PAR EXCELLENCE AWARD,ICQCC Hydrabad India 2021

Alhamdulilah kali in kumpulan kami telah menerima menerima Par Excellence Award di 46th International Convention on Quality Control Circles (ICQCC) 2021

DIAMOND , GOLD AND SILVER AT IIDEX 2019

Alhamdulilah dari dua projek inovasi yang saya sertai dalam (IIDEX) 2019 kali ini , inovasi WeGBY CHAIR telah menerima Anugerah SPECIAL AWARD - DIAMOND dan GOLD manakala inovasi RDMS (Reference Desk Management System ) mendapat anugerah SILVER

FASILITATOR TERBAIK 2019 ZON TENGAH

Alhamdulilah kali ini di anugerahkan sebagai Fasiltator Terbaik di Konvensyen KIK Peringkat UiTM 2019 Zon Tengah sekali lagi setelah menerima pada tahun 2016

ANUGERAH EMAS KONVENSYEN TEAM EXECELLENT MPC 2018

Alhamdulilah tugasan kali ini berjaya membawa kumpulan KIK PTAR i-Clique meraih Anugerah Emas dalam Konvensyen Team Excellent Peringkat Wilayah 2018 ( Wilayah Selatan ) di Holiday Villa Johor Bahru City Centre

ANUGERAH EMAS BAGI INOVASI SOLAT ALERT SOFTWARE (SAS) DI ITEX2017

Alhamdulilah dapat juga melakarkan sejarah memenangi anugerah emas bagi penyertaan di International Invention, Innovation and Technology Exhibition (ITEX 2017) pula dengan produk inovasi Solat Alert Software (SAS). ....

Anugerah EMAS (GOLD) di Ekspo Reka Cipta, Inovasi dan Reka Bentuk (Invention, Innovation And Design Exposition) - IIDEX

Alhamdulilah kedua-dua projek inovasi yang saya sertai mendapat anugerah dalam IIDEX2016 daripada sejumlah 745 penyertaan keseluruhannya.

Awards at British Invention Show 2009

The British Invention Show, is the largest innovation and technology expo in Britain. UiTM submitted 8 entries of which all won medals.

Fasilitator Terbaik

Fasilitator Terbaik kali kedua berturut-turut. Sebenarnya kejayaaan ini adalah kejayaan anda semua.

Konvensyen ICC Kebangsaan

Naib Johan Sektor Awam, 10 Kumpulan Terbaik Sektor Awam, Anugerah Emas 3 Bintang Konvensyen ICC Kebangsaan

Pingat Emas Dalam Malaysia Technology Expo ( MTE)

Menerima anugerah Pingat Emas dalam Malaysia Technology Expo ( MTE) 2009 yang telah diadakan pada 19 hingga 21 Februari 2009 di PWTC, Kuala Lumpur. Pelbagai hasil penyelidikan telah dipamerkan oleh 460 peserta/ kumpulan daripada pelbagai IPTA, badan swasta, MRSM dan lain-lain organisasi.

Showing posts with label Raja Muda Perak. Show all posts
Showing posts with label Raja Muda Perak. Show all posts

Monday, July 25, 2011

Majlis Wacana Ilmu Titah Diraja di DATC

Menghadiri Majlis Wacana Ilmu Titah Diraja di DATC  
Institut Pemikiran Dan Kepimpinan Melayu (IMPAK),  Universiti Teknologi  MARA (UiTM) Shah Alam, buat julung-julung kalinya menganjurkan Majlis Wacana Ilmu Titah Diraja dengan tema “ Peranan Institusi Raja Melayu Dalam Memupuk Perpaduan Ummah” yang akan disempurnakan oleh Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah pada Isnin, 25 Julai 2011 bertempat di Dewan Agong Tuanku Canselor (DATC) UiTM, Shah Alam.

Antara isu yang diutarakan dalam tajuk ini adalah lebih kepada isu bagaimana penubuhuan Sistem Beraja itu sendiri yang diamalkan di Malaysia yang diperintah oleh 9 Raja-Raja Melayu di 9 Negeri Berdaulat. Sistem ini sentiasa mengamalkan adat musyawarah dalam mengekalkan tahap kestabilan & perpaduan negara dengan melantik secara bergilir-gilir selama 5 tahun dan amalan ini tidak terdapat di mana-mana negara kecuali Malaysia. Sepatutnya kita berbangga berada di tanah air tercinta kita, MALAYSIA...
Konsep warga yang dimaksudkan adalah rakyat yang berpaksikan raja yang memang lain daripada tradisi Eropah. Contoh yang diamalkan di Perak hingga kini di mana kesetiaan rakyat kepada raja adalah dilakukan dengan adat menjunjung duli.
Daulat pula ditafsirkan sebagai darjat kemuliaan yang tinggi yang diberi kepada raja-raja melayu dalam mendapatkan hak & kuasa untuk memerintah.
Di sini, DYTM merangkupkan 3 aspek yang penting dalam mengekalkan PERPADUAN iaitu keamanan, kemakmuran dan keharmonian. Jika ketiga-tiga aspek ini ada, maka konsep perpaduan akan dapat dikekalkan.
Pelbagai pepatah diselitkan dalam titah baginda seperti "Raja & Rakyat Berpisah Tidak', 'Rakyat Umpama Akar, Raja Umpama Pohonnya", "Bersultan di Mata, Beraja di Hati", Raja Adil Raja Disimbah, Raja Zalim Raja Disanggah" (Pepatah ini pernah digunakan oleh Hang Jebat semasa berlaku pertelingkahan di Istana) dan berbagai lagi.
Raja-Raja Melayu menggabungkan 3 elemen utama yang dikatakan pepatah sakti iaitu Islam, Adat & Muafakat bagi mengelakkan persengketaan. Elemen ini sangat penting dalam memastikan perpaduan kaum di Malaysia sentiasa kekal dan harmoni di bawah pemerintahan Raja-raja Melayu yang berdaulat.
Dalam memupuk perpaduan, adalah tugas bersama raja dan warga (rakyat) dan ia menentukan perlaksanaan individual & organisasi itu sendiri. Perkara ini jarang kita teliti dan kaji.
DYTM juga menyuarakan isi hatinya dengan mengatakan "suhu politik negara semakin panas, membara.. bagaikan menanti masa untuk meluak... semakin mencalarkan nama negara. Faktor agama, kaum, budaya, bahasa dan sebagainya dijadikan alasan dengan digabungkan dengan elemen-elemen lain seperti krisis persepsi isu keadilan, kepimpinan dan sebagainya." Cuba kita renungkan dan rasai sendiri kesedihan baginda mengenai krisis yang sedang berlaku sekarang.  Semoga peristiwa 13 Mei tidak akan berlaku sampai bila-bila dan kita sendirilah yang akan menentukan keadaan negara kita kelak...
Akhir sekali suka disini saya meletakkan satu kata-kata yang amat bernilai untuk kita hayati dan fahami bersama.. Simpanlah kata-kata ini.. "Menerima kekalahan dengan redha dan mendapat kemenangan dengan keinsafan".


Disamping itu dipamerkan juga foto kerabat diraja dan sejarah di Negeri Perak

Contact Me

Snap & Read with QRCODE Reader

http://zxing.appspot.com/generator/