PAR EXCELLENCE AWARD,ICQCC Hydrabad India 2021

Alhamdulilah kali in kumpulan kami telah menerima menerima Par Excellence Award di 46th International Convention on Quality Control Circles (ICQCC) 2021

DIAMOND , GOLD AND SILVER AT IIDEX 2019

Alhamdulilah dari dua projek inovasi yang saya sertai dalam (IIDEX) 2019 kali ini , inovasi WeGBY CHAIR telah menerima Anugerah SPECIAL AWARD - DIAMOND dan GOLD manakala inovasi RDMS (Reference Desk Management System ) mendapat anugerah SILVER

FASILITATOR TERBAIK 2019 ZON TENGAH

Alhamdulilah kali ini di anugerahkan sebagai Fasiltator Terbaik di Konvensyen KIK Peringkat UiTM 2019 Zon Tengah sekali lagi setelah menerima pada tahun 2016

ANUGERAH EMAS KONVENSYEN TEAM EXECELLENT MPC 2018

Alhamdulilah tugasan kali ini berjaya membawa kumpulan KIK PTAR i-Clique meraih Anugerah Emas dalam Konvensyen Team Excellent Peringkat Wilayah 2018 ( Wilayah Selatan ) di Holiday Villa Johor Bahru City Centre

ANUGERAH EMAS BAGI INOVASI SOLAT ALERT SOFTWARE (SAS) DI ITEX2017

Alhamdulilah dapat juga melakarkan sejarah memenangi anugerah emas bagi penyertaan di International Invention, Innovation and Technology Exhibition (ITEX 2017) pula dengan produk inovasi Solat Alert Software (SAS). ....

Anugerah EMAS (GOLD) di Ekspo Reka Cipta, Inovasi dan Reka Bentuk (Invention, Innovation And Design Exposition) - IIDEX

Alhamdulilah kedua-dua projek inovasi yang saya sertai mendapat anugerah dalam IIDEX2016 daripada sejumlah 745 penyertaan keseluruhannya.

Awards at British Invention Show 2009

The British Invention Show, is the largest innovation and technology expo in Britain. UiTM submitted 8 entries of which all won medals.

Fasilitator Terbaik

Fasilitator Terbaik kali kedua berturut-turut. Sebenarnya kejayaaan ini adalah kejayaan anda semua.

Konvensyen ICC Kebangsaan

Naib Johan Sektor Awam, 10 Kumpulan Terbaik Sektor Awam, Anugerah Emas 3 Bintang Konvensyen ICC Kebangsaan

Pingat Emas Dalam Malaysia Technology Expo ( MTE)

Menerima anugerah Pingat Emas dalam Malaysia Technology Expo ( MTE) 2009 yang telah diadakan pada 19 hingga 21 Februari 2009 di PWTC, Kuala Lumpur. Pelbagai hasil penyelidikan telah dipamerkan oleh 460 peserta/ kumpulan daripada pelbagai IPTA, badan swasta, MRSM dan lain-lain organisasi.

Wednesday, October 19, 2011

Perjalanan Ketanah Suci Mekah bermula

Perjalanan Ketanah Suci Mekah bermula


5.00pm bergerak ke Kompleks TH Kelana Jaya
5.30 pm sampai Kompleks Kelana Jaya


8.30 pm bergerak masuk check-in
10.15 pm taklimat
10.45 pm beratur naik bas
11.13 pm naik bas
12.14 pm sampai d KLIA
12.50 am masuk ke kapal terbang Saudi Arabian Airlines
1.30 am fly
9.30 am tiba d Lapangan Terbang Jedah
2.55 pm bergerak dari Jedah ke Mekah
4.25 pm tiba d Pilgrims Center dpt gift meal & Air Zamzam
5.00 pm Alhamdulila sampai di Maktab 93, Rawdhat Al-Shouro, Bilik 0803 sebilik 4 orang.

Panggilan ke Tanah Suci Makkah

Masjidilharam

Alhamdulillah, masa yang ditunggu akhirnya telah tiba. Berdebar-debar juga rasanya. Ikut jadual Insya Allah, saya Faizar dan isteri saya, Azizon akan bergerak ke Tanah Suci Mekah untuk menunaikan ibadat Haji dan juga akan ziarah ke Madinah, bandar Nabi s.a.w. Insya Allah bermula 19hb Oktober  hingga 12hb Disember 2011. 

Saya nak ambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menunaikan ibadah haji kepada semua jemaah haji Malaysia pada tahun ini yang akan melaksanakan ibadah tersebut di tanah suci Mekah.

Doakan kami selamat pergi dan balik. Jika ditakdirkan kami ‘pulang menemui-Nya’ di sana, doakan agar kami ditempatkan bersama orang-orang yang mendapat nikmat-Nya. Minta maaf atas salah silap selama ini. 

Tuesday, October 11, 2011

InfoTech UiTM - TechnoUpdate 5 : UiTM Digital Library Services



Tarikh : 10 dan 11 Oktober 2011
Masa : 9:00 pagi hingga 5:30 petang
Tempat : Anjung Sri Budiman, UiTM Shah Alam
http://faizar.posterous.com/ptarhari-it-infotech-uitm-2011
9.15 am: Give talk & Quiz in InfoTech UiTM - TechnoUpdate 5 : UiTM Digital Library Services

http://www.slideshare.net/faizar

Monday, October 10, 2011

PTAR@Hari IT / InfoTech UiTM 2011

Hariit-infotech2010

Temui kami di Booth No. 15 (PTAR) di Hari IT / InfoTech UiTM 2011 untuk pertanyaan mengenai perkhidmatan yang ditawarkan

Tarikh : 10 dan 11 Oktober 2011 
Masa : 9:00 pagi hingga 5:30 petang 
Tempat : Anjung Sri Budiman, UiTM Shah Alam 


http://www.uitm.edu.my/ind ex.php/en/upcoming-events/ 507-hari-infotech-2011

Hari IT UiTM 2011 ini dirasmikan oleh Penolong Naib Canselor (PNC) Pembangunan, Fasiliti dan InfoTech. Program ini  berlangsung selama 2 hari yang melibatkan pemain-pemain industri ICT seperti Hewlett – Packard (HP), Intelligence Business Machine (IBM), Oracle, CISCO dan banyak lagi. 
Disamping itu juga, orang ramai, kakitangan dan pelajar UiTM berpeluang untuk memberi maklumbalas, bertanya soalan dan bertemu sendiri dengan para pentadbir sistem-sistem utama universiti seperti Sistem Maklumat Pelajar (SIMS), Sistem Maklumat Kewangan (FAIS), Sistem Pengurusan Maklumat Staf (STARS), Sistem Pengurusan Facilities (FMS) di booth 17 Pejabat Teknologi Maklumat (Infotech) .

Kepada para pensyarah, staf pentadbiran dan pelajar yang mempunyai minat atau terlibat secara langsung di dalam dunia ICT, bolehlah menghadiri Technology Talk dan Technology Update yang akan disampaikan oleh penceramah dari pemain utama ICT. Pelbagai tajuk taklimat yang menarik akan disampaikan berhubung isu semasa ICT.

Para pengunjung turut berpeluang untuk melihat sendiri keadaan dan suasana Pusat Data Universiti pada 2 hari tersebut. Pihak InfoTech menyediakan bas ulang-alik (shuttle bus) ke Pusat Data Universiti.

Pada hari ke 2, satu wawancara akan diadakan bersama Naib Canselor UiTM, Dato’ Prof. Dr. Ir Sahol Hamid Abu Bakar FASc.

Cabutan bertuah juga akan di adakan pada hari tersebut. Seperti kawan kita staf PTAR yang bertuah ini telah mendapat Samsung GalaxyTab 10 in. Tahniah

Samsunggalaxytab10

Masuk adalah percuma. Untuk keterangan lanjut, layari http://infotech.uitm.edu.my/ 
atau emelkan ke hit2011@salam.uitm.edu.my. A
nda juga boleh menghubungi hot line InfoTech 03 -5544 2203.

http://infotech.uitm.edu.my/v1/images/stories/hit2011.pdf

http://www.uitm.edu.my/index.php/en/upcoming-events/507-hari-infotech-2011 


Selain dari itu anda juga boleh ke Campus Youth PC Carnival  banyak barang dijual. laptop,kamera,handpone, ipad pun ade! sume dgn harga berpatutan pulak tu

Tarikh : 10 dan 12 Oktober 2011 
Masa : 9:00 pagi hingga 5:30 petang 
Tempat : Dewan Sri Budiman, UiTM Shah Alam 
 

Get  your IT Gadgets at PC Carnival

Hit2011pccarnival
http://www.facebook.com/UnicomCampusYouthClub
http://unicommarketing.com.my/ 

Friday, September 23, 2011

SAMBUTAN HARI PELADANG, PENTERNAK DAN NELAYAN PERINGKAT NEGERI KEDAH DARUL AMAN

20110921-26hppnk

SAMBUTAN HARI PELADANG, PENTERNAK DAN NELAYAN PERINGKAT NEGERI KEDAH DARUL

20110921-26hppnk

ATURCARA MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN HARI PELADANG, PENTERNAK DAN NELAYAN PERINGKAT NEGERI KEDAH DARUL AMAN TAHUN 2011

21hb September 2011 (Rabu) 9.30 Pagi

MAJLIS KEBERANGKATAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA TUANKU SULTAN DAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA TUANKU SULTANAH KE SAMBUTAN HARI PELADANG, PENTERNAK DAN NELAYAN TAHUN 2011

22hb September 2011 (Khamis) 2.00 Petang

 

MAJLIS KEBERANGKATAN 

KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA TUANKU SULTAN DAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA TUANKU SULTANAH

KE SAMBUTAN HARI PELADANG, PENTERNAK DAN NELAYAN TAHUN 2011

2.00 petang : Para peserta mengambil tempat

2.30 petang : Dif-dif jemputan mengambil tempat

2.45 petang : Ketibaan Yang Teramat Mulia Tunku Panglima Besar Dato’ Seri Tunku Puteri Intan Safinaz binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Haji Abdul Halim Mu’adzam Shah, DKH., DKYR., SSDK., JP

2.55 petang : Keberangkatan tiba Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Raja Muda

3.00 petang : Keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha MuliaTuanku Sultan dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultanah

 

: Lagu ”ALLAH SELAMAT SULTAN” di mainkan

: Bacaan Doa

: Ucapan Aluan Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pertanian dan Industri Asas Tani, YB. Dato’ Hj’ Amiruddin bin Haji Hamzah

: Penyampaian Anugerah Peladang Tahun 2011

- ANUGERAH PELADANG JAYA LELAKI

- ANUGERAH PELADANG JAYA WANITA

- ANUGERAH UNIT PELADANG JAYA

- ANUGERAH PERTUBUHAN PELADANG KAWASAN JAYA

- ANUGERAH PELADANG MUDA JAYA- ANUGERAH PERSATUAN NELAYAN JAYA

- ANUGERAH NELAYAN JAYA

- ANUGERAH NELAYAN MUDA JAYA

- ANUGERAH USAHAWAN IKAN JAYA (AIR TAWAR)

- ANUGERAH IKAN JAYA (AIR PAYAU)

- ANUGERAH KUMPULAN TANI KOMERSIL JAYA

- ANUGERAH KUMPULAN WANITA JAYA 

- ANUGERAH USAHAWAN SISWAZAH PERTANIAN DAN IAT JAYA

- ANUGERAH KUMPULAN PELAPISTANI TERBAIK

- ANUGERAH USAHAWAN INDUSTRI ASAS TANI JAYA

- ANUGERAH INOVASI PERTANIAN DAN IAT JAYA

- ANUGERAH USAHAWAN PASAR TANI JAYA

- ANUGERAH TANI JAYA

- ANUGERAH PENTERNAK RUMINAN JAYA

- ANUGERAH PENTERNAK BUKAN RUMINAN JAYA

20110922PeladangJayaTV1.wmv Watch on Posterous

: Persembahan cenderamata kepada Yang Teramat Mulia Tunku Panglima Besar Dato’ Seri Tunku Puteri Intan Safinaz binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Haji Abdul Halim Mu’adzam Shah

: Persembahan cenderamata kepada Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Raja Muda

: Persembahan cenderamata kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan

: Acara bergambar para pemenang bersama KDYMM Tuanku Sultan dan KDYMM Tuanku Sultanah serta

DYTM Raja Muda dan YTM Tunku Panglima BesarDato’ Seri Tunku Puteri Intan Safinaz: Lawatan KDYMM Tuanku Sultan dan KDYMM Tuanku Sultanah serta para tetamu ke gerai dan pameran pertanian

: Majlis santapan

: Lagu ”ALLAH SELAMAT SULTAN” di mainkan

: Keberangkatan pulang Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultanah 

: Keberangkatan pulang Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Raja Muda

: Kepulangan Yang Teramat Mulia Tunku Panglima Besar Dato’ Seri Tunku Puteri Intan Safinaz binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Haji Abdul Halim Mu’adzam Shah

 

Banyak Acara Menarik Menanti antaranya Pameran dan jualan Produk Industri Asas Tani, Jualan dan Pameran Orkid, Promosi Produk Pertanian, Jualan Makanan Popular Kedah dan macam-macam lagi. Semua dijemput hadir


ATURCARA PENUH

 

 

Wednesday, September 21, 2011

Video Keputusan Bolasepak KelayakanOlimpik 2012 Japan VS Malaysia 2-0

20110921jepunvsmalaysia21
Keputusan Malaysia vs Jepun Kelayakan Olimpik 2012: MALAYSIA 0 : 2 JEPUN
Video : 
 

Pasukan Olimpik Malaysia gagal menyaingi kepantasan skuad Olimpik Jepun apabila tunduk 2-0 pada perlawanan pertama Kumpulan C Kelayakan Olimpik 2012 di Stadium Tosu, Jepun.

Perlawanan Malaysia vs Jepun Kelayakan Olimpik 2012 bermula tepat jam 7 malam. Malaysia diketuai kapten pasukan Khairl Fahmi.

Jepun mula mengasak Malaysia secara agresif sejak awal perlawanan bermula. Cubaan pertama sepakan ke gawang Malaysia berjaya ditampan oleh Khairul Fahmi (KFCM). Serangan demi serangan dilakukan, cubaan ke-2 juga berjaya ditangkap oleh KFCM.

Perlawanan berakhir dengan Malaysia tewas ditangan Jepun, 2-0. Jepun tidak putus-putus menyerang MAlaysia sepanjang perlawanan. Walaupun Malaysia tewas, tapi Malaysia sebenarnya dapat menyekat banyak serangan ganas pasukan Jepun, terutama penjaga gol, KFCM yang beraksi cemerlang, banyak menyelamatkan gawang gol dari dibolosi.

Jepun sememangnya lincah dan gah sebagai pasukan no. 1 Asia. Walaupun ada 1 peluang keemasan untuk Malaysia menjaringkan gol pada minit ke-61, tetapi disiakan, harapperlawanan ke-2 nanti memberikan sinar harapan kepada Malaysia.

Gol pertama Jepun: 9′ – Higashi (separuh masa pertama)

Gol ke-2 Jepun: 76′ – Miyashi (separuh masa kedua)

Video Separuh masa pertama

 

Video Keputusan keseluruhan Pasukan Bolasepak Olimpik Malaysia tewas 0-2 kepada Pasukan Bolasepak Olimpik Jepun


Berikut adalah jadual perlawanan yang membabitkan pasukan negara kita, Malaysia pada pusingan ketiga kelayakan Olimpik seterusnya. Harapan pasukan negara lebih cemerlang kali ini berbanding Kelayakan Piala Dunia 2014  tempohari.

Home - Malaysia vs Syria (23 November 2011)

Home - Malaysia vs Bahrain (27 November 2011)

Away – Bahrain vs Malaysia (5 Februari 2012)

Home - Malaysia vs Jepun (22 Februari 2012)

Away – Syria vs Malaysia (14 Mac 2012)

 

Friday, September 16, 2011

Selamat Hari Malaysia. Happy Malaysia Day everybody!

Bendera-malaysia1
Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Malaya, Borneo Utara, Sarawak, dan Singapura bagi membentuk Malaysia.


Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6. Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan ke 16 September pada tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan masa membuat pungutan suara di Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak.


Hari Malaysia merupakan cuti am di negeri Sabah sempena hari keputeraan Yang Di-Pertua Negeri. Ia bukan merupakan cuti am di Sarawak dan Semenanjung Malaysia. Mulai tahun 2010, Hari Malaysia juga merupakan cuti am di semua negeri di Malaysia






Lirik UNDILAH
Lagu (Afdlin Shauki Namewee Kuli Pete Teo)

Seperti anda , saya seorang rakyat seorang rakyat Malaysia, Dan saya cintakan negara kita ini,
Malaysia sebuah negara yang cukup indah, Tapi ada macam-macam masalah,
Tak perlulah saya sebutkan, kerana saya pasti kita semua tahu apa masalah-masalah ini,
Apa yang saya nak sebutkan ialah ...masa depan negara kita terletak di tangan kita sendiri,
Jadi jika anda masih belum mendaftar sebagai pengundi,
Sila lakukan secepat mungkin, Dan jika anda sudah mendaftar,
Mari kita mengundi
Ingatlah walaupun apa terjadi ......,Malaysia ini negara ANDA.....Ia NEGARA KITA
Ia memang banyak masalah, Malaysia perlukan kita semua.
UNDILAH


http://malaysiaonestop.blogspot.com

Muzik video Undilah ini di dalam 4 bahasa. Dijayakan oleh Afdlin Shauki, Namewee & Tengku Razaleigh Hamzah dan termasuklah @Aisehman, Baki Zainal, Bront Palarae, Chelsia Ng, Daphne Iking, Jehan Miskin, Johan F. Khairuddin, Karamjit Singh, Lai Ming, Lee Chong Wei, Nurul Izzah Anwar, Rosnah Abd Rashid Shirlin, Rina Omar, Reshmonu, Sharifah Amani, Sazzy Falak, Reza Salleh, Tengku Azmil Zahruddin, Tony Fernandes, Wardina Safiyyah, Wee Ka Siong, Yasmin Yusuf, Albert Law, A. Kohilan Pillay, Jason Lo, Mohan, Khalid Samad, Aizat Amdan, Tee Hui Ling, Usha Nandhini, Chia Ting Ting, Nur Farina, Sassi Tharan Rajoo, Nik Nazmi, Tony Pua & David Lai.


Marilah kita mengundi untuk kesejahteraan Malaysia. Download disini jika ada yang berminat :http://undilah.com/

Contact Me

Snap & Read with QRCODE Reader

http://zxing.appspot.com/generator/