual korporat universiti dan ianya dapat dipatuhi serta dilaksanakan dengan mudah, kemas dan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan.


Sebarang pertanyaan berkaitan isi kandungan buku panduan ini hendaklah dirujuk terus kepada Jabatan Komunikasi Korporat, Aras 2, Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin, UiTM, Shah Alam.

 

§   Manual Pengurusan Acara dan Protokol Universiti

MANUAL PENGURUSAN ACARA & PROTOKOL UNIVERSITI EDISI 2012

Manual Pengurusan Acara & Protokol Universiti Edisi 2012 diterbitkan sebagai  garis panduan kepada semua PTJ di peringkat kampus negeri/ cawangan/ fakulti/ bahagian/ pusat  mendapat manfaat serta memudahkan pengendalian sesuatu acara/ program bagi memastikan penganjuran sesuatu acara atau majlis dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan, efisyen serta sistematik.

Dengan adanya manual ini, segala hal yang berkaitan dengan Pengurusan Acara dan protokol dapat dilaksanakan mengikut standard yang telah ditetapkan oleh pihak Pengurusan UiTM.


Video montaj pelancaran:

 

 

Contact Me

Snap & Read with QRCODE Reader

http://zxing.appspot.com/generator/