PAR EXCELLENCE AWARD,ICQCC Hydrabad India 2021

Alhamdulilah kali in kumpulan kami telah menerima menerima Par Excellence Award di 46th International Convention on Quality Control Circles (ICQCC) 2021

DIAMOND , GOLD AND SILVER AT IIDEX 2019

Alhamdulilah dari dua projek inovasi yang saya sertai dalam (IIDEX) 2019 kali ini , inovasi WeGBY CHAIR telah menerima Anugerah SPECIAL AWARD - DIAMOND dan GOLD manakala inovasi RDMS (Reference Desk Management System ) mendapat anugerah SILVER

FASILITATOR TERBAIK 2019 ZON TENGAH

Alhamdulilah kali ini di anugerahkan sebagai Fasiltator Terbaik di Konvensyen KIK Peringkat UiTM 2019 Zon Tengah sekali lagi setelah menerima pada tahun 2016

ANUGERAH EMAS KONVENSYEN TEAM EXECELLENT MPC 2018

Alhamdulilah tugasan kali ini berjaya membawa kumpulan KIK PTAR i-Clique meraih Anugerah Emas dalam Konvensyen Team Excellent Peringkat Wilayah 2018 ( Wilayah Selatan ) di Holiday Villa Johor Bahru City Centre

ANUGERAH EMAS BAGI INOVASI SOLAT ALERT SOFTWARE (SAS) DI ITEX2017

Alhamdulilah dapat juga melakarkan sejarah memenangi anugerah emas bagi penyertaan di International Invention, Innovation and Technology Exhibition (ITEX 2017) pula dengan produk inovasi Solat Alert Software (SAS). ....

Anugerah EMAS (GOLD) di Ekspo Reka Cipta, Inovasi dan Reka Bentuk (Invention, Innovation And Design Exposition) - IIDEX

Alhamdulilah kedua-dua projek inovasi yang saya sertai mendapat anugerah dalam IIDEX2016 daripada sejumlah 745 penyertaan keseluruhannya.

Awards at British Invention Show 2009

The British Invention Show, is the largest innovation and technology expo in Britain. UiTM submitted 8 entries of which all won medals.

Fasilitator Terbaik

Fasilitator Terbaik kali kedua berturut-turut. Sebenarnya kejayaaan ini adalah kejayaan anda semua.

Konvensyen ICC Kebangsaan

Naib Johan Sektor Awam, 10 Kumpulan Terbaik Sektor Awam, Anugerah Emas 3 Bintang Konvensyen ICC Kebangsaan

Pingat Emas Dalam Malaysia Technology Expo ( MTE)

Menerima anugerah Pingat Emas dalam Malaysia Technology Expo ( MTE) 2009 yang telah diadakan pada 19 hingga 21 Februari 2009 di PWTC, Kuala Lumpur. Pelbagai hasil penyelidikan telah dipamerkan oleh 460 peserta/ kumpulan daripada pelbagai IPTA, badan swasta, MRSM dan lain-lain organisasi.

Showing posts with label Kumpulan PROTON Holdings Berhad. Show all posts
Showing posts with label Kumpulan PROTON Holdings Berhad. Show all posts

Friday, December 03, 2010

Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 (KLIMS 2010)




BUAT peminat filem aksi, Transformers dan Batman, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan sendiri kehebatan replika kedua-dua mesin terhebat dari Hollywood di Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2010 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Dengan kehadiran hero bersaiz 16 kaki kesukaan ramai, Bumblebee, Chevy Camero SS kuning yang bertukar menjadi sebuah robot dalam filem blockbuster itu dan Batmobile, yang ditonjolkan dalam filem Batman Begin dan Dark Knight bakal membawa kelainan buat pengunjung pada tahun ini.


Selain itu, KLIMS pada tahun ini juga bakal menampilkan kereta-kereta hybrid rekaan terbaru bagi merangsang pengunjung pada pameran kereta yang lebih mesra terhadap ekosistem dari prototaip hijau kepada inovasi-inovasi hybrid, Disember ini.


Presiden Automotif Malaysia (MAA), Datuk Aishah Ahmad berkata, kehadiran kereta-kereta hybrid ini sejajar dengan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai pengecualian penuh duti import dan 100 peratus duti eksais untuk francais kereta-kereta hibrid sehingga 31 Disember, 2011.


"KLIMS-10, merupakan satu platform untuk memberikan pendedahan dan pengalaman peribadi kepada pelanggan-pelanggan yang berpotesi mengenai produk hijau.


"Kereta-kereta mesra ekosistem ini akan memberikan keajaiban untuk negara, landskap dan persekitaran untuk kebaikan generasi akan datang."Oleh itu, biarkan kita menyambut lebih banyak kenderaan-kenderaan hibrid di masa akan datang," katanya.


Turut hadir, Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen ketika majlis kempen iklan dan promosinya, baru-baru ini.
Tambahnya, untuk membangkitkan kehangatan kepada orang awam, beberapa kereta konsep turut dipamerkan pada pameran motor tersebut termasuk kereta-kereta futuristik yang bakal menjadi kenderaan harian anda ke rumah dan tempat kerja.


"Kereta-kereta konsep ini akan memberikan satu pendekatan dan sentuhan peribadi buat alaf akan datang.


"Selain mempamerkan produk automotif terbaru dan inovasi-inovasi yang boleh diperoleh di pasaran hari ini, kami berharap KLIMS bakal mengemukakan inisiatif-inisiatif industri automotif dalam menyumbang kepada kesejahteraan manusia sejagat," jelasnya.

Lantaran permasalahan ekosistem yang terjadi di seluruh dunia, tahun ini juga KLIMS-10 memilih untuk menggunakan 'Kami Peduli' sebagai tema pada tahun ini dengan menitik beratkan kepada empat teras penjagaan iaitu didorong oleh komitmen, berfokus pada kemajuan, boleh dipercayai dan mengambil berat tentang alam sekitar.


Di KLIMS juga, pengunjung berpeluang untuk memenangi sebuah kereta hybrid, Toyota Prius, Proton Saga dan motosikal Naza dengan hanya membeli tiket masuk.



Selain itu, pakej khas percutian perjalanan pandu dan tunggang sendiri juga ditawarkan oleh Chevrolet Captiva dan Harley-Davidson boleh didapati.



KLIMS bakal bermula pada 3 hingga 12 Disember 2010 dan untuk mereka yang ingin mendapatkan tiket boleh melayari laman web www.klims10.com.







Tuesday, October 05, 2010

Proton taja Maher Zain - A Persona ride


Baru2 ni PROTON hendak menaja sebuah kereta PROTON PERSONA ELEGANCE untuk Maher Zain ni berjalan2 kat Malaysia ni pada hari konsert beliau.



Kebanyakan akhbar Malaysia hari ini memberitakan tentang tajaan kereta Pesona yang diberikan oleh Proton kepada Maher Zain sempena konsert solo penyanyi itu, "Save the Soul" di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), pada 14 dan 15 Oktober depan.


Memetik kata-kata Pengarah Urusan Kumpulan PROTON Holdings Berhad, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir yang kami petik dari Berita Harian :



"Adalah menjadi hasrat kami untuk bekerjasama dengan penyanyi seperti Maher. Beliau bukan saja popular tetapi mempunyai imej yang bagus serta lagu nyanyiannya banyak membimbing pendengar ke arah kebaikan dan ini bersesuaian dengan penjenamaan PROTON itu sendiri.
 
"Apa saja yang membawa impak yang positif terhadap masyarakat, PROTON akan terus menyokong. Insya-Allah, kami juga sedang merancang beberapa projek membabitkan Maher selepas ini," kata Syed Zainal Abidin ketika ditemui pada majlis sidang media selepas penyerahan kereta itu di Pusat Kecemerlangan PROTON, Shah Alam Expressway, di sini, pagi semalam.





Kami ucapkan tahniah kepada Proton kerana proaktif dalam membantu amal soleh. Namun kami berharap agar syarikat-syarikat ternama seperti Proton ini akan turut membantu artis-artis nasyid tempatan dalam usaha dakwah mereka.


Jika antara sebab Proton meluluskan sumbangan kepada Maher Zain adalah kerana lagu nyayiannya banyak membimbing pendengar ke arah kebaikan, maka kami berharap agar artis nasyid kita dapat menghasilkan album yang bermutu seperti yang dihasilkan oleh Maher Zain dan Awakening Records.


Tahniah Proton dan Maher Zain!


Selamat maju jaya kepada artis-artis lain terutama nasyid tempatan!


----------------------------------------------------------------------------------------------------
The next time you spot a chiffon green Proton Persona in Shah Alam, Swedish singer of Lebanese origin, Maher Zain, may be the one behind the wheels.
Maher, who has been a hit with his Islamic songs, received the car from Proton Holdings Berhad for his use till Oct 16.


He will be in Malaysia for his two-day concert at the Shah Alam City Council Hall from Oct 14.


Proton Holdings managing director Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir said its decision to lend the car to Maher was in line with Proton's market exposure in the Islamic nations.


"We may look at more partnerships in the future with Maher because this will be good for our branding mission," he said at the handing over of the Proton car as the official transport for Maher.


The 29-year-old singer's debut album Thank You Allah, released in November 2009 is a blend of rhythm and blues with traditional spiritual, soul and contemporary pop music to inspire the youths.


Maher said he picked Malaysia because the support and love from fans here had been tremendous.


"It is a long trip for me, but with Allah's blessings and your support, I have made it here for the concert."









Contact Me

Snap & Read with QRCODE Reader

http://zxing.appspot.com/generator/