PAR EXCELLENCE AWARD,ICQCC Hydrabad India 2021

Alhamdulilah kali in kumpulan kami telah menerima menerima Par Excellence Award di 46th International Convention on Quality Control Circles (ICQCC) 2021

DIAMOND , GOLD AND SILVER AT IIDEX 2019

Alhamdulilah dari dua projek inovasi yang saya sertai dalam (IIDEX) 2019 kali ini , inovasi WeGBY CHAIR telah menerima Anugerah SPECIAL AWARD - DIAMOND dan GOLD manakala inovasi RDMS (Reference Desk Management System ) mendapat anugerah SILVER

FASILITATOR TERBAIK 2019 ZON TENGAH

Alhamdulilah kali ini di anugerahkan sebagai Fasiltator Terbaik di Konvensyen KIK Peringkat UiTM 2019 Zon Tengah sekali lagi setelah menerima pada tahun 2016

ANUGERAH EMAS KONVENSYEN TEAM EXECELLENT MPC 2018

Alhamdulilah tugasan kali ini berjaya membawa kumpulan KIK PTAR i-Clique meraih Anugerah Emas dalam Konvensyen Team Excellent Peringkat Wilayah 2018 ( Wilayah Selatan ) di Holiday Villa Johor Bahru City Centre

ANUGERAH EMAS BAGI INOVASI SOLAT ALERT SOFTWARE (SAS) DI ITEX2017

Alhamdulilah dapat juga melakarkan sejarah memenangi anugerah emas bagi penyertaan di International Invention, Innovation and Technology Exhibition (ITEX 2017) pula dengan produk inovasi Solat Alert Software (SAS). ....

Anugerah EMAS (GOLD) di Ekspo Reka Cipta, Inovasi dan Reka Bentuk (Invention, Innovation And Design Exposition) - IIDEX

Alhamdulilah kedua-dua projek inovasi yang saya sertai mendapat anugerah dalam IIDEX2016 daripada sejumlah 745 penyertaan keseluruhannya.

Awards at British Invention Show 2009

The British Invention Show, is the largest innovation and technology expo in Britain. UiTM submitted 8 entries of which all won medals.

Fasilitator Terbaik

Fasilitator Terbaik kali kedua berturut-turut. Sebenarnya kejayaaan ini adalah kejayaan anda semua.

Konvensyen ICC Kebangsaan

Naib Johan Sektor Awam, 10 Kumpulan Terbaik Sektor Awam, Anugerah Emas 3 Bintang Konvensyen ICC Kebangsaan

Pingat Emas Dalam Malaysia Technology Expo ( MTE)

Menerima anugerah Pingat Emas dalam Malaysia Technology Expo ( MTE) 2009 yang telah diadakan pada 19 hingga 21 Februari 2009 di PWTC, Kuala Lumpur. Pelbagai hasil penyelidikan telah dipamerkan oleh 460 peserta/ kumpulan daripada pelbagai IPTA, badan swasta, MRSM dan lain-lain organisasi.

Showing posts with label Perancangan Strategik. Show all posts
Showing posts with label Perancangan Strategik. Show all posts

Friday, December 11, 2015

Makmal Perancangan Strategik Perpustakaan UiTM 2016-2020


Pada tahun ini Makmal Perancangan Strategik Perpustakaan UiTM 2016-2020  diadakan di Avillion Legacy Hotel, Melaka anjuran bersama Bahagian Perancangan Strategik, Jabatan Pengurusan Perpustakaan PTAR.

Sekali lagi saya dijemput hadir bersama terlibat dalam Perancangan Strategik Perpustakaan UiTM 2016-2020 ianya merupakan susulan Bengkel Perancangan Strategik Perpustakaan UiTM 2011 - 2015 di Crystal Ballroom, Hotel Bayview Beach Resort , Penang pada pada 21-24 Mac 2012 yang  lalu dimana pelbagai pencapaian dan ketidakcapaian berlaku .... haa... haa  bukan semua mampu dicapai namun tak mustahil pun untuk mencapainya , semuanya dengan kehendak yang maha esa jua, kita hanya mampu merancang dan melaksanakan mana yang termampu.




Kali ini melibatkan 55 orang Pegawai dari Kumpulan Pengurusan & Profesional seluruh Perpustakaan UiTM termasuk dari cawangan dan beberapa wakil dari kampus PFI. Program kali telah dirasmikan oleh Prof. Ir. Dr. Hj. Abdul Rahman Omar, Timbalan Naib Canselor Penyelidikan & Inovasi 

Program ini bertujuan untuk membangunkan perancangan strategik Perpustakaan UiTM yang meliputi 41 buah Perpustakaan. Hasil bengkel ini akan menghasilkan projek insiatif yang bakal dijalankan bagi tempoh 5 tahun iaitu 2016 hingga 2020.

Di samping itu, ia juga bertujuan untuk memperkukuhkan operasi dan prestasi perkhidmatan PUiTM yang strategik berdasarkan hala tuju, visi dan misi universiti seperti yang digariskan di dalam RM-Ke 11 dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pengajian Tinggi).

Pada siri pertama dan siri kedua yang berlangsung pada bulan Ogos & September 2015, para peserta telah membuat perbincangan secara terperinci mengikut kumpulan yang telah ditetapkan. Siri ketiga yang berlangsung dari 8-10 Disember 2015 menyaksikan pembentangan setiap kumpulan dan dipanelkan oleh Ketua Pustakawan UiTM, En. Noor Hidayat Adnan dan jemputan khas dari Pusat Perancangan dan Maklumat Strategik, Dr. Hj. Saiful Farik Mat Yatin, Ketua Perancangan Strategik (Pengurusan Maklumat).

Foto sekitar bengkel


















Contact Me

Snap & Read with QRCODE Reader

http://zxing.appspot.com/generator/