PAR EXCELLENCE AWARD,ICQCC Hydrabad India 2021

Alhamdulilah kali in kumpulan kami telah menerima menerima Par Excellence Award di 46th International Convention on Quality Control Circles (ICQCC) 2021

DIAMOND , GOLD AND SILVER AT IIDEX 2019

Alhamdulilah dari dua projek inovasi yang saya sertai dalam (IIDEX) 2019 kali ini , inovasi WeGBY CHAIR telah menerima Anugerah SPECIAL AWARD - DIAMOND dan GOLD manakala inovasi RDMS (Reference Desk Management System ) mendapat anugerah SILVER

FASILITATOR TERBAIK 2019 ZON TENGAH

Alhamdulilah kali ini di anugerahkan sebagai Fasiltator Terbaik di Konvensyen KIK Peringkat UiTM 2019 Zon Tengah sekali lagi setelah menerima pada tahun 2016

ANUGERAH EMAS KONVENSYEN TEAM EXECELLENT MPC 2018

Alhamdulilah tugasan kali ini berjaya membawa kumpulan KIK PTAR i-Clique meraih Anugerah Emas dalam Konvensyen Team Excellent Peringkat Wilayah 2018 ( Wilayah Selatan ) di Holiday Villa Johor Bahru City Centre

ANUGERAH EMAS BAGI INOVASI SOLAT ALERT SOFTWARE (SAS) DI ITEX2017

Alhamdulilah dapat juga melakarkan sejarah memenangi anugerah emas bagi penyertaan di International Invention, Innovation and Technology Exhibition (ITEX 2017) pula dengan produk inovasi Solat Alert Software (SAS). ....

Anugerah EMAS (GOLD) di Ekspo Reka Cipta, Inovasi dan Reka Bentuk (Invention, Innovation And Design Exposition) - IIDEX

Alhamdulilah kedua-dua projek inovasi yang saya sertai mendapat anugerah dalam IIDEX2016 daripada sejumlah 745 penyertaan keseluruhannya.

Awards at British Invention Show 2009

The British Invention Show, is the largest innovation and technology expo in Britain. UiTM submitted 8 entries of which all won medals.

Fasilitator Terbaik

Fasilitator Terbaik kali kedua berturut-turut. Sebenarnya kejayaaan ini adalah kejayaan anda semua.

Konvensyen ICC Kebangsaan

Naib Johan Sektor Awam, 10 Kumpulan Terbaik Sektor Awam, Anugerah Emas 3 Bintang Konvensyen ICC Kebangsaan

Pingat Emas Dalam Malaysia Technology Expo ( MTE)

Menerima anugerah Pingat Emas dalam Malaysia Technology Expo ( MTE) 2009 yang telah diadakan pada 19 hingga 21 Februari 2009 di PWTC, Kuala Lumpur. Pelbagai hasil penyelidikan telah dipamerkan oleh 460 peserta/ kumpulan daripada pelbagai IPTA, badan swasta, MRSM dan lain-lain organisasi.

Showing posts with label Nasyid. Show all posts
Showing posts with label Nasyid. Show all posts

Saturday, June 16, 2012

Maher Zain - KL Merdeka Stadium Concert 2012



Assalamualaikum!

Untuk menambah rasa teruja di kalangan penonton konsert malam ini, kami sediakan beberapa info menarik yang kami perolehi dari sumber-sumber yang boleh dipercayai mengenai Maher Zain Forgive Me Live in Concert 2012 di Stadium Merdeka malam ini. Walaupun bergitu, ia masih dikira info tidak rasmi dan bersifat ‘ura-ura’. Info ini hanya dikira benar jika ia disahkan oleh pihak Maher Zain dan penganjur sahaja.


- Dikhabarkan, Maher Zain akan membuat kejutan istimewa kepada para peminatnya di konsert malam ini dengan menunjukkan bakat bermain alat muzik. Alat muzik apa? Kena datang konsert malam ini.


- Sewaktu sidang media baru-baru ini, Maher Zain bersungguh-sungguh menyatakan yang konsert beliau pada kali ini sangat berlainan berbanding konsert beliau sebelum ini. Banyak perubahan dan pembaharuan yang bakal ditampilkan. Beberapa elemen suprise dan excitement bakal disuntik dalam persembahan kali ini. Ternyata Maher Zain berazam menjadi performer dan entertainer yang baik pada malam ini. Nantikan!
- Maher Zain akan menyanyikan lagu-lagu dari album kedua beliau, Forgive Me. Namun, ketika ditanya media, Maher Zain tidak menafikan yang beliau akan menyanyikan beberapa buah lagu dari album pertama beliau. Apa lagunya? Surprise!
- Maher Zain bakal menyanyikan 23 buah lagu pada konsert kali ini.
- Untuk lagu-lagu yang dinyanyikan dalam Bahasa Melayu, Maher Zain turut mempertimbangkan untuk menyanyikan lagu-lagu tersebut dalam Bahasa Inggeris khas untuk para peminat.
- Para pemuzik Malaysia akan mengiringi persembahan konsert Maher Zain malam ini.
- Persembahan Maher Zain pada malam ini akan mendapat sokongan vokal dari kumpulan vokal harmoni Malaysia yang terdiri dari selebriti terkenal yang mempunyai vokal mantap seperti Suffian Saujana, Faiz Brothers, komposer Frzidan dan ramai lagi.
- Adakah Maher Zain akan memenuhi permintaan peminat dengan menyanyikan beberapa buah lagu extra walaupun konsert sepatutnya sudah tamat seperti tahun lepas? Tunggu malam ini.
- Tidak seperti konsert-konsert sebelum ini, pada konsert malam ini Maher Zain akan menjemput beberapa orang peminat bertuah untuk menyanyikan lagu bersama beliau di atas pentas! WOW!
- Beberapa orang selebriti sudah mula Tweet dan berFacebook mengenai Maher Zain Forgive Me Live In Concert 2012. Kehadiran mereka pasti akan menarik perhatian lensa kamera pada malam ini.
- Sewaktu sidang media, Maher Zain ada menyebut tentang progress album ketiga beliau. Adakah Maher Zain akan memperdengarkan beberapa buah lagu baru di konsert malam ini? Doakan sahaja!


Photo

 · Comment · 

http://munsyeed.com/v1.9/2012/06/ura-ura-mengenai-konsert-maher-zain/

Friday, March 11, 2011

Festival Nasyid Universiti (FeNU'11) Peringkat Kebangsaan 12 Mac 2011
















12 Mac 2011 

8.00 Malam 

Dewan Agong Tuanku Canselor, UiTM, Shah Alam

*Kupon aktiviti  disediakan
Datanglah beramai-ramai menyaksikan perebutan Piala Naib Canselor FeNU'11.












Festival Nasyid Universiti (FeNU'11) Peringkat Kebangsaan merupakan sebuah  program peringkat kebangsaan anjuran Jawatankuasa Perwakilan kolej Perindu 2011. FeNU'11 merupakan kesinambungan kepada program FeNU'09 & FeNU'10. Pada tahun lepas program ini telah menjuarai Anugerah Program Cemerlang Kategori Kebudayaan. Bertemakan "Manifestasi Keimanan" pentas FeNU sekali lagi dibuka pada tahun 2011. Menyahut misi UiTM untuk menjadikan tahun 2011 sebagai tahun kebajikan, JPK Perindu turut menjadikan pentas FeNU'11 sebagai medium untuk mengumpul dana yang akan disalurkan ke Tabung Aman Palestin. Moga dengan izin serta rahmat daripada Allah S.W.T program ini akan berlangsung dengan sempurna. Pada tahun ini FeNU'11 menerima penyertaan daripada 10 buah universiti awam serta swasta. Datanglah beramai-ramai menyaksikan perebutan Piala Naib Canselor FeNU'11. Sokongan anda amatlah kami hargai. Moga dikurniakan rahmat oleh-Nya.

Pengangkutan Bas UiTM disediakan
Laluan 1) Dataran Cendekia - DATC
Laluan 2) Seroja - Anggerik - DATC
Laluan 3) Jati/Meranti - DATC
Laluan 4) Puncak Perdana - Puncak Alam - DATC
*bas pertama mula bergerak jam 7:30 p.m

Maklumat Tambahan - Pihak JPK Perindu sedang berusaha mengumpul dana untuk Tabung Aman Palestin. Sesiapa yang ingin menyumbang boleh terus berhubung dengan YDP Perindu (013-415 8742).




----------------------------------------------------

The University Nasyid Festival 2011 (FeNU' 11)
The University Nasyid Festival 2011 (FeNU' 11) is another programme organised by Perindu College Representative Committee (JPK Perindu). This programme is a sequal of last year programme under the same name. FeNU' 11 is among the biggest activities organised by JPK Perindu. It involves the nasyid teams from all Malaysian Universities. The winning team in the competition will be awarded the Vice Chancellor's Challenge Cup. This programme is also aimed to elevate the status of nasyid genre in society. Through FeNU' 11, the organiser would like to showcase entertainment allowed in Islam. This year's theme is 'Manifestasi Keimanan' (the Manifestation of Faith). The objectives of the festival are:
  1. To elevate the status of nasyid genre in society.
  2. To promote UiTM through Islamic-based entertainment.
  3. To inculcate good rapport among students of tertiary institutions in the country.

Monday, October 04, 2010

Maher Zain Save the Soul Showcase - Malaysia Tour

Mahir Zain Come To Malaysia - Maher Zain LIVE in Shah Alam!



Untuk tempahan tiket :


Iklan Jualan tiket dah keluar sejak (17 September 2010) utk Showcase (Mini Konsert) Maher Zain di Malaysia... 1400 seats sahaja buat masa ini! Terhad tu!

Dibawakan khas untuk anda! Showcase Maher Zain, “Save The Soul”

Untuk dapatkan tiket, hubungi :


1) Raudhatus Sakinah, 03-4108 9669 (Pn Izahana / En Abdullah Omar)

2) In-Team Records, 03-6273 6393 / 017-668 1885 (En Fairus)

3) My Event Enterprise, 03-5511 0650 (En Roslan / En Naizi

Tiket berharga : RM 200, RM 150, RM 100 dan RM 70.




Berita terkini mengatakan tiket dah -SOLD OUT -dari sumber 



Maher Zain Malaysian Fan Club (MZM-FC)

Like




Kami memohon maaf kepada semua peminat Maher Zain kerana semua tempahan tiket telah penuh. Diharapkan peminat Maher Zain akan sentiasa mengikuti website kami untuk perkembangan terkini Maher Zain di Malaysia (termasuk lokasi-lokasi lain utk Meet The Fan)

Due to  full bookings for the Showcase, we would like to really apologize to all Maher Zain’s fan. Please keep updated with our website for latest information on Maher Zain in Malaysia (including his ‘Meet The Fan’ session).


Apa-apapun, good luck buat penganjur (Raudhatus Sakinah, Inteam Record dan My Event) untuk penganjuran Showcase ini. Moga dipermudahkan segala urusan kalian. Baik urusan kekalutan sponsor, urusan penjualan tiket hinggalah semasa Showcase berlangsung. Inshaallah, jika program baik, datang dengan niat yang baik, dan mesej yang ingin disampaikan baik, You will find your way..

Mengenali siapa penganjur Showcase ini :





1- Raudhatus Sakinah. Rujuk [link] :
Remaja hari ini terdedah dengan pelbagai gejala sosial yang menyebabkan mereka mudah terjerumus ke dalam aktiviti kurang sihat sama ada secara langsung atau sebaliknya. Ramai di kalangan mereka menjadi mangsa penderaan, penganiayaan, pengabaian, tekanan psikologi, perkosaan, sumbang mahram dan sebagainya. 

Sehubungan itu, Raudhatus Sakinah (RS) diwujudkan sebagai sebuah institusi yang memberi perlindungan dan bimbingan kepada remaja puteri yang menjadi mangsa gejala sosial ini. RS berusaha membantu remaja-remaja yang terlibat meningkatkan keyakinan dan keupayaan diri agar menjadi individu yang berguna kepada masyarakat dan agama. 

RS telah beroperasi sejak Ogos 1998 di bawah pengendalian Wanita Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (WJIM). RS merupakan projek yang berterusan untuk membantu masyarakat menangani gejala sosial khususnya di kalangan remaja. RS telah didaftarkan secara rasminya di bawah Akta Pusat Jagaan 1993 dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.


Apa Objektif mereka? Baca ini :
Membimbing remaja menghayati Islam sebagai cara hidup. 

Membantu remaja membina semula keyakinan diri. 

Membantu remaja meneruskan kehidupan yang sihat dan memberi manfaat kepada masyarakat.


2- Inteam Record - Sejarah Inteam dan Dunia Korporat Inteam
MISI DAN WAWASAN









Didaftarkan pada 6 Disember 2005, Inteam Records Sdn. Bhd. telah ditubuhkan untuk memenuhi wawasan dan misi kumpulan nasyid INTEAM bagi meluaskan lagi empayar industri nasyid tanahair di samping melebarkan sayap dakwah kepada kumpulan sasaran yang lebih luas dan global. Inteam Records Sdn Bhd akan bertindak sebagai penyelaras dan pengurus persembahan kumpulan nasyid INTEAM di samping mengatur program-program yang bercorak mendidik sambil berhibur. Selain itu, kejayaan anggota kumpulan ini dalam bidang pendidikan juga akan dijadikan pemangkin bagi remaja-remaja lain melalui program-program motivasi yang bakal diadakan. Dengan izin Allah s.w.t., semangat dan kesungguhan pihak pengurusan dan kakitangan untuk mewujudkan satu konsep hiburan bermotivasi akan menjadi suatu momentum yang kuat ke arah kejayaan Inteam Records yang diharapkan.

Namapaknya memang sibuk dan agak padat jadual saudara Maher Zain kita pertama kali buat Show di Malaysia ini:








Share/Bookmark

Friday, June 25, 2010

PESTA BUKU SELANGOR 2010



















Telah bermula Pesta Buku Selangor 2010 dan bercadang bawa keluarga, anak2 ke Pesta Buku serta ke pelbagai aktiviti yang akan diadakan sempena Pesta ini. Hajat hati nak menjadikan anak-anak orang yang berilmu , orang berilmu seharusnya luas pengetahuannya terutama dengan membaca, mendengar , melihat , memerhati 
dan sebagainya. Maka ayahnyalah dulu kena mulakan minat membaca dan menjadikan budaya dikalangan anak-anak dan keluarga.

Oleh itu jom kita beramai-rami ke PESTA BUKU SELANGOR 2010 yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Selangor melalui Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan dan Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) 
Ia merupakan program tahunan dan pelaksanaan Pesta Buku ini adalah dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri Selangor (JPS), Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Selangor (BTP), Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM), Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Selangor FM, PTS Millennia, Karangkraf, Sinar Harian, Selangor fm, Pihak Berkuasa Tempatan, Jabatan-Jabatan Kerajaan Negeri, Persekutuan, Swasta, NGO dan pihak Media.

Tempat: Kompleks PKNS, Shah Alam
Tarikh: 25 Jun – 5 Julai 2010 (11 hari)
Jam: 10 pagi – 9 malam

PESTA BUKU SELANGOR 2010.doc

OBJEKTIF
1 Memberi peluang kepada komuniti untuk memilih dan memperolehi bahan bacaan berkualiti tinggi serta terkini;
2 Meneruskan usaha-usaha merangsang dan mempromosikan budaya membaca;
3 Memaju dan menggalakkan penerbitan serta perusahaan buku di negeri ini;
4 Meneruskan rangkaian harmoni di kalangan golongan iktisas yang berkait rapat dengan penerbitan dan pembangunan buku;
5 Mengenalpasti pelbagai inisiatif baru media pembelajaran, dan bacaan yang sesuai untuk semua golongan masyarakat maupun institusi; dan
6 Memberi perhatian kepada penerbitan buku-buku yang mengandungi sistem peradaban, nilai dan budaya Malaysia. Oleh yang demikian, perkembangan penerbitan buku-buku tempatan akan dapat mencapai hasrat dan wawasan kerajaan untuk mewujudkan generasi berilmu yang maju melalui pembacaan.

RASIONAL
1 Menjadi salah satu agenda utama dari program Gerakan Membaca Peringkat Negeri
2 Meneruskan usaha untuk menjadikan Pesta Buku Negeri Selangor ini yang terbaik di Malaysia sekaligus menjadikannya kesinambungan kepada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur.
3 Memberi peluang dan ruang kepada penerbitan buku-buku tempatan.
4 Sambutan di luar jangkaan 4 tahun penganjuran serta maklumbalas tempahan penyertaan yang telah diterima meningkat dari semasa ke semasa.
5 Mengisi minda generasi muda serta keluarga dengan membentuk citarasa dan nilai mereka terhadap bahan yang dibaca di samping memperkukuhkan budaya ilmu di dalam keluarga.
6 Hubungkait yang kuat di antara perkembangan buku dengan dunia pendidikan.
7 Pesta buku seperti ini akan dapat memberi indicator kepada penerbit dan industri buku khususnya, serta pengguna dan pembaca amnya, dalam mengenalpasti keperluan, bidang atau jenis buku yang perlu diterbitkan.
PENYERTAAN PEMPAMER
Pesta Buku Selangor 2010 akan disertai oleh pelbagai penerbit dan pengedar buku yang akan mempamerkan pelbagai buku-buku terbitan dalam dan luar negara.
Sebanyak 55 buah syarikat dijangkakan akan menyertai pameran ini dengan jumlah gerai 114 buah.
Sasaran pengunjung tahun ini adalah seramai 400,000 orang. Antara pempamer yang akan menyertai adalah Blue T Publication yang terkenal dengan Majalah Ana Muslim, Kohwai & Young, Moy Publications, Kualiti Books, PTS Publications, Kumpulan Karangkraf, Alaf 21, Telaga Biru, Al-Hidayah, Dewan Bahasa & Pustaka dan lain-lain
Buku-buku yang akan dipamerkan termasuklah buku bacaan umum, buku rujukan pelajaran sekolah/universiti, buku cerita kanak-kanak dan dewasa, buku kreatif, ensiklopedia, novel dan majalah. Beberapa syarikat juga bersedia menawarkan diskaun istimewa kepada pengunjung, terutamanya pelajar.
CADANGAN AKTIVITI SAMPINGAN
Pelbagai aktiviti sampingan yang akan melibatkan semua kategori iaitu dewasa, remaja
dan kanak-kanak akan diadakan dipentas aktiviti.
1 Aktiviti bersama Karangkraf, Upin & Ipin dan Knowledge Discovery (penerbit majalah)
2 Aktiviti Bersama ilustrator
3 Dailog dan Sesi bersama penulis buku terkenal
4 Kempen keahlian Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor
5 Aktiviti dari Perpustakaan Awam Negeri – jemputan
6 Baca Cerpen, Kuiz, Forum, Nasyid dan sebagainya
7 Persembahan Boneka PPAS
8 Pelbagai pertandingan seperti peraduan mewarna, melukis dan bercerita (penyertaan tabika dan sekolah-sekolah).

NATIJAH

  1. Terus menghidupkan dan memberi sokongan kepada industri penerbitan buku.
  2. Menggalakkan perkembangan penyelidikan dalam keperluan bahan bacaan untuk komuniti.
  3. Melaksanakan dasar dan saranan yang terkandung di dalam Dasar Buku Negara.
  4. Secara tidak  langsung, menarik kedatangan pelancong dan menjadi daya tarikan bagi industri perhotelan dan outlet perniagaan.
  5. Memberi peluang kepada warga Lembah Klang dan kawasan sekitarnya meneroka bahan-bahan bacaan terkini.
  6. Mewujudkan rangkaian yang sihat sebagai tempat pertemuan penerbit, penulis, pustakawan, pendidik para ilmuan berkumpul.

Pesta Buku Selangor 2010 merupakan kesempatan yang baik kepada seluruh penduduk Selangor mahupun negeri-negeri berhampiran untuk membawa keluarga dan anak-anak bagi mendapatkan bahan bacaan untuk seisi keluarga. Peluang istimewa yang menghimpunkan pelbagai buku di bawah satu bumbung dengan pelbagai aktiviti hanya berlangsung sekali setahun. Semoga kesempatan ini tidak dilepaskan dalam menanam minat membaca kepada keluarga dan anak-anak kita.
Pertanyaan lanjut sila berhubung:-
Urusetia : En. Sarwani - 03-55197667
sambungan 204 / 019-5672245
Program/Aktiviti : Pn. Suzliana -03-55197667

http://www.ppas.gov.my/ http://www.pestabukuselangor.com/

Contact Me

Snap & Read with QRCODE Reader

http://zxing.appspot.com/generator/