PAR EXCELLENCE AWARD,ICQCC Hydrabad India 2021

Alhamdulilah kali in kumpulan kami telah menerima menerima Par Excellence Award di 46th International Convention on Quality Control Circles (ICQCC) 2021

DIAMOND , GOLD AND SILVER AT IIDEX 2019

Alhamdulilah dari dua projek inovasi yang saya sertai dalam (IIDEX) 2019 kali ini , inovasi WeGBY CHAIR telah menerima Anugerah SPECIAL AWARD - DIAMOND dan GOLD manakala inovasi RDMS (Reference Desk Management System ) mendapat anugerah SILVER

FASILITATOR TERBAIK 2019 ZON TENGAH

Alhamdulilah kali ini di anugerahkan sebagai Fasiltator Terbaik di Konvensyen KIK Peringkat UiTM 2019 Zon Tengah sekali lagi setelah menerima pada tahun 2016

ANUGERAH EMAS KONVENSYEN TEAM EXECELLENT MPC 2018

Alhamdulilah tugasan kali ini berjaya membawa kumpulan KIK PTAR i-Clique meraih Anugerah Emas dalam Konvensyen Team Excellent Peringkat Wilayah 2018 ( Wilayah Selatan ) di Holiday Villa Johor Bahru City Centre

ANUGERAH EMAS BAGI INOVASI SOLAT ALERT SOFTWARE (SAS) DI ITEX2017

Alhamdulilah dapat juga melakarkan sejarah memenangi anugerah emas bagi penyertaan di International Invention, Innovation and Technology Exhibition (ITEX 2017) pula dengan produk inovasi Solat Alert Software (SAS). ....

Anugerah EMAS (GOLD) di Ekspo Reka Cipta, Inovasi dan Reka Bentuk (Invention, Innovation And Design Exposition) - IIDEX

Alhamdulilah kedua-dua projek inovasi yang saya sertai mendapat anugerah dalam IIDEX2016 daripada sejumlah 745 penyertaan keseluruhannya.

Awards at British Invention Show 2009

The British Invention Show, is the largest innovation and technology expo in Britain. UiTM submitted 8 entries of which all won medals.

Fasilitator Terbaik

Fasilitator Terbaik kali kedua berturut-turut. Sebenarnya kejayaaan ini adalah kejayaan anda semua.

Konvensyen ICC Kebangsaan

Naib Johan Sektor Awam, 10 Kumpulan Terbaik Sektor Awam, Anugerah Emas 3 Bintang Konvensyen ICC Kebangsaan

Pingat Emas Dalam Malaysia Technology Expo ( MTE)

Menerima anugerah Pingat Emas dalam Malaysia Technology Expo ( MTE) 2009 yang telah diadakan pada 19 hingga 21 Februari 2009 di PWTC, Kuala Lumpur. Pelbagai hasil penyelidikan telah dipamerkan oleh 460 peserta/ kumpulan daripada pelbagai IPTA, badan swasta, MRSM dan lain-lain organisasi.

Showing posts with label Malaysia Agriculture. Show all posts
Showing posts with label Malaysia Agriculture. Show all posts

Friday, November 26, 2010

MAHA 2010 (Malaysia Agriculture, Horticulture & Agrotourism Show)


Salam semua.


Malaysia Agriculture, Horticulture & Agrotourism Show (MAHA) 2010.
MAHA 2010( Horticulture and Agro International Agriculture) yang akan berlangsung di Serdang, lebih dari 20 negara akan terlibat dalam usahasama mempromosikan barang-barang  berunsurkan agriculture.
Tarikh : 26hb- November- 5 Disember 2010 (10 hari)

Tempat : MAEPS (Malaysia Agro Expositioon Park Serdang)  Serdang Selangor.
Ia merupakan pertunjukan pertanian utama Malaysia. Dianjurkan oleh Federation Agriculture Marketing Authority, bermula pada  26hb November 2010 selama 10 hari. Siri pameran dwitahunan MAHA Antarabangsa 2010 merupakan pameran pertanian yang terulung di Malaysia.

Ditaja oleh Kementerian Pertanian and Industri Asas Tani dan dianjurkan oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan, FAMA. Ia merupakan pameran yang terbesar dan paling komprehensif di rantau ini dan mungkin di Asia. MAHA Antarabangsa 2010 akan diadakan daripada 26 November 2010 dan berlanjutan selama 10 hari sehingga 5 Disember 2010.
Berikutan dengan kejayaan sambutan mengalakkan pada MAHA 2008 yang merupakan pameran terbesar dan telah tercatat di dalam Malaysia Book of Records. Adalah menjadi satu kepastian untuk semua industri yang berkaitan akan mengambil bahagian. Pameran tahunan ini menjanjikan teknologi terkini dengan demonstrasi yang lebih menarik dan tepat dengan juga aktiviti perdagangan yang akan menarik para pengunjung perdagangan tempatan dan luar negeri.
Ia merupakan pameran para pengeluar, petani, nelayan dan penternak terbaik di Malaysia. MAHA Antarabangsa 2010 adalah satu landasan memperkenalkan syarikat pengeluaran produk agro dan makanan yang terbaik di Malaysia.
Penglibatan jabatan, syarikat swasta terlibat.
Lebih daripada 950 jabatan and agensi pertanian, syarikat-syarikat swasta dan industri kecil sederhana akan mengambil bahagian. MAHA Antarabangsa 2010 akan mempamerkan produk pertanian daripada 28 negara. Peluang yang ada harus kita ambil sebab pelbagai negara yang menyertainya, dan teknologi mungkin berbeza.
Dengan sasaran 1.2 juta penggunjung, ada banyak aktiviti yang bakal dilakukan sepanjang expo pertanian terbesar di asia tenggara ini. 22-28 buah negara terlibat, lebih 1000 dariapda syarikat tempatan, padanan perniagaan, seminar dan juga ada persidangan untuk orang-orang besar yang boleh kita tengok dekat luar-luar ada tunjuk tv rasanya lah. Apa-apapun kena tanya di kaunter pertanyaan nanti disana.
  1. Untuk mengubah Malaysia menjadi pusat kecemerlangan pembangunan pertanian dan industri asas tani. Pameran ini adalah bagi menarik penyertaan pelabur persendirian dari dalam dan luar negara dalam sektor pertanian Malaysia
  2. Untuk mempromosikan industri pertanian sebagai satu pelaburan yang menguntungkan serta menjamin pulangan masa depan bagi menarik pelabur, usahawan dan generasi muda.
  3. Untuk mempamerkan inovasi dan teknologi terkini yang terdapat di pasaran antarabangsa dengan harapan ia boleh diaplikasikan dalam sektor pertanian Malaysia. Dengan ini, sektor pertanian negara akan dapat dipertingkatkan ke tahap yang lebih viable dari segi komersial. Dengan demikian, taraf hidup dan pendapatan kumpulan sasaran turut ditingkatkan.
  4. Untuk menyediakan peluang kepada Kementerian / Jabatan / Agensi Kerajaan / Kerajaan Negeri, Syarikat persendirian dari dalam dan luar negara, usahawan dan kumpulan sasaran lain bagi mempamerkan produk, penemuan terkini, peluang pelaburan dan perkhidmatan yang ditawarkan.
  5. Menyediakan wadah pertemuan bagi penjual dan pembeli, pencipta teknologi dengan perkhidmatan sektor pertanian tempatan dan antarabangsa
TEMA tahun ini.
Berlanjutan untuk warisan ini, MAHA 2010 ialah dengan tepat bertemakan “Inovasi pertanian untuk pembangunan”. Ia berkhidmat sebagai pameran yang menandakan satu permulaan baru dalam pertanian inovatif dan industri-industri berasaskan agro menghimpunkan hampir teknologi-teknologi terbaru dalam industri-industri berkaitan sepanjang rantau.
Aktiviti/ tentatif program yang bakal berlangsung.
  • Pertandingan gubahan bunga
  • Demontrasi teknik pembiakan Orkid
  • Teknik pembiakan tanaman Hiasan dan Pemasuan Semulan
  • Pertandiangan mewarna
  • “Treasure Hunt”
  • Aktiviti Jualan Pokok Hiasan
  • Promsi Produk-produk landskap
Demonstrasi
  • Penuaian, pengangkutan BS buah sawti dan pengankutan buah sawit relai
  • mericih pelepah kelapa sawit untuk pembuatan silaj makanan
  • Mesin pengisar beras padat
  • Mesin Penuaian Vitato
  • Mesin menuai untuk rumput Napier, keledek Vitato dan Jagung
  • Pertandingan Ikan Hiasan (Ikan Koi)
  • Demonstrasi Memasak
  • Jualan
  • Pertandingan memancing
  • Rodeo
  • Penternakan Burung Walit










































Untuk maklumat lanjut silalah ke laman web rasminya : http://www.mahaexpo2010.com/ 
atau hubungi di talian hotline +603 2035 5777





Contact Me

Snap & Read with QRCODE Reader

http://zxing.appspot.com/generator/