Alhamdulilah kali in kumpulan kami telah menerima menerima Par Excellence Award di 46th International Convention on Quality Control Circles (ICQCC) 2021
Alhamdulilah dari dua projek inovasi yang saya sertai dalam (IIDEX) 2019 kali ini , inovasi WeGBY CHAIR telah menerima Anugerah SPECIAL AWARD - DIAMOND dan GOLD manakala inovasi RDMS (Reference Desk Management System ) mendapat anugerah SILVER
Alhamdulilah kali ini di anugerahkan sebagai Fasiltator Terbaik di Konvensyen KIK Peringkat UiTM 2019 Zon Tengah sekali lagi setelah menerima pada tahun 2016
Alhamdulilah tugasan kali ini berjaya membawa kumpulan KIK PTAR i-Clique meraih Anugerah Emas dalam Konvensyen Team Excellent Peringkat Wilayah 2018 ( Wilayah Selatan ) di Holiday Villa Johor Bahru City Centre
Alhamdulilah dapat juga melakarkan sejarah memenangi anugerah emas bagi penyertaan di International Invention, Innovation and Technology Exhibition (ITEX 2017) pula dengan produk inovasi Solat Alert Software (SAS). ....
Menerima anugerah Pingat Emas dalam Malaysia Technology Expo ( MTE) 2009 yang telah diadakan pada 19 hingga 21 Februari 2009 di PWTC, Kuala Lumpur. Pelbagai hasil penyelidikan
telah dipamerkan oleh 460 peserta/ kumpulan daripada pelbagai IPTA, badan swasta, MRSM dan lain-lain organisasi.
Sukacita dimaklumkan bahawa Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR),UiTM Shah Alam dalam usaha memberikan kemudahan pengumpulan bahan-bahan AR, VR, MR dan 360 bagi tujuan penyelidikan dan pengajaran kepada warga UiTM.
Oleh itu satu taklimat serta latihan penggunaan Class VR akan di adakan seperti ketetapan berikut:
Tajuk : Taklimat & Latihan Penggunaan ClassVR Tarikh : 12 Ogos 2020 (Rabu) Masa : 10.00 pagi - 1.00 tenghahari Lokasi : Makamal Pusat IT , PTAR Utama UiTM, Shah Alam. Peserta : Wakil Fakulti
Beberapa Fakulti telah menghantar wakil serta membawa beberapa contoh dan pelbagai format bahan-bahb AR , VR , 360 yang pihak tuan/puan ada untuk dimasukan kedalam Portal ClassVR untuk di ujilari.
Tujuan utama Perpustakaan adalah juga utk menggumpul pelbagai format bahan-bahan AR , VR , 360 yang telah dibangunkan oleh warga UiTM seperti kami menggumpul penulisan/harta inteletual di Perpustakaan di satu tempat yang boleh dirujuk semula bagi tujuan pengajaran dan penyelidikan warga UiTM dimasa akan datang
Sukacita dimaklumkan bahawa Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Shah Alam telah mengadakan Taklimat dan Latihan TOT AR VR bagi produk ClassVR CPD Training kepada Staf PTAR
Tarikh : 6 Ogos 2020 (Khamis) Waktu : 10.00 pagi - 1.00 tgh Lokasi : Makamal Pusat IT , PTAR Utama UiTM, Shah Alam Anjuran : Unit Web dan Pembelajaran Digital, Jabatan Perpustakaan Digital, Perpustakaan Tun Abdul Razak, Universiti Teknologi MARA
Pada 5 Ogos 2020 akhirnya kami telah dapat memberikan taklimat ringkas kepada Naib Canselor UiTM, Ybhg Prof Emeritus Datuk Ir. Dr. Mohd Azraai Kassim, berkaitan Digital Library UiTM dan demo Mobile Apps Library UiTM versi terkini
Taklimat ringkas mengenai Digital Library & Mobile Apps kepada Naib Canselor UiTM, Ybhg Prof Emeritus Datuk Ir. Dr. Mohd Azraai Kassim,
DemoPenggunaa QR Code dari Mobile App untuk urusan keluar masuk PTAR Utama dan akan diperluaskan kecawangan
Bagi moblie app library uitm telah lama diusahakan sejak inistiatif Digital Campus bersama team Digital Campus UiTM pada awal tahun 2018 lagi
Tahniah diucapkan kepada Team Jabatan Perpustakan Digital Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM terutama kepada En Mohd Izwan Salim yang bertungkuslumus menyiapkan versi terkini dan sabar menghadapi cabaran terutama versi IOS
Something is about to transform. UiTM wil roll-out our official Mobile Applications soon. Stay tuned! #UiTMdihatiku #uitmdigitalyear #uitmdigitalcampus #transform
Saya telah diminta untuk berkongsi tecnology update berkaitan urusan di Pejabat dalam sesi eLatihan / eTraining semasa musim PKPP ini melalui medium sidang video video video conference Tajuk : Penggunaan Teknologi Dalam Urusan Harian Pejabat Tarikh : 9 Julai 2020 (Khamis) Masa : 10.00 pagi - 12.00 tenghahari Platform : Google Meet : meet.google.com/bhf-wwzk-nao Peserta : Staf Perpustakaan UiTM (P&P dan Pelaksana)
Bersama ini saya kongsikan slide ( soon) dan video Penggunaan Teknologi Dalam Urusan Harian Pejabat
With its intuitive interface and open-source development method, the WordPress web platform has emerged as a uniquely flexible content management system (CMS) with many library-related applications. In this book Jones and Farrington, two web designer/librarians, explore the variety of ways libraries are implementing WordPress as a CMS, from simple "out-of-the-box" websites to large sites with many custom features.
Emphasizing a library-specific perspective, the authors Offer a brief history of WordPress, reviewing its genesis and sketching in some possible future directions Analyze the software's strengths and weaknesses, spotlighting its advantages over other existing web publishing platforms as well as discussing the limitations libraries have encountered Present a variety of case studies, offering first-hand examples which detail why WordPress was selected, methods of implementation and degree of customization, feedback from users, and reflections on usability Discuss essential plug-ins, themes, and other specialized applications for library sites
This useful book shows how scores of libraries have used WordPress to create library websites that are both user-friendly and easy to maintain
Doa Akhir Ramadan (Doa Perpisahan Dengan Bulan Ramadhan)
Ya Allah, sebelum mentari akhir Ramadhan berlalu pergi, Kau ampunilah kami dan Kau terimalah taubat kami.
Ya Allah, jangan Kau biarkan Ramadhan pergi tanpa meninggalkan kesan keinsafan dihati-hati kami.
Ya Allah, jangan biarkan Ramadhan pergi tanpa membawa himpunan amal dan doa kami.
Ya Allah, jangan biarkan Ramadhan pergi tanpa islah dan kebaikan terhadap keperibadian kami.
Ya Allah, jangan biarkan Ramadhan pergi tanpa keampunan dosa-dosa kami.
Ya Allah, jangan biarkan Ramadhan pergi tanpa meninggalkan jejak-jejak ke syurga untuk kami.
Ya Allah, janganlah Kau biarkan Ramadhan pergi sebelum Kau tutup rapat pintu azab dan neraka Mu daripada tergelinciran kaki kami.
Ya Allah, lindungilah kami dari melakukan dosa dan kemaksiatan semasa dalam Ramadhan maupun selepas Ramadhan.
Ya Allah, lindungilah semua anggota keluarga kami dari tipu daya dan fitnah dunia.
Ya Allah…temukanlah kami dgn lailatul qadr…...pilihlah kami dikalangan hambaMu yang dapat beramal di malam al-Qadr….
Ya Mujibbasailin.
Limpahilah kami dengan sifat-sifat kebaikan dan terpuji.
Selamatkan setiap seorang dari kami dengan Iman dan taqwa.
Jadikan kehidupan kami di dunia ini tenang dan penuh rahmah dan mawaddah.
Permudahkan urusan rezeki dan perjalanan hidup kami agar sentiasa dalam Rahmat dan Keberkatan Mu ya ALLAH...
Jauhi kami dari sifat-sifat kemunafikan dan kefasikan dan sifat mazmumah...
Jadikan kami calon syurgaMu. Sempurnakan akhlak kami dan lindungi kami dari godaan syaitan dan hawa nafsu.
Ya Allah, Kau sempatkanlah kami bertemu lagi dengan Ramadhan Al Mubarak yang akan datang.
Ya Allah….Janganlah kau jadikan ramadhan ini sebagai yang terakhir buat kami, temukanlah kami dengan Ramadhan yang akan datang…
Tapi, Andai ini Ramadhan terakhir buat kami, jadikankanlah puasa kami sebagai puasa yang Kau rahmati, jadikanlah ramadhan ini paling bererti, penuh dgn cahaya iman, menerangi kegelapan hati kami menuju redha serta kasih sayangmu ya Allah…jadikanlah ramadhan ini sebagai penghapus dosa-dosa kami..
Peliharalah kami dari Azab kubur, Azab dipadang mashyar dan azab Neraka Mu ya ALLAH.
Ya Allah..terimalah amalan kami..terimalah taubat kami..ampunkanlah segala dosa kami...amankanlah kehidupan kami disana nanti yang kekal abadi… kurniakanlah kepada kami syurgamu yang maha luas nikmatnya…
Ya ALLAH kami mohon angkat lah musibah Covid 19 ini dari terus melanda Negara tercinta ini dan seluruh dunia ,sesungguhnya ALLAH jua yang Maha berkuasa.