Wednesday, September 21, 2011

Video Keputusan Bolasepak KelayakanOlimpik 2012 Japan VS Malaysia 2-0

20110921jepunvsmalaysia21
Keputusan Malaysia vs Jepun Kelayakan Olimpik 2012: MALAYSIA 0 : 2 JEPUN
Video : 
 

Pasukan Olimpik Malaysia gagal menyaingi kepantasan skuad Olimpik Jepun apabila tunduk 2-0 pada perlawanan pertama Kumpulan C Kelayakan Olimpik 2012 di Stadium Tosu, Jepun.

Perlawanan Malaysia vs Jepun Kelayakan Olimpik 2012 bermula tepat jam 7 malam. Malaysia diketuai kapten pasukan Khairl Fahmi.

Jepun mula mengasak Malaysia secara agresif sejak awal perlawanan bermula. Cubaan pertama sepakan ke gawang Malaysia berjaya ditampan oleh Khairul Fahmi (KFCM). Serangan demi serangan dilakukan, cubaan ke-2 juga berjaya ditangkap oleh KFCM.

Perlawanan berakhir dengan Malaysia tewas ditangan Jepun, 2-0. Jepun tidak putus-putus menyerang MAlaysia sepanjang perlawanan. Walaupun Malaysia tewas, tapi Malaysia sebenarnya dapat menyekat banyak serangan ganas pasukan Jepun, terutama penjaga gol, KFCM yang beraksi cemerlang, banyak menyelamatkan gawang gol dari dibolosi.

Jepun sememangnya lincah dan gah sebagai pasukan no. 1 Asia. Walaupun ada 1 peluang keemasan untuk Malaysia menjaringkan gol pada minit ke-61, tetapi disiakan, harapperlawanan ke-2 nanti memberikan sinar harapan kepada Malaysia.

Gol pertama Jepun: 9′ – Higashi (separuh masa pertama)

Gol ke-2 Jepun: 76′ – Miyashi (separuh masa kedua)

Video Separuh masa pertama

 

Video Keputusan keseluruhan Pasukan Bolasepak Olimpik Malaysia tewas 0-2 kepada Pasukan Bolasepak Olimpik Jepun


Berikut adalah jadual perlawanan yang membabitkan pasukan negara kita, Malaysia pada pusingan ketiga kelayakan Olimpik seterusnya. Harapan pasukan negara lebih cemerlang kali ini berbanding Kelayakan Piala Dunia 2014  tempohari.

Home - Malaysia vs Syria (23 November 2011)

Home - Malaysia vs Bahrain (27 November 2011)

Away – Bahrain vs Malaysia (5 Februari 2012)

Home - Malaysia vs Jepun (22 Februari 2012)

Away – Syria vs Malaysia (14 Mac 2012)

 

0 comments:

Contact Me

Snap & Read with QRCODE Reader

http://zxing.appspot.com/generator/