PAR EXCELLENCE AWARD,ICQCC Hydrabad India 2021

Alhamdulilah kali in kumpulan kami telah menerima menerima Par Excellence Award di 46th International Convention on Quality Control Circles (ICQCC) 2021

DIAMOND , GOLD AND SILVER AT IIDEX 2019

Alhamdulilah dari dua projek inovasi yang saya sertai dalam (IIDEX) 2019 kali ini , inovasi WeGBY CHAIR telah menerima Anugerah SPECIAL AWARD - DIAMOND dan GOLD manakala inovasi RDMS (Reference Desk Management System ) mendapat anugerah SILVER

FASILITATOR TERBAIK 2019 ZON TENGAH

Alhamdulilah kali ini di anugerahkan sebagai Fasiltator Terbaik di Konvensyen KIK Peringkat UiTM 2019 Zon Tengah sekali lagi setelah menerima pada tahun 2016

ANUGERAH EMAS KONVENSYEN TEAM EXECELLENT MPC 2018

Alhamdulilah tugasan kali ini berjaya membawa kumpulan KIK PTAR i-Clique meraih Anugerah Emas dalam Konvensyen Team Excellent Peringkat Wilayah 2018 ( Wilayah Selatan ) di Holiday Villa Johor Bahru City Centre

ANUGERAH EMAS BAGI INOVASI SOLAT ALERT SOFTWARE (SAS) DI ITEX2017

Alhamdulilah dapat juga melakarkan sejarah memenangi anugerah emas bagi penyertaan di International Invention, Innovation and Technology Exhibition (ITEX 2017) pula dengan produk inovasi Solat Alert Software (SAS). ....

Anugerah EMAS (GOLD) di Ekspo Reka Cipta, Inovasi dan Reka Bentuk (Invention, Innovation And Design Exposition) - IIDEX

Alhamdulilah kedua-dua projek inovasi yang saya sertai mendapat anugerah dalam IIDEX2016 daripada sejumlah 745 penyertaan keseluruhannya.

Awards at British Invention Show 2009

The British Invention Show, is the largest innovation and technology expo in Britain. UiTM submitted 8 entries of which all won medals.

Fasilitator Terbaik

Fasilitator Terbaik kali kedua berturut-turut. Sebenarnya kejayaaan ini adalah kejayaan anda semua.

Konvensyen ICC Kebangsaan

Naib Johan Sektor Awam, 10 Kumpulan Terbaik Sektor Awam, Anugerah Emas 3 Bintang Konvensyen ICC Kebangsaan

Pingat Emas Dalam Malaysia Technology Expo ( MTE)

Menerima anugerah Pingat Emas dalam Malaysia Technology Expo ( MTE) 2009 yang telah diadakan pada 19 hingga 21 Februari 2009 di PWTC, Kuala Lumpur. Pelbagai hasil penyelidikan telah dipamerkan oleh 460 peserta/ kumpulan daripada pelbagai IPTA, badan swasta, MRSM dan lain-lain organisasi.

Showing posts with label BULAN. Show all posts
Showing posts with label BULAN. Show all posts

Sunday, August 12, 2012

FENOMENA OKULTASI PLANET MUSYTARI : "Trafik Jem" Langit Subuh Sebelah Timur




Masyarakat Malaysia berpeluang untuk menyaksikan Okultasi Planet Musytari pada 12 Ogos ini bermula dari jam 2.20 pagi hingga 3.20 pagi. Kali terakhir fenomena ini berlaku adalah pada 23 Februari 2009 yang lalu.
Apa yang akan berlaku adalah, kita akan dapat melihat planet Musytari dilindungi oleh Bulan selama lebih kurang satu jam (bergantung kepada lokasi). Untuk makluman, Bulan pada malam tersebut berada di dalam fasa Sabit Tua (Waning Crescent).

Fenomena ini boleh disaksikan di seluruh Malaysia, namun setiap lokasi akan berlaku pada waktu yang sedikit berbeza. Masyarakat di Sabah dan Sarawak bertuah kerana berpeluang untuk menyaksikan keseluruhan proses fenomena. Di Semenanjung pula, kebanyakan tempat hanya dapat menyaksikan proses akhir fenomena ini sahaja. Orang ramai boleh melihat fenomena ini hanya dengan menggunakan mata kasar tanpa memerlukan sebarang peralatan khas.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai fenomena ini, sila layari Portal Pendidikan Sains Angkasa http://www.astronomi.angkasa.gov.my  atau hubungi Planetarium Negara di talian 03-2273 4303 / 4301.


Jupiter-occultation


Planet Musytari akan dilindungi oleh Bulan selama lebih kurang satu jam pada pagi 12 Ogos 2012 ini.
Pada pagi 12 Ogos 2012 ini, masyarakat Malaysia dan sekitarnya akan berpeluang untuk menyaksikan Okultasi Planet Musytari bermula dari jam 2.20 pagi hingga 3.20 pagi. Kali terakhir fenomena ini berlaku adalah pada 23 Februari 2009 yang lalu.
Apa yang berlaku ialah planet Musytari akan ‘hilang’ buat beberapa seketika, dan ‘muncul’ kembali selepas itu. Kita akan dapat melihat planet Musytari dilindungi oleh Bulan selama lebih kurang satu jam (bergantung kepada lokasi). Kejadian ini boleh diibaratkan seperti mini-gerhana. Ketika fenomena ini berlaku, Bulan pada ketika itu berada di dalam fasa Bulan Sabit Tua (Waning Crescent).
Shah-jupitermoon-detail

Foto di atas menunjukkan proses berlakunya okultasi Musytari oleh Bulan pada 23 Februari 2009. Kredit : Shah's Astrophotos/Falakonline.net.
Fenomena ini boleh disaksikan di seluruh Malaysia.  Namun setiap lokasi yang akan mengalami fenomena ini pada waktu yang sedikit berbeza. Masyarakat di Sabah dan Sarawak bertuah kerana berpeluang untuk menyaksikan keseluruhan proses fenomena ini.
Di Semenanjung Malaysia pula, kebanyakan tempat hanya dapat menyaksikan proses akhir fenomena ini sahaja. Bagi anda yang berada di sekitar pantai timur pula, seperti Kelatan, Terengganu, Pahang, Johor, anda mungkin berpeluang melihat Musytari dan Bulan terbit bersama sekitar jam 2.17 pagi. Orang ramai boleh melihat fenomena ini hanya dengan menggunakan mata kasar tanpa memerlukan sebarang peralatan khas.
Untuk maklumat lanjut mengenai fenomena ini, sila layari laman sesawang http://www.falak-online.net/portalfalak/

Jupiter-moon-conjunction-12aug2012-fo-small


Cuba tengok arah Timur, lebih kurang 15 minit selepas Subuh. Guna mata je.
Kali ni, banyak betul benda nak tengok! So kita start slow-slow..
Pandukan arahan di bawah dengan gambarajah yang telah disediakan. 
1.Tulisan Putih menunjukkan nama bintang, planet dan bulan. 
2.Tulisan Coklat serta garisan-garisan yang membentuk bulatan tu, menunjukkan kawasan Buruj-buruj tumpuan pagi ni.
3. Garisan Purple, menunjukkan Arah pandangan yang kita harus ikut (refer kepada arahan di bawah nanti)

Jom kita mula!
Mula pada BULAN.
Dari BULAN, naik ke ATAS (tengok arrow warna purple). Kita akan bertemu dengan MUSYTARI.
Kemudian, kalau dari MUSYTARI, kita sambung ke ATAS lagi, senget sikit ke KIRI, kita bertemu dengan Gugusan bintang SEVEN SISTERS (ingat lagi kan kat depa?)
Dari MUSYTARI, ke KANAN SIKIT darinya, akan nampak sebiji bintang terang warna merah, itu ialah ALDEBARAN.
Semua depa di atas ni , berada dalam buruj TAURUS.
OK, sekarang kembali ke BULAN.
Dari BULAN, arahkan pandangan ke KIRInya. Kita akan jumpa dengan sebuah bintang terang warna putih-putih sikit. Itu ialah bintang CAPELLA. Kawasan tu ialah kawasan buruj bernama AURIGA.
Kembali ke BULAN.
Dari BULAN, arah pandangan anda ke BAWAH sikit. Akan bertemu dengan planet ZUHRAH. Memang tak akan miss, padal Zuhrah-lah yang paling terang di situ (selain Bulan lah).
Dari ZUHRAH, turun ke arah KIRI BAWAH (lower left). Kita akan jumpa 2 buah bintang yang sama terang. Itulah bintang CASTOR (yang sebelah kiri) dan POLLUX (yang kanan). Depa berdua ni dok dalam buruj GEMINI.
Kembali ke BULAN.
Dari BULAN, pandang ke arah KANAN nya. Kita akan jumpa dengan buruj ORION. Semua orang kenal buruj ni, pasal susunan nya cantik. Dan ada 3 deretan bintang sama terang di tengah-tengahnya.
Sementara di ORION ni, jangan lupa tengok bintang BETELGEUSE yang berwarna merah garang pada PENJURU KIRI BAWAH, dan bintang RIGEL, berwarna putih di PENJURU KANAN ATAS.
Dari ORION juga, dan pandang arah deretan 3 bintang di tengah-tengah dia tu, buat garisan dan unjurkan ke KANAN BAWAH… kita akan bertemu dengan bintang paling cerah di langit, iaitu SIRIUS. Sirius ni dok dalam sebuah buruj bernama CANIS MAJOR.

Akhirnya dapatlah kita lihat seperti ini menggunakan camera amatur oleh kawan kita
Iedasyakillayusof

Ini je yang mampu di ambil mgunakan kamera hp...kalau guna dslr mmg jelas kan....=')
takpe...dah gune mata anugerah Allah dan dah simpan dalam ingatan yang juga anugerahNya yang tak ternilai.

~ yang belah ats tu planet Musytari, tengah tu BULAN, yang bawah tu planet ZUHRAH...kalau ikut mata kasar, Zuhrah tu nampak sgt jelas sbb paling dekat dengan bumi, walaupun hakikatnya Musytari planet terbesar. kat sekelingnya ni tadi ade banyak bintang bintang (buruj) tapi kamera hp tak berjaya mencerapnya. >< ~






Contact Me

Snap & Read with QRCODE Reader

http://zxing.appspot.com/generator/