PAR EXCELLENCE AWARD,ICQCC Hydrabad India 2021

Alhamdulilah kali in kumpulan kami telah menerima menerima Par Excellence Award di 46th International Convention on Quality Control Circles (ICQCC) 2021

DIAMOND , GOLD AND SILVER AT IIDEX 2019

Alhamdulilah dari dua projek inovasi yang saya sertai dalam (IIDEX) 2019 kali ini , inovasi WeGBY CHAIR telah menerima Anugerah SPECIAL AWARD - DIAMOND dan GOLD manakala inovasi RDMS (Reference Desk Management System ) mendapat anugerah SILVER

FASILITATOR TERBAIK 2019 ZON TENGAH

Alhamdulilah kali ini di anugerahkan sebagai Fasiltator Terbaik di Konvensyen KIK Peringkat UiTM 2019 Zon Tengah sekali lagi setelah menerima pada tahun 2016

ANUGERAH EMAS KONVENSYEN TEAM EXECELLENT MPC 2018

Alhamdulilah tugasan kali ini berjaya membawa kumpulan KIK PTAR i-Clique meraih Anugerah Emas dalam Konvensyen Team Excellent Peringkat Wilayah 2018 ( Wilayah Selatan ) di Holiday Villa Johor Bahru City Centre

ANUGERAH EMAS BAGI INOVASI SOLAT ALERT SOFTWARE (SAS) DI ITEX2017

Alhamdulilah dapat juga melakarkan sejarah memenangi anugerah emas bagi penyertaan di International Invention, Innovation and Technology Exhibition (ITEX 2017) pula dengan produk inovasi Solat Alert Software (SAS). ....

Anugerah EMAS (GOLD) di Ekspo Reka Cipta, Inovasi dan Reka Bentuk (Invention, Innovation And Design Exposition) - IIDEX

Alhamdulilah kedua-dua projek inovasi yang saya sertai mendapat anugerah dalam IIDEX2016 daripada sejumlah 745 penyertaan keseluruhannya.

Awards at British Invention Show 2009

The British Invention Show, is the largest innovation and technology expo in Britain. UiTM submitted 8 entries of which all won medals.

Fasilitator Terbaik

Fasilitator Terbaik kali kedua berturut-turut. Sebenarnya kejayaaan ini adalah kejayaan anda semua.

Konvensyen ICC Kebangsaan

Naib Johan Sektor Awam, 10 Kumpulan Terbaik Sektor Awam, Anugerah Emas 3 Bintang Konvensyen ICC Kebangsaan

Pingat Emas Dalam Malaysia Technology Expo ( MTE)

Menerima anugerah Pingat Emas dalam Malaysia Technology Expo ( MTE) 2009 yang telah diadakan pada 19 hingga 21 Februari 2009 di PWTC, Kuala Lumpur. Pelbagai hasil penyelidikan telah dipamerkan oleh 460 peserta/ kumpulan daripada pelbagai IPTA, badan swasta, MRSM dan lain-lain organisasi.

Showing posts with label Maal Hijrah. Show all posts
Showing posts with label Maal Hijrah. Show all posts

Saturday, July 06, 2024

Selamat Menyambut Awal Muharam – Maal Hijrah 1446H

 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera

Salam Maal Hijrah 1446H
Al-Falah Pemacu Malaysia Madani

Persatuan Pentadbir UiTM (PPUiTM) mengucapkan Selamat Menyambut Awal Muharam - Maal Hijrah 1446H kepada warga kerja UiTM keseluruhannya.

Bersempena sambutan Maal Hijrah tahun ini, marilah kita bersama-sama menghayati semangat hijrah dan perjuangan Rasulullah SAW dalam menyebarkan agama Islam.
Semoga kedatangan tahun baharu memberikan semangat untuk lebih berjaya dalam apa jua yang kita lakukan

Wasalam

#maalhijrah

Saturday, October 01, 2016

Salam Maal Hijrah - Selamat Tahun Baru



Salam Maal Hijrah buat semua ,
Moga tahun baru ni kita semua diberi peluang mengecap kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki serta dipanjangkan usia dalam iman dan keberkatan. Moga kita semua berusaha menjadi hamba Allah yang lebih baik lagi, Moga hari esok lebih baik dari semalam, amin

Monday, November 04, 2013

Salam Maal Hijrah 1435H bersamaan 5 November 2013


"Didalam peredaran waktu dan putaran siang dan malam adalah tanda akan semakin hampirnya kehidupan ini kepada penghujungnya. Marilah kita berazam di tahun baru ini untuk berbekal dengan ketaatan di dunia yang tidak lama akan berakhir, demi menikmati alam yang tiada mempunyai akhiran"

Alhamdulillah sedar tidak sedar, kita telah memasuki tahun baru 1435 Hijrah. Sudahkah kita bersedia untuk berhadapan dengan tahun-tahun yang mendatang?

Hijrah adalah satu peristiwa besar yang sangat signifikan dalam perjuangan Rasulullah (S.A.W) dan sewajarnya ianya difahami dan dijadikan sebagai pengajaran kita bersama. Bersempena dengan sambutan Maal Hijrah kali ini saya mengajak semua agar kita menghayati sepenuhnya semangat penghijrahan ini dan saling bekerjasama dan bermuafakat membuat perubahan kepada yang lebih baik dan memajukan diri demi memartabatkan maruah bangsa, negara dan ummah sejagat.

Bersempena dengan ketibaan 1 Muharram 1435 Hijrah bersamaan 5 November 2013 ini, saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan Salam Maal Hijrah kepada semua terutamanya yang beragama Islam.
Salam Maal Hijrah 1435H!

Program sempena Maal Hijrah







http://ahmadfaizar.blogspot.com/2009/12/selamat-menyambut-maal-hijrah-1431.html

http://ahmadfaizar.blogspot.com/2010/12/salam-maal-hijrah-1432h-bersamaan-7.html

http://ahmadfaizar.blogspot.com/2012/11/salam-maal-hijrah-1434.html

Friday, November 16, 2012

Salam Maal Hijrah 1434

Salammaalhijrah

Sempena menyambut Awal Muharram 1434H  kami sekeluarga ingin mengucapkan salam maal hijrah 1434 kepada semua…. 

Semoga kedatangan tahun baru ini bakal memberikan sinar bahagia kepada semua umat Islam agar terus berjaya dunia dan kahirat..amin

Salammaalhijrah201434h600

"Sesiapa yang berhijrah di jalan Allah, nescaya mereka mendapati di muka bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezeki yang banyak. Sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan maksud berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian kematian menimpanya (sebelum sampai ke tempat yang dimaksudkan), maka sungguh telah tetap pahalanya di sisi Allah. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.."(an-Nisaa:100)

Jom Hijrah

Monday, December 06, 2010

Salam Ma’al Hijrah 1432H bersamaan 7 disember 2010

Semoga iman diperkuatkan, amalan ditambah, perjuangan menegakkan syiar Islam dimantapkan.
Semoga tahun depan lebih baik dari tahun ini.


1 Muharram 1432 bukan sekadar hari cuti. Ia adalah permulaan ke jalan kebaikan dan meninggalkan segala kemungkaran. Jadikanlah hijrah yang sebenar seperti hijrah Nabi Muhammad SAW.

Salam Maal Hijrah



Rasa macam sekejap je dah sampai tahun baru hijrah. Mungkin ada yang tak perasan dan mungkin terlupa yang tahun baru hirah atau maal hijrah hanya beberapa hari saja lagi. Kalau mengikut kalendar masihi maal hijrah iaitu 1 Muharam 1432 H adalah pada hari selasa ni iaitu 7 Disember 2010.



InsyaAllah petang ni pi Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Selangor

Tarikh : 6 Disember 2010 (Isnin)
Masa : 6.00 petang
Tempat : Masjid Negeri, Shah Alam
Dirasmikan oleh DYMM Sultan Selangor

Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir
AKTIVITI YANG DIADAKAN :
  • Bacaan Doa Akhir Tahun Dan Awal Tahun
  • Titah DYMM Sultan Selangor
  • Ceramah Khas Sempena Maal Hijrah
  • Pengumuman Dan Anugerah Tokoh Maal Hijrah Peringkat Negeri Selangor
"SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH 1432 / 2010 MASIHI"




Lagu maal hijrah di bawah merupakan lagu yang berkumandang setiap kali sambutan Maal Hijrah diadakan tak kira lah kat sekolah atau kat tv. Saya pun tak tahu tahun bila lagu ni dibuat tapi dari zaman sekolah rendah dulu lagi lagu ni dah popular. 



Friday, December 18, 2009

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1431

PADA 1 Muharam setiap tahun, umat Islam merayakan sambutan Maal Hijrah, bergembira atas kehadiran tahun baru dalam kalendar Islam.Sambutan itu tidak disebut dalam al-Quran atau nas Sunah Nabi secara terus terang tetapi ia tetap dianggap perayaan umat Islam.
Ironinya umat Islam masih lebih cenderung meraikan secara berlebihan-lebihan tahun baru Masihi (1 Januari) baru-baru ini termasuk dicemari perbuatan songsang lantas mencemarkan kemuliaan Muharam.

Kemuliaan Muharam yang pada hari itu kita berselawat memuji-muji Rasulullah - satu amalan yang diperintah Allah.Kita alunkan nasyid-nasyid seperti Talaal Badru Alaina bagi mengingati kembali betapa gembira kaum Ansar menyambut kehadiran Rasulullah bersama Muhajirin di Madinah.

Sejarah Ringkas Hijrah
UMUMNYA hijrah bermaksud berpindah dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Penghijrahan komuniti Muslim pada zaman Rasulullah SAW berlaku sebanyak tiga kali. Pertama, hijrah ke Habsyah pada 615 Masihi, kedua juga ke Habsyah pada 617 Masihi dan ketiga ialah hijrah Rasul SAW ke Yathrib pada 622 masihi.
Mengenai hijrah ke Yathrib, Rasulullah SAW ada menceritakan dalam hadisnya yang bermaksud:
“Aku melihat dalam tidurku aku berhijrah dari Makkah ke satu tanah yang banyak pokok kurma. Pada mulanya aku menyangka Yamamah atau Hajar, rupa-rupanya ia adalah Madinah, iaitu Yathrib.” – (Hadis riwayat Bukhari)

Pada peringkat awal, Rasulullah hanya memperkenalkan Islam kepada sahabat terdekat dan ahli keluarga baginda. Apabila baginda menerima perintah daripada Allah SWT supaya berdakwah secara terbuka, baginda segera akur.Baginda mengumpul beberapa pengikut di Makkah.

Begitupun, kumpulan kecil Muslim itu terdedah kepada maut berikutan ancaman daripada kaum kafir, terutama bangsa Quraish, yang menyeksa mereka dengan teruk. Bagi mengelakkan ancaman itu, Rasulullah SAW mengarahkan pengikutnya supaya keluar dari Makkah secara senyap-senyap ke Madinah (ketika itu dikenali sebagai Yathrib).

Satu hari pada tahun 622M, iaitu kira-kira 12 tahun selepas berdakwah di Makkah, Rasulullah SAW diberitahu kaum kafirun Makkah merancang membunuh baginda untuk memusnahkan Islam.

Malah penduduk Madinah yang baru memeluk Islam juga gembira dapat bertemu Rasulullah (SAW). Jelaslah, sebelum tibanya Rasulullah di Madinah, Islam semakin kukuh di tempat baru itu, sesuatu yang tidak berlaku ketika berada di Makkah. Maka pada hari Isnin 8 Rabiulawal bersamaan 20 September 622M, Rasulullah (SAW) akhirnya tiba di Quba, sempadan Madinah dan benar-benar masuk ke Kota Madinah pada 12 Rabiulawal, hari Jumaat dan mendirikan solat Jumaat yang pertama di Kampung Bani Amar.

Kaum Muslimin semua keluar untuk menyambut baginda. Bertitik tolak dari itu, Rasulullah (SAW) mula membina sebuah negara Islam yang megah.

Baginda memupukkan persaudaraan di kalangan umat Muslim dan menyeru mereka supaya menegakkan yang hak dan mengikut segala perintah Allah SWT.

Kesan daripada penghijrahan Rasulullah (SAW) dari Makkah ke Madinah adalah satu catatan penting sehingga umat Islam menjadikan tahun peristiwa bersejarah ini sebagai tahun permulaan kalendar Islam.

Bagi kita umat Islam perlulah mengambil kesempatan cuti dalam sambutan tahun Hijrah untuk menghidupkannya dengan majlis-majlis ilmu, ataupun ibadat-ibadat seperti majlis zikir dan doa, malah majlis atau pertandingan yang boleh menarik minat orang ramai terutama remaja kepada Islam seperti pertandingan nasyid, puisi atau cerita pendek sejarah Islam, mlah mungkin dapat dinobatkan tokoh Remaja Hijrah bagi memberikan suntikan baru kepada program sambutan Maal Hijrah.

Akhirnya saya sekali lagi ingin mengambil kesempatan yang ada ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1431 kepada seluruh umat Islam. Moga Allah SWT memberikan petunjuk, rahmat dan keampunan kepada kita semua pada tahun yang mendatang ini.

Contact Me

Snap & Read with QRCODE Reader

http://zxing.appspot.com/generator/