PAR EXCELLENCE AWARD,ICQCC Hydrabad India 2021

Alhamdulilah kali in kumpulan kami telah menerima menerima Par Excellence Award di 46th International Convention on Quality Control Circles (ICQCC) 2021

DIAMOND , GOLD AND SILVER AT IIDEX 2019

Alhamdulilah dari dua projek inovasi yang saya sertai dalam (IIDEX) 2019 kali ini , inovasi WeGBY CHAIR telah menerima Anugerah SPECIAL AWARD - DIAMOND dan GOLD manakala inovasi RDMS (Reference Desk Management System ) mendapat anugerah SILVER

FASILITATOR TERBAIK 2019 ZON TENGAH

Alhamdulilah kali ini di anugerahkan sebagai Fasiltator Terbaik di Konvensyen KIK Peringkat UiTM 2019 Zon Tengah sekali lagi setelah menerima pada tahun 2016

ANUGERAH EMAS KONVENSYEN TEAM EXECELLENT MPC 2018

Alhamdulilah tugasan kali ini berjaya membawa kumpulan KIK PTAR i-Clique meraih Anugerah Emas dalam Konvensyen Team Excellent Peringkat Wilayah 2018 ( Wilayah Selatan ) di Holiday Villa Johor Bahru City Centre

ANUGERAH EMAS BAGI INOVASI SOLAT ALERT SOFTWARE (SAS) DI ITEX2017

Alhamdulilah dapat juga melakarkan sejarah memenangi anugerah emas bagi penyertaan di International Invention, Innovation and Technology Exhibition (ITEX 2017) pula dengan produk inovasi Solat Alert Software (SAS). ....

Anugerah EMAS (GOLD) di Ekspo Reka Cipta, Inovasi dan Reka Bentuk (Invention, Innovation And Design Exposition) - IIDEX

Alhamdulilah kedua-dua projek inovasi yang saya sertai mendapat anugerah dalam IIDEX2016 daripada sejumlah 745 penyertaan keseluruhannya.

Awards at British Invention Show 2009

The British Invention Show, is the largest innovation and technology expo in Britain. UiTM submitted 8 entries of which all won medals.

Fasilitator Terbaik

Fasilitator Terbaik kali kedua berturut-turut. Sebenarnya kejayaaan ini adalah kejayaan anda semua.

Konvensyen ICC Kebangsaan

Naib Johan Sektor Awam, 10 Kumpulan Terbaik Sektor Awam, Anugerah Emas 3 Bintang Konvensyen ICC Kebangsaan

Pingat Emas Dalam Malaysia Technology Expo ( MTE)

Menerima anugerah Pingat Emas dalam Malaysia Technology Expo ( MTE) 2009 yang telah diadakan pada 19 hingga 21 Februari 2009 di PWTC, Kuala Lumpur. Pelbagai hasil penyelidikan telah dipamerkan oleh 460 peserta/ kumpulan daripada pelbagai IPTA, badan swasta, MRSM dan lain-lain organisasi.

Showing posts with label Egypt. Show all posts
Showing posts with label Egypt. Show all posts

Thursday, August 15, 2013

Ya Allah bantulah pejuang agama Mu di Mesir

Wahai Nabi SAW yang amat kucintai kami malu dengan Mu, saudara kami dilanda kesusahan, kami tidak buat apa-apa.

Di zaman Nabi SAW seorang Islam mati mereka dilanda kesedihan.  Sehingga hampir mati masih beri air pada saudara islam yang lain. 


Hari ini ribuan saudara islam kami mati di Mesir dan kami masih lena tidur dan makan sedap. Kami punya rumah besar, kereta besar, gaji besar, baju mahal tapi tidak buat apa-apa untuk bantu saudara kami.











http://www.aljazeera.com/indepth/inpictures/2013/08/2013814142336191647.html
http://blogs.aljazeera.com/liveblog/topic/egypt-21121
http://www.sinarharian.com.my/global/konflik-mesir-angka-korban-terus-meningkat-1.192284
http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130815/lu_01/Pembunuhan-beramai-ramai
http://www.suara-islam.com/read/index/8017/Tragedi-Pembantaian-Mesir--2.200-Tewas-Puluhan-Ribu-Luka-luka


Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim..Tuhan kami yang berkuasa atas segala sesuatu. Cucuri rahmat yang melimpah ke atas Nabi yang kami cintai yang telah meninggalkan amanah ini.

Selamatkanlah saudara kami yang beriman di Mesir. Kuatkan kaki mereka terhadap musuh
Ya Allah Tuhan kami, kami hambamu yang zalim, jahil, berdosa kerana tidak bangunkan Islam ini.

Ya Allah kasihanilah saudara kami di Mesir. Selamatkanlah semua pejuang agamaMu dan keluarga mereka. Peliharalah anak-anak mereka yang masih kecil. Wanita yang lemah dikalangan mereka. Orang Islam yang tua.

Ya Allah kami banyak buat dosa. Ya Allah kami menangis melihat saudara kami. Ya Allah berilah kemenangan, keselamatan, kejayaan buat pejuang agamaMu.


-
https://www.facebook.com/ebitlew


Sudah ke kita doakan untuk saudara Islam kita yang sedang dibunuh di Mesir?

Azam datang awal masjid untuk solat Jumaat hari ini dan kita berdoa. Bagi wanita tangguhkan urusan lain ajak kawan pejabat atau keluarga di rumah baca surah Yassin kemudian doa sama-sama.

Teringat seorang sahabat Nabi sebelum perang. Salah seorang berkata, aku dengar Nabi saw bersabda jika seorang berdoa dan seorang lagi aminkan, Allah makbulkan doa. Mereka pun berdoa dengan doa masing-masing dan seorang lagi mengaminkan. Takdir Allah doa mereka makbul, seorang ingin mengalahkan musuh yang kuat. Seorang lagi ingin syahid dan telinga serta hidungnya dipotong untuk menjadi bukti di akhirat.

Marilah kita saling berdoa dan saling mengaminkan.

Ya Allah ya Rahman ya Rahim, dengan kerendahan hati di pagi jumaat ini kami memohon dengan rahmatMu cucuri kebaikan dan rahmat mencurah-curah ke atas Nabi saw yang kami cintai dan keluarga Nabi saw dan sahabah yang banyak berjuang untuk agama ini.

Ya Allah tuhan kami, kami memohon ampunkanlah dosa kami dan seluruh orang beriman di seluruh dunia kerana telah meninggalkan dakwah dan perjuangan islam yang hak ini.

Bantulah pejuang agamaMu di Mesir, keluarga mereka, isteri yang lemah, anak kecil, orang Islan yang tua. Mereka yang dizalimi. Wahai Allah tuhan kami, kasihanilah kami semua. Kaulah sebaik-baik penolong dan hanya dikau yang berkuasa.

Peliharalah walaupun seurat bulu roma orang beriman dari kesakitan dan disentuh oleh musuh agamaMu. Ya Allah tuhan kami, hambamu ini yang sangat berdosa, jahil, bodoh, dan tiada apa-apa memohon kepadaMu. Merayu kepadaMu sedangkan doa kami tidak layak dikabulkan kerana kami zalim telah meninggalkan dakwah sebenar.
Tapi wahai Allah tiada yang boleh bantu dan makbulkan doa kami melainkan kau.

Ya Allah mereka yang beriman yang telah terkorban jadikanlah asbab hidayah untuk umat ini mengenalMu. Setiap darah mereka yang telah mengalir, tangisan anak mereka, kepiluan hati mereka, jeritan kesakitan mereka jadikanlah asbab mereka masuk syurga dan asbab hidayah untuk setiap umat ini. Wahai Allah terimalah doa kami yang jahil dan berdosa ini.amin

Barangsiapa yang mendoakan kebaikan untuk saudaranya, Allah akan hantar malaikat mendoakan di sisinya, ya Allah apa yang dia minta untuk saudaranya beri juga kepadanya.-hadis


sumber -https://www.facebook.com/ebitlew

Contact Me

Snap & Read with QRCODE Reader

http://zxing.appspot.com/generator/