http://google-latlong.blogspot.com/2011/03/fairytale-marriage-google-earth-and.html
http://www.officialroyalwedding2011.org/
Berikut adalah jangkaan diperoleh daripada buku Guinness World Records:
Dianggarkan seramai 750 juta orang dari 74 negara menonton perkahwinan serba mewah Putera Charles dan Puteri Diana pada 1981. Dengan perkembangan media dan perhatian masyarakat tentang perkahwinan selebriti, perkahwinan William dan Kate Middleton bakal ditonton lebih ramai orang, mungkin mencecah satu bilion.
Pada era teknologi maju ini setiap maklumat terkini dapat diperoleh melalui Internet. Peminat pasangan diraja pasti melayari laman web apa saja untuk mengetahui berita mengenai mereka. Waktu ini, pasangan Khloe Kardashian dan Lamar Odom menduduki tempat pertama perkahwinan selebriti yang dirujuk pengguna Internet.
Dengan jumlah tetamu yang ramai, William dan Kate memerlukan kek perkahwinan yang besar dan mahal. Menurut Guinness World Records, kek perkahwinan terbesar adalah seberat 6.8 tan yang dihasilkan tukang masak di Mohegan sun, Connecticut, Amerika Syarikat untuk acara pameran perkahwinan pada 2004.
Tidak ada siapa yang tahu bagaimana rupa gaun perkahwinan yang akan dipakai Kate kerana masih dirahsiakan. Rekod, gaun pengantin paling bergemerlapan dibuat daripada 43,000 kristal di Romania tahun lalu. Tudung pengantin Lubnan, Sandra Mechleb terhampar sepanjang 3.3 kilometer pada 2009.
http://google-latlong.blogspot.com/2011/03/fairytale-marriage-google-earth-and.html
http://www.officialroyalwedding2011.org/
















