Saturday, September 15, 2018

Berceramah di Bengkel Lonjakan Perkhidmatan Perpustakaan


Hari ini saya diminta berkongsi sedikit maklumat di Bengkel Lonjakan Perkhidmatan Perpustakaan , 15 September 2018, Sabtu 8.00am - 5.00 pm di Bilik Seminar PTAR Utama.



Pada tahun 2018 ini, Perpustakaan UiTM memberi fokus kepada lonjakan perkhidmatan bagi memastikan peranan perpustakaan dan pustakawan dalam menyokong inisiatif universiti ke arah kampus digital dan penggiatan budaya membaca dikalangan warga universiti dapat dilaksanakan . Perpustakaan kini secara aktif merekabentuk semula perkhidmatan dan kemudahan perpustakaan sejajar dengan perubahan yang berlaku terhadap masyarakat, persekitaran dan perkembangan pesat teknologi maklumat. 

Era digital ini memberi cabaran baharu kepada perpustakaan untuk berusaha dan berjuang agar terus maju kehadapan. Bengkel ini diadakan khusus kepada staf dan pelajar Universiti Teknologi MARA yang terdiri daripada Pegawai Perhubungan perpustakaan dan Pustakawan Rujukan.

Ada pun objektif Bengkel ini seperti berikut

i. Mengadakan sesi sumbang saran dan perbincangan aktif khususnya mengenai aspek perkhidmatan dan kemudahan baharu yang boleh ditawarkan dan dinikmati oleh pengguna dalam memperkasakan peranan PTAR di Universiti.
 
ii. Mengenalpasti keperluan dan kehendak utama pengguna bagi memantapkan budaya membaca, meningkatkan jumlah penggunjung fizikal dan menyokong aktiviti pengajaran, pembelajaran serta penyelidikan di Perpustakaan UiTM.
iii. Menjana idea baru yang segar daripada pengguna dalam membantu perancangan merekabentuk semula perkhidmatan perpustakaan UiTM.


Bengkel ini diberikan kepda beberapa Kumpulan Sasaran , sesi pertama kepada Majlis Perwakilan Pelajar/Kelab Sahabat PTAR/Persatuan Pelajar UiTM manakala sesi kedua pada minggu hadapan  kepada  Pegawai Perhubungan Perpustakaan (Pustakawan/Pensyarah) dan sesterunya sesi ketiga Pustakawan Rujukan dan Pustakawan dimana  kami akan memberi dan juga memerlukan input bagi menambah baik lagi perkhidmatan yang sedia ada.

Kami juga ingin mendapatkan maklumbalas  tentang  laman web Perpustakaan  UiTM yang ada sekarang kerana kami sedang berusaha menaiktaraf  laman web sedia ini kearah laman web yang terkini ..boleh lihat perkembang evolusi laman web di artikel  berikut Evolution of The Web : Web 1.0, web 2.0, web 3.0 , web 4.0 , web 5.0 and beyond



Oleh itu para peserta bengkel atau pengguna laman web perpustakaan  juga diminta   mengisi maklumbalas laman web disini  https://tinyurl.com/y8meazr8   atau boleh scan QR code dibawah ini , Kerjasam semua didahulukan dengan ucapan terima kasih.
foto sekitar bengkel














read more

https://bit.ly/2N9IOJK



0 comments:

Contact Me

Snap & Read with QRCODE Reader

http://zxing.appspot.com/generator/